Friday 15 February 2013

Bila Cuti...Seronoknyer.......


Salam pagi Jumaat
Alhamdulillah...Berjumpa lagi penghulu segala hari ini...

Fuhhh sangatlah seronoknya pergi kerja tiga hari ini...Jalan memang clear...keluar rumah pun lewat sikit...suka..suka...sukanyerr...kalau begini setiap hari...
Bukan apa cuti CNY ini kebanyakkan sekolah cuti seminggu terus...dan yang pasti nanti akan di gantilah cuti tu kan...sekolah Akalili tidak cuti sebab memang tiada anak murid berbangsa cina pun...so saya tak perlu nak fikir pasal cuti ganti tu...bestt...

Tapi cuti CNY kali ini kami bercuti dirumah sahaja...sebab en.suami sibuk bekerja...so saya dan anak-anak buatlah program sendiri dirumah...kesempatan bercuti dirumah pastilah saya tidak sia-siakan begitu sahaja...masa inilah nak kemas semua benda yang asyik tertangguhkan...seronok...

Part memasak pula...memanglah terluang sangatlah...seronok masak itu dan ini...ialah bila sudah ada anak-anak yang pandai makan itu dan ini..kenalah masak mana yang boleh kan...menu setiap hari berubah dan dapatlah tambah satu dua menu...bila fikir semula seronoknya jadi surirumah sepenuh masa...Ya ALLAH perkenankanlah doa hambaMu ini...aamiin..aamiin..aamiin...

 Merendang dihari cuti.
Tengah tunggu nak letak kerisik...

 Tada siap untuk dimakan..
Requests by mr.hubby...

 Sekarang ini Akalili asyik la layan menu ini...
Even lepas makan nasi mesti nak pekena roti dan telur letak sos tomato dia tu..
Layankan saja, sebab Akalili makan nasi memang ciput je..

Layan RFC di Sg. Besi petang Sabtu lepas...
Chicken Chop Blakpapper, Radix Lamb Burger,
3pc Chicken Spicy, Radix Zigzag Wedges.. 
Kebetulan en.suami nak hantar kain untuk buat coats.
Memang dari dulu buat coats di kedai area Sg. Besi tu. 
Nampak RFC sudah dekat-dekat situ so kami singgah...
Best ada tempat SOLAT sekali so masuk waktu boleh terus solat...
Alhamdulillah ALLAH permudahkan...

Seronok Sorfina dan Maritza dapat berlari sana sini...
Kami memang makan dekat dengan tempat permaian tu...
Dan disebelah kami pula surau tempat bersolat...




Friday 8 February 2013

Taman Permainan....

Salam petang Jumaat...
Huhhh seronoknya sudah hari Jumaat lagi..
Dari mula masuk Januari till Februari tahun ini mewah betul dengan cuti-cuti...
Seronok gitu kan...Alhamdulillah....

Rata-rata ramai yang sudah ambil cuti hari ini...
Ada yang balik kampung halaman..
Ada juga yang bawa family bercuti @ makan angin...
Seronoknya kan...
Tapi saya takde plan apa-apa pun lagi...
Sebabnya cik abang busy memanjang...
So nanti kalau cik abang kata moh balik kampung...so balik la time tu...
Kalau cik abang kata moh bercuti....so pergi la bercuti time tu...
Kalau dapat cik abang busy minta maaf la nak ajak kemana-mana...
Apapun semoga ALLAH permudahkan urusan keluarga kami...



Nak cerita pasal awal tahun baru ini...
Selepas my baby Maritza sudah pandai berjalan...
Kakak-kakaknya asyik la ajak kami ke taman permainan...
Supaya senang adik kecik mereka ni nak main...
Tapi ialah manalah ada kesempatan sangat nak pergi ke taman permainan..
Saya sampai rumah sudah petang...nak keluar ke taman permainan pun makan masa...bila sampai sudah nak malam...sian mereka...Kalau dulu-dulu tu memanglah en.suami tidak sibuk sangat...memang seronoklah Akalili dan Sorfina dapat saja peluang ke taman permainan...bila turn Maritza pula en.suami sudah sibuk...
Tapi bila ada kesempatan macam awal tahun baru ni memang tak lepas peluang tiga beradik tu bermain taman permainan di Hentian R&R Tapah hari tu...


Kakak sibuk main buai, Maritza macam biasalah..
Suka sangat korek-korek...



Happy tengok Maritza ketawa gembira begini...

Di kawasan perumahan kami memang ada kawasan taman permainan. Tapinya kalau nak saya yang bawa mereka ke taman tu without en.suami minta maaf la...tak sanggup...bukan sebab tak sanggup jaga anak-anak tapi saya jenis bila sudah sampai rumah nak keluar semula memang tak ado la...
Ummi mereka nie slow sikit nak bercampur gaul dengan orang...ermmm tapi kalau sudah berkawan in shaa Allah akan berkawan kerana ALLAH....
Kata mereka tak kenal maka tak cinta gitu kan...

Selamat berhujung minggu hingga ke minggu depan...


::: SABAR ITU INDAH :::


Wednesday 6 February 2013

my love MARITZA

 Setiap kali kami bersolat pasti Maritza duduk depan atas sejadah...
Tertunduk-tunduk dia nak rukuk...
Semoga jadi anak yang solehah ye sayang...

Seronok dapat pakai telekong, Maritza nak solat juga.

Assalamualaikum....
Lama benar rasanya tidak menulis di sini. Terlalu banyak perkara yang perlu di siapkan terlebih dahulu. Rumahtangga??? Kerja??? ermmm semua membuatkan aktiviti seharian begitu padat.

Bila tengok gambar Maritza ini tergerak hati ini untuk menulis mengenai perkembangannya sekarang. Now Maritza sudah masuk setahun dua bulan dua minggu.
Pada usia hampir setahun Maritza sudah mula belajar berjalan. Dalam usianya setahun sudah boleh berjalan. Ermm inilah masa yang saya tunggu-tunggukan. Melihat anak kecil yang terkedik-kedik ke hulu ke hilir sambil mulutnya yang tidak boleh berhenti mengomel membuatkan hati ini sentiasa tenang. Entah apa yang di bisingkannya tak tahulah. Tapi seronok melihat telatahnya yang bersahaja.
Kalau kakak-kakaknya jangan cakaplah sentiasa sahaja gembira dengan adik kecilnya ini. Alhamdulillah walaupun adik kecil ini juga yang selalu sangat mengganggu mereka tapi  Maritza tetap disayangi.

Sejak minggu minggu lepas lagi saya sudah nampak Maritza suka menjerit-jerit. Dari dalam ke dapur lepas tu pusing semula ke dalam. Ermm tapi bila sampai dapur jea Maritza macam takut-takut gitu sebab satu hari tu sedang sibuk-sibuk main periuk belanga kat dapur tiba-tiba ayam dari belakang rumah berkokok...ermmm apalagi lintang pukang berlari tekedek-kedek masuk dalam...errmm rupanya Maritza takut bunyi ayam berkokok tu...so la ni kalau orang semua duk dalam dia sibuk nak ke dapur kami saja bunyikan kokok ayam tu pastu terus Maritza pusing balik tak dan sampai dapur...hihihihi sian dia...tapi itulah memang kesukaannya kedapur...nak nak kalau offer masuk bilik air memang suka sangat la...

Lagi satu kesukaannya menggigit...ermmm ini mungkin berpunca dari ummi dia nie la kot...sebab saya memang suka sangat gigit anak-anak...even sekarang pun suka gigit-gigit manja mereka bertiga...so kenalah berhati-hati dengan Maritza kalau dia baring-baring tu kena beringat hari tu dua tiga kali juga lea digigitnya...gigi atas sudah empat bawah pula tiga...ermm memang terasa jugak la sakitnya...ermm. sabor jea lah...

Maritza bab makan memang seronok tengok. Dia sama juga macam Sorfina. Macam emak saya cakap Sorfina dan Maritza perut nasi...makan la apapun tapi kena makan nasi juga baru selesa perut tu...Ermm lagi satu Maritza memang sukalah bermain diluar rumah kalau dapat buka pintu memang tak akan lepas peluang untuk keluar...habis keliling rumah nak dipusingnya...anak-anak macam tu la semua benda nak di explore nyer...
















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails