Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

Wednesday, 9 October 2013

Monday, 7 October 2013

Al-Mughni Bangi dan Berbuka Puasa....

Assalammualaikum dan selamat pagi...
Hari Isnin yang penuh dengan semangat gitu..


SEMANGAT ker!!!
InshaaAllah if kita set mind untuk baik, baiklah jadinya kan kan...
So mari kita berdoa sebelum ke kerja or kemana sahaja agar ALLAH permudahkan urusan kita bermula kita celik saja mata hingga kita nak tutup semula mata di malam hari nanti...


Minggu lepas lepas lagi saya ke Bangi untuk ambil baju yang siap di tempah...Alhamdulillah sampai kedai happy bila lihat baju yang hantar tu siap...Alahaiii sukanya jahitan dia kemas...mood happy sambil pandang en.suami (dalam hati cantik x bang) dan senyum dengan harapan next time kita hantar tempah kat sini lagi yer walaupun jauh...boleh i belanja u nasi beriani lagi kan...hehehehe....dan en.suami cakap boleh tapi kumpul kain banyak-banyak baru berbaloi nak hantar...ermm takat nak kumpul kain tu perkara kocik bonar bang...akan i kumpulkan nanti....hikhikhik....

::: Baju Kurung Pahang & Pesak Gantung :::


Semalam pulak my sis, Angah datang rumah bawa ole-ole dari China...Alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang...rezeki ALLAH bagi tiada siapa yang tahu...nampaknya edisi mengumpul telah berjaya dengan izinNya...

::: 3 kain pasang from China :::


Lepas settle ambil baju...kami ke restoran nasi beriani belakang building tu jer...there is a variety of food outlets yang boleh dipilih mengikut kesukaan masing-masing...en.suami confirm nak layan nasi beriani kambing dia tur...i ok jer...teman orang tu berbuka puasa kan...this is 2nd time we all makan kat sini...

 Coffee for him & watermelon for me. 

Nasi Beriani Kambing meleret senyum tu...
Selamat berbuka ^__^

Ermm apa yang i suka mesti u suka kan...
I like....

Free desert - Kek nenas terbalik (katanya).
Sound good, yes sedap...

My dinner.
Lupa nama kueh teow apa ntah..



p/s - ...terima kasih ALLAH atas rezeki yang Engkau berikan....nanti free boleh ke bangi tempah baju lagi...

Monday, 30 September 2013

Kualiti Masa Bersama Anak-anak

Akalili sibuk dengan pancing baru dia. 1st time guna beli sudah lama.
Sorfina memang tak lepas posing peace dia tu.
Maritza bila suruh bergambar keluarlah aksi ini.
Merekalah buah hati kesayangan saya. 

Akalili tengah khusyuk memancing..
Maritza sesuka hati baring atas tanah tu padahal tikar elok jer terbentang sebelah dia.

Isnin lepas en.suami cuti dan kebetulan Akalili juga cuti sempena hari peristiwa Sukan di sekolahnya Sabtu  minggu sebelum itu. Cuma saya sahaja yang berkerja memang tiada peristiwa yang hendak di cutikan.
Ermm it's ok. Biarkan abah dan anak-anak itu bersama menambahkan keakraban antara bapa dan anak kan.

Dan hasilnya anak-beranak ini pilih aktivi memancing aka ber'picnic' di waktu petang selepas pekena high tea dengan saya petang tu di atas bukit di office saya..Kerana lunch time tidak sempat untuk lunch bersama dengan mereka so high tea pun jadilah kan. Kesian anak-anak ummi rupanya tak lunch lagi tunggu ummi punya pasal la ni yer...nama jer high tea tapi makan lunch menu...

Destinasi tempat memancing mereka adalah di Ulu Yam. Memang kawasan itu ramai orang memancing. Now en.suami berjinak-jinak dalam dunia memancing tapi bila ada masa terluang sahaja aktiviti ini berjalan.

Friday, 17 May 2013

Sup Gear Box

Salam pagi Jumaat yang sejuk gitu.
Pagi tadi seawal jam 0550 hujan turun dengan lebat sekali.
Dalam hati ermm malasnya saya nak ke pejabat dengan kereta mesti jem teruk kan.
Alhamdulillah tidak sampai sejam pun hujan berhenti.
Syukur tidak perlu nak naik kereta kan.
Saya memang tidak suka betul nak layan jem, tapi kalau sudah terpaksa ermmm ok.

So pagi ini keluar macam biasa jam 0700.
Hantar Akalili ke sekolah baru terus ke pejabat.
Alhamdulillah sampai pejabat sudah kan.
Kerja macam biasa tak akan pernak habis nyer...
So buatlah apa yang penting dulu.
Tapi syukur Allah permudahkan bulan ini.
Saya tidak sibuk dengan mesyuarat.
Dapatlah saya merehatkan diri sedikit dengan kerja yang lain yang masih KIV itu.

So kalau rasa nak berjimba-jimba tu tak lah tension sangat kan.
So malam Selasa lepas kami keluar dinner.
Kami sibuk nak mencari sup gear box.
Padahal orang lain yang mengidam orang lain pula yang sibuk nak makan kan.
Punyalah jauh mencari sampai ke area Sungai Besi bagai lastly makan di area rumah juga.
Restoran Ogy Ahmad Daud aka Ogy D'Greenwood.
Di area Greenwood.
Moh kiter nengok gambor...

 
View dari luar restoran. 

Saya sangat suka deco ini.

Kakak berdua ni makan nasi ayam hainan.

Me with Maritza. Peace.

Bubur Sup Tulang...Besttt....
Sedap saya suka. Maritza pun suka.

Sup Gear Box.
Anak beranak suka...

 Lepas baik demam layan Sup Gear Box.

 p/s : saya suka tempat ni. sudah jadi satu port baru untuk JJCM.








Thursday, 9 May 2013

Let's Bowling.....

Salam pagi Khamis....

Hari ini nak cerita pasal bowling. Bulan lepas En. Muz sibuk nak cari bola bowling. Macam biasa tempat yang selalu ermmm tidaklah selalu pun nak bermain bowlingnya. Tapi kalau nak berbowling memang kami akan ke Brem Mall Kepong, dekat dengan rumah jugalah.

So kami cari bola bowling disana sahaja. Uncle tuan punya kedai tu bagus. Bila tanya semua dia cerita. So senanglah En. Muz nak cari bola yang sesuai untuk orang sepertinya yang baru nak menempatkan diri dalam dunia bowling ini. Dan dan kami sekeluarga kena ikut aktiviti itu. Nasiblah memang anak-anak ok jea boleh join sekali.

Uncle tu nak tebuk lubang.

Puteri kesayangan saya.


Selepas seminggu Cyclone berehat so pada hari Jumaat 26 April 2013, En. Muz bawa kami sekeluarga untuk pergi bermain bowling. Ermm udah jadi aktiviti baru kami sekeluarga hihihi. Tapi malam tu selepas isyak punyalah ramai orang yang bermain. So kami kena tunggu turn lah. dalam setengah jam duduk dalam tu baru sampai turn kami. Siap dengan akalili sekali bermain. Guna bola paling ringan tapi saya masih rasa itu berat. Terpaksa Akalili gunakan kedua-dua tangan untuk melontarkan bola...ermmm sian anak ummi tapi memang dia yang bersemangat sangat nak bermain. Sama naik dengan En. Muz. Bola En. Muz lagi la berat 12kg. Saya guna sekali memang adehhh terasa lelah nak membaling bola tu tapi memang strike aka semua pin dijatuhkan pehh sekali tu jea la guna Cyclone En. Muz. Bola yang ringan pun saya boleh strike kan so buat apa nak ambil yang berat-berat gitu...sian tangan saya nie...hihihi







Wednesday, 3 April 2013

Nasi Arab Damsyik

Salam pagi Rabu...

Ermm tajuk ini membuatkan saya lapar nak makan nasi arab berlaukkan kambing...
Memang layan sungguh kambing tu...
Nasi Arab Damsyik!!!! Dimana???
Tidak la pula saya ke Damsyik untuk makan nasi ini.
Location di Seremban.
Part yang best layan kambing lah.
Ermm memang seronok kan kalau saya dan dia sama-sama suka makan kambing.
Baru ada geng gitu kan.
Saya ini mulanya makan kambing sebab kambing panggang lah.
Errmmm lepas tu memang layan jea kalau ada menu kambing.

Sebelum ini pernah cuba nasi arab di Seri Gombak, Saba Cyberjaya sahaja.
Nasi arab damsyik ini asyik di war-war kan kepada kami.
So ambil kesempatan nak try..
Memang tidak mengecewakan..
Suasana yang ok.
Makanan yang banyak pilihan.
Dan bila makan ermm memang terbukti layannnn...
Alhamdulillah.....

::: Suasana di Nasi Arab Damsyik :::
Macam-macam garam dan perangai si anak kecil.
Maritza memang xleh jumpa kotak tisu habis semua tisu dikeluarkannya.
Sorfina sibuk dengan main game, mangsa my tab la.
Akalili baru bangun tidur memang no mood.

 Thumb up belum makan lagi kan, menyelerakan.
Nasi ayam separuh. Saya nampak ala sikit jea daging kambing.

Sekali bila sudah letak nasi dalam pinggan masing-masing.
Ermmm rupanya disorokan daging kambing dalam nasi itu.
Terlalu banyak weh...before nie makan pun tak banyak macam ini dagingnya.
Yelah kan daging kambing kan mahal...
Best best...

Kasih seorang uwan kepada cucunya.
Alhamdulillah selera Maritza makan, nasi lembut gitu kan.

Bila sudah kenyang Mairtza sibuk main air pula.
Air Habbatus Sauda sodap.

 Kami ambil set Thalasa (3) Ayam + Kambing.
Mulanya nak ambil set khamsa tu tapi adik yang kerja kat situ bagitau ambil set thalasa pun ok.
Rupanya memang banyak sangat sampai kami tapau bawa balik untuk dinner pula.

So sesiapa yang nak try boleh la pergi.
Alamat ada di atas dalam menu.


Friday, 15 February 2013

Bila Cuti...Seronoknyer.......


Salam pagi Jumaat
Alhamdulillah...Berjumpa lagi penghulu segala hari ini...

Fuhhh sangatlah seronoknya pergi kerja tiga hari ini...Jalan memang clear...keluar rumah pun lewat sikit...suka..suka...sukanyerr...kalau begini setiap hari...
Bukan apa cuti CNY ini kebanyakkan sekolah cuti seminggu terus...dan yang pasti nanti akan di gantilah cuti tu kan...sekolah Akalili tidak cuti sebab memang tiada anak murid berbangsa cina pun...so saya tak perlu nak fikir pasal cuti ganti tu...bestt...

Tapi cuti CNY kali ini kami bercuti dirumah sahaja...sebab en.suami sibuk bekerja...so saya dan anak-anak buatlah program sendiri dirumah...kesempatan bercuti dirumah pastilah saya tidak sia-siakan begitu sahaja...masa inilah nak kemas semua benda yang asyik tertangguhkan...seronok...

Part memasak pula...memanglah terluang sangatlah...seronok masak itu dan ini...ialah bila sudah ada anak-anak yang pandai makan itu dan ini..kenalah masak mana yang boleh kan...menu setiap hari berubah dan dapatlah tambah satu dua menu...bila fikir semula seronoknya jadi surirumah sepenuh masa...Ya ALLAH perkenankanlah doa hambaMu ini...aamiin..aamiin..aamiin...

 Merendang dihari cuti.
Tengah tunggu nak letak kerisik...

 Tada siap untuk dimakan..
Requests by mr.hubby...

 Sekarang ini Akalili asyik la layan menu ini...
Even lepas makan nasi mesti nak pekena roti dan telur letak sos tomato dia tu..
Layankan saja, sebab Akalili makan nasi memang ciput je..

Layan RFC di Sg. Besi petang Sabtu lepas...
Chicken Chop Blakpapper, Radix Lamb Burger,
3pc Chicken Spicy, Radix Zigzag Wedges.. 
Kebetulan en.suami nak hantar kain untuk buat coats.
Memang dari dulu buat coats di kedai area Sg. Besi tu. 
Nampak RFC sudah dekat-dekat situ so kami singgah...
Best ada tempat SOLAT sekali so masuk waktu boleh terus solat...
Alhamdulillah ALLAH permudahkan...

Seronok Sorfina dan Maritza dapat berlari sana sini...
Kami memang makan dekat dengan tempat permaian tu...
Dan disebelah kami pula surau tempat bersolat...




Thursday, 18 October 2012

Story Sabtu lepas...

Salam petang Khamis.

Tik tok tik tok sudah hari Khamis rupanya...
Ermm kerja sudah beransur-ansur settle...
Mood pastinya happy kan...

Esok sudah Jumaat lagilah happy kan...
Lusa dan tulat nak buat apa yea...
Sapa-sapa ada nak menjemput tak ni..
Sekarang ni gilo nak attend jemputan jea...
Hihihihi...
Dari tengah bulan September sampai awal minggu Oktober...
Ermm menang busy dengan jemputan kahwin sahaja...
Mula Rawang pastu Jelebu dan akhir di Sungai Buloh...
Ada kawan saya dan juga kawan en.Suami..

So last week paksa diri pergi riadah pula...
Lama gitu tak ke Taman Tasik Titiwangsa..
Lepas Subuh tu siap-siap untuk pergi...
Macam biasa Maritza awal pagi sudah mandi...
Akalili dan Sorfina walaupun hari cuti-cuti pasti bangun awal...
Jarang nak bangun lewat...
So tiada masalah untuk keluar awal...
Jam 7 pagi sudah keluar...
Dalam hati ermm tak ramai lagi kot ni...
Kejap jea sudah sampai dalam 15 minit gitu...
Opppsss ramai sudah orang yang berjogging, berkawat dan macam2 aktivitilah...

Kami ke kawasan taman permainan kanak2...
Bawa anak-anak ke sana sahajalah...

: : : malu-malu Maritza kalau orang nak ambil gambo dia tu : : :

: : : Maritza mata sepet : : :
 : : : Seronok dapat main buai : : :

: : : Happy gegirl day hihihi : : :



Tuesday, 11 October 2011

Restoran Cili Merah Shah Alam

Selepas penat berjalan di Taman Pertanian aku pun ajak en. suami pergi jalan-jalan cari makan di Shah Alam. Ermm keluar sahaja area taman itu en. suami terus on garmin untuk search tempat yang best.
Yelah kami bukan orang Shah Alam so tidak tahu menahulah tempat mana yang sedap untuk JJCM ini.

Lastly kami jumpa Restoran Cili Merah ini.

 Restoran Cili Merah terletak di Seksyen 9 Shah Alam 
juga terletak di belakang Concorde Hotel.

Restoran ini menghidangkan perbagai jenis menu makanan melayu dan masakan barat. Tapi jika ingin makan masakan barat kenalah datang jam 1730 kerana ia baru bermula.

So kami tidak kesampaian nak rasa masakan barat disitu so layan masakan panas sahajalah.

Nasi Ayam.
Makanan Sorfina sampai dulu.


Nak apa lagilah tu.
Ayam menang susah sikit Sorfina nak makan,
so aku dan Akalili yang tolong makan.

Trademark gambar cili merah di dinding. 
Aku hanya menambah seri di situ...hikhikhik

Penat sudah Akalili tunggu Kueh Teaw goreng. 

Order air punyalah banyak. Lastly tapau satu cawan bawa balik. 

En. suami punya Nasi Goreng USA.

Gambar Kueh Teaw Goreng tidak sempat nak snap sebab sudah lapor...hihihi...




Monday, 10 October 2011

Taman Iklim Sederhana Empat Musim

Semalam Ahad seronok tidur di pagi hari en.suami call on the way balik dari office.
Tanya buat apa...sah sah suara aku memang orang tengah tidur huhhuhu...
Terus hubby cakap ermmm tidur lagi ye...confirm la aku tidur sudah tidak ada apa nak buat di pagi hari Ahad kan. Padahal banyak saja kerja yang aku nak buat huhuhu...
Sebab keadaan aku yang tengah mamai itu hubby terus cakap nak makan apa... ermm cepat lea aku jawab, aku nak laksam.
Dekat office hubby pagi Ahad ada pasar pagi so macam-macam boleh dapat di situ...

Lepas letak call teruslah bangun nak tidur sudah tidak boleh...jam pun sudah 0900.
Anak-anak pun sudah lama layan TV, baru aku terhengeh-hengeh nak bangun...
Terus buatkan air untuk mereka dulu before breakfast sampai. hihihi...
Lepas masuk segelas air panas susu anmum coklat itu, aku apa lagi terus ambil baju untuk di sumbat dalam mesin. Alhamdulillah pagi semalam memang cerah seronok cuci basuh.

Berbalik pada tajuk sambil lepak-lepak malam semalam hubby tetiba ajak pergi rumah salji yg empat musim itu..bila search bulan ini bukan musim salji bulan depan baru musim salji tapi hubby nak pergi juga bawa anak-anak.

Ambil tiket dulu...

Dalam bas..
Seronok sudah lama tidak naik bas kan ;))

Ramai juga yang menggunakan basikal mengelilingi kawasan taman ini...

Dalam Taman Bunga...

Musim Bunga

Sejuk dalam rumah ini...Sorfina slamber jea...

Memang seronok datang sini kan...

Bunga-bunga sedang mekar..

Taman Kaktus

 
Memang banyak kaktus


p/s nenanti nak datang lagi tengok musim lain...hehehe...
Tapi kalau nak pergi kena kuat berjalan sebab banyak TAMAN yang disediakan disana.
Aku yang memboyot ini memang tidak mampu nak pergi semua tempat huhuhu...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails