Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

Santapan Pagi

Salam hari Rabu semua...

Ermm lama sungguh aku tinggalkan blog ini dari di update. Hari ini lega sedikit dapatlah update blog.
Now sudah melangkah bulan November pun. Banyak story Oktober aku terbengkalai di dalam memori minda ini.
Ini adalah santapan pagi aku semenjak pregnant.



Tidak semerah delima tapi rasanya Wallaaa ;))

 Delima Andalusia
3 biji rm10

Alhamdulillah kebetulan kedai ustaz di office aku ini ada jual.
Pagi-pagi lagi juga aku ambil buah delima ini dahulu sebelum makan apa-apa.
Kalau dirumah memang semua pun suka makan.
Walaupun tidak merah warnanya tapi rasa delima ini manis ;))


Alhamdulillah Produk Puteri Alya sudah jadi sebahagian produk yang aku dan family gunakan. 
Anak-anak pun serasi mengambil produk ini. 
Alhamdulillah sudah jumpa dengan produk yang berteraskan Amalan Pengilangan Islam (IMP - Islamic Manufacturing Practice).



Thursday, 22 September 2011

Scan --- 29 weeks

Petang Selasa lepas aku ke Klinik untuk buat scan. Dari minggu lepas lagi en. suami suruh pergi buat scan tapi aku asyik malas saja nak keluar kalau bab ke klinik itu. Tapi sebab rasa tidak sedap badan so kena jugalah ke klinik.

Ingat nak ke klinik yang di Jalan Genting Kelang Setapak tapi macam jauh pula so pergi Klinik Izdham di Taman Melawati sahajalah walaupun sudah tahu aku tidak berapa berkenan dengan doktor disitu sebab tidak mesra alam gitu kan.
Klinik Idzham di Gombak doktor yang in-charge part scan sudah pulang...
Sudahlah bila part scan itu macam tak confident saja doc tu buat penerangan suara pun keluar tak keluar...adoi aku rasa nak suruh dia stop scan and macam nak blah dari situ saja tapi aku sabar jelah...
Bila aku tanya keadaaan kedudukan uri itupun macam susah nak cakap...

Aku  :  Doktor kedudukan uri saya ok tak...

Doc  :  Ermmm...bawah sikit ni...
Aku  :  Bawah!!! bawah macam mana yer...
Doc  :  Ermmm...bawah ni...bawah sikitlah...
Aku  :  Habis saya nak buat macam mana iya...
Doc  :  Ermm...uri boleh ada kat mana2...tgk nanti datang scan lagi...kalo still macam itu, kena operatelah ni..
Aku  :  (Dlm hati --> alamak nak kena operate ke...TAKUT lah) Ermm apa yang perlu saya buat.
Doc  :  Takpe nanti datang scan lagi tgk macam mana.

Terus suruh aku bangun. Tak best langsung penerangan doktor tu. Lepas tu bagi aku gambar dan aku boleh keluar. Tak cakap apa-apa pun untuk orang yang takut macam aku ini..

Ini kat Klinik Idzham Melawati lah...kalo kat Klinik Idzham Gombak tu memang aku suka. Doktor yang suka bagi penerangan dan sentiasa bagi kata-kata semangat bila kita susah hati..
Huhuhuhu sedih...takut...kadang2 aku buat2 cool...
Mudah2an Allah permudahkan perjalanan aku hingga melahirkan anak yang aku kandungan ini.
Harap boleh bersalin normal...Amin...amin...amin...




Tuesday, 13 September 2011

28 weeks @ 15 Syawal 1432

 Salam 15 Syawal...

Ooohhh malas sungguh aku hendak update blog lately nie...memang semua bendalah boleh dikatakan aku memang malas nak buat...Nasib aku kerja dengan orang kalo idak sah sah aku tak pergi kerja duk rumah layan tidur sajalah kerjanya...Kerja aku sekarang memang balik melepak dalam bilik saja. Memang kalau buat kerja rumah itu sebab terpaksa saja kalau idak huhuhu orang lain lah yang buatkan. 

Bab masak memasak pula ermm memang merundum terus untuk duduk di dapur. Ooohhh aku tidak tahu pula pregnant kali ini lain pula ragamnya. Memang pregnant lepas lepas pun dua dua berbeza. Macam yang pertama aku biasa-biasa saja, yang kedua aku rajin walaupun aku penat balik dari kerja still boleh layan masak-masak dan kemas-kemas nie. Tetiba masuk yang ketiga ini tahap kemalasan aku makin menjadi-jadi huhhuhu...kalau la keluar baby girl adoiiii takut lah terkenan pulak part malas itu...

Last week hari Isnin aku ada check up so paginya aku masuk office. Aku halfday sahaja petangnya aku ke klinik pula. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, cumanya darah HB aku still rendah. Maintain macam hari itu juga. Sedih aku bila fikirkan HB aku itu.
Berat pula oklah naik 64.2kg untuk sampai ke tahap tujuh bulan mengandung ni.
Mungkin lepas ini aku kena makan sayur bayam itu hari-hari. Nampaknya aku kena buang tebiat malas itu. Huhuhu tapi mampukah aku.

Wednesday, 17 August 2011

24 weeks @ 17 ramadhan

Salam 17 ramadhan 1432

Diam tak diam usia kandungan aku sudah 24 weeks dan hari ini juga sudah masuk hari ke 17 kita semua umat islam menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah bagi yang terbaik buat kita semua.

Alhamdulillah dengan izin Allah aku masih menunaikan ibadah ini walaupun ujian demi ujian Dia menduga. Alhamdulillah syukur juga aku sudah semakin baik. Lepas ini buat dressing sendiri tidak perlu ke klinik lagi. Dalam dua tiga hari ini juga Allah menduga aku dengan demam dan selsema yang agak teruk tapi semangat nak berpuasa itu buatkan aku kuat untuk teruskannya. Isnin baru ini demam selsema aku memang teruk betul. Aku keje separuh hari saja balik keje melepet nasib la makanan berbuka sudah siap terhidang. Best berbuka singgang ikan tenggiri + sambal bilis kering, pedas gitu kan. Lepas berbuka makan ubat dan lepas solat terus melepet semula. Sudah malam gitu baru aku bangun semula iron baju untuk hubby kerja esoknya dan baru tidur semula.

Dua minggu lepas aku ada check up usia kandungan aku 22 weeks tapi aku tak pergi, dua hari lepas itu baru aku pergi buat check up. Bukan apa masa itu bisul aku teruk so aku malas nak layan check up. Yang pasti aku tahu baby aku sihat dan ok. Pergerakan baby dalam perut pun sudah aktif. 

Cumanya masa check up itu paras darah hb aku sudah turun semula dari 11.3 turun ke 10.3 makanya aku kenalah makan iron tablets itu da biji semula kalau tidak cuma ambil satu biji saja...huhuhu...
Mana tak aku punya paras darah hb turun semula, aku banyak makan berpantang disebabkan bisul, lagi pula memang selera aku betul-betul down. Berbuka dan bersahur memang aku tak makan sangat.
Tapi sekarang alhamdulillah aku sudah mula berselera semula dan aku pun sudah kurangkan pantang sebab bisul aku semakin baik.

Lepas raya nanti next check up harap masa itu semua ok. Mudah-mudahan masa raya nanti aku sudah boleh makan apa saja.


::: Nota sedih :::
Ntah dapat ke tidak aku balik kampung tahun ini untuk beraya huhuhu...
Sedihnya bila semua orang sibuk duk citer pasal nak balik kampung...



Tuesday, 26 July 2011

Ujian pregnant kali ini....

Ermm...pagi pagi Selasa ini badan rasa lemah saja. Pagi pagi juga aku sudah mencari air kosong dan minum berteguk teguk air. Terasa haus yang amat sangat sejak kebelakangan ini. Sampai sahaja di office mesti nak cari ais tapi kalau diikutkan sangat nanti lain pula jadinya so layan juga air panas kena juga kawal nafsu itu.

Semalam aku ke klinik lagi dengan masalah aku untuk pregnant kali ini. Tapi aku bersyukur setiap sakit yang ALLAH bagi itu pasti ada ubatnya kan dan sudah pastinya setiap apa yang Dia bagi itu memang kita mampu untuk memikulnya. Dan masih patut bersyukur kerana ujian ini tidak seteruk orang lain. Alhamdulillah.

Apa masalahnya huhuhu...tetiba pula pregnant kali ketiga ini aku kena sembelit kira teruk juga. Ermm itulah setiap kali pregnant memang semuanya tidak sama cara pembawakkannya kan. Semalam itu aku just pergi klinik ambil ubat sahaja sebab sebelum itu aku sudah pergi jumpa doctor dan doktor syorkan aku satu ubat tu alhamdulillah ok. Tapi bila habis ubat macam nak menjadi semula itulah yang semalam aku half day saja kerja pergi ambil ubat dan ada kerja lain yang perlu dibuat lagi.

Mula-mula aku kena tu macam terkejut juga. Kenapa tetiba saja boleh teruk sembelit aku. Padahal Pemakanan aku macam biasa, ambil plain water yang cukup, sayur dan buah-buahan tidak ketinggalan juga aku ambil dalam pemakanan harian aku tapi still sembelit juga. 

Aku adalah search Punca Sembelit disebabkan hormon-hormon yang melembutkan otot-otot usus yang menyebabkan kurang cekap bekerja, pengambilan serat yang sedikit dalam pemakanan, beberapa pil zat besi dan rahim yang semakin membesar menekan usus besar membuatkan punca sembelit ketika hamil.
 
Dan Langkah Pencegahan dengan tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti salad, buah-buahan, roti. Minum air suam panas 8 gelas sehari. Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil/besar dan elakkan daripada meneran (takut terkena buasir). jika usaha gagal, ada baiknya segera berjumpa doktor sgn segera.

Aku rasa langkah itu memang ok saja aku ikut tapi memang mungkin sudah kali ini nasib aku memang inilah ujiannya. Dan sekarang ini aku memang banyakkan lagi pengambilan air, kismis dan kurma serta buah-buahan dan sayur-sayuran walaupun waktu pregnant ini aku tidak kuat makan tapi kena gagahkan juga, ubat klinik pun aku ambil tapi sekali sehari saja kalau nak ikutkan dua kali sehari. InsyaAllah setakat ini sudah ok. Alhamdulillah juga doctor kata aku belum sampai peringkat nak kena buasir. Syukur.

Tuesday, 19 July 2011

Sudah nampak \ ( ^-^ ) /

Erm last week aku ada meeting staff. So pertama kali juga aku saja-saja pakai blouse bersama seluar maternity itu. Bila masuk bilik meeting erm semuanya pandang aku dan bertanya. Tak kira perempuan dan lelaki semuanya tertanya-tanya adakah aku PREGNANT... Aku senyum saja. Macam-macam pertanyaan diajukan kepada aku. Lastly aku pun cakap alhamdulillah rezeki ALLAH bagi sudah empat bulan setengah da. 

Memang before itu pakai baju kurung biasa or baju kurung pahang memang tak nampak lagi kan sebab dilindungi oleh baju. Sekali bila pakai blouse terserlahlah keayuan mak buyung itu. Nasib tiada cerita-cerita yang nak kenakan aku untuk kali ini. Selamat hehehe.

Before itu ada yang tegur tanyakan yang aku ini sudah berbadan dua ke sebab lain macam saja kan. So sapa-sapa yang tegur dan bertanyakan keadaan aku sajalah yang tahu sebab itu ramai yang tidak tahu lagi hehehe. Aku buat kerja macam biasa saja tiada lembik lembik dan waktu-waktu aku wek wek pun orang belum sampai office itu yang semua tidak perasan ;))

Friday, 1 July 2011

StokiN

Salam pagi Jumaat yang indah semua \(^_^)/

Hari ini aku EL sebabnya malam tadi aku telah mengalami kekejangan kaki. 
Puncanya aku lupa nak pakai stokin lah tu. 
Cuaca pula malam tadi sejuk jadi aku malas nak bangun ambil stokin. 
Makanya tengah-tengah malam buta itu tiba-tiba kaki sebelah kiri aku kejang. 
Akibat kekejangan itu sampai ke pinggul pinggang aku sakit jadinya tidaklah larat aku untuk ke office hari ini.

Kebetulan pinggul pinggang aku itu memang sudah mula sakit-sakit dalam minggu ini. 
Kalau aku duduk lama-lama sure nak bangun adoiii bukan main sakitnya. 
Aku pun belum mula minum susu or ambil supplement lain.


Tiba-tiba dapat hadiah stokin hari tu...suka-suka ^__^

Siap ada bunga-bunga lagi ( ^__~)

Tak sangkakan dapat stokin ini.
Macam tau-tau saja aku nak guna stokin masa berpantang nanti.
Anyway thank you so much...



Wednesday, 29 June 2011

Darah dan Air Gula...

Setelah tiga belas jam aku berpuasa jam 1100 baru dapat makan. Alhamdulillah kenyang, makan nasi berlauk ayam goreng + sambal sotong + bayam goreng = rm3.50 murahkan mungkin nasi separuh kot. Lepas makan layan air oren tropicana twister.

Hari ini aku ada appointment di klinik so pagi-pagi sudah ke klinik...Hari ini ambil darah dan minum air gula. So dari jam 2200 malam tadi aku kena berpuasa untuk ambil darah dan minum air gula. Selepas ambil darah kena minum air gula, alhamdulillah tak sampai 5 minit aku habiskan terus jumpa nurse dan nurse suruh datang dua jam lagi so aku boleh pergi mana-mana aku nak la kan. Apalagi aku balik tidur lea hihihi tapinya nurse pesan jangan makan dan minum selain plain water jer. erm yer lah. Aku balik air kosong pun aku tak minum just balik tidur saja... Jam 1030 aku pergi semula klinik, nasib lea rumah dekat dengan klinik. Tak sampai 10 minit nama aku dipanggil sebab sudah dua jam kan so kena ambil darah sekali lagi dan boleh balik. Terus boleh makan dan terus ke office.

Sudah lepas part minum air gula hehehe. Bagi aku takde la teruk sangat macam orang cakap sampai nak bersulamkan air kosong. Bagi aku kalau bersulam dengan air kosong mungkin aku boleh muntah sebab banyak minum kan. Entahlah cara orang berbeza-beza.
Part ambil darah pula, 1st time ambil ok. 2nd time ambil susah pula darah nak keluar sampai tiga tempat cari baru darah nak keluar. Mungkin aku sejut kot hari kan hujan. Aku ini kalau sejuk-sejuk darah dan dan nak beku huhuhu. Lenguh-lenguh dua-dua lengan tangan aku.

Lepas ini appointment aku dalam bulan puasa pula. Sudah tidak lama kan Ramadhan nak datang. Rindu rasanya nak sambut Ramadhan :))

Thursday, 23 June 2011

pabila larut malam ( ^__^ )

Satay dan kepok lekor...

Apabila asyik muntah-muntah dan pening-pening keadaan makan minum aku memang tak tentu arah...kekadang boleh telan kekadang langsung tidak boleh terima apa pun...sampai aku mengalirkan air mata mengenangkan tekak aku yang tidak boleh terima itu ini dalam waktu-waktu tertentu...puas aku cuba yang ini tak sedap cuba yang itu pun sama sudahnya puaslah hubby melayan karenah tekak aku yang terkadang ok terkadang tidak.

Tapi malam-malam la ni aku memang layan makanan yang gitu-gitu jer, nasi memang aku sudah tidak boleh masuk lagi. Dan sekarang ini aku suka makan roti gulungkan dengan sausage black paper nie erm besttt tambah sos cili bagi pedas lagi. Slalunya dua ketul je aku telan lepas itu x boleh da.


Bila keluar pula aku suka order makan yang biasa-biasa saja alhamdulillah semua yang aku nak ada like kepok lekor tu kan ada pula malam-malam. Sampaikan hubby cakap kat aku ada berapa orang baby dalam perut aku ini. Kejap nak makan itu kejap nak makan ini tapi makan sikit da tak makan. Ntahlah tekak aku memang tak tentu arah sungguh. Kadang kalau hubby cuti rajin juga carikan aku air yang sedapkan tekak aku ini like AppleLime dan makanan kesukaan dan rajin juga hubby datang lunch dengan aku. Sebabnya aku memang selalu merungut waktu lunch aku bosan tak tahu nak makan apa.

Di awal pregnancy ini juga hubby kerap ambil cuti temankan aku walaupun aku bekerja. Kadang-kadang aku kecian juga pada hubby dengan kerja yang banyak tapi kadang-kadang terpaksa meluangkan masa untuk uruskan anak-anak dan aku yang tak tentu arah ini. Mungkin sebelum masuk trimester ketiga keadaan sebegini sudah ok.

Wednesday, 22 June 2011

16 weeks \ ( ^ __ ^ ) /

Alhamdulillah pagi tadi aku buat 1st check up. Itupun sebab hubby sibuk dok suruh aku pergi. Kalo nak diikutkan masa aku gi 1st scan kat klinik hujung bulan Mei hari itu terus hubby nak aku buka buku merah terus. Erm tapi aku malas nak pergi sebab awal lagi. Nak nak aku dengar sekarang kena minum air gula kan so aku lagi la macam malas nak pergi awal. Dua kali juga aku pergi klinik biasa untuk check baby then aku buat follow up kat klinik kerajaan. 

Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah pergi dok tunggu klinik buka tapi sudah ramai orang juga yang tunggu. Now aku pergi sorang-sorang jer before ini ada orang temankan. Nak buat macam mana kan orang tu busy sebab nak serah tugas dan nak settlekan kerja-kerja yang tinggal. 0730 baru pintu klinik buka so ramai lea orang serbu untuk ambil nombor, aku saja cool konon-konon la kan cool tak kan la aku pun nak jadi macam dorang yang tak sabar. Alhamdulillah orang yang cool ini dapat nombor 2 untuk buka buku baru kan. Erm itulah sama suruh rebut-rebut kan. Tengok ALLAH permudahkan urusan aku, alhamdulillah. 

Erm setiap kali nak buat buku baru pasti nak buku yang lama kan untuk next baby tetapi aku sudah puas cari tak jumpa. Aku pun cakap lea terus terang aku tak jumpa buku itu. Erm ok jea xpe kalo xde buku tapinya kita kenalah isi butir-butir yang mereka nak. Confirm akan tanya anak ke berapa kali ini. Aku jawablah tiga. Erm lepas itu aku cakap aku pernah gugur sekali so automatik anak yang bakal lahir ini anak yang ke empat. 

Alkisahnya aku bunting pelamin juga masa lepas menikah tu. Tapi yelah 1st time pregnant masa itu kan so aku rujuklah kat satu hospital kerajaan ni. Lepas check siap scan tu doktor cakap memang aku pregnant tapi dalam rahim aku just ada kantung saja. Yang di dalam kantung itu tidak ada apa-apa. Erm aku macam confius kejap. Sebab aku tidak puas hati aku pergi lah klinik panel aku masa kerja di office lama dulu. Bila doktor tu check cakap ok pula, siap bagi vitamin + supplement bagai. Lagi la buat aku confius kan. tapi aku still pergi hospital kerajaan itu sebab kena follow up kes aku ini. Then pergi second time terus doktor suruh aku buat D&C. Aku macam sudah pening mana nak ikut. Tetapi ye lah orang kata kerajaan buat semua menda detail kan so dorang tahu yang mana baik buruk so aku terus fikir ikut apa yang pihak hospital suggestkan.

Masa itu memang sedih sangat. Hubby jangan cakaplah lagilah sedih. Tapi bila kami bincang-bincang semula mungkin ada hikmah di sebalik ujian ALLAH ini. Kami terima dengan keadaan tenang walaupun sedih. Bila keluar wad aku terus balik rumah mak. Mak jaga aku sampai sihat. Aku ingat lagi lepas hubby hantar aku terus dia balik rumah parents dia pula sebab tak sanggup duduk dengan aku. Mungkin dia sedih, aku nampak air muka hubby lepas aku bersalam dengannya matanya merah saja. Erm aku bila nampak macam tu lagilah, terus nangis.

Tetapi itu bukanlah bermakna aku tidak boleh mengandung lagi. Alhamdulillah selepas enam bulan cukup berehat aku terima berita gembila lagi. Terus hubby suruh aku behenti kerja duduk rumah berehat. Tapi aku ini manalah boleh duduk di rumah lama-lama kan. So kerja aku bila bosan tinggal sorang-sorang rajinlah aku balik rumah mak aku. Dok berhari-hari barulah aku balik ke pangkuan suami semula. Nasiblah hubby faham dan izinkan aku tinggal dengan mak aku. Tapi ada sekali itu aku memang dok lama betul rumah mak aku siap hubbu call tanya bila nak balik last-last hubby datang jemput rindu katanya, hikhikhik.
Itulah kisahnya.

Perkara yang aku buat hari ini:

Berat badan : 62.2kg
Tekanan darah : 108/62 (ok)
Air kencing : Ok
HB : 10.8 (tidak menepati sasaran 11 keatas) :((
Perut : Baby ok. (nurse cakap baby besar, saya takutlah)
Gigi : Ok sihat dan cantik ;)
Masa ambil darah erm aku punyalah agak seram kan walau sudah mau masuk anak yang ke tiga ini tapi aku fikir positif sebab aku pernah derma darah selepas aku lahirkan Sorfina so aku fikir derma darah lagi banyak darah yang diambil ini botol kecil pun tak aku nak takutkan. Alhamdulillah, walau pun masa nurse tengok lengan aku urat-urat halus jer tapi darah keluar dengan jayanya hinggakan terpancut dan meleleh keluar sebelum nurse tu tutup dengan kapas. Erm memang masa nurse itu ambil aku tengok banyak betul botol yang nak diisi dengan darah aku ini. Aku siap tanya nurse nak ambil berapa kali darah ni. Nurse tu senyum dan cakap kat aku "nape awak nak saya ambilkan lagi ke, sekali ini sajalah". " ooo ingat banyak sebab botol banyak sangat tu. Senyum nurse tu engok aku. Apapin alhamdulillah kali ini darah keluar ok tak macam aku pregnantkan Akalili, sudahlah urat halus aku takut lagi habis jarum asyik keluar masuk dari lengan aku sudah-sudahnya ambil di pergelangan tangan. Makanya memang banyaklah berbekas kesan suntikan yang tidak menjadi.

Bila semua sudah settle nurse bagi ubat-ubatan dan nasihatkan aku suruh naikkan HB darah. Dan sebulan lagi berat aku kena naikkan sekurang-kurangnnya 2kg.


p.s. petangnya baru aku masuk office huhuhu....

Thursday, 2 June 2011

rindunyer


Tik tok tik tok sudah masuk bulan Jun pun bulan Mei aku lalu begitu saja tetapi aktiviti berjalan seperti biasa cumanya aku tidak larat nak mengadap lappy untuk di abadikan disini...so memang lama sungguh aku tinggalkan penulisan aku disini...erm alhamdulillah la ni sudah kuat sikit untuk mengadap komputer itu pun kejap-kejap saja. Kalau di rumah memang sudah malas sungguh aku nak cara kan itu dan ini...Bila buka saja lappy di rumah tengok kejap jea sudah pening lama-lama lappy aku itu hampir sebulan jugalah aku tidak gunakan...ialah hubby guna notebook dia so sapa lagi nak guna aku punya. Dulu sebelum aku ada SE x10, Akalili sibuk jugalah nak on kan lappy tu tapi bila sudah ada SE x10 sibuk mengadap phone tu lah pulak sebab semua game or citer-citer kartun dia sudah download dalam phone tu so bila aku on lappy je baru Akalili sibuk-sibuk nak join...

Lepas ini bolehlah aku buat entry banyak-banyak sebab bulan Mei yg lalu banyak aktiviti aku tak dapat nak letak dalam nie...erm itu pun kalau aku rajin lah kan.


p.s ~ Alhamdulillah sudah sebulan aku agak lembik now sudah kuat sikit...
Kandungan pun sudah masuk14weeks semoga ALLAH bagi aku kekuatan untuk hari-hari mendatang amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails