Tuesday, 4 August 2009

relaxxx sebentar bersama blog....

Alhamdulillah baru dapat relax kejap depan PC ini. Berlari aku ke Shah Alam sekejap dan ke BB Plaza sekejap hari ini dari pagi dan sampailah lunch tadi...dan Alhamdulillah aku sangat bersyukur kerja-kerja peribadi yang aku nak settlekan semua sudah beres...dan perut aku agak senah sedikit akibat makan Pizza celebrate birthday kawan-kawan. Terima kasih kawan.

Dan sekarang aku kenalah buat kerja di pejabat. Masalah kerja aku semua sudah siap tetapi network tidak ok so aku tidaklah boleh mem print kerja-kerja yang aku buat. Maknanya tidaklah salah aku relaxxx jea kottt... betoi ke...Betullah tu kan.

Dan esok aku akan ke Johor Bahru until Jumaat...Jeng...jeng...jeng...to my friend kat JB kalo tidak bz bolehlah kita jumpa ek.

Monday, 3 August 2009

bz sgt ker...

Hari ini aku masuk kerja macam biasa...sebelum-sebelum ini pun memang aku masuk kerja macam biasa tak ada bezanya. hehehe. Cuma sejak akhir-akhir ini aku rasa banyak sangat benda aku kena buat dengan hal di pejabat dan di rumah. Aku rasa sangat penat sampai nak rehatkan badan pun tak ada masa lagi. Hari ini aku ambil sedikit ruang untuk menaip di dalam blog ini. Rasanya sudah lama aku tidak berkata-kata disini. Sekarang pun sudah masuk pukul1 petang. Jadi aku teruskan menulis memandangkan aku tiada aktiviti makan hari ini. Sungguh seronok rasa walaupun baru setengahari aku berpuasa sunat Syaaban tapi aku bersyukur aku sempat melakukannya di bulan Syaaban ini dan sedih aku tidak dapat melakukannya pada bulan Rejab yang lepas tidak seperti tahun-tahun yang sudah. Semoga Allah terima apa yang aku kerjakan.

Pada bulan lepas aku terlalu sibuk dengan kerja serta kursus-kursus yang perlu aku hadiri. Aku sedih tidak dapat balik kenduri ke Bentong pada 18.07.09 dan aku hanya sempat balik kenduri ke Pilah pada 25.07.09 satu malam dan 26.07.09 aku kena ke Awana Genting untuk hadiri Kursus tinggallah anak-anak kesayangan yang sangat aku sayang bersama opah selama 3 hari. Sedih je... Ala aku rasa mengantuk la pulak. Tak pelah aku nak rehat dulu....chow...

Tuesday, 14 July 2009

Bila...masa rehat pjg aku pun...

Aku time2 break panjang hari Jumaat nie la yang byk mengular atau membazirkan waktu dan wang ringgit...padahal ada je tempat2 yang berfaedah untuk menambahkan ilmu pengetahuan tapi apakan daya nafsu menguasai diri lebih dari diri menguasi nafsu...dan kali ini aku pergi ke sini untuk merelaxkan diri tapi lebih kepada kaki...hehehe sesaja nak rasa best sgt ker ikan2 nie menggigit kaki aku...mula2 tu aku geli gak tengok ikan2 nie so untuk nak tgk aku boleh ke idak aku test guna tangan aku dulu...eeerr memang geli seh...tapi seronok...so aku and my colleague apa lagi layannn relax fish SPA ler...kuang...kuang...kuang...




my pren sorang nie memang xleh teruskan misinye sebab tak tahan dengan gigitan manja ikan2 nie...


so aku berdua je lah yang sanggup meneruskan misi ini...hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails