Tuesday, 29 December 2009

Jumaat lepas.....

Ermm sudah lama sungguh tidak memasak asam pedas ini. Dapat masak ermmm selera sungguh makannya.Kali ini aku masak dengan ikan merah tapi sebenarnya ikan merah ini aku nak buat sup ikan merah. Memandangkan bahan ada request untuk asam pedas ini so aku masak ini jelah pada cuti christmas baru ini.

Ahahkk...ini mesti kena ada juga bila masak asam pedas. Lihatlah ayam gorengku itu memang sudah tidak ada kulitnya. sekarang aku memang buang semua kulit ayam bila hendak memasak rasa selesa begitu pula...entahlah aku ini macam-macam saja...ikan goreng kesukaan aku...

Lepas makan petang itu semua tidur program sepatutnya hendak keluar tetapi hujan petang itu rasanya, aku pun sudah lupa yang pasti kami hanya berada dirumah sepanjang hari samalah juga hari sabtu melepak dan membuat aktiviti dirumah sahaja.

Sunday, 27 December 2009

Cuti--cuti...part 2...

Ermmm malam nie sejuk jea...yelah petang tadi hujan lebat sungguh di kawasan rumah aku ini...nasib aku tidak membasuh hari ini sebab tidak banyak baju untuk dibasuh...

Hahhh kerja yang aku perlu 'settle'kan Selasa baru ini masih tergendala...erm entah bila la nak settle pun aku tak tahu. Bosan gak asyik nak fikirkan itu saja...so petang itu En Hubby ajak aku pergi CIDB untuk renew green card...aku ok jea sebab kad hijau aku itu pun nak expire date dah...on the way tu kami asyik bercerita itu dan ini...tiba-tiba sudah sampai Maju Junction...Aku bersuara "Abang nak buat apa kat sini" "lah nak buat kad lah, napa akma tak nak buat ke.." Aduyaii..."sayang bukan kat sinilah..." "biar betul mar jangan buat abang confuse" lea sapa lak yang nak confuse kan sapa nie...yang lawaknya siap tanya guard lagi..boleh guard tu cakap " eh ini kalau tak silap, ini kolej nie..." kahkahkah...aduh pakcik ni buat lawaklah pulak...aku pandang tempat lain  sambil gelak besar... Last last En Hubby tengok kad hijau tu ada address CIDB...huhh nak jea aku gigit-gigit En Muz nie...

Alhamdulillah sampai gak kat CIDB itu...orang pun tidak ramai...so senanglah urusan kami...tapi tak laratlah aku pergi tempat-tempat begini membawa Nur Dini sebabnya, ya Allah lasak sungguh tidak reti duduk diam langsung...penat aku nak kejar...tak larat kejar...abah die pulak kejar...memang aktif sungguh...nasib kakaknya sudah pandai duduk diam...cuma suka kutip pamplet selagi ada...tak kira pergi bank, hospital, klinik atau mana saja yang ada pamplet mesti nak diambilnya...dan aku tukang terangkan apa yang tercatat or apa yang tergambar di pamplet itu...

Masa nak balik itu, sempat kami singgah di gerai kecil di ruang legar CIDB untuk beli asam-asam dan keropok...tapi fokus aku kat asam-asam jea...En Muz sibuk pilihkan keropok itu dan ini...ahh aku entah kenapalah sudah mula belajar menyukai asam-asam...mungkin sebab Hubby dan Akalili... BETUL KEA ORANG KATA...ORANG LELAKI YANG SUKA MAKAN ASAM INI ADALAH LELAKI YANG PENYAYANG...Ermm dari pengamatan yang aku tengok lelaki yang aku jumpa suka makan asam-asam ni memang nampak penyayang tapi tak tahulah...kebetulan or betul-betul...

Bila sudah petang ini...laparlah pula...so En Hubby belanja Mc Donald sebab sudah ada daging ayam prosperity...Tetapi aku rasa ayam tak besttt seperti daging lembu itu...so aku hanya makan Prosperity Daging En Muz...Properity Ayam aku makan sikit jea lepas tu En Muz suruh makan saja daging ayam itu without rotinya itu pun aku share dengan En Muz...Tengok tak makanan banyak tapi air satu jeakan... Haa macam itulah selalunya kalau kami pergi fastfood... Satu yang besar untuk satu family...bertambah eratlah kasih sayang keluarga...itulah yang selalu En Hubby buatkan...

Habis makan kami ke KL Tower...sudah lama hendak ke sini tapi tidak berpeluang so bila sudah ada masa dan peluang ini kami pun pergi...tapi hari pun sudah agak petang dan ramai pula orangnya...so kami tidak fikir untuk naik ke atas mungkin lain kali...lagi pun Akalili sibuk hendak naik Kuda, padahal masa pergi Zoo hari tu die punyalah takut nak pegang Kuda...Kami juga pergi ke Mini Zoo lah kot boleh dikatakan sebab ada beberapa sahaja binatang didalam itu...Lain kali lah pulak citer pasal Mini Zoo itu...ngantuk sudah ini, mau tidur...wokeyy  Good Morning...



Saturday, 26 December 2009

Bila....cuti, makan dan makan...

 Rendang Daging Maman

Ermmm petang-petang yang sejuk dituruni hujan ini memang seronok layan tidur...satu rumah tengah menidurkan diri...ermm aku jea yang sibuk berada di hadapan laptop sebab sudah tidak boleh nak tidur asyik tidur sahaja bila cuti-cuti ini...sambil mengunyah kentang goreng yang masih panas bersama milo kosong tanpa gula ataupun susu...laju aku menaip cerita-cerita yang lepas...

Ahakksss...pic atas itu adalah rendang daging maman...Errmm lazat hingga menjilat jari...hanya orang tertentu sahaja yang tau nak buat menda nie...sudah berapa kali aku tengok Ummi masak rendang maman ini sama ada daging atau ayam tapi aku tetap tau makan sahaja...but insyaAllah aku akan belajar dan cuba masak rendang ini...sudah jadi salah satu favarate aku juga, lebih-lebih lagi En Muz so nak tak nak aku kena belajar but not now la sayang ye..nie yang Ummi masak masa aku balik Pilah hari tu sebelum aku balik petang Isnin itu....

Ermm pic atas ini pula, petang itu juga Ummi masakkan jagung rebus dan buat begitu...kira ianya pertama kali aku makan...mulanya aku tak nak makan tapi asyik dipaksa rasa, itu yang aku malas nak rasa-rasa ni...da kena tapau bawa balik sebab sedap...hehehe...tak pernah pula aku jumpa cara makan begitu. Mungkin aku tak peka sangat bab-bab jaugng ini yang aku tau buat puding jagung, rebus jagung dan bubur jagung..hehehe.... Petang itu juga my SIL 'angah' buat karipap ubi keledek. Kalau aku prefer ubi kentang...tapi bila angah masak isi kentang itu untuk dijadikan inti karipap sedap pula baunya. Ermm...tekaan aku salah la kot...ubi keledek pun sodap rupanya but depends on cara memasaknya. Pedas-pedas sikit dan rasa karinya...ermm lazat...makan panas-panas ada 3 ketul aku habiskan dan terima kasih to my MIL tapaukan jagung dan karipap itu. Kalau balik kampung ni tak kiralah sebelah aku or En Muz memang seronok dapat makan macam-macam dan berselera sungguh. So petang Isnin itu aku sudah pulang, padahal kami masih bercuti tetapi ada perkara yang perlu kami bereskan dan perlu pulang kalau tidak pasti aku disana lagi...Rindu sungguh dengan suasana begitu........





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails