Wednesday, 13 January 2010

Alhamdulillah......

Syukurlah masuk tahun baru ini tetiba lah pulak aku mengidam itu dan ini...dan Alhamdulillah syukur pada Allah apa yang aku nak dapat tak kira yang aku buat sendiri atau dibelikan oleh En Muzlienor...tq dear...

Mee goreng yang aku masak pada sabtu lepas dan lunch Gulai Lemak Ayam Cili Padi...
Apple Lime ini memang da seminggu lebih aku dok mengadu kat hubby, teringin sangat2 macam orang mengidam tu...Nasib ingat lagi kat mana Apple Lime yang aku suka di Kaya Kopitiam dan terima kasih bersusah payah ke Restoran Jejantas Sg Buluh...(tapi aku tak harap la cari Apple Lime aku jauh begitu sekali, aku sudah siap beli asamboi yg paket kecil ada dalam beberapa biji rm0.50 manalah tahu kalau2 hubby beli jus apple aku just letak asamboi itu pun sudah cukup, sebab tekak aku macam teringin sangat menda2 itu) Tapau jea air tu sebab nak makan di Mc Donald tapi tak da kat kat Restoran Jejantas rupanya so layan A&W jea tapi dua beranak itu sahaja yang sibuk nak makan aku tak lapar sebab syokkk layan Apple Lime itu...Nur Dini pun layan buburnya saja.. 
Sebelum ke Sg Buluh petang itu kami ke KL untuk tengok2 barang di Sogo...tapi tak tengok2 kot bershopping jugalah sikit2 kot...

 
Barang mengunyah aku sahaja sudah separuh dari barang belian...lately ini tabiat lama aku dan En Muzlienor sudah kembali...suka betul dengan coklat...coklat vochelli yang tin itu sudah melambak di rumah...ermmm harap2 itu semua tidak mendatangkan masalah pada kesihatan...kekacang pula kesukaan Nur Akalili Hanis...seronok shopping kat Sogo Sabtu lepas murah barang2...kalau tak ditahan oleh hubby mau aku ambil bertin susu Nur Dini sebab murah...tapi apakan daya di rumah punya pun belum berabis so ambil satu jea untuk tambah lagi...

Tuesday, 12 January 2010

Akalili ke Tadika

04 Januari 2010 aku ambil cuti untuk hantar Nur Akalili Hanis ke Tadika...Alhamdulillah semuanya ok...budak bijak pasti bolehkan Akalili...Aku hantar pagi siap daftar bayar yuran semua settle siap tanya cikgu bagai pasal aktiviti sekolah. Bila sudah clear aku minta izin cikgu untuk balik tapi cikgu kata boleh ke tinggalkan Akalili untuk hari pertama ini sebab ramai ibubapa yang jaga anak-anak mereka. So aku jumpa Akalili dan tanya boleh ke tinggal sebab aku nak balik... Alhamdulillah Akalili ok jea...siap suruh aku jangan jemput dia sebab dia nak balik sendiri...oh itu tidak mungkin terjadi sayang oii...Ummi akan jemput juga nanti, cikgu pun sudah pesan datang semula pukul 11am tengok macam mana keadaan Akalili. Erm ok la...Masa jemput pun aku datang diam-diam nak tengok keadaan Akalili macam mana...Alhamdulillah dia sudah ada kawan-kawan...So aku tak risau sangat tak macam aku ke sekolah dulu siap cakap kat mak aku nak balik dan berhenti sekolah jea lah sebab tiada keyakinan diri kot...hehehe...

Friday, 1 January 2010

2010

Ermm...kita sudah masuk Tahun 2010...yeeehaaaa....Selamat tinggal 2009 dan selamat bertemu kembali di Tahun Baru ini...sungguh meriah sekali sana dengan bunyi-bunyi letupan bunga api...hehehe...anyway aku nak wish all my friends.......

SELAMAT TAHUN BARU 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails