Monday, 25 January 2010

Sibuknya.....

Alhamdulillah aku sudah bekerja seperti biasa...hikhik macam aku kerja luar biasa pula sebelum ini sahaja bunyinya. Huh sekarang sibuk kerja-kerja di office pulak...penat sungguh badan nie jangan cakaplah, hanya Allah sahaja yang tahu. Nasiblah rumahtangga aku sempat aku jaga dan alhamdulillah anak-anak dan suami semuanya baik-baik sahaja. 

Last week aku empat hari tiga malam di Langkawi sebagai urusetia Kursus Kejuruteraan Lapangan Terbang bagi sesi 1 untuk tahun 2010 ini. Bukan senang nak rancang sesuatu kursus itu rupanya. Aku ingatkan senang bila sudah melaluinya barulah faham. Sebelum ini aku cuma peserta kursus, kita hanya pergi dan dengar sahaja kursus yang akan disampaikan dan ikut program sahaja. La nie aku kena buat itu dan ini. Tapi aku sangat bersyukur pada Allah kerana memberikan aku peluang ini. Banyak benda yang aku dapat belajar itu dan ini. Kena siapkan berpuluh-puluh modul dan macam-macam barang stationery yang kena dibelinya tapi alhamdulillah team aku berlima dapat selesaikan semuanya dengan selamat. 

Dan yang best nya aku tempah cenderahati ini untuk peserta kursus. Lain dari yang lain aku rasa. Dalam kristal ini ada bunga orkid...so nice...aku rasa semua orang akan suka memang lain la dari gift-gift yang selalu dapat.















Thursday, 14 January 2010

Khamis

Permulaan hari yang baik hari ini, tapi hangin aku ini sahaja kurang baik rasanya...Aku sampai office punyalah awal. Gilos betol...iyelah Nogori cuti hati ini so ada orang hantarkanlah. Tapi tak kisah pun nak hantar or tidak sebab sudah kebiasaannya aku pergi sendiri pun.  
Tinggal hari ini dan esok sahaja lagi kerja-kerja yang harus aku selesaikan untuk program kursus yang akan dilangsung Isnin ini. Sedih juga sebab kena tinggalkan anak-anak selama empat hari tapi apa boleh buat kerja harus diutamakan itu sudah ketentuan.



Okies mari mula berkerja........;)

Wednesday, 13 January 2010

sherlock holmes....


Mula-mula movie ini dimainkan di pawagam lagi En Muzlienor ajak aku pergi tengok tetapi aku sangat lah malas dont know lah why? Jumaat lepas En Muzlienor ajak lagi aku pergi so ok lea kata x nanti sedih pulak sudah lama En Muzlienor ajak. Malam itu rupanya hubby nak bawa tengok movie kat MBO di BREM MALL di Kepong..midnight movie. Masa sampai kat sana pun aku sudah tidak suka keadaannya, sunyi jea dan aku da jadi seram-seram takut. Hubby siap tegur "akma takut kea" "iyea lah takde orang, dah lah parking atas sekali" Hubby senyum jea..memang dia sudah tahu aku nie sudah jadi penakut semenjak jadi isterinya. Kalau tidak dulu aku lah orang yang boleh buat itu dan ini...erm entahlah zaman sudah berubah kot...hikhikhik....tapi best lah pergi sana orang tidak ramai...suasana kat dalam panggung pun selesa tapi satu jea aku tak tahan sejuk sangat pulak aku rasa, sampaikan aku suruh hubby genggam tangan aku ini sbb tak tahan sejuk. Padahal sudah pakai baju sejuk pun mungkin kena pakai sarung tangan pula..hikhikhik...
Memang best tengok cerita ini...tak tahulah kepala orang lain layan macam mana, tapi aku dan En Muzlienor memang suka bebenau layan cite2 begini...  

Ini kira 1st midnight movie aku layan untuk 2010...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails