Friday, 29 January 2010

ahadnya...

Kami ke Cheras rumah Angah...Dia sibuk minta tolong temankan dia cari baju untuk Annual Dinner this saturday kat PD nanti so ok lah. Aku bagitau hubby boleh or tidak and hubby kata bolehlah lagipun kami memang nak ke kuala lumpur. Aku bangun dulu sebab aku adahal sedikit pagi tu. Hubby drop kan aku untuk settle kan hal aku and then hubby balik semula untuk siapkan anak-anak. Dalam 9 lebih aku da settle semua kerja aku dan hubby and anak-anak on the way nak ambil aku...so 1st time kami pergi breakfast kat Mc Donald aku tak makan just hubby and anak-anak. Padahal aku sudah tapaukan mereka kuih dan nasi lemak tapi tak makan kat rumah pun sebab Ummi nie takde sekali...erm nak tunggu Ummi juga ye...

Singgah rumah Angah tukar baju aku nak pakai seluar track sebab nak main bowling...hehehe...
Seronok dua beradik pergi umah MakNgah sebab ada banyak ikan dan burung-burung...PakNgah mereka suka membela so ok lah...aku ngan hubby tak kot sebab masing-masing agak sibuk untuk semua itu...tapi tak tahulah suatu hari nanti...lagipun hubby suka tanam menanam sahaja aku tengok...lebih-lebih lagi sayur-sayuran dan pokok rozelnya itu...

Kami ke Mines untuk jalan-jalan...sambil main bowling, teman Angah, makan-makan dan bilik gelap.....so mai kita layan pictures disana.....

 
 
Dua beradik itu tidak teruja dengan doremon giant ini sebab dorang tak layan citer ini...tapi kalau yang duk situ spongebob, princess, dora, pooh, upin ipin ke aku rasa mesti dorang nak gi tgk...ni padang sekali tak toleh da...hehhee...
Masa ini Akalili sibuk bagi ikan makan roti...menda-menda nie baru layannn...

 
Makan time...3 set asam pedas ikan tenggiri digandingkan dengan sayur dan ikan masin atau telur masin...boleh tahan sedap asam pedasnya...pertama kali aku makan sambal terung panjang tu sedap pula...

 
MakNgah sudah puas hati beli baju yang diidamkan...MakNgah pergi shopping di kedai budak kecik itu kea...confuse jea sapa punya kedai ini yea...hikhik...

puteri-puteri ku..

Last saturday hubby tetiba nak bawa anak-anak ke Putrajaya. Kalau bagitau aku awal-awal lagi seronok aku boleh bangun awal siapkan dan bawa ke sana layan breakfast kat tepi tasik syok gak. Aku tengok ramai yang rehat-rehat bersama keluarga seronok sungguh. Sebab kami sudah makan so kami jalan-jalan sahaja. Bila sudah nak tengahari gitu Akalili sudah bising nak makan so hubby bawa kami ke Alamanda Putrajaya kami makan di Rasamas tapi hubby dan anak-anak jea makan chicken chop, aku layan mushroom soup and garlic bread.



im happy...

Alhamdulillah pagi-pagi lagi sudah dihidangkan dengan breakfast yang aku rasa sangat teruga jugalah sebab kalo biasa-biasa aku tak layan tapi kali ini pulut dengan beraneka lauk pauknya diminum pula dengan minuman kegemaran aku iaitu kopi O kurang manis. Sangat selesa sungguh dan nyaman sekali bekpes aku pagi ini. Alhamdulillah syukur pada Allah berikan kenikmatan ini. Semua lauk yang ada itu sangat aku suka rendang daging yang lembut dagingnya, sambal paru (paru dia best sebab garing) dan sambal kerang. Pulut pula tak keras tak lembik memang sedap dimakan....

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails