Wednesday, 10 February 2010

last weekend.....

Minggu lepas sudah plan nak balik Bentong hari Jumaat nya tetapi hubby sibuk pula dengan kerja so hari Sabtu baru gerak. Tetapi plan sudah berubah sedikit sebab kami nak jumpa Umi dan ayah dulu yang ada di Temerloh sebab kami semua rindu sangat pada mereka.

Sampai di Temerloh pun sudah tengahari aku pun saja cakap ngan hubby kalau lunch Tempoyak Ikan Patin nie pun sodap...lagipun aku tak bagitau pun my SIL yang kami nak datang sana...so malas nak susahkan mereka. DAN hubby terus bawa kami makan kat tempat biasa hubby makan...memang ramai sungguh orang makan kat kedai ikan patin ini...dan yang hubby suka di kedai ini ialah air Jagungnya, aku pun pertama kali rasa ermmm sodapp tapi air jagung aku tak sempat nak snap gambornya sebab sampai masa tengah makan so alhamdulillah jea lea... Lepas makan baru pergi rumah Along....


Masa sampai pun rupanya Along tengah siap-siap nak makan...lauk pun sodap tapi tak dapek nak nolong da kenyang...Bismillah jea lea...petang itu lepas settle perkara nak buat hubby terus ajak balik Bentong aku ikut jea...
Seronok dua beradik tu dapat jumpa sepupu-sepupunya....


So aku bermalam di Bentong. Rindunya tilam dan bantal di kampung dan suasana sejuknya....tak payah aku nak tidur dalam bilik yang ber'accond' itu...suasana kampung sudah buat aku sejuk sampai ke tulang nak mandi pagi??? lagilah fikir dua tiga kali tapi sekarang Uwan aku sudah tambah satu bilik air yang ada pasang paip utk air panas oklah kalau terpaksa mandi...heheheh....


Anak-anak kecil ini lagilah seronok dapat balik rumah Onyang sebab dapat main sana sini...

Masa adik aku bawa balik pokok ini kecil lagi sekarang sudah besar sampai macam ini sekali aku tengok... Tak silap aku nama pokok ini pokok Tanduk Rusa, apa orang lain panggil aku tak tahulah aku panggil macam itu sebab yang jurai-jurai itu nampak macam tanduk rusa kot... tapi memang senang jea nak jaga...Uwan aku just tumpangkan pokok ini di pokok rambutan sampai la nie pokok ini hidup lagi...


*** sekarang aku sudah lega sikit bila aku sudah luahkan rasa sedih aku pada makcik aku on the phone...

Monday, 8 February 2010

Bosan aku sikap manusia ini......

Entahlah...malam nie aku rasa susah nak tidur rasa sangat sedih atau terkilan pun ada...aku tak faham kehendak manusia ini...baik yang kita buat tetap buruk perbualannya kalau buruk yang kita buat pasti lagi meriah perbualannya mengenai kita....aku kadang-kadang bosan dengan semua ini...sebab itu sudah lama rasanya aku nak ambil tahu pasal keluarga aku kecuali mak dan adik beradik aku sahaja...kalau tidak dulu aku selalu juga tanya kabar pasal makcik pakcik aku tetapi semenjak dua menjak ini malas aku nak fikir pasal orang lain dah...penat rasanya...

Perbualan petang tadi lagi membuatkan aku menjadi sangat terkilan...kalau nak suruh aku balas budi setiap orang yang berbudi dengan aku ini rasanya sudah terlebih budi aku ini dari budi orang itu...cuma aku bukan jenis yang suka bercerita sahaja...so kalau tak tahu cerita jangan cakap sebarangan nanti diri sendiri kena balik baru senyap seribu bahasa...aku memang cukup bosan orang macam ini...ada ke patut sebab budinya yang sikit aku kena berbudi seumur hidup...ingat aku takde kerja lain kea...orang lain berbudi juga tapi tak pula begitu...sungguh aku tak faham.....hati aku memang sedih sikit mengenangkan semua ini...masalah yang aku kena tanggung bertahun-tahun ini ada engkau ambil kisah...aku senyap jea takde siapa pun tahu aku tolong engkau...lagipun kita nak tolong biar ikhlas tak ikhlas pun diam jea tak perlu nak pergi menjaja kat orang sana sini...

Hati aku panas pun ada...emmm biarlah kalau menda ini jadi lagi tahulah apa aku nak buat...jangan sampai malu diri sendiri pula nanti lainlah kalau memang tak tahu malu...manusia-manusia tengok dulu kekurangan diri sendiri jangan tengok kekurangan orang lain saja yang pandai...BOSAN AKU FIKIR...

Monday, 1 February 2010

Today.....Public Holiday

Assalammualaikum....

Hari ini aku cuti sebab Hari Wilayah....01 Februari 2010...Alhamdulillah duduk dirumah dapat kemas-kemas apa yang patut seronok juga da lama rasanya tak kemas beria-ria macam ini....selalunya hubby yang tolong buat itu dan ini so today me dapatlah berkemas-kemas sedikit....nasib juga hubby kerja kalau tidak mesti tak dapat nak buat semua ini mesti ada sahaja tempat yang hendak ditujui....

Hari ini kerana aku cuti maka aku nak masak bihun sup...emmm seronok rupanya jadi surirumah sepenuh masa.... InsyaAllah murah rezeki aku nak jadi surirumah sahaja mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya....tak sabar rasanya untuk semua itu dan aku nak tinggal di kampung ;).....

Buat my MIL semoga segalanya dipermudahkan Allah....amin....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails