Monday, 22 February 2010

hari ini sudah kerja....

Alhamdulillah hari ini aku sudah masuk kerja. Selama seminggu bercuti-cuti bersama keluarga. Seronok!!! Jangan cakaplah, ialah dapat berjumpa dengan orang-orang yang kita sayang walaupun apa yang aku dan hubby rancang tidak kesampaian tapi kami seronok.

Makan-makan di Genting Sempah pada Selasa bersamaan 16.02.10 bersama my SIL and youngest BIL...cadang nak jumpa di Temerloh tapi meraka sudah hendak balik Manjung so kami jumpa di sana sahaja...Thanks to hubby sebab belanja kami McD...request dari kanak-kanak rebina lah nie so layankan jea lah....lama jugak lah nak kena tunggu sebab ramai orang berhenti untuk makan-makan...Lama jugalah kami berbual-bual...
 
   
 

* wokep low aku nak gi jalan2 jap bosan lak rasanya hari nie...nantilah aku sambung citer lagi...

Friday, 19 February 2010

sudah jumaat...

Oh...hari sudah hari Jumaat...sekejap jea aku rasa sudah hari Jumaat tinggal lagi dua hari sahaja lagi aku nak bekerja semula. Bah kata pepatah lah kot, kita hanya merancang Tuhan sahaja yang menentukan segalanya, itulah yang terjadi pada aku tapi aku bersyukur sebab kami berkorban untuk keluarga tersayang dan bukanlah senang kami nak berjumpa masa inilah kami dapat berkumpul ramai-ramai. Sabar ye sayang nenanti kita pergilah cuti-cuti Malaysia itu.

Alamak baru nak luahkan rasa hati tetiba ada call pulak sambung nenantilah jawabnya...

Monday, 15 February 2010

Jalan2 Cari Makan

 
  
Di Ayamas aka Rasamas tidak pasti pula aku bila bertukar nama, budak berdua ini sibuk nak duduk dekat ngan Opah mereka...macam manalah Opah nak makan...bukan apa Opah mereka rajin sangat melayan itu yang suka sangat tu...tengoklah tu sibuk asyik nak posing jea...bulan nie kami asyik makan Rasamas jea sebab makNgah budak berdua nie belanja...tq ye makNgah semoga murah rezeki...amin....
  
 
 
Sudah tahu nak dapatkan Bihun sup tulang dan Laksa yang sodap dimana....diminum bersama fresh oren dan teh O limau ais...hubby yang mengidam sangat Bihun sup tulang dan aku Laksa...Alhamdulillah...aku order roti canai untuk Akalili sebab selalunya dia akan minta roti canai tapi lastly aku dan hubby habiskan juga sebab Akalili share dengan aku Laksa...Akalili memang peminat Laksa walaupun agak pedas...mereka sibuk berdoa aku berdoa sambil snap pictures, ampun ye bang...

 


Last week pergi Pizza Hut order macam nie...dan yang terbaru aku tahu hari itu breadstik sudah tidak ada lagi kata pelayan itu...digantikan dengan garlic breadstik...aku lagi suka breadstik dari garlicbread...huhuhu...nasib lea soup of the day adalah mushroom, i like it...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails