Sunday, 11 April 2010

Hujung minggu...

Ermm...alhamdulillah...sebentar tadi kita sudah di turuni oleh hujan yang lebat...sejuk jea aku rasa setelah seharian panas...sungguh besar rahmatMu Ya ALLAH...

Cuti-cuti setelah lima bekerja, aku bekerja dirumah pula sebagai surirumahtangga sepenuhnya dua hari sahajalah...kalau lama diberi cuti, panjanglah harinya lagi syokkk...hehehe, tetapi kerja ini adalah dipanggil TANGGUNGJAWAB dan ianya hendaklah dilakukan dengan seikhlas hati kerana Allah Taa'la jika tidak kita akan rasa penat tetapi jika kita lakukan dengan keikhlasan kita akan rasa puas...DAN yang paling penting aku akan rasa BAHAGIA sekali bila mana kerja yang aku buat itu membuatkan keluarga aku gembira...syukur itulah nikmat yang ALLAH bagi...

Part yang paling aku suka adalah masak-memasaklah tapi tengok keadaan dan waktu jugalah...kalau kemas-kemas ini alhamdulillah dapat bantuan daripada suami yang dicintai...terima kasih ya abang sebab selalu bantu akma dalam hal-hal rumahtangga ini. Bila banyak fikirkan pasal makanan lebih senang aku masak dan macam-macam menu akan keluar tapi kena tengok dalam peti sejuk dulu apa yang ada DAN itulah menu yang akan dihidangkan...erm hari semalam dan hari ini...Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik sekali...syukur atas rezeki yang Allah bagi...

teka apa dia...
.
.
.
.
.
sup ikan merah

Pada petangnya pula aku goreng ini...
kuih cekmek molek
Kisahnya kuih ini...ianya berasal dari Kelantan. Masa hidupnya arwah abah amatlah rajinnya membuat kuih ini...bila cuti-cuti juga kerajinan arwah memasak...alhamdulillah turun pada anaknya ini mungkin...DAN bila anak-anak semua berkumpul memang emak akan berehat...arwah abah memang sayang pada emak...emak cuma layan anak-anak sahaja yang lain semua arwah abah buat...menu yang selalu arwah abah buat untuk anak-anaknya Rendang Hati Lembu, memang aku suka sangat nie...tapi sampai hari ini aku tak pernah buat sebab aku memang tak pandai langsung...insyaAllah akan belajar juga suatu hari nanti kerana inilah kenangan aku...lagi udang galah masak berempah, pun aku tak cuba lagi kalau aku masak pun udang besar yang biasa itu sahaja itu pun masa belum-belum kahwin dulu. Lagi juga ketam masak kari yang kering tanpa kuah...erm lazatnya kalau ingat semua itu...tapi semua itu cuuma tinggal kenangan...
Berbalik pada kuih diatas itu...aku masak lunch awal so aku terus sambung menguli ubi keledek bersama tepung untuk dijadikan doh...da siap aku buat pula doh itu menjadi bulat-bulat kecil senang bila aku nak masukkan gula dan goreng...kuih ini bila nak masak barulah diletakkan gula didalamnya jika tidak nanti gulanya akan keluar...aku pun tak pasti macam mana gula tu boleh cair dari dalam walhal masa letak itu ok sahaja berwajah gula...so bila lepas asar baru aku siapkan minum petang pula dengan kuih itu bersama air teh 'o'...nyaman sekali berehat bersama keluarga...alhamdulillah...

Friday, 9 April 2010

Bila...dada sakit...

Erm pagi tadi sampai office pun awal...tapi aku rasa macam ada yang tidak kena...oh ya! Dada aku rasa sakit sekali dan nak bernafas pun seakan sukar...terus ke pantry minum kopi 'o' dan sekeping roti yang di salut jem strawbery pastu terus duduk di meja siapkan kerja yang agak banyak...tapi aku seperti resah gelisah sahaja lagi hinggalah ke lunch pun begitu DAN aku asyik sibuk dengan dunia dan kerja aku...badan ini rasa nak duduk sahaja tanpa berjalan-jalan dan aku lebih selesa dengan mendiamkan diri...aku rasa lain sahaja...jiwa seperti kosong...erm kenapa pulaklah aku ini...kawan ajak pergi lunch pun aku tak mampu...terasa seperti tiada nafsu untuk makan...rasa penat sekali untuk bergerak kesana sini...so tinggallah aku seorang di office...aku tidak berhenti berfikir kenapa ya...kenapa ya...sakitnya dada ini...macam ada sesuatu yang aku tidak keluarkan...tersimpan buat aku sakit di dada...sampai ke petang aku begitu...

Dirumah aku macam biasa...memasak siapkan itu dan ini...terus makan untuk dinner...masuk waktu solat maghrib aku pun terus berwuduk dan mengerjakan solat...lama aku ditikar sejadah...baru aku tahu kenapa aku sakit dada...bila dada aku sakit aku perlu mencari ketenangan disitu dan keluarkan segalanya...sesungguhnya ALLAH Maha Besar...semoga DIA berikan aku kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa...amin...

Lepas sudah rindu aku pada mereka berdua...

Erm...semalam balik dalam pukul 2215 malam aku sampai...sampai-sampai sahaja Akalili sahaja yang riuh menyambut aku. Sorfina sudah lena di buai mimpi...lepas mandi semua bagai barulah aku bercerita dengan Akalili...lepas itu baru aku kacau Sorfina yang sedang tidur...uhh rindanya pada mereka berdua...kalau yang si kecil ini jaga masa aku sampai semalam pasti semakin riuhlah rumah aku itu...anak baru dua tapi keriuhan mereka berdua macam aku sudah punya ramai anak...hehehe...kalau ramai nanti tak tahu lah bagai mana pula... Pukul 2310 semua sudah tidur penat agaknya...Alhamdulillah demam Akalili pun sudah kebah...syukur...aku pula macam susah pula hendak tidur dalam 0030 pagi rasanya baru lelapkan mata...tapi dalam 0230 pagi lihat jap di meja aku terjaga semula...badan aku seperti terlalu penat tapi aku sukar untuk tidur dekat satu jam jugaklah aku hendak melelapkan mata semula...lagi sekali aku sedar sudah 0400 pagi aku paksa juga mata ini untuk tidur lastly aku bangun 0500 pagi sambil siapkan pakaian untuk ke office...dalam 15 minit gitu Sorfina pun sudah bangun...muka Sorfina macam terkejut sedikit mungkin  bangun-bangun ummi nya sudah ada di rumah...terus nak dimanjakan...oklah layan Sorfina kejap...lepas habis Sorfina minum susu yang aku buat terus lena semula di buai mimpi...anak-anak, macam-macam ragam dan perangai...hingga hilang penat aku apabila bersama mereka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails