Monday, 3 May 2010

take EL

Hari ini aku telah mengambil EL sebabnya...huhuhu...En Muzlienor punya cuti tidak dapat diluluskanlah...aduhai geram gak aku bila fikir-fikir. Sudah bagitau awal-awal dan sudah isi borang cuti pun bila call office, cuti tidak diluluskan. Makanya akulah terpaksa mengambil cuti yang agak kecemasan jugalah...erm what to do...agaknya kalau En Muz tak datang meeting tu tidak jalankah meeting itu...oh geramnya aku ni...biarlah malas aku fikir lama-lama nanti bertambah sakit lak hidung aku ini...


 settle  pagi semalam aku bersihkan...
Semalam selepas breakfast terus aku kerjakan lauk pauk yang aku beli sekali banyak senang nak ambil untuk masak nanti...bolehlah tahan seminggu dua ni. Haha...sebab aku cuti hari ini so adalah menu lunch kami...erm aku masak Tom Yam Ayam + Seafood (udang dan sotong). Tapi aku teringin bangat hendak makan bihun tomyam so aku celurlah bihun untuk menu lunch aku. DAN Akalili dua kali tambah nasi tapi makan dengan kuah tomyam sahaja lauknya tak disentuh sangat pun...katanya kuahnya sudah sedap untuk dimakan bersama nasi...erm macam-macam saja anak kecil ini...semalam elok pula Akalili makan lauk sebab takde kuah kot...sebab semalam aku masak ayam + udang kunyit campur carrot dan bunga jagung ---- request by hubby. Seronok tengok tiga beranak itu makan bukan main berselera sungguh...alhamdulillah...
lunch aku Bihun Tomyam

Pelita



Lirik Lagu Pelita – A.P.I (ost filem Hooperz)

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Hooperz...layannnnnn.....

Semalam petang nak layan Iron Man 2 tup tup habis....apalagi aku pun tukar plan...moh abang kita layan Hooperz...erm bila aku fikir-fikir balik betoi ka apa aku cakap itu...macam ada sedikit kegilaan aku buat.

Tapi aku layan gak...dengan agak lembutlah paksaan aku kepada suami tercinta...hehehe akhirnya kami layan Hooperz...sebelum sebelum itu ada aku ajak hubby tengok Hooperz ni tapi macam main-main saja sebab tidak pernah pulak aku nak layan cerita-cerita gitu...tapi oklah memang asyik ketawa...seronok lak aku rasa sebab nak ketawa saja teringat lak zaman-zaman main netball...hikhik....
Sipnosis
Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’. 

Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. ‘Hooperz’ dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya.
Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej. Ketua pasukan ‘Hooperz’, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Azwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya.

Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri. Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan ‘Hooperz’ dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails