Wednesday, 12 May 2010

Petang Sabtu lepas.


Bukan main seronok lagi anak beranak ini berkebun di petang hari...aku just ambil-ambil gambar dari tepi rumah sahaja. Malas nak turun padang gitu...Tengoklah rumput yang panjang itu...padahal En Muz sudah meracun pada Ahad sebelumnya tapi disebabkan hujan always turun membasahi bumi, alhamdulillah, so racun itu tidak jalanlah untuk mematikan rumput-rumput dan tumbuhan-tumbuhan kecil di sekeliling rumah. DAN En Muz ada cakap mungkin kena mesin juga rumput ini sebab memang bukan masa yang baik untuk meracun...

Tuesday, 11 May 2010

Sorfina ke Klinik

Erm lama betul tak jenguk blog nie...dalam dua tiga hari ini aku sangatlah sibuknya...mana dengan Sorfina yang mungkin berjangkit demam dari Akalili sebab sebelum ini Akalili demam...Alhamdulillah Akalili sudah sembuh Sorfina pula kena...mana dengan kerja yang aku tanggung di office...apapun syukur pada Allah semuanya aku dapat selesaikan alhamdulillah...

Menjaga anak tanpa si suami disisi adalah sedikit kelam kabut bagi aku. Mana nak hantar anak yang sakit ke Klinik atau Hospital dengan sendiri...Hal sekolah anak lagi, itu pun baru saja Tadika belum sekolah yang sebenar. Tapi aku patut bersyukur masih punya suami walaupun jauh disisi...erm walaupun berjauhan deringan deringan telifon dan mendengar suaranya membuatkan aku rasa kami sentiasa dekat sahaja...

Hari ini alhamdulillah aku menghantar Sorfina ke Klinik lagi...sebenarnya En Muz sudah suruh aku tukar appointment hari ini ke minggu depan tapi bila aku fikir-fikir manalah tahu minggu depannya ada hal lain pula kan sudah susah nak tukar lagi. Aku buat appointment petang, jam 0030 aku keluar dari office, masih bekerja sebab aku di berikan tanggjawab mengantikan seorang staff yang tiba-tiba pulak cuti.  Sampai rumah aku solat dulu dan terus ambil Akalili dan Sorfina ke Klinik...Alhamdulillah waktu petang-petang ini memang tidak ramai orang di Klinik ini. Seronok je dua beradik ini ke sana ke mari. Erm berat Sorfina cuma naik 0.7kg dari 9.1kg masa bulan Mac lepas. Alhamdulillah sentiasa berada dalam keadaan sihat. Sabtu ini genaplah 2 tahun NurDiniSorfina.

Thursday, 6 May 2010

Tahniah buat mereka

Alhamdulillah hari ini kepala aku sudah ok. Kalau tidak semalam alahai hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kepala aku. Barulah aku ada mood sikit nak berblogging ini.

Ucapan TAHNIAH untuk my BIL - Alang dan Achik yang mendapat berita-berita gembira itu...aku turut sama merasakan kegembiraan itu...DAN selamat datang untuk dua orang baru makanya bertambahlah anak buah aku...seorang lelaki dan seorang perempuan...comel-comel sungguh mereka ini...bahagia sekali aku lihat baby ini...erm mudah-mudahan Allah bagi aku dan hubby peluang untuk menikmati saat-saat manis ini lagi...InsyaAllah...Erm hari ini aku nak abadikan cerita-cerita gembira dari keluarga aku. Dari minggu lepas lagi aku sudah dapat semua berita gembira itu. Gambar-gambar yang MMS kepada aku...terima kasih...

 Qaid Nur Thaqif
Lahir pada pukul 2 pagi persamaan dgn 23/04/2010...seberat 3.74 kg.
DAN lahir di hospital, ini adalah anak kedua Achik dan Liza---sebaya aku dua2 ini, tahniah buat mereka sekarang sudah ada sepasang cahayamata...semoga Qaid Nur Thaqif menjadi anak yang soleh...amin..
 
 Nur Natrah Farhana
LAHIR PADA 30/4/2010  
Baby Farhana ini anak ketiga Alang dan KakLang aku...semua anak KakLang perempuan alhamdulillah semua cantik-cantik dan sihat-sihat dengan izin Allah yelah KakLang aku ini orang Thailand. erm istimewanya Farhana sebab lahir di rumah yang di bantu oleh jiran-jiran sahaja...jam 0700 barulah Ambulans datang bawa ke hospital settlekan apa yang patut...erm kalau aku tak tahu lah macam mana lahir kat umah maunya pengsan...Alang outstation kat Penang lak masa itu sebab Alang tinggalkan KakLang due date adalah 050510 tup tup Farhana nak keluar awal melihat dunia...Alhamdulillah ada jiran-jiran yang sanggup jadi bidan terjun...Makanya bila Alang balik Farhana sudah selamat semua tinggal di azankan sahaja...Semoga Nur Natrah Farhana menjadi anak yang solehah...amin...
   
TAHNIAH juga adik aku Angah pada berita gembira yang selama hampir dua tahun dinanti-nantikan saat ini...semoga Allah permudahkan segalanya...    


TAHNIAH juga buat anak my SIL akan bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan asasi Law...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails