Wednesday, 19 May 2010

Furry Vengeance Movie




Semalam lepas lunch kami layan anak-anak kecil cerita Furry Vengeance ini di pawagam Berjaya Megamall Kuantan. Boleh la cerita seronok tengok dua beradik ini ketawa sahaja...Orang yang menonton pun tidak ramai, yelah hari orang bekerja. Seronok kami layan cerita ini tiba-tiba terdengar satu dengkuran...Mula-mula itu ingat dalam movie sebab ada juga part part tidur nie...alih-alih memang ada sorang mamat ini tertidur gamaknya dengan berdengkur kuat sungguh...Satu panggung ketawa bila dengar maybe dia tak leh layan cerita ini dan tertidur. Tapi yang tak tahannya berdengkur itulah kuat sungguh...Kecian kot dia tak de partner tu yang jadi macam itu...hehehe...

Synopsis

FURRY VENGEANCE is a live action family comedy in which an ambitious young real estate developer, Dan Sanders, faces off with a band of angry animals when his new housing subdivision pushes too far into a pristine part of the wilderness. Led by an incredibly clever raccoon, the animals stymie the development and teach our hero about the environmental consequences of man’s encroachment on nature.

Genre:          Comedy, Family
Official Site:  http://www.furryvengeance-movie.com
Director:       Roger Kumble
Cast:            Brendan Fraser, Brooke Shields

Sunday, 16 May 2010

SELAMAT HARI GURU

Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat pendidik SKTF, SMKK dan POLISAS atas ilmu yang kau berikan...juga buat semua guru Jasamu tetap dikenang...
Walaupun aku bukan cikgu tapi anak-anak anggap aku macam cikgu...setiap kali apa yg aku buat untuk mereka...NurAkaliliHanis akan cakap thank you teacher dan NurDiniSorfina akan cakap tasih ciku (terima kasih cikgu)...aku hanya menjawab MAKANYA aku kenalah menjadi pendidik yg baik buat mereka...Semoga ALLAH bagi aku Peluang dan Ruang untuk menjadi yang Terbaik buat mereka...Ummi sayang kamu berdua semoga menjadi anak solehah...amin

Friday, 14 May 2010

Alhamdulillah

Pagi tadi aku bangun dari tidur macam biasalah...sebab aku tidak iron baju malam tadi so aku kena buatlah pagi ini. Tapi lately ini aku suka iron baju di pagi hari sebabnya aku bangun seawal jam 0500 so tidak tahu hendak buat apa fikir-fikir aku iron baju sahajalah. Erm ceritanya pagi tadi tiba-tiba tidak ada kerjakan aku pun ambil handphone konon-konon nak tengoklah manalah tahu kot-kot ada orang nak call ke kan...Padahal memang tidak ada pun kalau ada pun seawal 0600 lebih gitu barulah ada juga call dari orang-orang office or adik-beradik or sedara-mara aku. Sekali tengok ada one miss call. Opsss siapa pula ini. Bila aku buka untuk tengok nombornya erm...MakNgah aku dari Kelantan alahai pada jam 0119 ...kenapa pula ni aku sudah risau...Fikiran aku asyik melayang-layang fikirkan miss call itu. Aku nak call balik memang aku takut sangat...takut sesuatu yang aku tidak harap akan berlaku... 

Dalam perjalanan ke office pun hati aku sudah tidak tenteram. Sampai sahaja office aku relax jap dan aku call MakNgah aku. PakNgah aku angkat. Alhamdulillah bila aku dengar suara PakNgah aku tanya dengan nada yang ok saja. Lega aku, maksudnya apa yang aku fikirkan tidak berlaku. So aku bagi tahu yang ada miss call malam tadi then PakNgah aku cakap tertekan huh lega aku. Aku terus tanya khabar Che (nenek) aku. Alhamdulillah Che masih sihat. Masa last aku jumpa Che hujung tahun lepas macam biasalah sakit-sakit tua ni. Che memang sudah gunakan wheelchair untuk kesana kemari.

Lepas sudah call MakNgah aku barulah lega hati aku ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails