Friday, 4 June 2010

Petrosains KLCC

Ahad lepas juga selepas kami semua sudah berpecah untuk pulang kerumah masing-masing. Aku and family, angah and family dan Aboy and his sweety girl went to KLCC. Saja jalan-jalan sana sambil ambil-ambil gambar. Anak-anak comel paling seronok sekali dan family mereka lagi la seronok berkali-kali. Sekali sekala keluar macam ini beramai-ramai memang seronok iye la kami semua masing-masing tinggal jauh-jauh sekali. Memang nampaklah kami semua sedang happy dan tiba-tiba sedang seronok bergambar ada two guys ni datang dan bagi tahu nak mabil gambar kami beramai-ramai sambil pegang dorang punya slogan untuk 1 Malaysia sambil suruh buat bentuk-bentuk di jari. Aku nak tunjukkan gambar pun belun di upload lagi.

Habis sesi bergambar kami ke Pertosains...sedihnya nak masuk Petrosains sudah tutup cuma bahagian SainsMuzik sahaja yang buka. So Angah ajak masuk untuk SainsMuzik. Lama juga kami didalam. Macam-macam muzik yang ada...masa ini Akalili buat hal...Ya ALLAH memang menguji kesabaranku...

Sikecik sedang mencuba Drum

Bakat terpendam..hehehe...

anak murid En Muz...hehehe...


alhamdulillah

Sabtu dan Ahad lepas aku dan En Muz sibuk berulang alik ke Hospital Selayang. Sebabnya Ummi ada operation mata yang dijalan pada hari Sabtu paginya...Family hubby sudah berada di Selayang pada hari Jumaat lagi disebabkan hubby nantikan anak buahnya call tapi sampai sudah nak malam pun tidak call juga last last kami terus tidak ke Hospital Selayang. Cadangnya nak ambil anak buah hubby dulu dari UiTM Shah Alam baru ke Selayang. So hubby cakap esok pagi-pagi baru ke Hospital Selayang ingat nak jumpa Ummi dulu before masuk operation room tetapi kami terlewat sudah...erm tak ada rezeki nak jumpa Ummi dulu. Dan kami pergi breakfast dulu sebelum jumpa dengan yang lain-lain. Pukul 1230 baru boleh masuk dan kami terus naik ke bilik. Alhamdulillah Ummi selamat semuanya dan semua sudah ada di dalam bilik. Dan paling seronok bilik yang Ummi duduk itu Ummi seorang sahaja so memang senang kami semua nak temankan Ummi itu pun ada juga adik beradik hubby yang tidak dapat datang kalau tidak memang riuh sungguh di bilik Ummi.


Masa ini Ummi sudah boleh balik...alhamdulillah...so apa lagi before balik inilah aktiviti kami bergambar beramai-ramai dulu...barulah bersurai...pasti rindukan mereka lagi...

Wednesday, 2 June 2010

Pensil kah atau Mancis kah???

 Pensel ke ini Ummi????

Setelah diberi penerangan dan menunjukkan praktikal pada NurAkaliliHanis barulah dia tahu itu sebenarnya mancis. Masa Akalili jumpa kotak ini dan buka so surprise Akalili bagitahu aku "Ummi...keciknya pensel nie"... Aku terus pandang hubby...Hubby yang sedang sibuk mengangkat barang-barang terus ke Akalili. Ambil satu batang mancis dan petik hingga berapi...Akalili terus terkejut..."Haaa, ada api...macam mana Abah buat nie"..."Ini bukan pensel sayang inilah mancis...hubby bagi sebatang pada Akalili dan suruh Akalili petikkan" tapi Akalili petik pelahan so api tak keluar...bila disuruh petik lagi Akalili sudah tak nak...takut katanya, nanti api keluar...

Erm manalah Akalili nak tahu ini apa mendanya sebab dirumah memang tak ada kotak mancis pun. Pakai dapur petik terus berapi. Kalau ada pun pemetik api sahaja. Bila Akalili jumpa ini dia seperti agak teruja sedikit. Siap cakap ngan aku "Ummi...akak nak lah mancis nie boleh...nanti akak nak bakar sampah guna mancis nie..." Sambil hubby menyampuk "jangan main-main dengan mancis nie di rumah bahaya...nanti boleh terbakar rumah"... Aku senyap jea...penat baru sampai masa itu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails