Tuesday, 6 July 2010

Jammed

 Dari 3 line jadi 4 line...

 Bomba yang baru sampai...

 Akalili yang sudah bosan dalam kereta..

 Hubby yang tak habis-habis dengan rubiknya...

Malam Rabu lepas di highway Seremban sungguh jamming...ingatkan apalah rupanya accident...ohh memang agak tension masa itu nasib hujan renyai-renyai menyejukkan hati yang agak panas. Tapi yang buat aku nak marah time macam inilah banyak kereta ikut laluan kecemasan. Sebenarnya kita boleh fikir guna otakkan...Kalau kat highway tetiba jam takkan suka suka nak jam kan mestilah ada sesuatu yang telah berlaku tapi napalah ikut laluan kecemasan. Kalau accident kecil-kecil tak apalah kalau jenis yang teruk kena kan menyusahkan penyelamat-penyelamat daripada dapat menyelamatkan nyawa terus tak dapat selamat. Betullah ajal maut itu ditangan DIA tapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha selagi mungkin...kan...tapi aku tak faham napa jadi macam itu...sampai hubby pun kenalah ceramah dari aku sebab nak ikut jalan itu...Dan akhirnya hubby akur ikut jalan yang betul...

"Jangan fikir kesenangan diri sendiri tapi fikirlah juga kesusahan orang lain"

alhamdulillah...


Alhamdulillah...NurDiniSorfina sudah kurang dia punya Chicken Pox dan sudah kering. Kesan-kesan parut yang kecil-kecil pun sudah semakin hilang. Barulah lega sikit aku di buatnya kalau tidak risau betul aku. Wan dan emak aku asyik bising suruh buat itu dan ini sebab risau anak kecil itu sakit. Tapi alhamdulillah semuanya terkawal dan Sorfina pun memang anak yang kuat. Walaupun masa sakit Sorfina tetap aktif sampai aku pula yang risau melihat keadaannya.

Friday, 2 July 2010

Selasa lepas selepas melihat tiada perubahan aku bawa NurDiniSorfina ke hospital. Lepas kerja hubby jemput aku terus kami pergi...Alhamdulillah orang tidak ramai. Tapi lama juga menunggu tak pasti apa yang doktor sedang buat...erm tapi ok lah sebab tak serabut dengan orang ramai sudah..so menunggu sambil melayan Sorfina. Bila sampai nama dipanggil kami masuk bilik. Bila doktor tanya aku sakit apa, aku pun tanya doktor semula, ini Chicken Pox ke doktor? Bila doktor teliti semua tempat...ya tidak syak lagi NurDiniSorfina senang kena Chicken Pox...oh dugaan buat mu sayang...sabar ya...setelah selesai dengar penjelasan doktor, ok keluar dan pergi ambil ubat...

Mula2 kena ingatkan alahan...

Masih tersenyum sambil menunggu giliran...

Bermulalah episod dijaga dengan rapi...

Mula-mula keluar dibawah mulut dan terus merebak ke merata badan. Alhamdulillah tak banyak. Mungkin Sorfina berjangkit daripada adik aku sebab bila jumpa pakcik dia bukan main lagi di usik-usik. Apapun alhamdulillah Sorfina cuma kena CP, takde lah demam atau selsema tapi masa jumpa doktor semua ubat doktor bagi selain dari ubat CP doktor bagi ubat demam dan selsema juga. Dan doktor siap cakap "kakak dia juga mungkin akan kena sebab dia adalah orang yang rapat". Alhamdulillah sampai hari ini NurAkaliliHanis tiada apa-apa tanda. Aku berdoa Akalili tidak akan kena...amin...
Terima kasih to hubby sebab ambil cuti jaga NurDiniSorfina...Dari hari Rabu hingga Jumaat En Muz jaga Sorfina so hari esok dan lusa aku pula jaga dan En Muz pula kerja. Alhamdulillah CP Sorfina semakin kurang...mudah-mudahan cepat sembuh...Dan Alhamdulillah aku pun sudah ok dari sakit kepala dan hidung tersumbat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails