Friday, 6 August 2010

McD & KFC pun OK

 Setelah di taburkan black paper...

 Roti burger nie memang besttt...

 Air kopi O adalah harus OK...

Erm semalam aku temankan my colleague ke Bank Rakyat Kajang untuk ambil geran kereta dia sebab nak renew roadtax...selepas settle semua itu kami ke Mc Donald yang berhampiran untuk breakfast...ini adalah 1st time bekpes ngan member kat fast food...tq to my pren belanjakan...

Kalau bekpes ngan family aku nie seronok...suka makan burger nie sebab ada daging dan telur lagi pula rotinya lain dari burger biasa2 keluaran McD...kalau order burger nie masing-masing ada part masing-masing daging dan telur especially Akalili dan Sorfina...Akalili suka daging serta roti dan Sorfina suka telurnya sahaja aku tukang layan sajalah...tapi part air kena tukar teh O sebab hubby adalah kureng kopi O...



Malam pada minggu lepas aku lupa da hari apa...aku ada appointment dengan somebody so ajak hubby join sekali...tapi sebelum jumpa dia hubby ajak ke KFC sebab Akalili nak makan KFC pulak...sampai saja hubby order aku ambil seat...sekali dua beradik bukan main seronok lagi sebab belon berteburan sana sini....tak pasti kenapa jadi macam tu...so seronoklah dua beradik nie main belon...dan aku tengok lama-lama ramai kanak-kanak yang datang ambil belon tu dan main dan bawa balik sekali termasuklah dua beradik nie...hikhik..maybe dorang baru lepas ada event apa-apa kot...

i'm not in the pink....




Salam pagi Jumaat semua...

Ermmm hari ini aku terlewat bangun sebab kepala weng sikit...Allah nak uji Alhamdulillah masih gagah untuk ke office...Dari semalam lagi kepala aku sakit dah tapi aku malas nak ikutkan sangat. Padahal sebelum itu aku rasa takde apa pun aku buat macam biasa saja tapi itulah semua kuasa Dia...

Paling ketara lepas Mahgrib semalam tidak dapat aku menyudahkan bacaan sebab kepala aku tengah weng agak kuat so buka telekung terus aku baring sampailah habis berita...sebab aku dengar heheh...kuat juga bangun terus lepak atas sofa amik mood semula...lama gak aku amik mood pastu layan internet jap...tiba-tiba my colleague call tanya tentang meeting today...bila dengar suara lain terus tanya apahal...memang sengau teruk aku pun da tak tahu nak control macam mana...sebab hidung aku pun da tersumbat bagai...ohh tidak boleh jadi lepas off phone aku terus kemas-kemas lepas solat isyak terus aku tidur.

Alhamdulillah pagi nie walau terlewat bangun aku still sampai office before 7.30am... ;))
Apapun selamat berkerja semua di pagi Jumaat yang mulia ini... 


Thursday, 5 August 2010

kena juga daftar...


Erm minggu yang agak busy dengan perkara-perkara di office dan peribadi...hikhikhik... Adoi tengah pening aku fikir pasal mendaftar untuk mengundi ini. Tiba-tiba meeting kali ini (selasa baru nie) asyik cerita pasal mengundi dan siap tanya siapa yang masih belum mengundi...dan jawabnya aku dan my pren lea kami berdua saja pulak tu...adoihai...aku bukan tak nak mengundi tapi tak tahu lah nak undi siapa dan aku memang kurang ambil tahu pun pasal nak undi-undi nie...Mengikut orang pergi mengundi dan tunggu rajinlah pulak...hehehe...nak buat macam mana kan...tapi wan(nenek) dan FIL aku bising kenapa tak pergi daftar dan mengundi sebelum ini...tapi aku buat pandai jer lah...hikhik...

Tetapi setelah tiba-tiba perkara ini diutarakan didalam meeting ahh aku macam kena buat jugalah nie...nanti bos aku asyik tanya jea bila meeting akan datang dan datang bosan pulak aku...sudahlah semua orang pakat pandang2 aku...aku tahulah aku nie cun hihihi...

Tapi masih ada empat juta warganegara yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar dengan SPR dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berumur 20-an. Ini Pengerusi SPR lah kata pada awal tahun 2010 mungkin mereka telah buat pemerhatian. So aku tak lah ralat sangat tapi tak ralat-ralat pun aku kena gak buat malas da nak dengar bos aku tu membebel nanti...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails