Wednesday, 9 March 2011

Cameron Highlands

;)) Alhamdulillah Pn. Maidatul selamat pergi dan pulang dari cuti-cuti di Cameron Highlands bersama keluarga nurcinta. Seronok disana sejuk saja. Cuaca pun ok walaupun panas masih terasa kesejukannya. Kali ini pergi En. Muz ikut jalan baru di Sg. Koyan kata makcik Pn. Maidatul ikut jalan baru ini dekat. Oleh itu mari kita cuba ;))

Perjalanan memang dari Nogori lah kan. Ikut Simpang Pelangai, terus ke Karak dan ikut jalan pintas yang tidak lalu Bentong terus lalu Lurah Bilut ke Raub ke Sg. Koyan dan ke Pos Betam itulah laluan baru. Dan bagi Pn. Maidatul memang dekatlah bagi orang-orang Bentong nak ke sana. Tapi macam Pn. Maidatul ni jauh juga rasa. Next time kena lepak Bentong dulu baru leh naik Cameron Highlands. Hehehe...

kiri kanan bukit bukau saja bila masuk ke Pos Betam...
Cantik lihat keindahan ciptaanNya ini... ;))

Waktu senja sudah hampir sampai ke Ringlet...

 Check in...
Ambil kunci saja lepas itu pergi makan...

Pergi pun sudah petang sebab belah paginya En. Muz ada program Maulidur Rasul di pejabat. Selepas itu Allah uji, kami redha. Sampai ngam-ngam jam 2000 check in. Miss di counter reception itu pun siap tanya Pn. Maidatul kenapa lewat sangat check in. Erm Pn. Maidatul pun bagitahulah ada problem sikit tadi. Then lepas ambil kunci kami terus keluar cari kedai makan. Lapar bukan main da perut masing-masing ini siap berkeroncong bagailah dalam perut ni ha. hihihi... 


next will be continued.... ;))



Beautiful Morning

Pagi tadi awal Pn. Maidatul keluar malas nak layan sesak dengan orang ramai. Macam biasalah confirm sampai sekolah Cik Akalili awal kan...macam biasa jugalah Pn. Maidatul akan tunggu gate untuk murid-murid PRA buka dan hantar Cik Akalili ke kelas barulah Pn. Maidatul ke office pula. Memang itulah rutin Pn. Maidatul jika waktu persekolahan tapi kalau En. Muz cuti pasti semuanya diuruskan olehnya.

Erm tetiba sahaja pagi tadi masa dalam perjalanan Pn. Maidatul rasa sangat tenang dan seronok, erm kenapa yea. Bila sampai di office pula Pn. Maidatul dapat sms dari En. Muz tanya hujan ke tidak. Mestilah tidak kan...perjalanan pagi memang seronok don't know why ;))

Erm hari ini macam nak pergi ke site Subang ada perkara nak settle di sana tapi macam tak boleh siap saja kerja yang nak di bawa ke sana sebab ada bos Pn. Maidatul yang sudah keluar kursus. Tengoklah petang nanti kalau sempat baru pergi.

Saturday, 5 March 2011

ujian :) ---> updated...

Meredhainya....

Aku sudah macam putus asa dan sudah hendak call hotel untuk cancel booking...perancangan awal bertolak jam 1400 tapi hubby habis program awal so nak gerak awallah...jam 1245 gitu sudah nak bertolak. Bila hubby check apa yang patut kat kereta tiba-tiba bila hendak start...terus tidak boleh start padahal before that ok jea. erm ntah apa yang hubby buat pun aku tak tahu yang pasti aku tengok hubby siram body-body dalam enjin itu dengan air. Dalam lima botol 1.5liter air gitu hubby siram. Lastly enjin tidak boleh start...huhuhu

Dalam 15 minit hubby cuba dan cuba namun masih tidak boleh start. Habis juga semua kawannya di call untuk tanya kot kot la boleh tahu apa punca kerosakan. Alhamdulillah ada seorang dua kawan hubby yang datang rumah kebetulan mereka baru habis kerja tolong sama-sama check apa masalahnya. Alhamdulillah masalah kecil saja cuma hubby terlepas pandang... Alhamdulillah juga dengan izin Allah dapat baiki dengan jayanya...

Bila sudah start enjin dengan baik sekali hubby terus pandang aku sambil kenyit mata. Itulah Muzlienor dan selalunya memang begitu, walau apapun masalah yang dihadapi dia tidak pernah cepat putus asa dan steady jea. Syukur punya hubby yang sabar gitu kan...Alhamdulillah...

Bila semua sudah baik dan juga sudah pun masuk waktu zohor so hubby kata elok kita solat dulu baru bertolak... Jam 1430 gitu kami bertolak...

Alhamdulillah semua dengan izinNYA...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails