Tuesday, 13 September 2011

28 weeks @ 15 Syawal 1432

 Salam 15 Syawal...

Ooohhh malas sungguh aku hendak update blog lately nie...memang semua bendalah boleh dikatakan aku memang malas nak buat...Nasib aku kerja dengan orang kalo idak sah sah aku tak pergi kerja duk rumah layan tidur sajalah kerjanya...Kerja aku sekarang memang balik melepak dalam bilik saja. Memang kalau buat kerja rumah itu sebab terpaksa saja kalau idak huhuhu orang lain lah yang buatkan. 

Bab masak memasak pula ermm memang merundum terus untuk duduk di dapur. Ooohhh aku tidak tahu pula pregnant kali ini lain pula ragamnya. Memang pregnant lepas lepas pun dua dua berbeza. Macam yang pertama aku biasa-biasa saja, yang kedua aku rajin walaupun aku penat balik dari kerja still boleh layan masak-masak dan kemas-kemas nie. Tetiba masuk yang ketiga ini tahap kemalasan aku makin menjadi-jadi huhhuhu...kalau la keluar baby girl adoiiii takut lah terkenan pulak part malas itu...

Last week hari Isnin aku ada check up so paginya aku masuk office. Aku halfday sahaja petangnya aku ke klinik pula. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, cumanya darah HB aku still rendah. Maintain macam hari itu juga. Sedih aku bila fikirkan HB aku itu.
Berat pula oklah naik 64.2kg untuk sampai ke tahap tujuh bulan mengandung ni.
Mungkin lepas ini aku kena makan sayur bayam itu hari-hari. Nampaknya aku kena buang tebiat malas itu. Huhuhu tapi mampukah aku.

Wednesday, 7 September 2011

Persiapan Menjelang Syawal

Alhamdulillah akhirnya aku dan keluarga dapat berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara. Makanya persiapan memang semua last minute lah. Nasiblah persiapan untuk Lili dan Dini sudah awal-awal lagi en. suami settlekan cuma cari sandal baru saja untuk mereka. Selalunya bab bab kasut or sandal ini memang aku akan beli last minute. Baju sedondon aku anak beranak pun aku minta tolong adik aku ambilkan di kampung. Sebabnya turn tahun ini adalah sebelah en. suami so memang aku tidak baliklah ke kampung. Selepas beraya di Kuala Pilah baru balik Bentong.

Tiga hari sebelum raya memang aku dan en. suami buat kerja yang tak pernah buat. Malam hari Sabtu dan Ahad itu aku berdua dengan en. suami memang sibuk lepas jam 2200 saja aku keluar jalan TAR dan jam 0300 baru sampai rumah dan Ahadnya lepas jam 2200 juga ke downtown pulak halfway berjalan tetiba hujan tetapi tetap redah hujan juga. hampir jam 0300 sampai rumah...huhuhu tak penah aku buat kerja macam ini. Padahal nak ari barang yang simple simple saja. Dua-dua hari ini juga aku bersahur di luar. Terima kasih buat emak sebab jagakan cucu-cucu emak tu.

Isnin pagi pula en. suami sibuk kejutkan aku pepagi buta padahal aku mengantuk gilo...Sebabnya ada lagi barang yang tidak dapat. 1st pergi bank settlekan apa yang patut. Pastu sibuk cari tudung aku lagi. Last last pergi kat butik Ratu itu juga cari tudung. Lepas itu pergi jalan TAR lagi cari songkok BIL sempat lagi en. suami sambar dua gulung carpet huhuhu...then terus ke Bukit Bintang masuk Sg. Wang cari baju yang en. suami tapi tiada. So masuk Parkson ha amik ko aku pilih pula pilahan aku. Dapat dua helai seluar + T-Shirt sehelai + Kemeja T sehelai... Puas hati pilihan aku kan...hehehe
Then balik dari pagi keluar hampir jam 1600 baru sampai rumah nasib lea anak-anak tak bising.

Lepas Asar baru gerak balik Kuala Pilah...Ermmm sampai bukit putus jammed walaupun jalan baru...huhuhu memang ngam ngam nak berbuka sampai rumah ummi...best layan rendang maman + sup tulang... terima kasih ummi dan ayah....

Nota kepala ::: Nanti sambung lagi lah...nak keluar kejap...





Tuesday, 6 September 2011

Sudah seminggu berhari raya

Salam 8 Syawal 1432h

Hari ini baru ada sedikit mood untuk menulis. Aku mula bekerja pada hari semalam. Huhuhu baru mula kerja aku sudah lewat semalam bukan apa mood raya + penat masih dalam kapala lah... Datang office semalam pun ramai yang tak masuk lagi. Ada yang sambung cuti. Aku memang halfday saja semalam sebab belah petangnya aku ada check up...

Huhuhu....cerita pasal check up memang sodeh den ini. HB darah still turun lagi. ERmmm sudah tak tahu nak buat apa. Nurse itu sudah suruh aku makan iron tables pagi petang pulak. Nak makan sekali sehari pun punyalah payah inikan pula dua kali sehari ohhh sodeh lagi den...

Semalam balik dari klinik tu terus melepet. Fikir macam mana ini kena naikkan HB before jumpa doc nanti. Tup tup hari ini buat hal lak. Tetiba lak bila makan saja muntah-muntah...huhuhu sedis sungguh. Tapi apakan daya ujian dariNya. Semoga Dia bagi aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Amin...Amin...Amin...

Nota kepala ::: Nak upload gambor masa puasa dan raya ntah bila la agaknya. Asyik tergendala saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails