Friday, 7 October 2011

Wahai Suami

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

Jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam…

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

 



Wednesday, 5 October 2011

Ke Kuantan Kita (^_^)

Hari Jumaat malam lepas aku ke Kuantan. Sepupu aku bertunang. Aku tiga kereta pergi bersama adik dan emak.
Aku ambil homestay yang dekat dengan taman perumahan makcik aku tinggal senang. Ingat nak lepak sehari sahaja lastly en. suami pandai-pandai booking untuk dua hari terus.
Punahlah harapan nak lepak kat Cherating huhuhu...

 Mak buyung lak yang sibuk bergambar ;)

 Together with my princess ;)

Mereka juga sibuk mau bergambar ;)

Lepas habis aktiviti potong kek hantaran aku pun balik homestay.
Lepak jap lepas solat Maghrib dan Isyak (jamak) baru nak kuar.
Pergi Teluk Cempedak. On the way memang sudah hujan.
Tapi sampai TC ok jea tak hujan, maybe baru lepas hujan kan.
Jalan-jalan jap, then terus gi makan kat situ. 
Habis makan sambung cuci mata. Kebetulan ada kedai-kedai jualan.
En. suami sibuk cari selipar. Dengan aku sekali dapat satu kasut sarung (^_*)
En. suami yang pilihkan. Aku sukalah sebab flat dan lembut.

Jam hampir 2 pagi baru balik homestay. Terus siap-siap untuk tidur...
Huhuhu esok lepas subuh mesti gerak ke Cherating.




Monday, 26 September 2011

Nasi Lemak Halia Lagi (^_*)

Walaupun mulut kata malaslah nak masak.
Tapi bila ada keinginan dan permintaan fuhhh terus nekad nak masak.
Stori Ahad pagi request by hubby. Maka masaklah ia...huhuhu ;))

Nasi Lemak Halia

Sambal Sotong...Yummyy...

Telur Mata (*_*)

Ikan Bilis dari Lumut...

Timun...

:::  Hasilnya (^_*)  :::


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails