Wednesday, 4 January 2012

Selangkah Melangkah Lagi

 Senyum tak perlu kata apa-apa (^_*)

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin amin amin...
Sayangku Nur Akalili Hanis.


Monday, 2 January 2012

Hari kedua 2012

Hari ini baru hari kedua dalam tahun baru.
Masing-masing masih bercuti lagi.
Sekolah pun akan bermula 04.01.2012 pada hari Rabu.
Aku pun tidak pasti kenapa sekolah bermula hari Rabu.
Padahal esok semua orang sudah mula berkerja.

Mood aku di hari kedua tahun baru agak kurang baik.
Mana tidaknya pagi tadi aku baru sahaja aku hendak transfer semua gambar dalam hp.
Tiba-tiba satu gambar pun xde. Adoi kenapa ni...
Masa tu hubby xde pergi service n cuci kereta.
Rasa nak call time tu jugak.
Tapi aku sabar diri ini tunggu dia balik.

Siap kerja hubby, aku keluar kejap ngan hubby ke Giant.
Masa on the way tu baru aku perasan yang aku tertinggal phone yang tengah bercas.
So bila sudah balik ke rumah baru aku tanya pasal pic dalam phone tu.
Sedih...

Hubby cakap maybe sudah terformat.
Sebab itulah pics semua hilang.
Then aku tengok video dan lagu-lagu dan surah-surah pun xde.
Lagi sedih nak kena buat semua semula la.
Memang semua hubby yang settlekan.
Tapi aku geram.
Mesti dua beradik ini punya kerjalah.
Sebab mereka berdua yang ralek sangat bermain game-game dalam hp tu...
Tapi apakan daya...

Habis gambar-gambar terbaru aku.
Gambar baby Maritza pun sudah tiada lagi.
Kebetulan kamera aku adik pinjam.
Itu yang pakai phone. Tak sangka jadi macam nie..
:(( huaaaa



Sunday, 1 January 2012

Selamat datang 2012


Kunci kepada kebahagiaan, ketenangan, kesihatan dan kekayaan ialah mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dan berhenti menyalahkan orang lain dan situasi.
Jika kita mencari faktor luaran untuk menjustifikasikan hasil kehidupan kita, maka kita TIDAK akan berjayadan akan sentiasa mempunyai sifat menjadi mangsa.
Untuk menukar dunia luaran kita harus tukar dunia dalaman.
Boleh guna prinsip ini untuk semua perkara dari pelajaran, rumahtangga etc..

"Mulakan tahun 2012 dengan niat bertanggungjawab dan lihat apa kita baca tonton fikir rasa cakap buta hari ini.
Inilah paradigma kita.
Selagi tidak ubah tahun baru tidak membawa apa-apa makna.
Niat memberi bukan mengambil peluang atau kesempatan.
ALLAH pemberi rezeki bukan manusia.
Berhenti menyembah manusia dan mulakan menyembah ALLAH"

Semoga tahun 2012 membawa kejayaan kepada semua...amin...amin...amin...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails