Tuesday, 4 September 2012

Hari Membakar Kalori

Salam 17 Ramadhan 1433H

Mula masuk kerja sudah sibuk dengan berbagai kerja.
Alhamdulillah..
Orang lain ada??????????
Akma tengok orang lain takde lah sibuk sangat....
Untung mereka kan kan kan....

Now sudah jaga projek baru.
Projek Kuantan bagi orang baru  now Akma jaga projek di Labuan.
Tapi kalau perlu di Kuching dan Kuantan pun kena jaga.
Lepas ni berjalan ke Labuan pula kita yek..
Ermmm.....

Bulan ni memang sibuk dengan kursus dan bengkel.
Semua terkejar-kejar rasanya.
Syukur sudah ada staff baru masuk.
Ringan sikit beban kerja tu.

Hari ini kerja membakar kalori sungguh.
Turun naik kementerian berapa kali.
Khamis ini ada bengkel.
So banyaklah kerja yang perlu diselesaikan.
Budget ciput so buat kat kementerian sajalah.
Kalau tidak haruslah keluar dari kota KL ini.
Kerja...kerja...kerja....


Oklah nanti sambung cerita lagi. 
 

Saturday, 1 September 2012

Rehatkan diri dirumah.

Assalammualaikum......salam petang sabtu...

Ermm petang petang begini kalau tidur memang sedaplah.
Tapi jangan haraplah kalau si intan payung kecik ni tak tidur kita nak tidur.
KakLong sudah lama layan mimpi.
Ntah sudah sampai ke mana pun tidak tahulah tu.
KakNgah pula memang kalau tidak mata betul betul mengantuk pun jangan paksalah.
Memang tidak akan tidurnya. 
Tapi kalau orang tak suruh tidur tu kalau dia nak tidur selamba jea tidur.
Adoiii itulah kan karenah anak-anak macam-macam sungguh.
Kadang kadang tu rasa adoiii macam nak gila da hihihi.
Alhamdulillah Allah masih bagi kekuatan.
Ermm tapi bila dok sorang sorang begini.
Sambil fikirkan mereka.
Adoiii itulah yang Akma paling sayang.
Harta Akma paling berharga tidak ternilai.
Sayang sayang sayang sangatttttt mereka.

Ermmm hari ni duduk di rumah jea kot.
Ialah En. Suami sudah keluar bekerja.
Malam malam nanti baru baliklah tu.
Kalau En. Suami tidak sibuk ni jauh sudah langkah kami.
Orang lain mesti sibuk dengan open housenya kan.
Dan ada juga yang sibuk ke open house sana sini.
Akma semalam dari petang ke malam baru balik ke rumah.
Pergi mana lagi ke rumah terbuka lah.
So today merehat diri di rumah sudah.

Ermm sunyi lak rasa rumah ni..
Anak anak sudah tidur..
Oooo KakNgah jea tidak tidur lagi.
Sibuk main bedak.
Ermm ntah kat mana dia jumpa tu.
Bedak kat rumah ni memang tak boleh la letak sebarangan.
Boleh habis dalam sekelip mana.

Opppsssss panjang lak cerita.
Padahal nak warming up jea.
Yelah sudah lama tidak menulis.

Ok nanti sanbung cerita lagi.

Thursday, 16 August 2012

Salam AidilFitri




Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon ampun dan maaf diatas segalanya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Semoga silaturahim diberkati ALLAH...


** Berhati-hati kepada yang pulang ke kampung tu yea ^___^




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails