Sunday, 23 September 2012

Ahad yang sibuk...

Salam pagi Ahad yang indah.
Pagi-pagi lagi sudah sibuk.
Cik Maritza awal pagi pula bangunnya.
Walaupun malamnya tidak lena.
Bangun pagi sudah pasti gitu kan.
Kakak-kakaknya masih enak dibuai mimpi.
Leka Akma buat kerja terhidu sesuatu yang tidak enak.
Ermm Maritza sudah membuanglah tu.
Memang pagi waktu kesukaannya membuang.
Good gitu kan.
So awallah Maritza mandi.
Bagi Maritza main sekejap lepas tu pasti dia tidur semula.
Lagi sedap badan sudah mandi kan.

Semua masih tidur.
Akma sibuk ke jemuran menjemur baju.
Ermm selalunya En. Suami tolong jemurkan.
Tapi hari ini awal lagi En. Suami sudah keluar dengan urusannya.
Sudah settle semua.
Sudah mau buat breakfast pula.
Akalili dan Sorfina sudah bangun.
Masing-masing sudah bising lapar.
Pagi ni masakkan nasi goreng + lemon tea panas..

Akalili : Ummi letak lemon ke...rasa lemon..
Ummi : Tidak memang dalam teh tu ada lemon.
(Sambil tunjuk paket lemon tea tu).

Bila sudah breakfast heavy gini.
Lunch sudah memang masak lewat sikitlah.
Kalau masak awal nanti sejuk tidak sedap pula.
En. Suami pulang petang.
Masih sempat masak sebelum pulangnya.
Menu hari ini cadangnya gulai lemak ketam + sambal ikan bilis + sayur campur.
Yang best sambal ikan bilis tu...berkobar nak masak ni...
Tapi lambat lagi...yang penting semua sudah ready...
;)

::: SaBaR Itu InDaH :::




Thursday, 20 September 2012

Labuan.....done...

Assalammualaikum dan salam sayang dari Labuan....

I'm happy now... Tak sabar nak balik esok.
Rindu sangat kat all my love.
Kerja sudah habis. Lepas meeting tadi terus pergi site.
Opss before that Akma singgah Bazar Labuan jap. Beli barang sikit.

Di tapak semua ok.
I like this project...
Like Mejar K said...hihihi
Harap projek ini dapat cemerlang la...
aamiin...

Friday, 14 September 2012

9 Bulan 2 Minggu 5 Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat ^___^


Erm hari ini sudah hari Jumaat.
Seronok kan esok lusa cuti Sabtu dan Ahad bawa pula ke Isnin.
Memang selonok loo....
Minggu akhir syawal pula..
Banyaklah pula jemputannya.
InsyaAllah dengan izin Allah pasti akan ku sampai jua..
Yang paling ponting keluarga dulu.
Huhuhu udah lea minggu depan akan ku tinggalkan...
Demi tugas yang diamanahkan..
Semoga Allah permudahkan segalanya...

::: Picture beraya di Hospital Bentong :::

Hari ini my Nur Hijrah Maritza sudah 9 bulan 2 minggu 5 hari.
Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Maritza...aamiin
Dalam 2 3 hari ini Maritza batuk dan selsema sedikit..
Hari rabu baru ini pergi check up yang asyik tertangguh tu.
Tak silap kali yg ke 4 inilah dapat hantar Maritza.
Ialah dari appointment sebelum puasa sudah lepas raya pun.
Baru dapat check up.
Appointment pagi jam 8.00..
Jadinya Akma masuk opis lewat lah sedikit.
Lagipun Akalili diberi cuti untuk peperiksaan UPRS selama 2 hari.
Jadi Akma takde la sibuk nak berkejar-kejar.

Ermm sebab sudah lama tidak ke Klinik Kesihatan tu..
Ohh!!! My English Semua sudah baru.
Kemas dan teratur proses temujanji yang buat.
Akma suka sangat.
Sampai disana sudah jam 7.30 pagi..
Ambil nombor dapatlah nombor 10..
Oklah tu kan..
Dalam jam 8.55 pagi nama Maritza dipanggil.
Check up ni pun biasa biasa saja.
Alhamdulillah berat naik 8.4kg syukur..
Nak lobih lobih tak dapek nak nolong...
Maritza pun baru sahaja baik dari demam itu pun syukur sangat.
Tidaklah mengambil masa yang lama.
Dalam jam 9.30 pagi sudah settle all.

Selonok balik dan nak ke kerja pula.
Tup tup pancit lak my CFourTeen...
Hubby kena lah settle kan dulu...
Jam 10 lebih en. suami sudah pulang dari bengkel.
Baru leh gi kerja....


Selamat bekerja semua dan selamat berhujung minggu dan bercuti panjang ^__^




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails