Friday, 17 May 2013

Sup Gear Box

Salam pagi Jumaat yang sejuk gitu.
Pagi tadi seawal jam 0550 hujan turun dengan lebat sekali.
Dalam hati ermm malasnya saya nak ke pejabat dengan kereta mesti jem teruk kan.
Alhamdulillah tidak sampai sejam pun hujan berhenti.
Syukur tidak perlu nak naik kereta kan.
Saya memang tidak suka betul nak layan jem, tapi kalau sudah terpaksa ermmm ok.

So pagi ini keluar macam biasa jam 0700.
Hantar Akalili ke sekolah baru terus ke pejabat.
Alhamdulillah sampai pejabat sudah kan.
Kerja macam biasa tak akan pernak habis nyer...
So buatlah apa yang penting dulu.
Tapi syukur Allah permudahkan bulan ini.
Saya tidak sibuk dengan mesyuarat.
Dapatlah saya merehatkan diri sedikit dengan kerja yang lain yang masih KIV itu.

So kalau rasa nak berjimba-jimba tu tak lah tension sangat kan.
So malam Selasa lepas kami keluar dinner.
Kami sibuk nak mencari sup gear box.
Padahal orang lain yang mengidam orang lain pula yang sibuk nak makan kan.
Punyalah jauh mencari sampai ke area Sungai Besi bagai lastly makan di area rumah juga.
Restoran Ogy Ahmad Daud aka Ogy D'Greenwood.
Di area Greenwood.
Moh kiter nengok gambor...

 
View dari luar restoran. 

Saya sangat suka deco ini.

Kakak berdua ni makan nasi ayam hainan.

Me with Maritza. Peace.

Bubur Sup Tulang...Besttt....
Sedap saya suka. Maritza pun suka.

Sup Gear Box.
Anak beranak suka...

 Lepas baik demam layan Sup Gear Box.

 p/s : saya suka tempat ni. sudah jadi satu port baru untuk JJCM.








Wednesday, 15 May 2013

Happy Birthday to my 5 Years Old Girl.......

With her cousin Syira.

Alhamdulillah ALLAH masih bagi kesihatan tubuh badan yang baik pada Nur Dini Sorfina Muzlienor.
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.
Ummi sentiasa doakan yang terbaik buat kamu wahai anak.


Thursday, 9 May 2013

Let's Bowling.....

Salam pagi Khamis....

Hari ini nak cerita pasal bowling. Bulan lepas En. Muz sibuk nak cari bola bowling. Macam biasa tempat yang selalu ermmm tidaklah selalu pun nak bermain bowlingnya. Tapi kalau nak berbowling memang kami akan ke Brem Mall Kepong, dekat dengan rumah jugalah.

So kami cari bola bowling disana sahaja. Uncle tuan punya kedai tu bagus. Bila tanya semua dia cerita. So senanglah En. Muz nak cari bola yang sesuai untuk orang sepertinya yang baru nak menempatkan diri dalam dunia bowling ini. Dan dan kami sekeluarga kena ikut aktiviti itu. Nasiblah memang anak-anak ok jea boleh join sekali.

Uncle tu nak tebuk lubang.

Puteri kesayangan saya.


Selepas seminggu Cyclone berehat so pada hari Jumaat 26 April 2013, En. Muz bawa kami sekeluarga untuk pergi bermain bowling. Ermm udah jadi aktiviti baru kami sekeluarga hihihi. Tapi malam tu selepas isyak punyalah ramai orang yang bermain. So kami kena tunggu turn lah. dalam setengah jam duduk dalam tu baru sampai turn kami. Siap dengan akalili sekali bermain. Guna bola paling ringan tapi saya masih rasa itu berat. Terpaksa Akalili gunakan kedua-dua tangan untuk melontarkan bola...ermmm sian anak ummi tapi memang dia yang bersemangat sangat nak bermain. Sama naik dengan En. Muz. Bola En. Muz lagi la berat 12kg. Saya guna sekali memang adehhh terasa lelah nak membaling bola tu tapi memang strike aka semua pin dijatuhkan pehh sekali tu jea la guna Cyclone En. Muz. Bola yang ringan pun saya boleh strike kan so buat apa nak ambil yang berat-berat gitu...sian tangan saya nie...hihihi







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails