Wednesday, 5 June 2013

Jemputan kecil.....Sorfina.

Kenangan yang di abadikan.

::: 15 Mei 2013 :::

::: Menu yang sangat simple ::: 
Mee Kari
Mee Hoon Singapore
Puding Jagung
Nugget dan Bebola Ayam
Rendang Ayam
Pulut Kuning
 KEK Coklat Moist
Air Oren Sunquik


Gambar masa birthday Sorfina.
Sorfina memang ada cakap nak ajak kawan datang rumah makan kek.
Takkanlah nak jemput makan kek dan air sahaja kan.
Makanya saya pun buatlah sedikit makanan yang simple untuk kawan-kawannya makan.
Alhamdulillah seronok mereka.
Adik-adik saya juga datang.
Alhamdulillah murah rezeki Sorfina.
Terima kasih pakcik2 dan makcik2 Sorfina yang bagi hadiah.
Dan kawan-kawan juga.


Friday, 31 May 2013

Nakkk Cutiiiii.........

Salam petang Jumaat.

Alhamdulillah hari ini baru masuk pejabat semula. Pehh kerja jangan cakap menimbul yang menunggu. Alhamdulillah da settle yang urgent..sudah tentu yang urgent didahulukan.. Seperti slogan "rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan".. Makanya saya mengambil pendekatan "yang penting di dahulukan, yang lain di teruskan". Hihihihi macam-macam kan...yang sebenarnya kepala ini sudah weng gitu. Nak bercuti tidak menjadi...hhuhuu apo bunyinye gitu kan... Perancangan saya sudah cun tapi perancangan ALLAH jualah yang terbaik. Oleh itu berkerjalah saya sepanjang minggu ini.. Ermm kerja dua hari tiga hari lagi saya berkursus.

Yang pastinya jika ALLAH izinkan saya nak bercuti minggu depan. Harapan semua perancangan itu berjalan dengan baik sekali. Bercuti yang duduk-duduk di rumah sahaja. Kerana ada sesuatu yang seronok sekarang untuk di buat di rumah. Sebenarnya keseronokan itu memang selalu di lakukan tapi itu dulu. Now mood sudah sampailah.

Kejap je sudah seminggu cuti sekolah berlalu. Tinggal lagi seminggu. Keseronokan berada di atas jalan raya sangatlah seronoknya. Di kesempatan cuti-cuti sekolah inilah saya dapat keluar rumah lambat dan sampai rumah cepat. So heaven...tapi hari ini mood penat kot...sudah tidak tahu nak keluar kemana untuk lunch. Itu yang gigih menaip nie. Nak bercerita dan nak buat stok cerita untuk hari tua nanti. Nak ingat semua benda memang tak dapatlah. Sudah tentunya bila tua nanti ingatan akan berkurangan kan. Tapi semoga ALLAH bagi ingatan yang baiklah untuk saya ini.

Ermm kepala pun sudah pening nanti nak sambung lagi. K tata...

Monday, 20 May 2013

My Maritza Sayang...

Salam pagi Isnin yang dicucuri rahmat hujan..
Alhamdulillah pergi kerja macam biasa tidak hujan walaupun sebelum keluar rumah memang hujan lebat sungguh. Bila sudah sampai dalam setengah jam hujan turun lebat semula...Alhamdulillah kan Allah permudahkan segalanya. Syukur..

Ermm sudah dua tiga hari Maritza batuk teruk kadang-kadang sampai muntah. Tapi aktiviti Maritza masih berjalan seperti biasa. Huhhh akan masuk umur setahun enam bulan pada hari Khamis ini. Semoga Allah bagi kesihatan tubuh badan yang pada Maritza aamiin aamiin aamiin...

Aktivit Mairtza sekarang memang semakin lasak. Aktivitinya memang menguji kesabaran sungguh. Kadang-kadang tidak terkawal oleh saya perasaan kemarahan ini. Ohhh sedih kan kalau nak marah-marah anak kecil ini. Tapi apakan daya saya cuma manusia biasa. 

Part makan alhamdulillah. Memang berselera sungguh. Semua yang saya makan pasti nak join sekali. Part mulut pula memang tak berhenti mengomel. Kadang tu saja dia menjerit-jerit riuh rumah. Tu yang kakak dia suka mengusik suka dengar dia menjerit comelll. Kalau berlari sekarang bukan main laju lagi. Sekarang pun sudah pandai nak melompat-lompat pula. Ermm memang ikut progress anak-anak sekecil ini progress Maritza berjalan dengan baik sekali. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Maritza sayang...

 

Nie memang port yang Maritza suka sangat main.
Saya cukup risau jika jari terapit di laci itu.

Maritza yang periang. 

Part stokin pula. 
Memang pantang jumpa stokin siapa sahaja mesti akan dipakai.
Ohhh anak sabor je kan...


Pampers kalau jumpa habis dimainnyer.
Kadang sampai rosak pelekat pampers tu.
Kan rugi tuh...huhuu

Tapi kalau sudah penat...terus tidur...
Kesian pula tengok dia...
Time ini memang asyik sangat mencium dan tenung Maritza.

Terima Kasih Allah atas nikmat yang Engkau berikan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails