Tuesday, 11 June 2013

Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor dan Cendol BakaR...

Salam pagi Selasa...
Alhamdulillah selamat sampai di office. 
Walaupun badan agak penat digagahi juga. 
Cuma mata ni kadang-kadang macam nak tertutup gitu kan.

Masa cuti minggu lepas saya sempat ke Pasar Pasir Penambang di Kuala Selangor. Lebih kurang setengah jam dari rumah saya. Ini kali kedua saya kesana. Pertama kali masa saya kesana semasa lawatan bersama rakan sekerja ke JKR Kuala Selangor. Balik dari lawatan kami singgah. Itulah pertama kali dan saya jatuh cinta untuk kesana lagi. Lauk pauk disana memang fresh..saya suka itu...

Lauk pauk yang saya beli disana. 
Semuanya saya beli dalam kuantiti sekilo ke dua kilo.
Boleh tahan hampir dua minggu.
Tapi udang dan sotong dua hari sudah habis.
Asyik dengan menggoreng. Sodap layan...
Sotong. 

Ikan Merah seekor.

Ikan Tenggiri seekor.

Udang.

Paling best dan pertama kali saya masak. Setelah makan dinner di Port Dickson last year. Masih teringat nak makan udang dan sotong goreng tepung. Fikir-fikir baik saya goreng sendiri lagi banyak boleh buat. Memang bestlah layan ini. Akalili dan Sorfina pun teruja. Banyak mereka makan.

Udang dan sotong goreng tepung ragup. 

Udang masak lemak cili padi.
Tidak berapa pedas untuk Akalili dan Sorfina juga.

Dalam perjalanan balik tu saya suggest kepada en.suami untuk singgah ke cendol bakar. Kami cuma drive thru disana. Ermm jangan ingat fast food saja yang ada drive thru. Di Cendol Bakar juga ada. Ini juga kali kedua saya ke sini setelah pergi semasa lawatan bulan lepas. Banyak sungguh tempat persinggahan semasa lawatan tu kan....heheheh...bah kata pepatah "Jauh perjalanan, luas permandangan" tak gitu kan...


Saya ambil Cendol pulut durian & cendol durian.
Layan setelah penat bershopping barang dapur.


" Jangan anda berfikir bahawa didunia ini ada orang yang hidupnya sempurna kerana ada orang yang mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai kereta. Ada orang yang mempunyai isteri tetapi belum tentu mempunyai pekerjaan yang tetap. Ada orang yang mempunyai nafsu makan tetapi kadangkala tidak mempunyai makanan dan ada orang yang mempunyai makanan tetapi dilarang memakannya."


"SABAR ITU INDAH"

Friday, 7 June 2013

Nikmat Kasih Sayang....

Salam petang Jumaat...

Alhamdulillah hari semalam dan hari ini saya bercuti rehat di rumah sahaja. Seronok sungguh walaupun penat. Penat mengemas satu rumah. Padahal semua itu senang jer tapi ada pembantu dua kanak-kanak riang perhhh memang pening kepala ini nak layan. Berkemasnye sikit request itu dan ini yang lebih. Adehh...tapi haruslah seronok. Kalau seronok lagi Akalili ada.

Ermm Akalili sudah dua minggu tinggal di kampung. Mula cuti sekolah Jumaat hari tu kami balik Pilah. Tetiba masa nak balik Akalili nak tinggal. Lepas tu uwan dia pun offer untuk tinggal. Ermm apalagi sibuk nak tanya saya boleh tinggal or tidak. Saya tiada masalah walaupun berat hati ini. Bila tanya abahnya pun confuse. Betul ker Akalili nak tinggal. Bila abah bagi green light. Amboih kemain seronok dapat duk kampung. Tapi saya dan hubby tanya banyak kali untuk conformation. Lastly saya dan hubby ermm ok. So now sudah dua minggu dan hari ini Akalili akan balik. My mil, sil dan bil akan datang dari Pilah petang ini.

Rindunya saya dengan Akalili. Sepanjang dua minggu kami berpisah saya memang tidak call Akalili pun. Entah rasa berat hati nak cakap dengan Akalili. Sorfina lagilah asyik tanya bila kakak nak balik. Siap suruh saya call. Tapi tak sanggup nak dengar dua beradik ni bersembang. Dua tiga hari ok lagi masuk hari keempat Sorfina tanya bila kakak nak balik ni. 





Semua pictures diatas my sil yang whatsapp kepada saya.
Sepatutnya saya tak perlu risau.
Sebab Akalili memang pandai bawa diri. Alhamdulillah...



Wednesday, 5 June 2013

Jemputan kecil.....Sorfina.

Kenangan yang di abadikan.

::: 15 Mei 2013 :::

::: Menu yang sangat simple ::: 
Mee Kari
Mee Hoon Singapore
Puding Jagung
Nugget dan Bebola Ayam
Rendang Ayam
Pulut Kuning
 KEK Coklat Moist
Air Oren Sunquik


Gambar masa birthday Sorfina.
Sorfina memang ada cakap nak ajak kawan datang rumah makan kek.
Takkanlah nak jemput makan kek dan air sahaja kan.
Makanya saya pun buatlah sedikit makanan yang simple untuk kawan-kawannya makan.
Alhamdulillah seronok mereka.
Adik-adik saya juga datang.
Alhamdulillah murah rezeki Sorfina.
Terima kasih pakcik2 dan makcik2 Sorfina yang bagi hadiah.
Dan kawan-kawan juga.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails