Tuesday, 18 June 2013

Cake Again...

Salam pagi Selasa.

Alhamdulillah hari ini keluar awal nak ambil mood ride semula.
Setelah kejadian semalam syukur alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Hari Jumaat lepas saya baking cake again. Itu pun sebab Akalili dan Sorfina yang beria-ria suruh saya buat.
Alahai kesian pulak dengan dua beradik ini. Maritza pula belum pandai bercakap kalau tidak, pasti sama sahaja mintanya.
Makanya balik dari kerja hari Jumaat itu selepas pergi Pejabat Pos mengepos kain-kain pasang customer terus ke pasaraya OTK tu untuk cari bahan-bahan baking.

Bila sampai rumah teruja Akalili dan Sorfina bila nampak ada bahan untuk buat kek kan. Asyik sibuk tanya bila nak buat. So lepas maghrib saya ke dapur untuk baking. Lama sudah saya tinggalkan acara baking ni. Tawakal je lah tak jadi nanti buat lagi kan. Huhuhu

Alhamdulillah tak sampai sejam sudah masak. panas-panas tu saya potong sebab semua teruja nak makan. Yelah sudah lama tidak buat. Saya pula memang suka makan kek yang baru masak ni. Sebab saya yang jenis suka makan makanan panas kot...hihihi
Seronok tiga beradik tu layan kek marble sambil nonton tv.


Alhamdulillah.
Sempat untuk buat berbuka untuk saya dan en.suami Sabtu lepas.



Thursday, 13 June 2013

Inai di Jari....

Salam satu Malaysia di pagi Khamis.

Alhamdulillah sampai di office ngam-ngam gitu. Bila punch...trekkktrekk..naik kad kuning tu menunjukkan jam 0729. Syukurlah ada lagi satu minit 0730. Fiiuuuu saya terselamat. Hari ini saya terlewat bangun sebab lewat sahur konon-konon nak baring-baring kejap lastly terbabas baringannya. En.suami pula awal-awal lagi sudah keluar itu yang terbabas tu.

Ermm minggu lepas duk buat kerja kat office punyalah banyak pastu tetiba macam ahh penatnyer. Tengok member tengah layan inai dari Mekah tu kan so saya pun dengan selambanya join. Itu memang da tahap bosan lea gamaknya. Tak pernak saya nak pakai inai. Itu pun kejap je letak kat jari ni. Lepas tu basuh nak sambung kerja semula. ermm ntah apa-apa kan..lepas tu cakap kat member nak lah...nak bawak balik rumah boleh letak kat kaki. So saya letak di kaki juga. Lepas tu letak di tangan comel Maritza pula. Bila Sorfina nampak teruja juga nak pakai.

Inai dijari masih basah. 

Sudah dicuci. 

 Kacau Maritza masa tidur pula.

Siap dicuci.




Wednesday, 12 June 2013

::: Wordless Wednesday 10 :::

Salam pagi Rabu...
Wordless Wednesday again...



Lately Maritza memang asyik nak bermain jer.
Sanggup tahan mata.
Tapi bila sudah tidak tahan macam gini ler jadinya.



** Jika ALLAH telah menetapkan diri anda dalam satu keadaan tertentu, maka jangan meminta yang lain, kerana ALLAH lebih mengetahui keadaan mana yang terbaik bagi anda. Jika ALLAH telah menjadikan anda miskin, maka anda jangan mengatakan: "Alangkah baik sekiranya Dia menjadikan aku kaya". Jika Dia memberi anda penyakit, maka jangan anda berkata: "Alangkah baik sekiranya Dia menyembuhkan aku". **



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails