Monday, 13 January 2014

Hari Ini, Semalam dan Esok.....

Alhamdulillah masih bekerja hari ini. 
Tentu ramai yang bercuti minggu ini. 
Selasa dan Jumaat cuti so ambil cuti untuk seminggu terus...seronoknya begitu.
Tapi tidaklah untuk saya yang anak masih bersekolah pada Isnin Rabu dan Khamis.
Guna cuti dengan berhemah untuk planning yang akan datang....InshaAllah...



Ermm minggu lepas adalah minggu yang sangat penat..
Weekend yang penuh dengan perahan otak.
Semoga ALLAH permudahkan perjalanan hambaNya ini...
Aamiin....
Tapi bila balik rumah seronok tengok muka-muka kesayangan saya...
Terus hilang kepenatan yang teramat itu. 
Especially Maritza ada sahaja kelakuan yang buatkan hati saya ini terhibur...dengar suara tawa dia memang bagi satu semangat pada saya....
Terima kasih ALLAH atas nikmat yang Engkau berikan...



Esok cuti...
Peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang.
Sudah tentu akan duduk dirumah sahaja esok....peluang ini saya akan memasak untuk mereka.
So dalam kepala ini tengah mencari-cari menu istimewa apa yang saya akan masak untuk esok hari...
Ohhh seronoknya berbakti untuk keluarga tersayang. 
Rasa macam nak repeat masakan yang saya masak pada tahun baru yang lepas. 
Seronok tengok cinta-cinta hati saya makan. Happy sangat....
En.suami jangan cakaplah bertambah makan gitu....hilang diet kami sekejap....heheheh....




Selamat bercuti...esok Maulid Nabi Muhammad S.A.W...semoga kita perbanyakan selawat ke atas baginda....agar kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak...


p/s   JOM amalkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan harian kita...





Tuesday, 31 December 2013

Pra Sekolah dan Masjid Negara...



Alhamdulillah hari ini last day for 2013...


Ermm orang lain syokk sambung cuti till new year...saya macam biasa jadi pekerja tegar....heheheh. 
Seronok kerja dua hari ini tiada orang di office...ermm dari last week lagi begitu...


Semalam saya pagi-pagi dari Sg. Buloh terus ke sekolah...Daftar Sorfina untuk Pra-Sekolah. 
Sekolah yang sama dengan kakak Akalili...Tak habis habis pesan kat kakLong nanti jumpa dia di sekolah nanti. Perasan takut Sorfina masih kuat...mungkin sebab Sorfina inilah pertama kali untuk ke sekolah...Tidak macam Akalili 5 tahun di tadika kemas dan 6 tahun di pra-sekolah. So tidak ada masalah untuk melawan perasaan takut atau cemas...

 Ready to School 
Perasaan nervous tetap ada...pura-pura buat cool...

Okey Maritza tumpang sekali...
Bangun awal Maritza nak teman kak Sorfina ke school...




Selesai daftar sesi untuk pra-sek, kami terus ke Masjid Negara untuk kelas agama pula...
Alhamdulillah kesungguhan Akalili nak masuk di masjid negara untuk tahun 3 dapat...
Syukur cita-cita Akalili tercapai nak ke kelas Agama disana...

Semoga ALLAH berkati dan merahmati perjalanan Akalili dan Sorfina...aamiin...





Wednesday, 18 December 2013

Wordless Wednesday #12

 
Maritza happy susu kan baby kambing ni...

Ermm mood nak menulis memang ke laut sungguh...ontah bilolah entry cuti-cuti saya dapat habis...huhuhu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails