Wednesday 10 August 2011

BiSuL...

Kisah aku dan bisul.

Tanpa aku sedar seminggu sebelum nak menjalani ibadah puasa aku dapat bisul. Ya Allah tempat yang sama lagi. Aku still buat buat cool malas nak fikir sangat lelama semakin teruk. Erm confirm aku rasa akan terjadi seperti yang lalu. Huhuhu pening kepala fikirkannya.

27hb & 28hb Julai 2011 aku dapat mc aku pergi Klinik Idzham.
29hb Julai 2011 aku masuk office sekejap nak settelkan apa yang patut. Then pergi follow up semula ke Klinik Idzham. Still tak boleh buat apa lagi dengan bisul aku.

Petang itu aku balik kampung. Malas nak fikir nanti lagi sakit kan. Aku just makan ubat yang doktor bagi. Sakit makin teruk. Search punya search ada satu ubat ini ramai juga yang guna. Koyok katak namanya. Hubby pun sibuk pergi cari kat kedai seng seh. Aku pun dalam takut takut cubalah. Ermmm still gitu gak.

Lastly apa yang aku buat hanya solat hajat. Aku betul-betul mohon semoga ALLAH permudahkan sakit aku ini. Memang dua kali yang lepas aku kena memang hazab sangat aku rasa. Rasanya kali ini aku tak naklah di operate bagai.

31hb Julai 2011 malam pertama terawih, aku masih mengerjakannya walaupun agak sukar dalam pergerakkan. Lepas terawih balik KL.

1hb Ogos 2011 Hari pertama puasa aku bersahur macam biasa semua sudah siap tersedia. Alhamdulillah. Kerja pun halfday nak ke klinik semula. Buka puasa pun beli yang siap sahaja sebab aku memang tak larat nak masak.

2hb & 3hb Ogos 2011 aku dapat mc lagi.
Sahur untuk hari kedua. Tetiba kain aku basah. Cepat-cepat panggil hubby tengok apa sudah jadi. Nasib hubby tak pengsan. Bisul aku sudah pecah. Terus aku tak lalu makan. Sahur pagi itu aku just minum air semata dan makan ubat sahaja. Huhuhu sian kat baby dalam perut ini. Sebab aku mc so duk rumah saja dan buat dressing sendiri.

Sahur hari ketiga still tak makan apa just minum air dan ubat. Berbuka dua hari itupun sama aku tak makan apa pun just kurma dan air. Bila sudah memalan sikit aku buat air vico cicah biskut kering saja. Itu yang aku mampu. Bila nak tidur hubby buatkan susu dan makan roti gardenia coklat kismis tu. Baru aku tidur.

Sahur hari keempat aku makan roti coklat kismis itu juga dengan vico. Pagi itu aku pergi klinik. Bila Dr. Anita tengok ermmm aku sudah boleh start dressing kat klinik. Dr. Anita nak aku datang setiap hari untuk dressing. Lega aku bila doktor cakap aku tak perlu nak operate lagi sebab sudah pecah sendiri.

Alhamdulillah. Syukur sangat kali ini aku kena memang Allah permudahkan segalanya. Hingga semalan aku buat dressing takde lah aku rasa teruk, seteruk yang aku kena dulu. Mungkin Allah perkenankan doa aku dan dalam bulan mulia ini Allah bagi keringan. Syukur.

Bila aku sudah mula buat dressing kat klinik semuanya teratur. Pergerakan aku agak mudah dan kurang sudah sakitnya. Dan alhamdulillah juga aku sudah mula hendak makan semula dan sudah mula untuk masak-masak. Walaupun aku berpantang dalam pemakanan tapi aku still masak untuk keluarga. Bila dapat masak untuk keluarga di bulan mulia ini rasa macam aku tidak sakit pula.


Sudah seminggu aku buat dressing di Klinik Idzham, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali. Nurse yang buat dressing aku pun semuanya baik-baik. Hilang rasa takut aku tu. Yelah aku agak penakut sikit. Aku berdoa agar bisul ini cepat sembuh.

Bila satu sahaja nikmat itu ALLAH ambil memang terasa sangat. Mudah-mudahan aku sentiasa menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi.






1 comment:

nurshuhailasue said...

Lepas letak koyok tu naik lagi x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails