Friday 5 April 2013

Bila Tiba Hari Itu...

Salam petang Jumaat.
Alhamdulillah selamat seminggu dapat bekerja dengan jayanya walaupun terkejar kesana sini without my husband. Syukur ALLAH permudahkan.
Jaga anak yang sedang sekolah dan anak kecil yang sedang demam dengan tiba-tiba.
Hanya Allah jualah tempat hamba ini mengadu.
Bila tiba hari itu...
Lima hari empat malam suami outstation ke Perlis.
Ermm jauh tu. Sudah ke hujung gitu kan.
Dari Ahad lepas dan semalam Khamis baru pulang.

Maritza hari kedua ketiadaan en.suami tiba-tiba demam.
Petang setelah pulang dari kerja sudah bagi ubat demam.
Alhamdulillah Maritza mudah juga makan ubat kali ini.
Sudah besar mungkin...
Malam jam masih menunjukkan satu pagi.
Badan Maritza tiba-tiba panas kuat.
Saya kuatkan semangat bangun bagi Maritza makan ubat.
Ambil kain lampin basahkan balut badan Maritza.
Lepas tu saya berjaga menjaga Maritza.
Alhamdulillah lena tidur.
Saya cuba lelapkan mata.
Tapi naluri seorang ibu jika anaknya kurang sihat pastinya tidur si ibu tidak akan nyenyak.
Saya kejap-kejap pegang badan Maritza.
Alhamdulillah lama-kelamaan kurang panas badannya.
Jam hampir empat pagi barulah mata si ibu ini berat.
Terus terlena hingga azan berkumandang.
Kepala jangan cakaplah memang pening.
Kuatkan semangat bangun.
Siapkan Akalili pula untuk ke sekolah.
Syukur emak ada jagakan Sorfina dan Maritza.

Alhamdulillah semalam en.suami sudah pulang.
Sampai KL petang terus ke Office saya.
Tiba-tiba saya tiada di tempat.
Saya cuma dapat note yang darinya.

Pandai pula cari kunci kan...

Buat saya confius seminit. Ohh pakai motor saya untuk ke bank.
Lepas tu ambil Akalili.
Dan 4.30 petang jumpa saya di lobi.
Ok nak balik rumah...
Ohhh tidak...Ingat nak pulang ke rumah rupanya ajak saya ke destinasi lain pula.
Ermmm layankan saja.

Yeahhh esok cuti...kami akan berehat di Sg. Buloh mungkin!!!!
Selamat ber weekend semua....



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails