Wednesday, 7 January 2009

10 Muharram 1430

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram, bersamaan
Rabu, 7hb Jan 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah

fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.


9. Bercelak

fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca
"ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.


13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga bermanfaat wallahhualam....


Monday, 5 January 2009

ROZEL OH ROZEL And syiling 1976,1981,2005,2008 serta wang kertas lama

Da 3 week hubby pergi atas urusan kerja....so ape saja peninggalannya pasti aku yg akan uruskan....bawah nie pics salah satu projek rozel hubby utk kami so tak payah susah nak beli...and lagi slamat tanpa ape2 gangguan...hehehe...hubby memang rajin...projek tanaman sayur2 pun ada...nti aku upload kan hari tu lupa nk snap gambar sayur yg da di masak...so semalam aktiviti petang aku selepas pekena roti bakar + teh O panas, aku gi pungut rozel rozel yg da boleh direbus...kalo makan masam so buat air besttt.....tapi aku x rebus lagi semalam...maybe balik kerja nanti aku buat....Akalili suka la bila aku buat air rozel nie....


LAGI SATU FAV HUBBY SIMPAN SYILING TAHUN..... dan sudah pasti tahun2 yg akan disimpan ialah 1976,1981,2005 and the latest 2008....nak tau kenapa lu pk la sendiri beb... bila aku cakap nak buat pe nk simpan syiling nie byk2 baik kita simpan dlm bank...what my hubby said" no...duit nie kita akan simpan walau byk mana pun...buat pe nk guna..." Ya Allah penin aku nk pk...so lu pk la sendiri beb....tp aku pun da syokkk gitu kumpul duit tahun2 nie...hehehe...sudah terikut-ikut gitu hobby my darling itu...


ni pulak duit kira lama la sbb da ada kuar yg barukan yg sempat aku simpan....

Friday, 2 January 2009

PERMULAAN BARU 2009

Alhamdulillah da 2009 today....hehehe aku macam bese lah keje nak simpan cuti sebyk yg mungkin...tahun nie kalo blh tak mau MC....hehehe...tahun lepas pun aku x MC aku rasa kalo ada pun sekali dua je kot....yg lain aku take leave or EL je...so tahun nie try to be good person la konon2 walaupun aku memang x bagus pun...apepun aku mohon Allah permudahkan untuk tahun 2009 dalam segala hal...aku akan jadi seorg ibu yg lebih berhati2 dalam mendidik anak2...jadi isteri yg mithali walaupun tak...yg penting dapat ape yg aku hajati...InsyaAllah...amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails