Tuesday, 15 February 2011

SalaM MauliduR RasuL

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
- (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
- Bersama bapak saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


* Kenalilah junjungan besar, Muhammad S.A.W.. Moga maulid kali ini akan memberi 1001 pengertian tentang kehidupan baginda pd kita.



Friday, 11 February 2011

tonton cerita lama...

Erm cuti-cuti baru ini juga tidak ketinggalan aku dan kaum kerabat menonton cerita-cerita yang sudah lama ditayangkan tapi tidak pergi tonton, bukan apa agak sibuk dan kemalasan kan lagi pun semua sudah di download kan so apa lagi layan lor...

Memang seronok tengok semua movie seram Nyangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, kelakar sangat aku rasa. My Akalili dan Sorfina adoiii bukan main ketawa, jerit-jerit dan takut-takut gitu bila tonton termasuk lea aku juga...Damping Malam ok lah pengajaran buat semua orang dan Cuti-cuti Cinta aku tengok sikit jer pastu mata aku pun tutup hehehe bangun pagi esoknya pasti en muz akan ceritakan kesudahannya sebab aku sudah malas hendak tengok semula nak nak kena tonton seorang diri...adoiiii...

~ ~ Nyangkung ~ ~

~ ~ Damping Malam ~ ~

~ ~ Hantu Kak Limah Balik Rumah ~ ~

~ ~ Cuti-Cuti Cinta ~ ~


p/s tak tau lah kalau ada kurafat sudah di download aku nak tonton atau tidak...huhuhu seram ker???...

Wednesday, 9 February 2011

Isnin aku EL

Kelmarin aku EL sebab lutut aku still sakit lagi...nak gi klinik malas so ambil EL senang dan aku settle kan kerja luar aku sikit...Alhamdulillah berjalan dengan lancar sekali...Syukur...petang itu en muz bawa my little girls ke Taman Titiwangsa dan celebrate kejayaan aku yang tak seberapa itu di Kenny Rogers...layan jea lah kalau nak ikutkan memang aku adoii tidak ada selera sangat nak makan-makan gitu...


2 Sup Cendawan...
One for Akalili and another one for hubby...

 For hubby and share with Sorfina...

 For me...

 My notti girl...love u so much darling...
Tengok lea tu tak sabar nak main garfu...

Me and my sweety girl....


Di taman-taman...
Sangat seronok bermain buaian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails