Wednesday, 16 March 2011

pisang berangan

Erm semalam masa Pn. Maidatul hendak pergi kerja anak daranya Cik Akalili tiba-tiba bagitahu yang dia teringin sangat nak makan pisang. Siap bagitahu Pn. Maidatul tu yang pisang ada vitamin. Kebetulan juga semalam ada pasar tani di office memang ada saja pisang dijual disana so apa lagi kan tidak perlulah Pn. Maidatul keluar waktu rehat untuk mencari pisang cuma pilih saja di pasar tani.

Bila balik semalam Cik Akalili nampak Pn. Maidatul bawa pisang terus senyum suka. Dan terus cakap terima kasih pada Pn. Maidatul sebab belikan pisang itu kan. Gembira sungguh bila tengok anak-anak seronok begitu. Alhamdulillah...

 Kata adik tu, lagi byk bintik2 di pisang tu lagi manis pisang berangan ini.

Pn. Maidatul pun meng google lah info tentang pisang ---> Petua Warisan, tq.


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!;

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Tuesday, 15 March 2011

Lunch & Dinner ---> Secret Recepi...Intai-intai ;))

Kebetulan Isnin minggu lepas cuti makanya seronoklah berdua-duaan kehulu kehilir selepas menghantar Cik Akalili ke sekolah. Kebetulan En. Muz ada hal di Kajang so Pn. Maidatul akan menemani sepanjang waktu :)) dan alhamdulillah semua selamat tunggu masa dan waktu sahaja untuk pergi.

Masa menjemput Cik Akalili sudah terlewat sedikit sebab ada hal perlu En. Muz settle kan. Pn. Maidatul terus call Kak Zu aka pembantu cikgu bagitahu lewat dalam 15 minit gitu. Selepas jemput Cik Akalili Pn. Maidatul ajak En. Muz lunch di The Mall di Secret Recepi. 1st time gitu ajak En. Muz lunch kat situ. 

Kek coklat aiskrim for Cik Akalili...
Yummy...sedap Pn. Maidatul dan En. Muz yang habiskan...
Tom Yam Noodle...Walaa for Pn. Maidatul... 
Curry Assam Chicken for En. Muz..
.
Strawberry yogurt + Orange yogurt + Watermelon Juice 

DAN

Dinner pula En. Muz ajak pergi ke Intai-Intai...mulanya En. Muz tanya booking di kat mana dinner. Pn. Maidatul senyap sajalah sebab memang tak plan nak booking-booking nie, lagipun memang tak penah buat kan...then En. Muz terus sambung 'la kenapa tak minta duit nak booking', erm dalam hati tau pun Pn. Maidatul ini malas nak keluarkan duit dan kedekut sikit hehehe. Lagi pun bukan Pn. Maidatul lah nak minta-minta duit ini bagai.

 
telur dadar...harus ada ;))

butter prawn...walaa ;))

tom yam seafood...walaa ;))

kangkung goreng...best ;))

sotong goreng tepung...best ;))

the menu for dinner ;))

Sirap bandung...
Jus tembikai...
Ciku + Mangga = Cinggo (kalau tak silap la)



Friday, 11 March 2011

Alhamdulillah

Erm salam pagi Jumaat yang indah. Pagi ini Pn. Maidatul sampai office terus on pc sebab nak update blog, hehehe...Ialah lately Pn. Maidatul agak sibuk dengan kerja di office pulang ke rumah pun agak lewat tapi Pn. Maidatul rasa berbaloi dan puas sebabnya Pn. Maidatul dan Dia sahaja yang tahu. Dan sekarang rasa sudah lapang sikit maybe nanti nanti sibuk semula kan.

Alhamdulillah Isnin baru ini Pn. Maidatul dan En. Muz adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7. Dalam masa 7 tahun ini pelbagai pengalaman pahit dan manis dilalui bersama. Pn. Maidatul sangat bersyukur kepada ALLAH dan sentiasa menghargai peluang hidup dan masa yang ALLAH kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

Sempena ulang tahun perkahwinan kali ini Pn. Maidatul membuat kejutan kepada suami tercinta, hehehe....selalunya Pn. Maidatul akan memasak di hari ulang tahun tapi kali ini ubah sikit kan. Memang En. Muz saja selalunya yang buat kejutan dan kali ini sama-sama buat kejutan ;)) seronok juga.

Casio Beside sepasang...
Dari Pn. Maidatul.

Sony Ericsson - XPERIA 10
Pemberian dari En. Muz.


nota akal - Pn. Maidatul rasa Ulang Tahun Perkahwinan kali ini seperti baru bernikah saja sebab dapat dari En. Muz sepersalinan barang kemas dan juga handphone baru. Terima kasih ye sayang atas segalanya sesungguhnya bukan itu yang Pn. Maidatul pinta cumalah kasih sayang sepenuhnya. Semoga ALLAH beri En. Muz dan Pn. Maidatul sebuah keluarga yang bahagia hingga ke syurga nanti. amin...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails