Friday, 30 April 2010

Menikmati ciptaanNYA

 
 
 
 
Kalau tengok betul-betul dua picture diatas ada lagi satu pelangi disebelah itu.
 Nampak tak aku ambil dari naik ke turunnya Pelangi itu. 
Nak ambil full tak boleh sebab aku pakai handphone saja.

Alhamdulillah sampai di office pagi tadi hujan turun. Mula-mula itu macam renyai-renyai sahaja lepas itu aku tengok lebat...permulaan hari Jumaat yang sungguh kesejukan tapi sekarang pukul 1137 cuaca sudah cerah dengan cuaca penuh ketenangan yang mendamaikan. Hujan pagi tadi pun tidak lah lama dalam setengah jam gitu... DAN apabila hujan berhenti dalam pukul 0800 gitu aku nampak pelangi telah muncul. Elok-elok pula itu depan cermin di tempat aku...erm apa lagi picture time lah...sudah-sudah sampai bos aku dan staff yang lain datang tengok pelangi itu siap ada yang ambil video bagai...bukan apa hanya untuk menikmati ciptaan ALLAH yang MAHA PENCIPTA itu...



Apa yang kita boleh tahu Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warnamerah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
 
Pelangi juga dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Thursday, 29 April 2010

tukar template blog

Asalnya aku nak tukar template blog ini...aduhai banyak pula yang aku perlu lalukan sebelum hendak tukar yang lain...kena save itu dan ini...erm itu yang agak mengambil masa bagi yang aku kureng sikit bab-bab IT ini...aku teringin bangat dengan template blog yang satu ini 'rose template'...ialah nak dapatkan bunga ros sebenar tidak tahu pula bila lagi so ambil gambar ini sahajalah untuk diabadikan...aku suka sangat yang ini. Aku jumpa sahaja template ini terus aku decide ambil saja nanti tengok yang lain yang lain yang lain semua berkenan susah pula. Jenuh asyik nak menukar template...Itulah bila aku akan dapat siapkan template baru aku itu...Harap-harap kat office aku tak sibuk lah boleh godek-godek esok...Di rumah erm jangan haraplah aku dapat nak buat semua itu...banyak lagi kerja yang aku nak buat...

Wednesday, 28 April 2010

hujan panas silih berganti

Erm hari ini perjalanan hidup aku seperti biasa. Belum jadi apa-apa yang luar biasa...mudah-mudahan akan jadi luar biasa nanti...hikhikhik...sekarang ini aku sudah tidak pasti musim apa...maksud aku musim panaskah? atau musim hujan kah? tapi yang aku tahu hujan dan panas silih berganti sekarang ini...susah sungguh nak mengagakkannya sekarang ini...


 
Pictures di atas adalah makanan yang aku ambil masa lunch tadi without nasi hanya ikan pari bakar dan sotong bakar...dengan hari yang panas terik itu mood untuk makan nasi adalah kurang so aku makan lauk sahaja bersama air panas pula tu..ikan pari bakar pun tidak dapat aku habiskan...erm macam biasalah kalau nak makan bakar-bakar ini pergilah ke Jalan Bellamy... Macam-macam ada... Tapi la ni aku tak rasa yang macam aku rasa dulu dulu...macam sudah kurang rasanya...or maybe tekak aku je kot sebab aku tengok orang lain bukan main layan makanannya...dan ramai dan ramai juga pelanggan yang datang ke kedai ini. Entahlah macam yang aku cakap tadi lah kot kepanasan itu membuatkan aku hilang mood untuk menikmati makanan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails