Tuesday, 27 August 2013

Raya Lagi...

Salam pagi Selasa...

Alhamdulillah dengan izinNya saya berhari raya lagi hari ini.
Yeahh seronok hari ini raya yek...
Semalam last saya berpuasa sunat enam.
Kebetulan di pejabat saya ada buat makan-makan sikit.
Sempena merasmikan bilik baru...hihihi
Alhamdulillah kenyang...

Malam tadi saya membakar kek.
Dan yang paling suka adalah anak-anak.
Bila cakap nak masak kek marble...
Amboiii bukan main masing sibuk masing-masing ke dapur dulu dari ummi..
Masing nak menolong...yang best Maritza membontot jer kakak-kakaknya..
Masa buat tu udah berebut masing nak putar...
Sudahnya bertukar kejap KakLong putar lepas tu KakNgah pula...
Maritza pula sibuk duduk atas kerusi, tengok gelagat kakak-kakaknya..

 Siap untuk dimasak.

 Panas-panas terus potong.
I like.

Sudah tinggal setengah malam tadi.

Pagi tadi saya bekalkan kek ini ke Akalili.
Malam tadi masa tengah membancuh kek ni awal-awal Akalili cakap nak bawa bekal kek ni ke sekolah.
Akalili memang suka benor kalau saya buat kek marble nie. So saya bekalkan lebih untuk Akalili dan kawan-kawan.




Monday, 26 August 2013

Mengimbau kenangan Raya 2013

Salam petang Isnin.

Pergghh tajuk tak boleh blah kan...Ermm sekarang barulah ada masa sikit nak berblgging kalo tak intai-intai gitu jer. BW pun susah. Setelah habis bercuti raya hari tu naik kerja terus sibuk nak buat persiapan Majlis Sambutan Raya 2013 CPUM pulak. Group saya terlibat dengan deco so haruslah sebelum cuti lagi sudah buat persiapan. So naik kerja nanti tidaklah kelam kabut sangat. Tapi bila naik lagi banyak pula kerja mendeco saya dan group nak buat. Hinggalah rabu lepas semuanya settle...mood happy sangat...penatt sangat-sangat.. erm nenantilah citer pasal Raya 2013 CPUM saya itu.

Now nak story pasal raya saya dan family. Tahun ini balik ke Kuala Pilah dulu. Seronoknyer...Yup dua-dua sama ada turn rumah saya or en.suami kami memang enjoy jer. Yelah dua-dua nak berkumpul ramai-ramai sapa tak suka. Lama tak jumpa bila jumpa riuh satu rumah.

Wajah-wajah kesayangan saya.

Bersama ibu mentuaku.

 Girls time...
Tidak semua juga ada.
Ateh family & Pokde family tiada.

Di pagi raya saya sempat ke surau yang berdekatan dengan rumah untuk Solat Sunat Aidilfitri. Masa tu Maritza masih tidur...huhuhu mungkin sebab lewat sangat tidur masa malam raya tu so sudah terlajak gitu tidurnya. Selepas balik dari surau Maritza sudah jaga tapi dia ok sahaja...good girl tidak meragam pun...seronok ramai sepupu-sepupu yang melayan dia.

Wajah-wajah kesayangan saya.
Maritza suka sangat sampai luka bibir mulut tu terjatuh.
Alhamdulillah syukurlah Maritza boleh tahan kejap jer nangis nyer..

Selepas bersalaman semua ke bandar Kuala Pilah untuk acara bergambar pula. Tahun ini en.suami sponser untuk gambar. Terima kasih sayang. Tapi kalau ada lagi dua keluarga mesti best semua family ada. InshaAllah semoga Allah permudahkan suatu hari nanti.

Opsss sudah jam 4.30 petang. Saya berhenti disini dulu nak balik awal. Nanti sambung lagi pasal raya saya.




Friday, 23 August 2013

Hukum Puasa Ganti Pada Hari Jumaat.

Salam pagi Jumaat...
Salam 16 Syawal 1434...

Hari ini bangun sahur hujan turun dengan lebat sungguh.
Lama sungguh pagi ini hujan. Alhamdulillah hujan rahmat..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan puasa ganti pada hari Jumaat.

Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari puasa sehari berbuka) atau yang biasa berpuasa pada pertengahan bulan hijrah.  Puasa ganti ramadhan TIDAK di tegah.

Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telag dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

Shikeh Al-Islam, Ibn Taimiyah berkata :

إن السنة مضت بكراهة إفراد رجب بالصوم ، وكراهة إفراد يوم الجمعة ..

"Sunnah mengatakan adalah makruh mengkhususkan satu hari berpuasa didalam bulan Rejab, dan Makruh mengkhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat" - [al-Fataawa al-Kubra, 6/180]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin berkata :

وأما الجمعة فلا يُسنّ صوم يومها ، ويُكره أن يفرد صومه

"Bagi hari Jumaat, bukanlah sunat berpuasa pada hari itu, dan hukumnya MAKRUH berpuasa satu hari" - [al-Sharh Al-Mumti' 6/465]

Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpausa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegah, kecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.

wassalam
===============
Rujukan :

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.


p/s: Jika ada salah silap saya tentang info ini sila kongsi pandangan anda. Sharing is caring...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails