Thursday, 4 June 2009

Apa itu PTK?????

PTK bermaksud Penilaian Tahap Kecekapan...Setiap pegawai yang menjawat jawatan di kerajaan adalah diwajibkan menduduki PTK untuk meneruskan peluang-peluang yang semakin cerah di masa hadapan...hehehe...Adakah aku mampu untuk mencuba nasib melihat tahap kecekapan aku untuk tahun ini...huuhwaaa...dah lah tahun nie 1st time aku nak menduduki PTK untuk tahun nie...sbb tahun lepas aku da miss lah aku dalam pantang bila aku masuk office da tutup pendaftarannya...tup tup tahun nie PTK berubah wajah...huhh sgt menguji tahap kecekapan aku nanti nih...so aku da tak tau nak rujuk kat siapa...kalo tidak bertukar wajahnya aku masih byk rujukan boleh dibuat...Ya Allah bantulah hambaMu yang agak bijak sikit je nie...
Tarikh untuk mendaftar telah bermula pada 15 Mei 2009...tapi aku tak boleh nak fikir...aku ambil masa 2 minggu jugaklah untuk fahamkan barulah terbuka hati nak isi borang pendaftaran... Sedihnya aku nie da la bijak sikit je...contoh soalan yang JPA bagi pun untuk Gred N cubalah bagi untuk Gred J boleh gak aku prepare apa-apa yang patut...Sebelum nie ia bernama UMUM dan KHUSUS sekarang GENERIK dan FUNGSIONAL...poninglah den nak fikir apakejadahnya semua ini...mudah2an Allah permudahkan...tadi pun aku call bahagian pengurusan PTK sbb tarikh utk exam tak kuar lagi just suh daftar je dulu...so aku tanyalah kemungkinan exam akan diadakan...brother tu cakap maybe bulan Julai atau Ogos...huhuu da tak lama pun tu tapi aku masih duduk lepak sambil buat kerja macam biasa je...tak tau nak study or prepare apa-apa...maybe aku redah je lah nanti...apa-apa hal pun mesti CHAIYUK...CHAIYUK...CHAIYUK....

Tuesday, 2 June 2009

Bila En SuaMi KeMbaLi????AkU...

Aku dan anak-anak kecil sangat seronok dengan kembalinya En Suami dan Abah disisi walaupun untuk sementara. Yang paling gembira adalah Nur Akalili Hanis dan Nur Dini Sorfina dapatlah pergi jalan-jalan bersama dengan abahnya...dan aku lagilah seronok...hehehe... Masa En Suami berada di rumah adalah kewajipan aku untuk memasak...hehehe...tengah rajin bolehlah kalo malas takda maknanye...

Antara masakan aku bila sang suami pulang ke rumah...merasa air tangan sang isterinya...

Sambal Udang Petai 'yang petai tu paling hubby tak suka...so amik udang jelah...aku pun tak suka petai tapi suka masak macam nie nampak menarik...


Lobak putih masak lemak bersama udang kertas sgt aku suka...resepi nenek tersayang...


Kurma Ayam Kentang...resepi makcik tersayang di Kuantan...


Ayam Merah...hubby sangat suka sebab da lama aku tak masak nie...berselera sungguh makan...


Kek Coklat Kukus kegemaran semua...


Puding Jagung enak dimakan...nyum...nyum...bila keluar dari peti sejuk lagi sedap... kul2am masih boleh makan nie...macam2 my hubby...

Wednesday, 27 May 2009

Last Saturday...

Kerja aku skang nih asyik menggantikan staff yang xde kat office...tapi bila da bosan aku pedulik apa aku nak buat kerja aku gak...nyampah tul asyik buat keje org tapi bila time aku memang die tak tau pun nak buat keje aku...kalo tau pun belum tentu die nak tolong...semoga Allah ampun kan dosa aku sbb melalut nie...bukan apa kadang2 kita sebagai manusia nie kena lepaskan apa yang terpendam dalam hati nie...takut2 nanti terlepas pada org yg tak bersalah pulak... hehehe... macam2kan...dan hari baru ada kesempatan sikit la nak menaip dan upload gambar utk blog aku...
Sabtu lepas aku dan member office di jemput utk menghadiri Majlis Perkahwinan anak Kak Bi...so utk bagi muka kat Kak Bi aku datanglah without family...lagipun start aku kerja gi Bahagian Lapangan Terbang dulu Kak Bi banyak settlekan semua yg berkaitan dengan Kak Bi untuk aku dengan cepat sekali...so tima kasih Kak Bi dengan kerjasama itu...dan skang aku ini berpeluang meluangkan sedikit masa ini utk Kak Bi...
dan terima kasih to my mom sudi jaga cucu-cucu agak aktif itu...tak terbalas jasamu itu...
Baru sampai dan masih menanti member yg lain...posing dulu...

Suasana di Majlis bertema "Garden Wedding"

Majlis berlangsung di Kelab Golf Perkhidmatan Awam...

Bila da habis makan berposing2 la pulak...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails