Thursday, 18 June 2009

Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature

Dimaklumkan Sabah Tourism Board, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Persekitaran Negeri Sabah telah memohon kerjasama MKN dalam Kempen "Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature" anjuran Yayasan New 7 Wonders. Kempen ini diadakan bagi memastikan Pulau Sipadan disenaraikan antara tujuh (7) New Wonders of Nature. Kempen ini telahpun dimulakan pada 1 Januari 2009 dan tempoh pengundian akan berakhir pada 7 Julai 2009. Proses pemilihan dibuat melalui undian internet di laman web http://www.votesipadan.com atau http://www.new7wonders.com dan juga undian melalui telefon.

Pulau Sipadan telah disenarai pendek di antara 29 calon di bawah kategori pulau dan kini berada di kedudukan ke empat belas (14). Pulau Sipadan perlu berada di tangga kesebelas (11) teratas (top eleven) sebelum tempoh pengundian berakhir pada 7 Julai 2009 utk ke peringkat seterusnya.

Kedudukan pulau/alam semulajadi yang dicalonkan dalam New 7 Wonders of Nature ini ditentukan berdasarkan undian yang dikumpul melalui internet dan telefon dari seluruh dunia. Jika kedudukan ini dicapai, panel pakar antarabangsa yang diketuai Prof. Federico Mayor yang juga bekas Ketua pengarah Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) akan mengadili semua faktor dan kelebihan yang dimiliki Pulau Sipadan untuk dibawa ke peringkat seterusnya. Proses mencari pemenang bagi tujuh kategori ini akan diteruskan hingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak penganjur
pada tahun 2011. Pengiktirafan Pulau Sipadan sebagai salah satu di antara tujuh (7) keajaiban alam semulajadi dunia akan membuktikan keindahan dan keunikan Pulau Sipadan dihargai di mata dunia dan membolehkan peruntukan yang diberikan oleh UNESCO disalurkan kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem Pulau Sipadan secara lebih terancang dan efektif.

Sehubungan itu diharap semua pihak untuk sama-sama mengundi Pulau Sipadan sebagai salah satu dari tujuh (7) keajaiban alam semulajadi dunia. Melalui kempen "satu email satu undi" mampu mengubah kedudukan terkini Pulau Sipadan dari tangga 14 ke tangga 11 sebelum proses pengundian ditutup pada Julai ini...MARI MENGUNDI.

New7Wonders of Nature voting
Vote now for the New Seven Wonders of Nature 360x

Tuesday, 9 June 2009

penatnya...

La nie aku da malas nak fikir pasal kerja-kerja...hehehe...boley ker...ape pun kerja aku da siap yang taip-taip tuh...huhh sangat ketengangan urat jari jemari aku menaip dari pagi sampai kul2 lebih tadi...ape pun ku berjaya...dan apa yg penting...horrreyyyy...esok aku akan ke suatu tempat yg agak lama aku da tak pergi...ye lah semenjak hubby bz memanjang...benci la...asyik tumpang orang jea kalo nak kesana kemari...huuwaa...dan ape pun aku akan pergi jugak esok...hilang kejap penat...pastu penat balik...tensionnye ler...asyik buat kerja orang nie...tak pe...tak pe...tak lama da lepas nie aku da tak pegang mandat itu...MENANGGUNG...lepas nie ko tanggung la pulak...tak kuasa aku nak layan semua nie dah...ponek den dibuek nyo...betul ke aku speking nie...boleh lah hai...k lah chow dulu...


aku sangat suka gambar nie...tgh relax2 menikmati Durian ok...tepi laut diwaktu petang di Melaka...sepetang bersama Hubby...heheheh...bila nak makan Durian lagi ni Abang wey...ngidammm nie...yumm...yummm...dua2 hantu Durian...layannnn...

Friday, 5 June 2009

Di Zoo Negara

30 May 2009 hubby bawa kami ke Zoo Negara...Last pergi masa umur Akalili 7bulan camtu...kecik sgt nak suh tengok binatang2 tapi da abahnye sibuk sgt nk gi tunjukkan at last kami yg tgk2 Akalili sedap duk tdo dalam stroller...tapi la nih dia da pandai tgk syokkk la bawa...asyik tanya itu dan ini...Dini pun da pandai nak pegang2 binatang kat sini...mari kita layan gambar2 di sana...zasssss...


muka takut...takut kat giraffe...


si kenik ni memang jenis berani semua binatang nak pegang...


da ada taman lebah jugak...tapi kali nie tak beli madu sbb madu hari tu ada lagi...hehehe...tapi rasa mesti rasa...gambar nih menunjukkan sarang lebah semulajadi yg paling besar.


tengok kenik nie ada hati nak masukkan duk sekali dgn die...macam-macam...


masa nie si adik nak pegang kuda padi nih...si kakak punya la takut adik die kena gigit dek kuda nih cepat2 die peluk adik die dan tarik lari...tapi...
. . . .
si adik memang jenis nak pegang...die pegang jugak...yg si kakak jgn harap nak pegang..


Dini suka sgt dapat tgk binatang2 kat sini...tu pun tak semua binatang yg ada disini...tapi masih boley layannn.


Acara diwaktu ptg...anjing laut bersama burung...tp gambar burung aku tak amik pun...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails