Thursday 18 June 2009

Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature

Dimaklumkan Sabah Tourism Board, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Persekitaran Negeri Sabah telah memohon kerjasama MKN dalam Kempen "Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature" anjuran Yayasan New 7 Wonders. Kempen ini diadakan bagi memastikan Pulau Sipadan disenaraikan antara tujuh (7) New Wonders of Nature. Kempen ini telahpun dimulakan pada 1 Januari 2009 dan tempoh pengundian akan berakhir pada 7 Julai 2009. Proses pemilihan dibuat melalui undian internet di laman web http://www.votesipadan.com atau http://www.new7wonders.com dan juga undian melalui telefon.

Pulau Sipadan telah disenarai pendek di antara 29 calon di bawah kategori pulau dan kini berada di kedudukan ke empat belas (14). Pulau Sipadan perlu berada di tangga kesebelas (11) teratas (top eleven) sebelum tempoh pengundian berakhir pada 7 Julai 2009 utk ke peringkat seterusnya.

Kedudukan pulau/alam semulajadi yang dicalonkan dalam New 7 Wonders of Nature ini ditentukan berdasarkan undian yang dikumpul melalui internet dan telefon dari seluruh dunia. Jika kedudukan ini dicapai, panel pakar antarabangsa yang diketuai Prof. Federico Mayor yang juga bekas Ketua pengarah Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) akan mengadili semua faktor dan kelebihan yang dimiliki Pulau Sipadan untuk dibawa ke peringkat seterusnya. Proses mencari pemenang bagi tujuh kategori ini akan diteruskan hingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak penganjur
pada tahun 2011. Pengiktirafan Pulau Sipadan sebagai salah satu di antara tujuh (7) keajaiban alam semulajadi dunia akan membuktikan keindahan dan keunikan Pulau Sipadan dihargai di mata dunia dan membolehkan peruntukan yang diberikan oleh UNESCO disalurkan kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem Pulau Sipadan secara lebih terancang dan efektif.

Sehubungan itu diharap semua pihak untuk sama-sama mengundi Pulau Sipadan sebagai salah satu dari tujuh (7) keajaiban alam semulajadi dunia. Melalui kempen "satu email satu undi" mampu mengubah kedudukan terkini Pulau Sipadan dari tangga 14 ke tangga 11 sebelum proses pengundian ditutup pada Julai ini...MARI MENGUNDI.

New7Wonders of Nature voting
Vote now for the New Seven Wonders of Nature 360x

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails