Sunday 31 August 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia


Salam Merdeka 57



Saya Bangga Jadi Anak Malaysia

Wednesday 27 August 2014

WW #16 #GoodLuckSorfina

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia


Sorfina nervous katanya.
Good Luck to Sorfina and the team...
Hari ni ada perlawanan bola jaring antara pra sekolah.
Sekolah Sorfina zon Bangsar.

Semoga team pra sekolah Sorfina akan ke peringkat seterusnya..




Tuesday 26 August 2014

Selamat Tinggal Syawal...

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 30 Syawal...

Syawal akan tinggalkan kita lagi...Semoga dapat berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal akan datang.

Hari ini kepala masih pening. Dari minggu lepas lagi tetiba kepala sakit. Kata En. Muz migrain. Tiba-tiba pulak migrain hinggap. Dari semalam telan pil hingga hari ini sebab tak boleh tahan. Sudah lama rasanya tak telan pil yang gitu-gitu...selalunya telan untuk supplement saja. Lately supplement pun da tak ambil malas. Cuma minum susu kambing + badam dari En. Muz. Tq laling.

Kata kawan badan sudah bagi signal sebab badan sudah penat. Ya Allah bagilah hambamu ini kekuatan untuk meneruskan hidup. Bagilah hambamu kesempatan untuk berehat juga Ya Allah. Nak pergi PSA hantar borang pun tak berdaya....hukhukhuk...

Ya ALLAH bagilah hambamu ini kesihatan tubuh badan yang baik...aamiin...


#rindukamusangatsayang
#anak2punrindusudah

Friday 15 August 2014

Jejak Kasih di 17 Syawal

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 19 Syawal 1435H


Salam pagi Jumaat kepada semua warga blogger. Hari Penghulu segala hari. Sebelum memulakan perkerjaan mari kita berselawat seketika kepada baginda Rasulullah saw. dan hadiahkan al-Fatihah kepada baginda, keluarga baginda, sahabat baginda, kedua ibubapa kita, guru-guru kita, seluruh keluarga kita dan diri kita sendiri.

Nak ceritanya w.app ni dapat menghubungkan hubungan yang baik sesama keluarga bila digunakan dengan cara yang betul. Baru-baru ini tetiba dapat group baru w.app...dari family sebelah Kelantan. Masing-masing perkenalkan diri. Ya Allah ramai rupanya sepupu sepapat yang saya tidak kenal sebelah sana. 

Bila wujudnya group ni kami semakin rapat walaupun belum bersua muka. Yelah tali persaudaraan itu masih kuat. Tak sangka juga ramai yang tinggal di area KL dan Selangor. 

So kelmarin saya dapat jemputan untuk makan malam dirumah sepupu yang masa kecil sahaja kami jumpa. Agaknya bila selisih memang tak kenallah. Nak ikutkan family sebelah Kelantan memang besar. Tapi bila saya balik dengan hari yang ciput ke sana manalah sempat nak ziarah semua sanak saudara. Balik-balik saya akan pergi rumah moklong di Palekbang. Itu je port kalau ke sana. Nak jumpa yang lain memang tak sempat. Memang kena ambil cuti panjang balik ke sana untuk kenal sanak saudara.

So kelmarin selepas kerja saya balik siapkan anak-anak. Sebelum itu sudah call En. Muz bagitau pasal jemputan ni. Then bagitau mak, angah and kakde. So kami pergi selepas isyak. Semua berkumpul di rumah kakde di Semenyih. Kami je pun yang tinggal di KL. Adik-adik yang lain jauh.

Sesat barat jugalah kami cari rumah. 1st time pergi Dengkil. Jauh tak jauh la boleh tahan kalau saya yang datang dari Gombak ni. Angah n Kakde memang dekat la juga. So bertolak dari rumah kakde memang dekat saja.

Seronok malam tu Che Long jumpa dengan emak dan kami.

Malam tu kami dihidangkan dengan masakan Kelantan iaitu Nasi Kerabu.







Wednesday 13 August 2014

WW #15

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 16 Syawal...

#trowback #AnugerahSyawal





Tuesday 12 August 2014

Tragis - Malam 7 Syawal

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia


Salam 16 Syawal....


Pagi tadi bangun kerja lemau betul. Entah apa la yang difikirkan. Malas sungguh hendak ke pejabat. Kalaulah cuti extravaganza memang nak cuti-cuti merabahkan diri dirumah. Tapi digagahkan juga kerana minggu ini Akalili exam di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Semoga ALLAH permudahkan urusan Akalili untuk menjawab semua soalan exam dengan tenang...aamiin.


Yup berbalik pada tajuk entry saya ini. Ohhh memang tragis sungguh kejadian yang berlaku. Semuanya dengan izin Allah. Raya tahun ini En. Muz kerja makanya kami tidak balik ke Kuala Pilah. Raya ke 6 En. Muz habis kerja pagi tu kami terus shoot ke Kuala Pilah. Ohhh feeling happy macam suasana baru nak raya esoknya pulak.....hehehehe sambil nyanyi lagu balik kampung kan... kami pula ikut lekas yelah nak lekas sampai....syok jalan lengang. Memangla kan orang tidur lagi kami sudah ada atas jalan raya kot..

Sampai di Tanjung Ipoh tinggal Angah sekeluarga semua sudah balik ke rumah masing-masing. Kebetulan Along sekeluarga baru gerak balik. Sampai terus ajak semua breakfast di Kuala Pilah pekena rojak. tapi lupo lak kek mano...Nak keluar rumah tetiba Along sampai. Mereka tak jauh lagi so patah semula jumpa kami...Lepas jumpa bersalaman kami berpecah Along nak balik Temerloh dan kami pergi breakfast.

Petang tu pula Angah sekeluarga pulak balik Perak...Tinggallah kami sekeluarga, ummi dan makdik (adik bongsu hubby). Malam selepas solat Isyak kami ke Giant jalan-jalan sambil teman ummi shopping barang dapur. Balik dari Giant kami baru dinner.

Lepas dinner lepak sambil tengok tv Akalili mengadu kat En. Muz gigi atas sudah goyang. Bila En. Muz check sikit lagi nak cabut. So bermulalah agenda mencabut gigi Akalili. My MIL memang expert bab cabut gigi. Kata En. Muz dulu-dulu mereka adik beradik memang ummi cabut sendiri guna benang. Tak perlu ke hospital or klinik bila bab gigi goyang lagi sikit nak tanggal ni....hehehe

Ada dekat sejam juga bertungkus lumus melayan karenah Akalili tidak juga berjaya. Menangis macam kena seksa...adoiii la anak memang takut sungguh dia nak nak bila darah da keluar. Memang sikit lagi...lastly Akalili goyang-goyang terus tercabut. Letak kapas kat gigi darah pun tak keluar banyak tapi ketakutan menguasai diri je lebih....hehehehe

Ok bila gigi da cabut Akalili pergi cuci gigi tu konon nak simpan buat kenangan datang En. Muz ambil nak letak di lubang dinding di dapur. Lompat atas table top dapur sekali tak sampai nak masukkan dalam lubang dinding gigi tercampak keluar la kot...then En. Muz terjatuh...kebetulan kat bawah tepi table top tu ada botol cuka... Kaki En. Muz pijak botol cuka terus pecah. Kaca sudah cucuk kaki eN. Muz.. 

Ya Allah masa tu saya nak pengsan pun ada. Darah keluar dari kaki kiri macam air paip. Kalo saya pengsan sapa la nak tolong nanti kan. Terus panggil ummi. Ummi pun panik. Saya minta kain batik pada ummi. Fikir nak ikat je luka tu.

Tapi En. Muz kan hero...relax sambil biarkan darah memancut keluar sambil keluar kaca dalam kaki tu. Lepas tu En. Muz masuk bilik air cuci kaki sebelum nak ikat. Saya punyalah bising mana tidaknya cuci luka tu macam cuci kain pulak...tak sayang darah langsung mengalir macam air je..

Sorfina dan Maritza sudah nangis-nangis takut tengk darah keluar tak berhenti-henti. Lepas da ikat dengan kain. Minta tolong makdik hantar pergi emergency di hospital Kuala Pilah. Saya memang tak pergi la dengan keadaan Sorfina dan Maritza yang menangis. So kami tunggu dirumah saja sambil redakan anak-anak dan tidurkan mereka. Yang pergi cuma makdik dan Akalili...

Nurse tu cuci dan tampal dengan gauze dulu sebelum jahit. 


Kena 4 jahitan

 X-ray untuk pastikan tiada kaca yang tinggal.
Alhamdulillah xde kaca da.

Kena tunggu sehingga jam 2pagi.
Akalili siap tidur...sian dia.









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails