Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Raya Lagi...

Salam pagi Selasa...

Alhamdulillah dengan izinNya saya berhari raya lagi hari ini.
Yeahh seronok hari ini raya yek...
Semalam last saya berpuasa sunat enam.
Kebetulan di pejabat saya ada buat makan-makan sikit.
Sempena merasmikan bilik baru...hihihi
Alhamdulillah kenyang...

Malam tadi saya membakar kek.
Dan yang paling suka adalah anak-anak.
Bila cakap nak masak kek marble...
Amboiii bukan main masing sibuk masing-masing ke dapur dulu dari ummi..
Masing nak menolong...yang best Maritza membontot jer kakak-kakaknya..
Masa buat tu udah berebut masing nak putar...
Sudahnya bertukar kejap KakLong putar lepas tu KakNgah pula...
Maritza pula sibuk duduk atas kerusi, tengok gelagat kakak-kakaknya..

 Siap untuk dimasak.

 Panas-panas terus potong.
I like.

Sudah tinggal setengah malam tadi.

Pagi tadi saya bekalkan kek ini ke Akalili.
Malam tadi masa tengah membancuh kek ni awal-awal Akalili cakap nak bawa bekal kek ni ke sekolah.
Akalili memang suka benor kalau saya buat kek marble nie. So saya bekalkan lebih untuk Akalili dan kawan-kawan.




Tuesday, 13 August 2013

Raya semalam dan kerja kembali hari ini...

Salam 6 Syawal.

Hari ini saya sudah kembali bekerja. Sungguh dijalan masih tidak sibuk lagi. So saya bersenang lenang di atas jalan raya. Tiba-tiba...alamak minyak habis...erm ini adik la guna semalam..pandai bawa jer kan tak tengok pun minyak ada ke tidak..Sudahnya menyinggah lea juga mengisi minyak..Sudah makan masa disitu dan akibatnya saya sampai di pejabat sudah lebih dari 7.30 am....

Di pejabat masih ramai yang bercuti. Saya memang cuti sampai semalam sahaja. Kantin di bawah pun semuanya masih tutup. Terpaksalah kami yang dua tiga orang ini cari pakcik driver bawa kami ke tempat makan diluar.

Punyalah pusing-pusing...lastly makan di KL Festival di area danau kota. Ada satu kedai melayu yang buka. Kalau kedai mamak memang banyaklah tapi saya sudah STOP makan di kedai mamak sajak 6 tahun yang lalu. Kebetulan yang lain pun kureng layan mamak style...Jauh tu kami makan pagi...adehh jalan-jalan cari makan kami hari ini...harap esok sudah buka kantin dibawah...

Semalam punya penat tak habis lagi tapi datang juga kerja sebab cuti tidak banyak.. Semalam seharian di rumah mengemas sambil memasak. Mulanya hanya nak masak masakan request dari en suami. Penyudahnya masak banyak sekali siap jemput adik beradik semua datang dan jiran sebelah sekali join.

Menu semalam laksa dan lontong. Sambil mendobi sambil memasak. Layannn....petang lepas asar semua sampai...Terus makan...Layan sampai malam...Pehh penat tapi puas jumpa adik beradik...

















Tuesday, 23 July 2013

Nur Akalili Hanis di Bulan Ramadhan.

Assalammualaikum....
Alhamdulillah syukur sudah 14 ramadhan pun. Semoga Allah bagi kita peluang untuk meneruskan ramadhan kali ini...aamiin.
Sudah lama saya tidak berbicara disini. Kesempatan ini saya terus ambil peluang untuk menulis.
Rindu banyak perkara yang ingin di bicarakan disini. Ermm hari ini ramai yang sudah balik awal. Seawal jam 2 petang kerana disebelah paginya kami ramai-ramai bergotong-royong menjayakan 5S. Maka big bos sudah bagi kelonggaran untuk pulang awal ke rumah. Tapi saya tidak kerana ada perkara yang perlu di habiskan dahulu dan selebihnya saya menulis disini. Saya akan pulang seperti biasa pada jam 4.30 petang.

Berbalik pada tajuk saya tu. Ermm nak cerita al kisah anak saya ini. 

Alhamdulillah Allah permudahkan Akalili berpuasa walaupun banyak dugaan dan godaan kan. Termasuklah dugaan buat saya. Tetapi demi anak yang disayangi dan untuk bagi semangat pada Akalili di bulan mulia ini ummi layan jer la karenah comel dia tu.
Part berbuka macam biasa Akalili memang akan cari air dahulu dan kuih. Selepas itu barulah cari nasi pula. Itu pun jika Akalili terasa nak makan tapi saya paksa juga. Atleast makan sedikit dari tidak makan. Sudah la kurus nanti lagi kurus nampak pula tulang-tulang tu.
Part bersahur seminggu pertama memang oklah. Akalili akan makan nasi dan air glukos atau air kosong yang lain memang tak mau. Masuk minggu kedua terus Akalili tukar menu.

Nasi goreng selamba.

Memang selamba jer nasi ini digoreng tidak perlu bersusah payah. Tapi oklah jika ada nasi malam, bolehlah saya goreng di waktu sahur. Tapi kejadian semalam kami sampai dirumah dari Bentong sudah masuk 12.10 pagi. En.suami hendak tapau KFC untuk dibuat bersahur. Ermm saya ok saja. Selepas hantar kami anak-beranak en.suami terus keluar membeli saya malas nak ikut sebab anak-anak semuanya sudah tidur. 

Makanya bersahur pagi itu adalah nasi ayam KFC 3 set. Macam biasa saya akan bangun 4.30 pagi. Masak atau tidak memang seawal itu saya akan bangun. Siapkan semua diatas meja saya kejutkan Akalili. Bila sampai di meja makan terus Akalili menangis. Sambil tu cakap 'akak nak nasi goreng telur kicap, akak tak nak nasi ni.' Adeh naik darah den kejap. Tapi sempat disejukkan dengan sedikit kesabaran. Terus ke dapur untuk masa nasi. Tunggu sampai masak dan goreng pula. Ya Allah memang menguji kesabaran betul. Saya siapkan air kosong. Akalili makan sampai habis minum dan kemas buku untuk ke sekolah pula. Selalunya akan kemas sebelum tidur tapi sudah sampai lewat so kemas selepas bersahur. Dan sempat Akalili tidur dalam setengah jam untuk ke sekolah pula.

Sebagai ibubapa memang macam-macam ragam dan karenah yang pasti seronok dilalui. Bila duduk sorang-sorang dan fikir semula tergelak juga saya. Anak anak itulah permata hati.

Okies saya nak balik sudah nak memasak untuk berbuka. :)




Tuesday, 18 June 2013

Cake Again...

Salam pagi Selasa.

Alhamdulillah hari ini keluar awal nak ambil mood ride semula.
Setelah kejadian semalam syukur alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Hari Jumaat lepas saya baking cake again. Itu pun sebab Akalili dan Sorfina yang beria-ria suruh saya buat.
Alahai kesian pulak dengan dua beradik ini. Maritza pula belum pandai bercakap kalau tidak, pasti sama sahaja mintanya.
Makanya balik dari kerja hari Jumaat itu selepas pergi Pejabat Pos mengepos kain-kain pasang customer terus ke pasaraya OTK tu untuk cari bahan-bahan baking.

Bila sampai rumah teruja Akalili dan Sorfina bila nampak ada bahan untuk buat kek kan. Asyik sibuk tanya bila nak buat. So lepas maghrib saya ke dapur untuk baking. Lama sudah saya tinggalkan acara baking ni. Tawakal je lah tak jadi nanti buat lagi kan. Huhuhu

Alhamdulillah tak sampai sejam sudah masak. panas-panas tu saya potong sebab semua teruja nak makan. Yelah sudah lama tidak buat. Saya pula memang suka makan kek yang baru masak ni. Sebab saya yang jenis suka makan makanan panas kot...hihihi
Seronok tiga beradik tu layan kek marble sambil nonton tv.


Alhamdulillah.
Sempat untuk buat berbuka untuk saya dan en.suami Sabtu lepas.



Tuesday, 11 June 2013

Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor dan Cendol BakaR...

Salam pagi Selasa...
Alhamdulillah selamat sampai di office. 
Walaupun badan agak penat digagahi juga. 
Cuma mata ni kadang-kadang macam nak tertutup gitu kan.

Masa cuti minggu lepas saya sempat ke Pasar Pasir Penambang di Kuala Selangor. Lebih kurang setengah jam dari rumah saya. Ini kali kedua saya kesana. Pertama kali masa saya kesana semasa lawatan bersama rakan sekerja ke JKR Kuala Selangor. Balik dari lawatan kami singgah. Itulah pertama kali dan saya jatuh cinta untuk kesana lagi. Lauk pauk disana memang fresh..saya suka itu...

Lauk pauk yang saya beli disana. 
Semuanya saya beli dalam kuantiti sekilo ke dua kilo.
Boleh tahan hampir dua minggu.
Tapi udang dan sotong dua hari sudah habis.
Asyik dengan menggoreng. Sodap layan...
Sotong. 

Ikan Merah seekor.

Ikan Tenggiri seekor.

Udang.

Paling best dan pertama kali saya masak. Setelah makan dinner di Port Dickson last year. Masih teringat nak makan udang dan sotong goreng tepung. Fikir-fikir baik saya goreng sendiri lagi banyak boleh buat. Memang bestlah layan ini. Akalili dan Sorfina pun teruja. Banyak mereka makan.

Udang dan sotong goreng tepung ragup. 

Udang masak lemak cili padi.
Tidak berapa pedas untuk Akalili dan Sorfina juga.

Dalam perjalanan balik tu saya suggest kepada en.suami untuk singgah ke cendol bakar. Kami cuma drive thru disana. Ermm jangan ingat fast food saja yang ada drive thru. Di Cendol Bakar juga ada. Ini juga kali kedua saya ke sini setelah pergi semasa lawatan bulan lepas. Banyak sungguh tempat persinggahan semasa lawatan tu kan....heheheh...bah kata pepatah "Jauh perjalanan, luas permandangan" tak gitu kan...


Saya ambil Cendol pulut durian & cendol durian.
Layan setelah penat bershopping barang dapur.


" Jangan anda berfikir bahawa didunia ini ada orang yang hidupnya sempurna kerana ada orang yang mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai kereta. Ada orang yang mempunyai isteri tetapi belum tentu mempunyai pekerjaan yang tetap. Ada orang yang mempunyai nafsu makan tetapi kadangkala tidak mempunyai makanan dan ada orang yang mempunyai makanan tetapi dilarang memakannya."


"SABAR ITU INDAH"

Wednesday, 6 March 2013

::: WW 7 :::


Pertama kali digandingkan masak ini jagung dan pisang nangka.
Tapi untuk kali kedua jagung dari Cameron Highlands.
Pertama kali jagung digandingkan dengan durian.
Menu emak memang marvelous...
Dua-dua menu ini memang emak yang suggest letak durian dan pisang.
Kalau ikut saya pasti jagung dan sagu sahaja.
Makan panas atau sejuk.
Ermm memang layanlah.
Gambar jagung dengan durian tak jumpa cari...
Gambar banyak sangat snap...huhuuhu



Friday, 15 February 2013

Bila Cuti...Seronoknyer.......


Salam pagi Jumaat
Alhamdulillah...Berjumpa lagi penghulu segala hari ini...

Fuhhh sangatlah seronoknya pergi kerja tiga hari ini...Jalan memang clear...keluar rumah pun lewat sikit...suka..suka...sukanyerr...kalau begini setiap hari...
Bukan apa cuti CNY ini kebanyakkan sekolah cuti seminggu terus...dan yang pasti nanti akan di gantilah cuti tu kan...sekolah Akalili tidak cuti sebab memang tiada anak murid berbangsa cina pun...so saya tak perlu nak fikir pasal cuti ganti tu...bestt...

Tapi cuti CNY kali ini kami bercuti dirumah sahaja...sebab en.suami sibuk bekerja...so saya dan anak-anak buatlah program sendiri dirumah...kesempatan bercuti dirumah pastilah saya tidak sia-siakan begitu sahaja...masa inilah nak kemas semua benda yang asyik tertangguhkan...seronok...

Part memasak pula...memanglah terluang sangatlah...seronok masak itu dan ini...ialah bila sudah ada anak-anak yang pandai makan itu dan ini..kenalah masak mana yang boleh kan...menu setiap hari berubah dan dapatlah tambah satu dua menu...bila fikir semula seronoknya jadi surirumah sepenuh masa...Ya ALLAH perkenankanlah doa hambaMu ini...aamiin..aamiin..aamiin...

 Merendang dihari cuti.
Tengah tunggu nak letak kerisik...

 Tada siap untuk dimakan..
Requests by mr.hubby...

 Sekarang ini Akalili asyik la layan menu ini...
Even lepas makan nasi mesti nak pekena roti dan telur letak sos tomato dia tu..
Layankan saja, sebab Akalili makan nasi memang ciput je..

Layan RFC di Sg. Besi petang Sabtu lepas...
Chicken Chop Blakpapper, Radix Lamb Burger,
3pc Chicken Spicy, Radix Zigzag Wedges.. 
Kebetulan en.suami nak hantar kain untuk buat coats.
Memang dari dulu buat coats di kedai area Sg. Besi tu. 
Nampak RFC sudah dekat-dekat situ so kami singgah...
Best ada tempat SOLAT sekali so masuk waktu boleh terus solat...
Alhamdulillah ALLAH permudahkan...

Seronok Sorfina dan Maritza dapat berlari sana sini...
Kami memang makan dekat dengan tempat permaian tu...
Dan disebelah kami pula surau tempat bersolat...




Wednesday, 21 November 2012

Kek Batik by en.suami

Pasa malam Sabtu minggu lepas lepas lepas kami ke Giant beli barang dapur. Sambil cari barang-barang dapur tetiba en.suami tanya kat mana nak cari serbuk koko dan coklat masak tu. Katanya nak guna. Ermm tanpa banyak soal saya pun pergi bahagian masakan untuk kek-kek ini. Semua ada disana. So ambil serbuk koko dan coklat brand van houten.

Lepas balik dari shopping barang dapur terus en.suami bersemangat gitu nak memasak. So malam tu sambil saya dinner sambil teman en.suami jadi chef. Jom layan gambar masakan en.suami.


Masak coklat dulu. 

Pecah-pecahkan biskut marie dan tuang coklat yang sudah dimasak. 

 Setelah disejukkan semalaman.

Siap di potong dan makan...nyum nyum...

Ahad paginya bangun sambil siapkan breakfast sambil layan kek batik ini. Sedap tidak manis sangat sebab en.suami guna dark chocolate so ada pahit sikit kan. Alhamdulillah tq sayang.




Saturday, 3 November 2012

Sup Tulang Best Ever

Salam pagi Sabtu yang cerah gitu.

Alhamdulillah hari ini duduk di rumah besama anak-anak. Masak-memasak, basuh-membasuh dan kemas-mengemas gitu kan. Ermm hari ini menu sepatutnya dalam kepala saya pada minggu ini ialah sup tulang...

Alhamdulillah rezeki dari opis Pak Haji bagi sedikit daging dan tulang. Masa hari Sabtu petang minggu lepas Pak Haji siap call saya nak ajak datang rumah dia sebab ada sesi makan-makan tapi saya still di Perak hari ahad baru pulang. Makanya hari Isnin minggu ni Pak Haji bawakan yang mentah untuk saya dari hasil korbannya. Terima kasih Haji. Saya memang bahasakan dirinya Haji saja.

Tetiba hari Rabu en.Suami call suruh bawa balik pemberian Haji tu sebab saya asyik terlupa nak bawa balik...hihihi Dan en.Suami suruh masak sup tulang malam tu. Oppsss nampaknya supper sup tulang la malamnya kan ermm...layan kan je la.

Lepas siap solat Magrhib terus ke dapur untuk masak sup tulang. Tapinya ye lah anak sudah tiga kan kejap-kejap ada sahaja order...yang sorang nak ini yang sorang nak itu yang sorang mengegek..orang kata sambil menyelam minum air kan...macam tulah saya sambil memasak sambil layan anak-anak. Lainlah kalau en.Suami ada. Memang en.Suami yang akan layan mereka.

Makanya adegan masak-memasak bermula jam 8 malam dan jam 10 malam baru siap sebab saya tidak guna pressure cooker so lamalah nak empukkan daging. Saya memang suka daging tu betul-betul empuk jika masak sup...erm sodap..kena tunggu en.Suami pulang jam 11 malam baru sampai rumah...memang tongah malam la layan sup tulang...huhuhu
Saya cuma sup dan sedikit daging tu saja nak makan dengan nasi memang tak sanggup pasti bertambah-tambah nanti...en.Suami sampai bertambah makannya...huhuhu penangan sup tulang la nih...

 ::: siap masak without daun sup :::

 ::: with taburan daun sup :::
Lihat kelembutan daging, memang superb.

::: wajib ada sambal gesek waalaa :::


Lunch today Rendang Daging Daun Limau Purut pulak request by my sister aka mak buyung. Daging dari Perak pula. Errmm musim daging...Layan 2 kali seminggu masakan daging hehehe...






Thursday, 3 November 2011

Selamat Hari Lahir Sayang \(^_*)/

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you my dear hubby...

Pada 30 Oktober yang lalu genaplah 35 tahun usia En. Muzlienor.
Semoga dalam usia yang sudah mencecah 35 tahun ALLAH permudahkan segalanya untuk abang.
Bertambah keimanan dan ketakwaan dalam mengharungi dunia ini.

Menjadi anak yang taat...
Menjadi abah yang dapat mendidik anak-anak kejalan yang diredhai oleh ALLAH...
Menjadi suami yanggggg BESTTTT gitu ;))

Pasti bertiga (^_^)

Yang excited sudah tentu Sorfina (^_*)

Sesi suap menyuap abahnya (^_*)


Pictures bawah ini adalah present untuk En. Muz \(^_*)/

Dapat beg skali senang nak angkut kemana-mana...

3 in 1 ---> scan, print & photostat...
With A4 paper...

Kecil dan mudah dibawa...
5kg sahaja...

Ink sedia ada..
Black & Colour...

Dikala aku yang sudah memboyot nak kehulu kehilir seorang memang sudah tidak larat gitu kan.
Makanya aku ajak En. Muz keluar untuk cari birthday present.
Hari Sabtunya aku sudah ajak En. Muz keluar.
Niat nak bagi Jersi tidak kesampaian, so bagi kek Jersi ;))
So try cari Jaket.
Memang berkenan sungguh aku tengok bila suggest pada En. Muz pun ok macam setuju.
Adalah 3 4 helai yang aku ambilkan tapi sayang semua yang aku dan En. Muz berkenan tiada saiz...
Sedih kan tidak dapat apa yang dimahukan.

Ahadnya pagi-pagi lagi aku ajak En. Muz pergi ambil kek yang aku tempah.
Settle ambil kek terus ke Giant nak beli Domino Pizza ---> beli 2 Large sahaja.
Sambil-sambil jalan di Giant nampak kedai HP...so terus gi sana tengok apa yang best.
Lastly aku ternampak HP 3 in 1 ini. Macam ok kan kalo aku beli En. Muz.
Boleh guna seisi keluarga ;))
Happy...En. Muz pun suka complete 3 in 1 gitu kan... :))





Monday, 26 September 2011

Nasi Lemak Halia Lagi (^_*)

Walaupun mulut kata malaslah nak masak.
Tapi bila ada keinginan dan permintaan fuhhh terus nekad nak masak.
Stori Ahad pagi request by hubby. Maka masaklah ia...huhuhu ;))

Nasi Lemak Halia

Sambal Sotong...Yummyy...

Telur Mata (*_*)

Ikan Bilis dari Lumut...

Timun...

:::  Hasilnya (^_*)  :::


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails