Wednesday 30 June 2010

Rindukan suara itu...


Ada orang sudah rindukan tangisan anak kecil...huhuhu...Bila terdengar anak kecil menangis saja terus En Muz terus jea pandang aku sambil senyum senyum...aku pun apa lagi...haaa apa pandang pandang ada hutang...hehehe itu dulu sebelum kawan kot... sekarang nie mestilah aku pun suka...aku pun cakap insyaAllah adalah nanti...pandai tak aku jawab...hikhikhik...

Tuesday 29 June 2010

Sedap.

Yummm...yummm...
Memang best bab makan-makan nie semasa berkursus minggu lepas Isnin dan Selasa di PJD 
dapatlah makan nasi impit, kuah kacang siap dengan rendang sekali...alhamdulillah...waalaaa...

Mengidam pulak...


Memang mengidam sungguh nak makan kentang sambal yang di campurkan dengan ikan bilis dan telus...So malam minggu hari itu lepas balik dari membeli barang dapur aku masak ini. Mudah dan cepat. Puas rasanya dapat makan sambil meratah sekali. Rasanya sudah berbelas tahun juga aku tinggalkan masakan ini. Since berkahwin aku tidak pernah masak tiba-tiba pula baru ini memang teringin sangat nak makan. Alhamdulillah...
Masakan ini juga kesukaan adik perempuan bongsu aku. Masa bujang-bujang dulu kalau malas nak masak beria-ria aku masak ini memang adik aku tu selera makan siap meratah. Bila aku masak hari itu teringat kat dia...kalau dia ada mesti dia suka...erm tapi kami jauh...

Monday 28 June 2010

Coklat tidak boleh dipisahkan...

Minggu lepas sudah habis berjalan di Alamanda Putrajaya punyalah jauh pula aku ajak hubby shopping barang dapur. Mulanya hubby ingat aku nak gi Giant Shah Alam ke or yang dekat ngan area Putrajaya tapi aku nak pergi Giant Batu Caves da...Apakan daya suami yang prihatin selalunya akan memberi peluang dan ruang untuk si isterinya membuat pilihan...terima kasih sayang...

Ramai orang sungguh disana sampaikan troli barang hubby kena cari di area parking sebabnya troli didalam sudah habis...biasalah jika membeli barang pada hari Sabtu atau Ahad plastik beg akan di cas rm0.20 untuk sekeping. Makanya semasa membayar aku kenalah susun barang dalam plastik beg elok-elok agar tidak perlu mengambil plastik beg yang begitu banyak. Rasanya dalam empat keping plastik yang aku guna setelah disusun barang dengan teratur sekali...hehehe...



Anak beranak kalau dengan coklat memang tak boleh berpisah...


Nasi Lemak Halia...

Semalam tak terfikir pun nak breakfast dengan nasi lemak. Bila pagi semacam teringin sahaja nak makan nasi lemak. Tapi aku ada semacam sedikitlah takut untuk masak Nasi Lemak. Tapi aku buat-buat berani jea masak. Al kisah yang menakutkan aku ialah kisah enam tahun yang sudahlah masa itu aku baru sahaja kahwin. Hubby nak makan nasi lemak. Selalunya aku tolong mak aku masak gitu-gitu jea tak de aku buat semuanya. So bila sudah kahwin sah-sah kita kena buat sendiri. Nak dijadikan cerita nasi lemak yang aku tanak guna rice cooker macam lembik sikit aku pun bagitahu hubby nasiblah hubby buat macam mana ntah nasi lemak itu cantik saja masak. Malu aku masa tu...tapi tak apalah mula-mula kahwin memang semuanya kena belajar.

Alhamdulillah semalam aku masak dengan jayanya. Nasi lemak halia dan lauk-lauknya juga...

Sambal ikan bilis...

Telur rebus...

Ayam goreng...

Jemput makan semua...timun tak ada stok...hehehe...


Putrajaya

Erm pagi pagi lagi hubby sudah suruh bersiap untuk ke Putrajaya. Tapi tak keluar awal juga. Jam 1130 baru kami bergerak kesana. Hubby nak pergi JPN aku ikut sahaja. Jalan depan ke JPN ditutup sebab ada event larian berbasikal kot sebab tengok banyak sangat orang-orang berbasikal. Betullah itu kan. Maka hubby kena ikut jalan belakangnya. Nasib still boleh ke JPN kalau tidak adoi malas pula aku nak berjalan jauh-jauh nie. Tak sampai sejam pun semuanya settle. Masa itu da masuk Zohor so kami dengar Azan berkumandang ingatkan Masjid bersar di Putrajaya rupanya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin betul-betul belakang JPN so singgah sanalah solat...Besar dan sangat selesa. Satu konsep pengudara yang bagus, hubby suka sangat cara Masjid itu dibina lama kami disana. Nyaman dengan angin dari luar dari semua arah...Anak dara aku berdua itu lagilah seronoknya ada benda yang boleh dia bermain. 
Sorfina memang kena tukar baju lain habis baju dan seluar basah...

Lepas keluar dari masjid nie aku ajak hubby pergi Alamanda saja jalan-jalan sudah tersampai kat sinikan. Sebenarnya aku haus hehehe...so kami ke A&W layan air kat sana...dua gelas besar rootbear, satu burger dan ais cream waffer...Puas....

Dahaga dan lapar rupanya...hehehe...

Aku dan hubby juga layan ais cream waffer ini...



Melaka again

Erm lately nie aku agak kemalasan untuk menulis-nulis dan mengadap komputer...semua kerja memacam malas sahaja nak buat...termasuklah kerja di rumah...apa kena pun aku tidak tahulah...tapi aku gagahkan juga untuk buat semua itu.

Story 19 Jun 2010
Erm pada 19 Jun 2010 yang lepas kami ke Melaka lagi...tapi atas urusan keluarga belah hubby...pada mulanya aku memang tak mahu pergi sebab mula Isnin dalam minggu itu hanya Allah sahaja yang tahu...dua-dua anak kesayangan aku mengalami cirit birit yang agak serius juga. Pada mulanya memang suruh En Muz seorang sahaja yang ikut family nya...tapi faham-faham sahajalah En Muz mesti nak kami semua nak ikut juga baru hubby boleh kemana-mana so aku berdoa sangat agar Akalili dan Sorfina tidak mengalami masalah sepanjang perjalanan ke sana. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 
Kami hanya berjumpa mereka di Seremban macam biasa En Muz malas nak patah balik Kuala Pilah. Sampai Melaka dalam jam 1230. Ini adalah rombongan merisik khabar bagi pihak my BIL yang bongsu. Dalam 1400 semua sudah selamat dibincangkan dan semua selamat di persetujui. Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan baik dan mendapat RahmatNYA hari itu. Amin.
Selesai kami semua ke Masjid berdekatan dengan MITC, En Muz lah guide semua orang sebab before ini kami sudah sampai ke situ. So lepas solat semua bermulalah aktiviti menjelajah Melaka. Tapi kemana sangat pun sebab semua dalam keadaan penat gitu. Tapi yang aku tengok hubby agak semangat membawa anak-anak dan anak-anak buahnya berjalan-jalan.

En Muz la yang rajin melayan mereka memang bergambar sakan...

Aku dan my Along memang da tak larat nak jalan lepak sini jea lah...



Tiba2 ada Padini fair lak...my faverat brand...
Masuk sahaja Melaka Parade sudah ada ini erm aku apalagi...ajak En Muz jalan tengok kalau ada yang berkenan sebab aku memang suka sangat pakaian Padini nak nak seluar cottan panjang Padini memang suka sangat la...Mula hubby suruh aku ambil dua helai sekali tapi satu itu bukan warna yang aku suka so ambil satu sahaja...Bila tengok aku beli hubby pun layan sampai tiga helai seluar cottan panjang yang di rembat...semuanya memang warna yang aku suka...Mengikut warna kesukaan aku adalah harus hehehe...
Da settle berjalan dan bershopping kami semua bergerak balik ke Negeri Sembilan semula. Janji makan malam di Restoran sebelah petronas di Senawang tak silap aku. Dalam jam 2100 kami dinner di sana...Terima kasih to sponser makan malam. Memang seronok makan beramai-ramai bersama...
Ingat aku akan pulang ke rumah sebab hubby kata nak balik terus nanti tiba-tiba hubby nak balik Pilah...nasiblah kali ini aku sudah siap sedia untuk semua kemungkinan...hehehe so kami balik bermalam di Kuala Pilah. Da lama tak kumpul beramai-ramai seronok itu pun ada dua family tak balik kalau tidak lagi meriah rumah Pak Daud...hehehe...

 

Friday 25 June 2010

ole-ole again

Alhamdulillah sampai office sudah ada ole-ole daripada kakak kakakku. Terima kasih buat Kak Soleha dan Kak Saluwa...

 
 Gelang coklat dari Kak Saluwa

Juga dari Kak Saluwa dari tanah suci...tq kak...


Kak Soleha bawa datang dari Korea...tq kak...



Wednesday 23 June 2010

Jolobu oh Jolobu....


Pernah dengar nama Jelebu di Negeri Sembilan? Nak tahu asal usul nama tersebut. Aaahaaa mari kita berkongsi cerita ye...

Jelebu dikatakan berasal dari perkataan labu iaitu sejenis tanaman menjalar. Orang Asli dari Sungai Ujung telah membawa benih labu dan menyemainya di kawasan petempatan baru. Didapati labu tersebut tumbuh dan menjalar dengan suburnya. Mereka bermuafakat untuk menamakan tempat tersebut sebagai jalar labu kemudian berubah kepada jalalabu dan akhirnya Jelebu.

Mungkin suatu hari nanti aku akan menetap disana. Erm banyak benda yang aku kena tahu lagi apa yang ada di Daerah Jelebu ini. Semoga apa yang aku rancang Allah permudahkan...Jolobu nantikan kehadiran den di sano...kalau nak tahu Jelebu ini ada lagunyer sendiri, hubby aku siap download lagunyer...semangat betul nak duk kat sana..erm aku ikut sahaja lah kalau nak ikutkan aku suka duk tempat lain tapi sebagai isteri aku harus menyokong apa sahaja keputusan suami selagi tidak melanggar syariatNYA...



winduuuu

Wahhhhh lama betul aku tinggalkan blog gitu...sibuk dengan aktiviti keluarga dan kerja...huhuuhu...hari ini baru masuk office so baru dapat ngadap komputer, dekat rumah oh tidak...aku sibuk juga dengan anak kecil berdua itu...masuk kerja pula banyak menda yang menunggu...tapi oklah kan dari masuk kerja asyik goyang kaki sahaja aper cerita lak kan....so hari ini adalah hari busy aku sikit lah...nak hantar kertas kerja untuk kursus dan petang pula sibuk ngan meeting...nak siapkan sijil juga untuk kursus yang lepas-lepas...ohhh aku seronok hari ini tak tahu kenapa...terima kasih Ya Allah berikan aku kegembiraan walaupun ada orang-orang yang buat aku sedih...

Wednesday 16 June 2010

Resepi Maidatul

Mee Bandung Maidatul

Bahan-bahan untuk kuah:-

untuk dimesin - 5 biji bawang merah
                     3 biji bawang putih
                     8 tangkai cili kering

Segenggam kacang tanah digoreng dan dimesin agak-agak halus.
Satu paket udang kering dimesin juga bersama kacang tanah.
Ayam/daging sedikit (ikut suka nak letak tapi jgn terlalu byk).
Udang sedikit (kalau nak manis letak udang kertas)
Minyak masak untuk menumis.
Garam secukup rasa.
Sedikit sos cili 
Sedikit sos tomato
Sedikit sawi, cili besar merah, daun bawang(dihiris).
Telur ayam (dimasukkan semasa nak makan)
Mee kuning sepeket (siap dicelur)

Cara-cara memasak:-

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan ayam/daging dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sedikit sos cili, sos tomato dan garam. Biarkan rebusan merenih perlahan-lahan. Seterusnya masukkan kacang tanah, udang kertas. Dalam 20 minit boleh ditutupkan api.

Cara aku hidang tak tahu lah sama atau tidak dengan orang lain tapi aku akan guna periuk lain untuk ambil sedikit kuah mee bandung, panaskan pecahkan sebiji telur, masukkan sayur sawi, cili besar merah dan daun bawang. Letak sedikit mee kuning kacau dalam 2 minit angkat...Waaalaaa...

Tuesday 15 June 2010

Semalam

Semalam hubby jemput aku balik dari office terus kami ke giant untuk mencari kipas meja yang tak pernah lekat dimeja...huhuhu...sambil mencapai kipas, tangan ini juga rajin mencapai makanan-makanan seperti nugget, sosej, bebola ayam dan daging burger kerana aku tidak rajin untuk masak pada malam harinya...

Masa membayar hubby suruh cashier buat dua resit ingatkan kenapalah rupanya pasal...pictures dibawah sila lihat...

inilah yg buat hubby suruh buat dua resit...
padahal boleh buat banyak resit tapi hubby tak reti kira...opsss lariiiii...



Yang excited adalah dua beradik dibawah ini...
Macam faham-faham saja pasal bola...

Actually resit boleh buat tiga tak silap aku tapi hubby suruh buat dua so boleh dapat '4pcs of magnetic collectibles OR 1pc of magnetic match schedule board with every purchase worth rm50 in a single receipt...tapi hubby telah dapat 4 set untuk 4pcs of magnetic collectibles AND 2pcs of magnetic match schedule board dan beberapa keping sticker dari setiap team itu pun aku perasan masa dalam kereta kenapalah banyak sangat dapatnya...tak tahu lah cashier itu salah atau memang saja nak bagi...tapi kami telah miss perlawan pasukan Germany sebab kami sangat penat pada waktu match berlangsung kami baru sampai dari Bentong...huhuhu...4-0 itu...mesti Germany main dengan cantik sekali...

Monday 14 June 2010

tak dak feel langsung untuk menulis

Alhamdulillah hari ini sudah kembali bekerja tapi aku sangat tidak hingin ke office pun sebenarnya. Setelah empat hari aku berada di Bentong atas perginya isteri pakcik aku buat selamanya. Semalam pun lewat sampai di rumah sebab perjalan balik highway di Bentong - Kuala Lumpur agak jam dengan hujan yang lebat so hubby pun bawa tidak lah laju nyer kereta. Itu pun anak aku Akalili sudah bising macam risau sangat dengan hujannya...kenderaan yang banyaknya diatas jalanraya. Akalili bising pasal tingkaplah padahal buka tingkap sebab nak bayar tol...pasal viper lah hubby buka yang slow so bising suruh buka yang laju sebab hujan. Sampai hubby suruh dia tidur kalau tidak ada sahaja menda yang Akalili nak cakap...Mungkin Akalili risau sebab makcik aku ada cakap banyak accident on the way makcik aku datang ke Bentong semalam. Masa balik pulak wan aku tak habis-habis suruh hubby aku berhati-hati so itu yang dia risaukan kot...

Apapun alhamdulillah kami selamat sampai. Nak ikutkan aku malas nak pergi office tapi gagahkan juga. Penat tidak lah sangat tapi pening kepala sebab tidur yang tak menentu. Masa malam Jumaat itu pukul 0300 baru aku tidur sempat sebelum itu aku temankan ibu arwah, kakak arwah dan wan aku bacakan bacakan Yassin dan membaca al-Quran. Sampai anak kecik aku itu pun tidur lewat dan bangun pagi-pagi juga sebab tengok aku sudah bangun. Memang tiga malam itu semua orang tidur lewat. Even aku balik semalam pun sudah penat mata mengantuk tapi tidak boleh lelap so aku temankan hubby buat kerjanya sampai 0230 baru aku terlelap....

Tak dak feel nak menulis tapi panjang gak aku tengok...erm ok lah choww...

Tuesday 8 June 2010

Mee Bandung dan Karipap Mai

Semalam sangat seronok pergi dan pulang dari office jalan sangat lancar disebabkan oleh cuti-cuti sekolah ini...so sampai rumah pun awal...aku apa lagi rancang nak makan Mee Bandung...
Alhamdulillah selamat dimasak dan makan sambil layan TV sambil makan ohhh so heaven...tak pernah aku rasa Mee Bandung sesedap ini (aku susah nak puji makanan walaupun sendiri buat tp yg ini memang soodapp) pekat dan cukup ramuan kuahnya cuma takde sayur sawi saja ingat dalam freezer ada sayur rupanya habis...


Mee Bandung...Waalaaa....Dinner semalam...


 Sabtu lepas sebab tengok cerita Minah Karipap di TV2 tak silap aku...sudahnya anak aku Akalili suruh aku buat Karipap..."Ummi nanti masakkan Karipap Minah untuk akak...sedappp ooo.." Boleh!!! sebab tengok si Minah itu asyik cari karipap dan usung karipap itu kesana sini buat Akalili terliur sampai suruh aku masakan karipap...Ermmm tapi ada baiknya juga...aku pun teringin nak makan karipap panas panas gitu...sudah lama tidak makan karipap panas...kalau beli dari luar semestinya sudah sejuk saja...so sabtu malam itu aku masakkan inti kentang bersama ayam cincang bila sudah masak aku siapkan doh karipap pula...Dan hari ahadnya baru aku masak...yummmyummmm....

Karipap yang siap diklim dan tunggu utk dimasak...

Karipap Maidatul yg sudah digoreng...hehehe...

Semestinya dilayan bersama Teh O panas yg kurang manisnya...;)

Audit

 Fail meja aku yang telag di update...

Audit punya pasal lusa...semua orang kelam kabut update fail meja...termasuklah aku ini...mana tidaknya duduk sebulan dua sudah tukar itu dan ini...tidak pernahnya maintain untuk tiga empat tahun. Memang bertukar saja, yang paling kerap apa lagi carta-carta lah...so aku ini bukannya rajin sangat nak selalu melihat fail meja ini setiap bulan...so macam inilah jadinya. Tapi apa boleh buat aku terpaksa dan aku dipaksa...kalau tidak nanti kena NCR pula...sudah satu kerja nak menjawab itu dan ini yang soalannya memang akanlah karut marut je aku rasa... Tapi itulah audit...audit sirim pulak tu...

Maafkan Diriku

 Indah sungguh ciptaanMu Ya ALLAH...

Waktu hati aku tidak tenang ini kalau dapat duduk depan pantai dan menikmati gelora ombak itu alangkah indahnya...Tapi apa boleh buat itu tidak mungkin terjadi...huhuhu....hati aku tidak tenang dengan hal itu...bersalah aku padanya, sesuatu telah Engkau berikan...Ya Allah maafkan aku...bukan itu yang aku mahukan...dan aku sedar aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan...Maafkan diri ini...

Sunday 6 June 2010

Sudah tukar menu

Dalam empat lima hari juga lah Akalili asyik suruh aku masakkan lempeng untuknya...bila aku sampai sahaja rumah duduk rehat dan kemas apa yang patut Akalili pun datang sambil pegang perutnya..."Ummi perut akak buunyilah...lapar kot...Ummi masakkan lempeng untuk akak boleh"...Bila aku cakap "kita makan nasi ajelah sebab da siap untuk makan"...Akalili "tak nak makan nasi akak nak lempeng jugak Ummi"...Aku "oklah Ummi masak dulu" begitulah setiap hari aku kena masakan lempeng untuknya....

Tetapi semalam semasa Akalili minta lempeng aku sudah tekad untuk masakkan menu lain pula untuknya...so aku masakan kek marble pula...bukan apa tak larat juga aku duk tiap hari nak makan lempeng...aku kalau lempeng yang tak di uli itu memang kurang sikit...kalau nak menguli nanti lama pula kena tunggukan. Maka semalam menu Akalili sudah bertukar dengan kek marble.

kek marble yang belum dimasukkan ke dalam oven...

Kek yang siap untuk dimakan...hehehe...

Di minum bersama Teh O sgt kurang manis...Waalaaa...


Sugar Glider

 Sugar Glider...aku sudah lupa namanya...

Sugar Glider... Oh tidak aku terlalu geli dengan menda ini. Padahal dengan hamster aku ok la lagi still can taught by hand. Tapi bagi NurDiniSorfina oh tidak Sorfina memang geramkan haiwan-haiwan seperti ini even her auntie punya hamster pun telah mati seekor atas kegeraman Sorfina tanpa disedari...Too sad...So bila pakcik Aboy nya sudah tahu maka haruslah berhati-hati nanti silap haribulan ermmm tragedi yang sama jadi pada haiwan kesayangannya. Apapun Sorfina nak juga merasa pegang sugar glider itu...

Dapat rasa macam ini pun ok lah...

ermmm atas En Muz ini sugar glider siap buang air kecil dan bosar...sabor jea lah...

Beg kecil kuning itu adalah kediaman bergerak sugar glider...

Pada siapa-siapa yang ingin membela haiwan seperti ini adalah memerlukan kesabaran yang tinggi. Nama Sugar glider sendiri awalnya berasal dari kata Sugar kerana haiwan ini sangat suka dengan madu atau sesuatu yang rasanya manis. Sedangkan glider berasal dari adanya membran yang ada pada kedua sisi tubhnya yang digunakan untuk gliding (melayang) dari pohon satu ke pohon yang lain. Banyak orang yang ketika pertama kali melihat Sugar Glider menyebutnya sebagai tupai terbang atau bajing loncat. Padahal keduanya merupakan subclass yang berbeza. Sugar glider sendiri memang tergolong dalam kelas mamalia, tapi merupakan haiwan berkantung. Selain itu haiwan ini juga merupakan haiwan nocturnal, dimana mereka aktif hanya pada malam hari dan menghabiskan waktu di siang hari untuk tidur dalam sarangnya.

Habitat aslinya adalah daerah hutan, khususnya pada bahagian-bahagian puncak pohon dimana mereka boleh menemukan lubang untuk membuat sarangnya. Sugar glider sendiri tergolong sebagai haiwan omnivor (pemakan segala). Sugar glider merupakan haiwan sosial yang hidup dalam suatu koloni/kelompok. Oleh kerana itu untuk memelihara seekor sugar glider kita harus mempunyai waktu yang cukup untuk bermain-main dengan mereka. Jika kita tidak memiliki waktu yang cukup sebaiknya kita memelihara sugar glider paling sedikit 2 ekor, kerana umumnya sugar glider yang dipelihara secara solitaire/ sendiri menjadi stress biasanya tidak boleh bertahan lama. Di alam liar umur sugar glider bisa mencapai 5-7 tahun. Sedangkan dengan perawatan yang baik sugar glider boleh hidup hingga mencapai usia 15 tahun.

Seekor sugar glider dewasa berukuran 5-6 inci, dengan panjang ekor yang sama dengan badannya, dimana ekor ini berfungsi untuk menjaga keseimbangan. Selain itu ekor juga berfungsi untuk mengangkat bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sarang (ranting dan daun kering). Ekor ini tidak cukup kuat untuk menahan berat tubuhnya sehingga hindari untuk mengangkat sugar glider pada bagian ekornya.

Pemeliharaan sugar glider sendiri sebenarnya tidak terlalu sulit jika mengerti dan meperhatikan sifat-sifat dari haiwan ini. Sifat sosial dari sugar glider memungkin mereka menjadi peliharaan yang boleh dekat dengan pemiliknya. Sugar glider yang sudah dekat dengan pemiliknya bahkan akan menganggap sang majikan sebagai suatu shelter dimana dia boleh mendapatkan perlindungan ketika dia merasa terancam, dan akan selalu mengkikuti kemanapun majikannya pergi.


Saturday 5 June 2010

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.
Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah.

Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”

Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.

Pada 22 Mei, kami bersama dua wakil media Astro Awani, tiba di lapangan terbang di Istanbul dan terpaksa bergegas, berlari ke kaunter tiket untuk mendapatkan pesawat ke Antalya, sebuah pelabuhan di Selatan Turki.

Keadaan kelam-kabut itu semata-mata untuk mendapatkan pesawat domestik dan ketika itu mulut ini tidak berhenti berzikir dan berdoa supaya kami berpeluang dan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya kerana tidak mahu terlepas kumpulan rombongan dan akhirnya, melegakan apabila kami dapat masuk ke pesawat lima minit sebelum ia berlepas.
Dalam pesawat itu, saya duduk di sebelah jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang jelas kelihatan masih terpinga-pinga dan seakan belum tahu apa kemungkinan bakal dihadapi dalam misi ini sedangkan dalam pemikiran saya sudah terbayang beberapa perkara yang boleh berlaku termasuk diserang oleh tentera Israel.

Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kami semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila membayangkan kapal kami mungkin dibom, ditawan atau diheret sekiranya memasuki perairan Israel.

Di Antalya, kami ditempatkan di sebuah kompleks sukan selama empat hari iaitu sejak 23 hingga 27 Mei kerana terpaksa menunggu rombongan dari Eropah dan sepanjang tempoh itu, semua sukarelawan terpaksa tidur bertilamkan lantai di ruang terbuka.

Subuh pertama kami di kompleks itu, azan dilaungkan oleh sukarelawan dari Malaysia untuk mengajak semuanya bersembahyang jemaah kerana sebelumnya dilihat kebanyakan orang hanya solat sendirian dan ia juga menjadi detik pemula di mana semuanya bersatu, malah saya sendiri berkesempatan menyampaikan kuliah Subuh dalam bahasa Arab di depan semua orang.

Masih saya ingat, ketika kuliah itu, saya membacakan sepotong ayat – “Hasbunallah Wanikmal Wakil” yang bermaksud memadailah Allah sebagai wakil kami. Ayat itu juga yang dilihat sentiasa disebut di mulut, menjadi zikir ramai orang termasuk mereka dari negara lain sepanjang memijakkan kami di kapal Mavi Marmara.

Masih jelas terbayang di mata saya, begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan.

Sebenarnya, banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama sepanjang kami di kompleks sukan itu termasuk jeritan seorang warga tua dari Turki ketika dikatakan rombongan itu bakal ditangguh lagi – “Tiga tahun pun akan kami tunggu!”

Di kompleks sukan itu, sempat juga saya berbual dengan anak, Syaima Amatullah, menerusi laman facebook dan dia ada bertanya – “Abah takut tak?” dan jawab saya ketika itu – “Bukankah abah selalu baca ayat dari Surah Al-Imran.” Kenyataan saya itu dipanjangkan anak saya kepada hampir semua rakannya dalam laman web itu.

Tanggal 27 Mei, bermulalah perjalanan jihad kami apabila dibawa menaiki bas yang diiring polis serta disambut meriah oleh ribuan penduduk bandar Antalya dengan memenuhi tepi jalan, melambai serta mengibarkan bendera Turki dan Palestin, selain sebahagiannya membunyikan hon, riuh rendah sama seperti suasana ketika majlis perkahwinan di negara itu.

Terpegun seketika apabila tiba di kapal Mavi Marmara kerana berbeza sekali dengan gambar yang saya lihat. Tak sangka rupa-rupanya kapal setinggi empat setengah tingkat itu begitu besar. Pemeriksaan kastam untuk masuk ke kapal begitu ketat sehinggakan kabel pengecas telefon bimbit tiga pin turut dirampas kerana dilihat berbeza dengan kabel dari negara lain yang hanya ada dua pin.

Masuk saja dalam kapal, saya bersama beberapa rakan lain membuat sujud syukur. Sebahagian yang lain kelihatan masih terpaku kerana seakan tidak percaya akhirnya dapat memijakkan kaki di kapal itu. Ketika itu, ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata - “Aku ke sini untuk turut serta dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama.”

Kami diberi makan ala kadar. Sebenarnya jika tak diberi makan pun tak apa sebab tak langsung rasa lapar. Kami makan sekadar untuk mengelakkan lemah dan tidur pun sekadar untuk memastikan badan bertenaga.

Perjalanan kami terhenti di Cyprus pada 28 hingga 30 Mei kerana menunggu kapal lain untuk menyertai konvoi. Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk ceramah oleh ulama di dalam kapal. Apabila kapal bergerak kembali, satu amaran sudah diberi pada malam 30 Mei kerana mereka nampak ada lampu berkelip di udara yang disyaki helikopter.

Kami juga nampak seakan ada lampu kapal lain bagaikan cuba menghampiri. Ketika itu kami diminta berkumpul dalam kumpulan 15 orang dan dibekalkan jaket keselamatan serta satu topeng gas untuk dikongsi sesama ahli kumpulan.

Jam 1 pagi, keadaan kembali tenang kerana tiada lagi tanda kapal berhampiran, namun kami diminta tidur di luar untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan sorakan takbir lantaran kumpulan di belakang kapal melihat ada sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi kapal.

Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh yang ketika itu dirasakan Subuh terakhir kami. Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata, namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana tiap kali bom dilempar, ketika itu juga angin akan bertiup kencang menolak asap.

Meskipun keadaan huru-hara dan seakan tidak terkawal, kebanyakan kami tidak terasa gentar. Saya sendiri ditembak di bahu kanan dengan peluru getah tetapi sakitnya hanya sekejap. Malah, ketika ditawan, beberapa kali saya dipijak dan ditendang oleh komando Israel dengan kuat, namun tak pula terasa sakit atau ada kesan lebam.

Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam, ada di kalangan kami yang berpuasa, namun tidak pula terasa lapar atau lemah. Ketika itu kami hanya ingat Allah. Kekejaman komando Israel bukan sekadar tak beri makan minum, malah tak juga benarkan ke tandas sehingga ada yang terkencing dalam seluar.

Air pun hanya diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai. Itupun dalam keadaan tangan diikat. Bayangkan betapa kuatnya talian persaudaraan di kalangan kami, meskipun ada yang berlainan agama apabila sesama kami menuang air ke mulut rakan yang lain bersilih ganti.

Di Ashdod, pelabuhan di Israel, kami tidak lagi menerima layanan seburuk di kapal kerana ketika itu kami diuruskan oleh pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Israel yang nyata terpaksa melayan dengan baik lantaran sudah menerima tekanan dari kedutaan lain.

Dibawa ke penjara yang masih baru, kami ditempatkan dalam sel besar dengan empat orang sebilik. Ketika itu, sesuatu yang sangat melegakan apabila kami dapat mandi dan membersihkan diri. Tidak berapa lama ditahan kerana akhirnya kami dibebaskan selepas dikunjungi wakil kedutaan Jordan yang memang ditugaskan untuk membebaskan sukarelawan Malaysia dan Indonesia.

Teringat lagi bagaimana berani sekali seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika menaiki bas untuk ke Jordan. Sempat dia turun semula ke tangga dan menjerit minta dia dibawa kembali ke sel dengan alasan tidak mahu dibebaskan. Jelas sekali dia seakan mencabar pegawai Israel.

Lucu pula melihat akhirnya pegawai Israel itu pula yang merayu meminta dia naik semula ke dalam bas. Itu semua akibat tekanan kuat yang diberikan kedutaan negara lain yang begitu ramai berkumpul di situ.

Masih sebak di hati ini apabila mengenangkan rakan dari Turki yang tak dibebaskan ketika kami sudah menaiki bas kerana kedutaan mereka belum tiba. Salah seorang warga Turki ada memanggil saya, memeluk dan menangis sambil menawarkan duit poket kerana beranggapan semua barang termasuk dompet saya sudah dirampas.

Sejak dibebaskan pada jam 4.30 petang, Subuh keesokan harinya baru kami sampai di sempadan Israel – Jordan, dan sesuatu yang sangat mengujakan apabila terpandang bendera Malaysia dikibarkan. Ketika itu terasa betapa pemimpin negara kita begitu mengambil berat, malah ketika kami menghubungi Perdana Menteri yang berada di Laos pada jam 2 pagi, beliau masih berdaya menjawab telefon dan menitip pesan kepada kami.

Orang pertama yang saya hubungi sejurus tiba di Jordan dan diberi hadiah sebuah telefon bimbit jenama Nokia dengan kredit panggilan sebanyak sembilan dinar ialah isteri yang kedengaran masih tenang meskipun dalam beberapa laman web sudah beranggapan saya sudah tiada.

Banyak sebenarnya pengajaran yang diperoleh daripada semua kejadian ini di mana ia pasti menguatkan iman kami selain sedar kita hanya insan kerdil yang sudah diaturkan Allah nasibnya serta bersatu seluruh bangsa dunia untuk menentang kekejaman Israel.

(Penulis, bekas Pensyarah UTM yang juga Pengerusi Aqsa Syarif adalah antara 10 sukarelawan Malaysia dalam misi keamanan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui kapal yang diserang Israel baru-baru ini).

Friday 4 June 2010

Terima kasih Ya ALLAH

 we laughing...
we crying...
together you and me...
i never leave you alone...


Erm...semalam adalah hari yang sangat menguji aku...tapi aku rasa tak lah teruk sangat ujian yang
ALLAH bagi itu. Tapi dalam hati Ya Allah aku benar-benar mohon kesabaran dariMu dan aku bersyukur masa itu sebab dengan mengingatiMu aku rasa ini adalah ujian kecil berbanding orang lain yang hilang segala-galanya dan syukur padaMu aku masih dapat hadapinya walaupun inilah pertama kali ianya terjadi dan tanpa diduga.

Semuanya berlaku dengan pantas tanpa diduga. Lunch hour tiba-tiba hubby call ajak keluar makan. Amboi seronoknya dalam hati pergi makan dengan suami dan anak-anak yang aku sayang. Tapi masa makan memang aku takde selera sungguh. En Muz beria suruh makan aku makan sikit saja selebihnya hubby yang habiskan. Selepas siap makan-makan hubby hantar aku ke office semula. Dalam jam 1510 aku balik dari tingkat 2. Ada call dari hubby....tiba-tiba hubby cakap..........erm aku terdiam....macam mana boleh jadi macam ini...aku cool kan diri...hubby cakap on the way nak ambil aku...ok find aku tunggu dan sediakan apa yang perlu. Mulanya aku malas nak ikut En Muz tapi tak sedap hati pula...so aku follow sekali untuk settle kan apa yang patut...dalam jam 1640 alhamdulillah semua settle...

Alhamdulillah syukur padaMu Ya ALLAH...

Shah Alam

Ahad - 30 Mei 2010
Malamnya pula aku dan semua ke Shah Alam tajuknya menghantar Cik Awa balik ke UiTM. Sampai Shah Alam sudah Maghrib gitu so eloklah kami solat dulu before kami semua pergi dinner. Solat di Masjid Shah Alam ishh sudah lama sungguh aku tidak ke Masjid besar ini last yang aku pergi masa aku dan hubby tengah loving loving couple gitu, itu pun hubby yang ingatkan...Akak nie bukan pelupa tapi banyak sangat tempat yang nak diingat...heheheh...
Lepas solat aku dan semua dinner di area Tasik. Pictures di bawah adalah apa yang aku makan. Semua pakat-pakat makan mee, kueh tiew, mee hoon dan hubby makan nasi goreng melayu. Peh memang  best la aku rasa nasi goreng hubby pedas dan daging merahnya pun marvelous...lastly aku tukar menu dengan hubby hehehe...terima kasih ya sayang sebab memahami kerenah isterimu ini.

Cantonese Fried Noodle my dinner

Tekak yang inginkan masam-masam...akulah itu.


Petrosains KLCC

Ahad lepas juga selepas kami semua sudah berpecah untuk pulang kerumah masing-masing. Aku and family, angah and family dan Aboy and his sweety girl went to KLCC. Saja jalan-jalan sana sambil ambil-ambil gambar. Anak-anak comel paling seronok sekali dan family mereka lagi la seronok berkali-kali. Sekali sekala keluar macam ini beramai-ramai memang seronok iye la kami semua masing-masing tinggal jauh-jauh sekali. Memang nampaklah kami semua sedang happy dan tiba-tiba sedang seronok bergambar ada two guys ni datang dan bagi tahu nak mabil gambar kami beramai-ramai sambil pegang dorang punya slogan untuk 1 Malaysia sambil suruh buat bentuk-bentuk di jari. Aku nak tunjukkan gambar pun belun di upload lagi.

Habis sesi bergambar kami ke Pertosains...sedihnya nak masuk Petrosains sudah tutup cuma bahagian SainsMuzik sahaja yang buka. So Angah ajak masuk untuk SainsMuzik. Lama juga kami didalam. Macam-macam muzik yang ada...masa ini Akalili buat hal...Ya ALLAH memang menguji kesabaranku...

Sikecik sedang mencuba Drum

Bakat terpendam..hehehe...

anak murid En Muz...hehehe...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails