Monday 28 February 2011

Klang

Sabtu lepas kami ke Klang makan nasi minyak Pn. Aini kita...
Semoga perkahwinan Aini di rahmati hingga ke syurga nanti...amin ;))

 The pengantin with dayang-dayang...

 My family...
Sorfina paling selera makan nasi minyak...

Cik Hawa kita salah seorang dayang...

Tengok kat depan aku banyak sungguh kulit kuih tepung pelita 
itu kawan aku punya keje lea tu habis semua letak 
kat aku macam aku yang makan semua la kan...
Memang lea aku makan banyak tapi tiga jea xde lea sebanyak itu kan...
Tepung pelita memang fav aku...kalau balik Kelantan, 
Mok Long aku pasti buatkan untuk aku...
Rindu lak rasa...bila nak balik pun tak tau lagi... :((

Akalili macam biasalah sesuap dua sudah tak mau...
nasib lea ada kuih tepung pelita makan juga dia...
Kebetulan juga ada masmallow cicah coklat so Akalili layan itu juga...

Masmallow + coklat

Sudah habis makan terus ke surau solat dan siap-siap pulang...On the way balik itu Akalili dan Sorfina sudah lena di mimpi. Tak lama itu aku pun menyusul...hehehe...


sunyi...

Hehehe...aku sebenarnya banyak kerja nak buat tapi mata pedih dan sudah terangguk-angguk menahan, memang mengantuk sungguh nak nak sudah makan...erm today sebenarnya tekak aku teringin nak makan kari daging tak ingat batuk-batuk pun nak makan berlemak gitu nasib masa turun tadi sudah habis lauk pauk so kena order yang goreng-goreng gitu so aku order nasi daging merah. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Hari ini aku tak turun pun ke surau, itu yang aku makan awal selalunya lepas pergi surau baru aku makan bukan apa batuk aku ini sudah kategori agak teruk gak lah batuk-batuk sampai keluar air mata so aku rasa akan mengganggu tazkirah itu nanti. InsyaAllah sudah sembuh nanti baru aku pergi.

Ermm semenjak join group yang baru dapat projek ini aku memang sibuk...tender nak keluar awal bulan tiga tu yang minggu lepas aku siap dapat memo untuk kerja lebih masa...erm member sudah plan nak buat OT dapat manis lebih sikit kan...tapi aku fikir inilah masa aku ganti masa-masa yang aku guna dalam waktu kerja aku harap Dia terima walaupun aku rasa banyak lagi kan...minggu lepas juga aku dapat satu lagi memo untuk satu lagi projek besar dari projek sekarang. Makanya sudah tentu kerja akan bertambah-tambah. Nasib le ada group kan, masing-masing sudah ada kerja masing-masing dan kerja aku buat bil quantity.

Hari dalam office ini ada berapa kerat sahaja orang yang lain semua outstation dan cuti. Sangatlah sunyi aku rasa itulah yang menambahkan lagi mengantuk aku ini walaupun sudah melekat earphone kat telinga aku ini tapi tetap aku hendak terlena. :((


Oklah aku nak gi rehat jap kepenatan, ntah apa yang penat pun aku tak pasti hehehe. Sambil-sambil berangan nak cuti-cuti Malaysia ;))

Friday 25 February 2011

terima kasih tuan belanja ;))

Hari tu tuan kita belanja makan...alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki dan berjaya di dunia dan di akhirat...mula-mula plan nak makan kat Tanjung Harapan tapi sudah lewat kebetulan adik aku anak dia baru habis pantang so tak naklah keluar lewat-lewat gitu...so aku ajak pergi Taman Sri Gombak jea dekat gelas air besar...itulah port aku dan hubby masa bercinta dulu-dulu...even sudah ada anak ini pun kami masih datang makan-makan kat sini sebab sedap...tapi parking dari dulu aku datang hingga sekarang ini masih problem lagi...

Inilah makanan yang aku order...satu lagi ikan lambat sampai so aku tak snap lea tengah lapor kan ---> ikan kerapu tiga rasa ---> fav always ;))

 Sotong bakar + sos 

 
 Sup sayur + cendawan

 
 Ikan siakap bakar + sos
 
Ikan pari bakar + sos

2 Telur dadar + kailan ikan masin
Kailan biasa ---> for hubby

 
 Aneka minuman...

p/s Alhamdulillah, tuan nanti belanja lagi ye...tapi nak kat tanjung harapan pula...hikhik ;))

Thursday 24 February 2011

mc 2 hari :(

My NurAkaliliHanis mc today and tomorrow kerana sakit mata...kesian anak ummi ini iya...sabar ye sayang...semalam masa bangun untuk ke sekolah mata Akalili sudah tidak boleh buka sebab melekat banyak taik mata sudah kering...aku basahkan kain cuci dan oklah boleh buka dan tidak ada tanda-tanda sakit mata pun...aku bayangkan cuaca cuma panas mungkin yang jadi begitu...sekali semasa aku ambil dari sekolah mata dia ada taik mata yang warna kuning tu tapi idak lea banyak so aku ambil tisu dan buangkan...on the way balik tu aku tengok setiap sejam bila aku sudah buang taik mata tu menda tu akan ada semula...
Sempat ler tiga pusingan Akalili buat
sebelum ke klinik...

So petang semalam Akalili nak ke taman katanya nak bermain basikal so oklah bawa Akalili dan Sorfina main taman dulu...sambil-sambil itu aku tengok juga keadaan mata Akalili...nampaknya memang kena hantar ke Klinik juga...so kebetulan taman tu dekat dengan Klinik Idzham so lepas main tu aku hantar Akalili...kami berdua sahaja...hubby dan Sorfina pula ke Mall sebelah sebabnya hubby nak tambah RAM notebook...
 Nur memang tak selesa langsung...sedih ummi tengok...
Semoga Nur cepat sembuh ye sayang...

Alhamdulillah sekejap sahaja didalam klinik orang tidak ramai...doktor bagi ubat titis, cream untuk mata dan cecair minum untuk tahan gatal serta sudah tentulah medical certificate for 2 days...on the way ke Mall hubby call ajak makan Char Kueh Teaw...erm aku pun memang baru nak ajak hubby makan elok sangat ler tu..hikhik sehati sejiwa gitu kan ;)) so pasti order untuk anak tidak pedas kan...tup tup entah macam mana akak itu lupa kot...so kena tambah satu lagi yang memang tidak ada lada langsung...selalunya order dua sahaja tapi sudah jadi tiga...tapi pasti habis juga sebab sodappp...


Char Kueh Teaw sodappp ;))







Tuesday 22 February 2011

kasut baru aku

Kasut sukan Dunlop... ;))

Hehehe...last minute punya kerja...aku beli kasut ini time lunch hour di Pertama Kompleks...Senang jea aku dapat kasut ini, memang kasut ini nak bertuankan aku kot...hikhik...Masuk saja sana pergi satu kedai sukan ini terus nampak belek-belek...alamak macam berkenan jea nampak, harga pun cun so decide ambil saja...hehehe

Da siap beli baru aku bagitau hubby itu pun hubby call aku tanya da lunch ke belum then aku terus citer pasal aku beli kasut...erm da kena sekali, keluar tanpa kebenaran dan siap shopping bagai...huhuhu padahal aku da call tapi tak angkat so aku decide lea sendiri lagi pun kasut tu tak mahal mana pun oklah sebab aku memang perlukan kasut...Kalau kasut aku tak tertinggal nun jauh disana pasti aku tak kalut nak beli sebab nak dipakai masa aku kursus minggu lepas...





Monday 21 February 2011

Sepetang di Batu Hitam dan Layang-layang ;))

Semalam selepas habis aktiviti kursus aku di BGRC terus berkejar aku nak balik bilik sebabnya En. Muz sudah sampai untuk jemput aku. Perancangan untuk berseronok-seronok di BGRC cancel sebab NurAkaliliHanis aku itu nak main air laut pula. Makanya kenalah En. Muz jemput aku dan berpeluanglah aku jumpa dengan makcik aku...hehehe...Family aku, emak dan adik pun ada so mereka sudah semalaman tidur di rumah makcik aku...

Lepas sampai rumah makcik terus decide nak makan kat mana-mana tapi mesti kedai itu ada nasi air sebab ada orang mengidam nak makan nasi air...hikhik...normally makcik aku akan masak tapi kali nie En. Muz yang request tak payah masak makan kat luar jer sebab nak pekena nasi air...so tempat lain xde kata pakcik aku selain tempat yang selalu kami pergi kalau kami ke Kuantan...Maka ke sanalah kami semua...erm yang lain-lain memang makan nasi ayam dia...nasi ayam kat situ sedap juga ;)) tapi aku tetap pilih nasi air susah tu nak cari yang betul-betul best macam kat situ...


 
Seronok anak-anak dapat mandi air laut... ;))

Ombak-ombak inilah 
yang buat anak-anak kecil seronok bermain air... ;))

Hidupan laut... ;))

Anak ketam... ;))


  Maybe sebab batu ini hitam so diberi nama Batu Hitam...

1st time main layang-layang kat sini memang best...
Angin kuat kejap jer layang2 naik tinggi lak tu... ;))
Layang2 akulah yg paling tinggi...


Wednesday 16 February 2011

cuti...

Semalam adalah hari kelahiran nabi or rasul junjungan kita so semua negeri cuti...petang Isnin itu en muz call bagitau kena kerja pada hari semalam then suh aku pilih untuk dia nak kerja pagi or petang bila discuss aku cakap kerja pagilah petang boleh buat aktivitikan...so bila sudah malam tu en. muz tetiba bagi tau nak pergi join program berarak tu...opsss aku macam pelik jer kata nak kerja tup tup nak pergi berarak pulak...macam mana nie...last last tak kerja rupanya...Seronoknya dalam hati dapat pergi join program nie...

Tapi malam semakin meninggi aku dan en. muz tidak tidur-tidur lagi macam-macam yang kami bual dan bincangkan, my lil princess sudah jauh di buai mimpi indah...pastu masing sibuk pula dengan lappy dan notebook masing-masing...lama-lama sudah hampir jam 0400 pagi...opsss sudah lewat nie esok nak bangun awal banyak lagi aktiviti yang nak dibuat...adoiii...lastly aku masuk tidur dulu ntah jam berapa baru en. muz tidur. Dan hasilnya memang pagi itu kelam kabut sikit...


Program Maulidur Rasul yang lepas...



Jam 0930 baru gerak ke Temerloh...singgah tengok program adik aku dulu then terus ke Temerloh jumpa Along aka my SIL...dan en. muz belanja lunch tempoyak ikan patin dan air jagung...tetapi ntah tekak aku ker...aku rasa air jagung kali macam kureng sikit bila aku tanya en. muz kata ok jer...erm layan je lah tapi tak habis pun...

Yummy...3 mangkuk ikan patin...
satu bahagian kepala...en. muz suka...


Lihat itu air jagung aku dan dia...

Along dan anak2 yang comel...

Selepas habis lunch kami pun gerak ke Bentong pula...aku ada hal dengan nenda kesayangan aku itu...huhuhu nasib lea ada uwan yang sorang nie...dialah tempat aku mengadu...sayang uwan...lepas maghrib baru gerak balik...

APC

Tajuk kat atas tu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang....bukan akulah yang dapat tetapi En Muz yang dapat sedihnya aku tak dapat nak tengok en muz ambil anugerah tu...en muz cakap ini anugerah tertutup...kenapalah mereka buat macam itu...so aku tak la pergi ke Kajang sebab majlis berlangsung di Kajang...macam yang lepas-lepas ada kat jemputan untuk spouse masing2 or parent bagi yang bujang la nie tak de lah pulak...

Apapun tahniah buat En Muzlienor Daud dengan kejayaan itu...mesti ummi dan ayah banggakan...semalam pun jumpa Along kat Temerloh...surprised sebab dalam berapa tahun sahaja kerja sudah dapat anugerah hihihi...itulah rezeki namanya...ada yang bekerja sudah bertahun-tahun pun tak dapat tau...tapi apa yang penting sebenarnya adalah keikhlasan dan jadikan kerja itu sebagai satu ibadah pasti Allah akan pandang.

Majlis yang lain itu ada datang ;))


p/s tidak tahu nak bagi hadiah apa kat en. muz.....manisssss tak masyuk lagi huhuhu.......




Tuesday 15 February 2011

SalaM MauliduR RasuL

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
- (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
- Bersama bapak saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


* Kenalilah junjungan besar, Muhammad S.A.W.. Moga maulid kali ini akan memberi 1001 pengertian tentang kehidupan baginda pd kita.



Friday 11 February 2011

tonton cerita lama...

Erm cuti-cuti baru ini juga tidak ketinggalan aku dan kaum kerabat menonton cerita-cerita yang sudah lama ditayangkan tapi tidak pergi tonton, bukan apa agak sibuk dan kemalasan kan lagi pun semua sudah di download kan so apa lagi layan lor...

Memang seronok tengok semua movie seram Nyangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, kelakar sangat aku rasa. My Akalili dan Sorfina adoiii bukan main ketawa, jerit-jerit dan takut-takut gitu bila tonton termasuk lea aku juga...Damping Malam ok lah pengajaran buat semua orang dan Cuti-cuti Cinta aku tengok sikit jer pastu mata aku pun tutup hehehe bangun pagi esoknya pasti en muz akan ceritakan kesudahannya sebab aku sudah malas hendak tengok semula nak nak kena tonton seorang diri...adoiiii...

~ ~ Nyangkung ~ ~

~ ~ Damping Malam ~ ~

~ ~ Hantu Kak Limah Balik Rumah ~ ~

~ ~ Cuti-Cuti Cinta ~ ~


p/s tak tau lah kalau ada kurafat sudah di download aku nak tonton atau tidak...huhuhu seram ker???...

Wednesday 9 February 2011

Isnin aku EL

Kelmarin aku EL sebab lutut aku still sakit lagi...nak gi klinik malas so ambil EL senang dan aku settle kan kerja luar aku sikit...Alhamdulillah berjalan dengan lancar sekali...Syukur...petang itu en muz bawa my little girls ke Taman Titiwangsa dan celebrate kejayaan aku yang tak seberapa itu di Kenny Rogers...layan jea lah kalau nak ikutkan memang aku adoii tidak ada selera sangat nak makan-makan gitu...


2 Sup Cendawan...
One for Akalili and another one for hubby...

 For hubby and share with Sorfina...

 For me...

 My notti girl...love u so much darling...
Tengok lea tu tak sabar nak main garfu...

Me and my sweety girl....


Di taman-taman...
Sangat seronok bermain buaian...

bila........balik kampung

erm cuti-cuti baru ini ada orang yang cuti direct sampai satu minggu tapi aku tak ambil pun...just cuti time cny itu ajelah...itu pun hari khamis en muz kerja lagi sekejap...tapi ok lah sementara tunggu en muz kerja aku settlekan semua kerja rumah sebelum balik kampung...bila kembali dengan lapang hati lah sebab semua sudah settle hehehe...

petang khamis tu baru gerak balik Bentong...seronok ramai yang sudah ada kebetulan makcik kesayangan aku dari kuantan pun balik...ooohhh so heaven aku rasa meriah gitu rumah nenda kesayangan aku itu...sampai malam pun asyik berborak saja kerjanyer...nak nak makcik aku sorang ini memang banyak stori mori nyer...sampai tak pernah malam-malam buta aku makan nasi nak nak lauk pulak adoiii menyelerakan sungguh...dan siap makan rendang dengan pulut lagi tu makcik aku buat...

sambil-sambil berborak pakcik aku suarakan niat dia nak buat kenduri sikit...apalagi aku tolong plan kan untuk pakcik aku lah...memandangkan esoknya tu hari Jumaat so aku suggest buat hari Jumaat malam itu lepas Isyak...dan sebulat suara semuanya setuju...erm bagus...so kira-kiranya aku dan makcik aku pun bincang pasal nak masak or catering saja...tapi buat apa nak catering makcik-makcik aku masing-masing kalau bab memasak ini kan sudah marvelous gitu...so decide nak masak apa jea...nasi berlauk sudah selalu sangat buat so we all decide masak nasi minyak + ayam masak merah + dalca + acar mentah + papadom + pencuci mulut --> agar-agar santan + agar-agar koktel...kejap jea decide sebab makcik-makcik sudah expert masak memasak nie...aku lewat gak tidur sesambil tunggu cousin aka anak makcik aku tu sampai dari kuantan...dorang gerak lambat sikit..




4/2/11

Pagi-pagi lagi lepas breakfast aku hantar uwan ke pasaraya nak beli barang katanya nak ke pasar tutup lea sebab cny kan...so en muz drop aku dan uwan beli barang sementara en muz dan my little girls tu ke hospital tempat emergency sebab dua beradik nie selsema pula nak pergi klinik memang semua tutup  juga...siap beli barang-barang balik lorr...makcik aku pun sudah siap beli barang-barang untuk kenduri malamnya nanti...so aku ambil part menyiang-nyiang...sebab lepas Solat Jumaat aku dan en muz nak pergi Lurah Bilut pulak nak ambil makcik aku lagi sorang tue...before ambil tu makcik aku siap call bagitau jangan makan lunch lagi sebab makcik aku sudah masak masakan favorite kami ---> Ayam goreng cili api + kurma daging + pecal...


So petang tu dalam jam 1900 tu semua sudah get ready...just kemas-kemas pinggan mangkuk jea...lepas isyak baru acara berlangsung kenduri doa selamat dan tahlil...jam 2200 baru semua orang surau dan jiran tetangga balik...tinggal jiran sebelah yang dekat-dekat sorang dua jea lagi lepak beborak ngan pakcik aku...dalam jam 2300 ada surprise birthday cake untuk pakcik aku kat kuantan tu yang ke 50 tahun...semoga Allah permudahkan semuanya untuk pakcik amin...



5/2/11
hari yang indah...hari nie lepak-lepak kat rumah sambil kemas-kemas rumah basuh periuk belanga bila sudah siap sambung kerja en muz...tolong settle kan minit mesyuarat nyer...tapi lastly en muz settle kan sendiri sebab aku sibuk mencuci pakaian yea lah malam-malam sikit nanti sudah mau pulang kan...tapi bila sudah petang-petang gitu en muz kata balik ahad sambil senyum senyum...erm aku ikut saja aku pun malas nak layan jem kat atas highway tu nanti ye lah tadi keluar gi bandar kejap tengok sudah jem siap ada polis jaga bagai...so bagus juga cadangan hubby untuk balik ahad pagi...tapi pagi tu aku rasa dalam jam 1100 kot nak awal-awal lagi kompom tak dapat...hehehe...so tinggal aku saja lagi kat rumah uwan yang lain sudah balik rumah masing-masing...




6/2/11
Memang seperti yang di jangka jam 1100 baru gerak dari Bentong jalan ok lah tak jem pun...tapi adik aku yang balik dari Temerloh hari tu petang memang sangkut 2 jam gitu kat highway...
Sampai rumah tidur...petang keluar pergi pasar malam erm lama sungguh sudah aku tidak ke pasar malam...tapau nasi ayam + laksa penang + meehoon sup utara + yong tau foo + air soya panas + cendol opss lagi satu kueh tiew goreng untuk Akalili...perghhh memang banyak gilo borong makan macam tak makan berbulan-bulan lak tapi alhamdulilah semua selamat di habiskan...





 

apa-apa aje ^___^

uhhhhh penat ejea lah aku rasa macam malas nak pergi kerja jea aku rasa...tapi apakan daya aku takkan nak makan gaji buta jer kan...so kenalah ke office juga...tapi kalau en muz cuti hari nie kompom aku el jer...entah lea makin lama makin penat lak aku fikir pasal kerja nie padahal kerja tak banyak mana pun...bila aku kerja tengok orang lain duk jalan-jalan ngan family dorang tanpa bekerja adussss sangat seronok ok...erm mesti mereka-mereka itu buat business sendiri or memang duit dorang tujuh keturunan tak abis...erm senang nyer hidup macam itu kan...tapi bila fikir balik macam tak syokkk lak...erm apa-apa ajelah...malas aku nak fikir benda-benda ngarut nie...tak masuk dek akal...

Ya Allah aku harap news yang aku dengar dari otai-otai tu tidak membawa effect apa-apa untuk tahun ini dan berikut-berikutnya...amin...

Mari kita fikirkan sesuatu yang gembira :) :) :)

Tuesday 8 February 2011

?????????




suratan atau kebetulan........













Wednesday 2 February 2011

my heart melt


Alhamdulillah hari ini aku kerja lagi...erm tapi kat office nie memang sunyi jer...masa aku sampai pun aku berdua jer...seeronok hari nie saya sudah pulang ke WP1 kembali. Suka...suka gitu :)) ...way to the office also is very smooth ...
  
Erm pagi pagi lagi aku sudah tapau teh ais dan kuih karipap dan kaswi...erm selalu kalau aku beli teh ais nie aku akan bagi dua dengan cik anem lani dia cuti so kena lah aku habiskan sorang huhuhu...mau sampai ke petang pun tak habis...tekak gatai sangat nak ber teh ais pepagi lagi...kedai di kantin bawah tu banyak tutup...so pusing-pusing takde lak nampak yang berkenan so makan kuih jer lea...cari roti pun da xde sebab empat hari cuti kan so no new stock...

Erm duduk sorang nie aku layan lagu jer lah guna earphone pasang kuat kuat sampai orang panggil tak dengar...favorite lagu aku la nie adalah koleksi Opick...Opick song makes my heart melted and makes me cry sometimes...really like his songs...
  

p/s  * motif gambar ---> bersyukurlah dengan nikmat yg Allah bagi...rumah aku tak air :( 

         * syukur tangki ada air so aktiviti still macam biasa :))


Tuesday 1 February 2011

Mengumpat amalan tercela

Mengumpat amalan tercela

hari wilayah

morning all,

Hari ini cuti lor...Hari Wilayah 1 Februari 2011...so aktiviti di rumah pastinya memasaklah yang paling besttt sekali...my little girl nie sudah order nak kek yang warna warni gitu...marble cake lea tu kan sayang...nanti ummi buatkan yer...masakan lunch adalah tomyam campur + telur dadar...erm yummy sudah lama tak masak tomyam gitu...

p/s   ok ler pada yang bercuti selamat bercuti...dan pada yang bekerja selamat menjalankan kerja sebagai satu ibadah yea... ;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails