Showing posts with label myfamily. Show all posts
Showing posts with label myfamily. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Raya di Bentong & Temerloh

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


On the way ke Temerloh


Balik dari solat sunat aidiladha selepas makan-makan kami bergerak ke Temerloh. Tahun ini semua berkumpul di rumah Along, my sil. Selepas jumpa semua kami sambung makan lagi...hehehe

Along masak mee nyonya...ermm 1st time makan sodap ehh...bertambah makan...hilang diet saya di pagi raya...hehehe

Petangnya pula kami beramai-ramai keluar beraya di Desa Murni. Rumah jiran aka kawan lama my MIL masa menetap di Desa Murni dulu-dulu. Merangkap tempat En.Muz dibesarkan. 


Gambar kenangan bersama mereka di Desa Murni


Sudah jam7 baru kami gerak balik ke Bentong. Lepas isyak kami ada buat tahlil ringkas dan takbir raya jemput anak-anak tahfiz di Bentong. Alhamdulillah...

Jika Allah izinkan nak jadikan aktiviti bersama anak-anak tahfiz ini setiap tahun. Semoga Allah permudahkan. Pic mereka tak sempat nak ambil dengan my cousin.





Friday, 15 August 2014

Jejak Kasih di 17 Syawal

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 19 Syawal 1435H


Salam pagi Jumaat kepada semua warga blogger. Hari Penghulu segala hari. Sebelum memulakan perkerjaan mari kita berselawat seketika kepada baginda Rasulullah saw. dan hadiahkan al-Fatihah kepada baginda, keluarga baginda, sahabat baginda, kedua ibubapa kita, guru-guru kita, seluruh keluarga kita dan diri kita sendiri.

Nak ceritanya w.app ni dapat menghubungkan hubungan yang baik sesama keluarga bila digunakan dengan cara yang betul. Baru-baru ini tetiba dapat group baru w.app...dari family sebelah Kelantan. Masing-masing perkenalkan diri. Ya Allah ramai rupanya sepupu sepapat yang saya tidak kenal sebelah sana. 

Bila wujudnya group ni kami semakin rapat walaupun belum bersua muka. Yelah tali persaudaraan itu masih kuat. Tak sangka juga ramai yang tinggal di area KL dan Selangor. 

So kelmarin saya dapat jemputan untuk makan malam dirumah sepupu yang masa kecil sahaja kami jumpa. Agaknya bila selisih memang tak kenallah. Nak ikutkan family sebelah Kelantan memang besar. Tapi bila saya balik dengan hari yang ciput ke sana manalah sempat nak ziarah semua sanak saudara. Balik-balik saya akan pergi rumah moklong di Palekbang. Itu je port kalau ke sana. Nak jumpa yang lain memang tak sempat. Memang kena ambil cuti panjang balik ke sana untuk kenal sanak saudara.

So kelmarin selepas kerja saya balik siapkan anak-anak. Sebelum itu sudah call En. Muz bagitau pasal jemputan ni. Then bagitau mak, angah and kakde. So kami pergi selepas isyak. Semua berkumpul di rumah kakde di Semenyih. Kami je pun yang tinggal di KL. Adik-adik yang lain jauh.

Sesat barat jugalah kami cari rumah. 1st time pergi Dengkil. Jauh tak jauh la boleh tahan kalau saya yang datang dari Gombak ni. Angah n Kakde memang dekat la juga. So bertolak dari rumah kakde memang dekat saja.

Seronok malam tu Che Long jumpa dengan emak dan kami.

Malam tu kami dihidangkan dengan masakan Kelantan iaitu Nasi Kerabu.







Tuesday, 2 July 2013

Family Trip Langkawi - Day 1

Salam petang Selasa.
Alhamdulillah now sang matahari sungguh menyerlah kan...syukur..

Sedap dapat lelap mata sekejap tadi.
Lately memang kurang tidurnya...Entah kenapa padahal kerja nak buat idaklah banyak pun. Ohh kesian mata saya ini kan. Macam semalam memang sudah set dalam otak nak tidur awal tapi itulah kan kita hanya merancang tapi Allahjualah yang menentukan segalanya. Semoga apa yang saya rancang dan buat Allah permudahkan...aamiin aamiin aamiin..

Ermm masa orang sibuk dengan jerebu pada minggu lepas saya dan family keluar bercuti. Alhamdulillah tempat percutian kami memang tiada pun. Mungkin jauh lagi kot kan. Nak tau kena tunggu my friend naik kerja esok sebabnya lepas saya balik kawan saya pula ke sana. Cuti-cuti juga bersama family. Syukur now di KL sudah tiada jerebu lagi...terima kasih ALLAH...

Saya ke Pulau Langkawi pada 23 Jun 2013. Pertama kali pergi dengan family tercinta saya. Haruslah sangat teruja kan bersama anak-anak. Ramai pula yang nak ikut. Asalnya saya cuma bawa emak. Lastly ramai pula yang join. Ermm apalagi seronoklah ramai yang pergi. Sayalah yang sibuk book tiket kapal terbang dan tempat penginapan serta transport disana.

Pagi ahad tu kami gerak pagi ke LCCT kami naik AirAsia. Tapi tidaklah terus ke LCCT. Mulanya nak minta tolong adik yang hantar. Tapi en.suami kata kali ini kita naik bas. Lagipun Maritza belum merasa naik bas. So bila fikir punya fikir punya fikir oklah. Nak juga tengok keadaan Maritza ok ke tidak bila naik bas kan. So ambil teksi dari rumah ke KL Sentral dan ambil bas ke LCCT. Seronok juga kan naik bas dengan family.
Masa perjalanan nak ke sana memang nampaklah jerebu yang kuat tu.
Dalam bas mulanya Maritza memang tidak duduk diam langsung. Asyik bangun duduk bangun duduk saja kerjanya. Lastly tidur juga penat agaknya bangun pagi-pagi. Akalili duduk dengan auntie dan Sorfina pula duduk dengan emak. Sorfina memang kalau ada emak saya dengan kami memang tidak pandanglah. Cucu emak ler tu. Adik sefamily dia bapak mentua dia hantar. So kami jumpa di LCCT.

Otw ke KL Sentral & LCCT.

 Welcome to Langkawi.

Dalam flight & Pulau Langkawi.

Sampai dalam jam 1500 tunggu beg sambil tunggu kenderaan yang kami sewa. Saya ambil van senang. Van Pregio semua pun boleh naik kan senang...hihihi
Lepas tu bayar deposit. Terus pergi cari pam minyak sebab minyak sudah bagi signal untuk diisi. Penyewa memang tak akan isikan kita minyak. So kena pandai-pandai la budget minyak sampai hari nak pulang nanti.
Lepas isi minyak kami patah semula ke airport untuk makan. Lapar pula rasanya sudah petang gitukan. Sambil tunggu adik sampai sebab flight kami berbeza. Masa saya nak book tu sudah habis. So mereka naik flight selepas kami saja. Alang-alang tunggu sajalah sambil menikmati nasi marrybrown dan bubur nasi untuk Maritza dalam airport.

Marrybrown layannn...

Malam kami makan di Dataran Helang. Disana banyak juga kedai makan. Tapi lepas makan semua macam penat so tak sempat nak pergi jalan-jalan kat dataran semua balik tidur....

Maritza kepenatan begitu juga semua...

Masing-masing lepak dalam bilik masing. Yang seronoknya bilik saya dengan emak adalah connecting room. Maka apalagi sukalah Sorfina. Asyik ketuk pintu suruh opah buka. Lastly Sorfina tidur dengan emak. Bilik saya cuma kami berempat.
Empat bilik dibawah memang saya book sebaris serta dua katil queen di setiap bilik so memang selesa semua tidur.

Ok hari pertama kami di Langkawi...

Thursday, 21 March 2013

Grand Lexis Port Dickson


Ermm last weekend saya dan family bercuti ke Port Dickson.
Pertama kali gitu bersama family. Kalau masa berdua dulu-dulu memang kerap juga kami ke PD.
Tapi bila sudah ada anak. Destinasi selalunya mesti di Kuantan.
So now tukar angin pula ke PD kami sekeluarga juga bawa ummi dan adik bongsu en.suami.

Sebab Rabu hingga Jumaat sebelumnya itu saya ber teambuilding di Glory Beach Resort sebelah Grand Lexis. Asyik uhsyaa Grand Lexis macam best je kan...lastly bagitau en.suami nak lepak sana sajalah..
Hehehe nak betulkan semula urat-urat yang tiga hari ber teambuilding tu...Adehh dasyat teambuilding nie...

Saya ambil bilik Premium Suite. Rumah seperti Bungalow yang ada dua bilik dan kolam renang terletak di luar...private pool lagi...senang i nak terjun terjun kan...terjun la sangat...

Kami balik Kuala Pilah hari Jumaat. Keluar rumah lepas Maghrib bila nak masuk Duke jalan jem...so cancel nak makan di Seremban...en.suami ajak pergi WangsaWalk mulanya nak makan Popeye. Sekali Popeye sudah tutup di sana. Lama sunggu kami tidak ke sana. So kami pilih A&W..layan...
Dalam 10 malam baru gerak balik ke Pilah ikut Lekas. Hampir jam 12 baru sampai rumah ummi.
Saya memang da tak tahan siap-siap terus tidur. Jam 5 pagi baru bangun semula solat Isyak...adehhh

Sabtu pagi baru saya book itu bilik la...huhuhu tinggal beberapa saja bilik nasib ada untuk kami...
Pagi tu ummi masak ikan patin steam dan ikan asam pedas...pehh memang layan la dua lauk tu...ummi buat ayam ala-ala KFC lak...memang best arr...siap tapau masuk hotel...petang lepas mandi kolam layan nasi lagi...memang waaalaaa...

::: Aktiviti petang Sabtu :::

Akalili gigih belajar berenang. Akhirnya pandai juga Akalili berenang.
Sorfina memang main air kat tepi-tepi kolam sahaja.
Kalau saya tak pegang untuk bermain dalam kolam jangan harap Sorfina nak masuk air...
Takut katanya...so duk je la tepi-tepi tu..
Sampai menangis dia en.suami nak lepaskan dia tengah-tengah kolam...
Maritza pula pantang jumpa air nak terjun saja dia...
Memang kena berhati-hati sungguh dengan Maritza nie...huhuhu
Dua kali tertelan air kolam...adehhh sian dia...
Saya just lepak di meja dengan ummi sambil mengambil gambar sahaja...
Datang memang nak rehatkan badan malas nak main air lagi...
Penat berakit kat laut tak habis lagi huhuhu...
My SIL pula layan kolam bersama mereka...
Seronok betul masing-masing....

Malamnya pula layan seafood di Ikan Bakar...adehh lupo nama kedai tu...

::: My SIL dan Ummi ::: 

Budak penat tunggu makanan sampai... 

 Yes seafood sudah sampai...makan time...

Lepas makan....layan bergambar...

p/s nanti sambung next cerita pagi hari di Grand Lexis...


Tuesday, 5 March 2013

Alhamdulillah.....Selesai Sudah......

Salam pagi Selasa yang cerah gitu...

Huhhh berkurun lamanya tidak meng update blog...
Hari ini berkesempatan sudah untuk meng update...
Bukan kerja tidak ada tapi ada masa ynag boleh di curi gitukan..
Before ini masa itu memang terlalu berharga hingga tidak boleh dicuri...

Mana tidaknya sibuk nak settlekan hal kerja dan keluarga..
So hal yang begini disisih sementara...
Alhamdulillah semuanya sudah selesai..
Semalam walaupun penat Alhamdulillah pergi juga kerja.
Dalam hati memang nak ambil cuti tapi Allah bagi kekuatan gunakan ia sebaik mungkin.

Bulan lepas saya memang sibukkan diri selain hal kerja dan rumahtangga.
Membantu adik lelaki saya yang bakal mendirikan rumahtangga.
Ermmm sebagai anak sulung dalam keluarga haruslah mengambil tahu hal-hal kebajikan adik-adik kan.
Walaupun adik lelaki tapi bukan semua perkara yang mereka tahu dalam bab nikah kawin ini.
Part saya menyediakan hantaran dan goodies bag untuk saudara mara...
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan...

Hari Jumaat malam baru gerak balik ke Bentong.
Majlis berlangsung pada hari Sabtu & Ahad.
Sabtu petang acara akad nikah & malam acara persalinan/berinai.
Ahadnya pula acara bersanding.

::: Barang Hantaran ::: 
Warna Hitam ni yang saya buat. Adik request warna ni.

::: Alhamdulillah dengan sekali lafaz ::: 

::: Bersanding time ::: 

::: Adengan suap menyuap kek pula :::

Selamat Pengantin Baru buat 
Muhammad Yazin Yahya
&
Rozeyana Abdul Ghaffar

Semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga kamu berdua.
Aamiin aamiin aamiin.....





Friday, 21 December 2012

Happy Time...

Salam pagi Jumaat...

Alhamdulillah pagi tagi dapat jugak breakfast bihun goreng diluar pagar. Berlaukkan sambal tauhu dan paru goreng. Nikmatnya terima kasih Allah.

Sepatutnya hari ini saya cuti. Tetapi sebab plan yang sudah dibuat lari sedikit so saya datanglah ke pejabat pagi ini. So en. suami yang sudah bercuti dari semalamlah yang menjaga anak-anak dirumah. Pasti anak-anak seronokkan bersama abah kesayangan mereka. Ialah kalau abahnya dapat kerja memang sudah nak cuti so bila sudah ada peluang cuti ini biarlah mereka anak-beranak sahaja.

Macam semalan bukan main seronok anak-beranak pergi Time Square sudah jam 7 lebih baru sampai rumah. Semua muka kepenatan seronok bermain game disana. Si kecil Maritza kecian tengok muka dia tapi still boleh senyum bila nampak saya. Ambil dia terus mandikan dan bagi Maritza rehat sambil menikmati susu. Kakak-kakaknya juga bersihkan diri sambil mulut masing mengomel itu dan ini. Masing-masing juga tidak puas hati sebab saya tak ikut mereka. Ermm bukan tak nak ikut tapi nak bagi masa si abah dan anak-anak bersama-sama so tak mau kacau. Tapi sebenarnya masa lunch sesama before mereka ke TimeSquare saya alahai seronoknya kalau dapat ikut kan...ermmm maybe next time.

Seronok lunch ramai-ramai di Sasana Kijang then bawak kids masuk terowong kecil kat sana. Ermm seronok tengok duit lama dan baru semua berjumlah RM1juta, lagi ada game berkaitan dengan kebijasanaan menggunakan wang. Tengah sibuk kami pusing dalam tu tetiba nampak kru tv3 dan Syam pengacara Sarapan tv3. Dorang buat rancangan apa pun saya tak tau. Bila dorang da sibuk-sibuk dalam tu kami semua gerak keluarlah. hihihiii....


Buah hati pengarang jantung. 

Seronok layan fries. 

See Sorfina menikmati makanan.
Tak tinggal nasi dia tu.

 Chicken Soup walaa.
Akalili diet seimbang.


Chicken Chop Hainanese.
Akalili share with me.



Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Korban

Salam buat semua umat islam yang meyambut hari raya korban hari ini.
Luar biasa kali ini kali kedua aku dan family tidak balik beraya ke kampung.
Pertama kali dulu tahun 2008 aku beraya dengan family dahulu dan esoknya baru pulang ke kampung En. Muz.
Kali ini terus tidak pulang ke kampung kerana En Muz memang direct kerja.
Tapi kalau nak diikutkan bila sudah duduk di Kuala Lumpur ini setakat nak berdezup ke Bentong pun tidak ada hal. Tapi kesian ngan En. Muz pula terkejar-kejar dengan kerjanya.

Tapi kami bukan sekeluarga sahaja di Kuala Lumpur. Kebetulan emak dan adik-adik aku pun tidak balik kampung so kami beraya bersama. ;))
Still meriah dengan keluarga disini. Cuma suasana kampungnya tidak ada.

Malam raya still sibuk memasak rendang, ketupat dan kuah lodeh.
This year try lemang segela nona. Not bad. Baunya wangi kata En. Muz.
So this year tidak beli lemang yang sudah siap dimasak denga nbuluh lemang itu.

Pagi raya lepas subuh sibuk berkemas-kemas. Emak ada dirumah semuanya emak yang buatkan. Aku just tolong-tolong sahaja.

Memandangkan Hari Raya Korban ini kita ke Masjid dahulu balik nati baru lah breakfast kan.
So aku takde lah sibuk sangat nak siapkan breakfast diawal pagi.

Jam 0815 barulah En. Muz sudah siap dengan baju melayunya untuk ke Masjid bersama adik lelaki aku.
Yang lain datang lepas solat dari rumah masing-masing.

Oklah selamat berhari raya buat semua dari kami sekeluarga...(^_^)


Monday, 26 September 2011

Kejutan Demi Kejutan


Ermmm...apo yang torkojut tu ha...
Inilah en. suami ini suka suki kalau nak kemana-mana mesti last minit punya.
Kisahnya Sabtu minggu lepas tetiba ajak ke Temerloh ada wedding kawan satu sekolah..Sek. Menengah lak tu. Ingatkan main-main rupanya betul.

Aku pun terhengehlah iron baju anak beranak. Udahlah Sabtu pagi itu aku ada janji dengan sorang kakak ini. Aku order barang darinya. Akak ini tinggal di Melaka then ada kerja di KL dapatlah aku ambil by hand saja barang yang di order. Aku lebih suka gitu dari post post ni.
Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin aku lebih suka jumpa dengan penjual itu sendiri.

Selamat ambil order di PJ. Terus gerak Temerloh. Jam 1400 sampai rumah pengantin. Masih ramai yang datang berkunjung so taklah segan sangat kan...

Tapi aku dan anak-anak yang makan dulu. En. suami biasalah sudah lama gitu kan tidak jumpa dengan kawan-kawan sibuk pula berbual.
Aku pun membawa diri bersama anak-anak. Tapi sekejap saja lepas itu en. suami turut join kami makan lauk kenduri.

Alhamdulillah sudah selesai makan...
Sorfina sudah meragam huhhuuhuhu...

Alhadulillah selesai makan jumpa keluarga pengantin dan aku pun berkenalan dengan kawan en. suami. Dan kami pun balik

Tapi tak balik pun pergi jumpa Along (my sil) memang menetap di sana. Kebetulan Along di KFC so kami jumpa disana.
On the way nak balik en. suami terserempak pula dengan best friend masa belajar dan kerja dulu. Dan kebetulan juga aku kenal kawan en. suami itu. Raflee namanya...sudah jadi tokey besar gitu. Ajakannya ke rumah terpaksa di tolak sebab kami nak ke Bentong pula.

Tapi sebelum balik Bentong hajat nak pergi pekena air jagung, lastly layan gak nasi dengan ikan patin...
Huhuhu kalau singgah Temerloh tak pekena ikan patin ini memang tak sah ler...

 Air jagung yang bestt....

Nampaknya ada orang lain lagi yang mengidam...waalaaa...
Nasi satu sahaja aku share dgn en. suami (^_*)

Sampai di Bentong pun sudah petang gitu. Lepak sambil layan CD udah jam 2200. Maka kami pun terpaksa gerak balik KL sebab esoknya ada jemputan sambutan raya di jabatan en. suami.


Ahad - 18.09.2011

Penukar plan yang berjaya (^_*)

Sudah siap berbaju melayu bersampaing bagai, alih-alih tukar plan.
Patut pergi sambutan raya tapi kami ke Manjung, Perak.
Rumah Angah (my sil). Macam-macam sudahlah pergi sehelai sepinggang semuanya.
Tapi en. suami memang suka saja tetiba ubah plan kalau aku rasa ok aku setuju sahaja.
Kalau aku rasa macam tidak masuk akal ermm tidak aku turutkan juga...
Persetujuan bersama adalah penting untuk mewujudkan suasana gembira kan...hehehe

Check cukup x nak bayar tol nih...

Pemandangan sawah yang sudah dituai padinya... 

En. suami sempat beli dua batang lemang...

Kebetulan sudah hendak sampai rumah Angah ada gerai jual lemang ini.
En. suami pun tidak membuang kesempatan yang ada.
Nanti mak buyung ini tarik muka lagi asyik miss nak makan lemang...
Tapinya mak buyung ini juga yang pilih.
Almaklumlah aku ini memang cerewet sedikit bab makan lemang.
Nak yang panaslah...nak yang lembutlah...macam2 kan...
Alhamdulillah pilihan tepat, lemangnya sedap...
Tapi rendang out..aku tak usik langsung.
Tak kena dengan tekak aku... :((


Dinner di Chef  Noodle House...
Tuan yang open table (^_*) tq...semoga murah rezeki tuan yea ;))

 Patutnya air aku fresh oren itu..
Tapi tukang ambil order hantar teh untuk en. suami, bukan teh O...
En. suami memang tak leh layan teh nanti angin...
Jawabnya mak buyung ini jugalah yang kena minum...

Nasi goreng ayam oren untuk aku.

 Yang lain menu chiken chop...
Akalili tak larat nak habis...bagi aku pun tak habis, 
lastly en. suami yang habiskan ;))

Semua ceria sambil menunggu pesanan...
Aku terlebih ceria sebab makanan sudah sampai...hihihi ;))

Family Angah.
Terselit juga anak dara aku sorang tu.
Seronok dapat jumpa kakak2nya...

Lepas habis makan malam itu kami pun gerak balik ke KL. 
Jam 2130 gerak dari Manjung dan jam 0030 sampai rumah.
Isninnya aku sambung cuti (^_^) syokkk duduk rumah merehatkan diri.

p.s : terima kasih buat Angah sebab sponser pakaian untuk kami sekeluarga \(^_^)/



Thursday, 11 August 2011

Nasi Briyani

Alhamdulillah semalam 9 ramadhan aku masak nasi briyani dengan ayam kari saja.
Semalam memang simple saja. Sebab teringin nak makan pula.

::: Nasi Briyani :::

 ::: Kari Ayam :::

::: Nasi ini aku punya sambil suapkan Akalili :::
::: Nak manja-manja anak dara aku sorang tu :::




::: 6 ramadhan 1432 / Sabtu :::
Seronok berbuka puasa pada hari Sabtu lepas. Ramai datang berbuka di rumah. Adik-adik aku, wan dan pakcik aku pun ada. Menu aku pada hari itu gulai lemak masak ketam + ikan merah masak sambal (untuk orang berpantang ini) + kacang buncis goreng. Ada juga yang sponsor lauk ayam berempah, kepak ayam madu dan kuih muih.

::: 7 ramadhan 1432 / Ahad :::
::: Menu :::
Sup ikan merah
Sotong masak kicap
Bayam merah masak air
Tauhu cina sos tiram
Salad


::: Nota Kaki :::
pagi-pagi buat dressing,
petang-petang aku memasak.
Alhamdulillah semakin sembuh.



Friday, 8 July 2011

makan...makan dan makan... (@__@)

Sambal yang berasingan dengan ikan bilisnya :))

 Sambal bilis yang banyak bawangnya ;))
Sodap banyak bawang...nyum..nnyum...

Sambal ikan bilis yang aku masak Sabtu lepas. Tetiba masak dua sambal. Sebabnya aku sudah teringin bangat nak makan sambal ikan bilis yang banyak bawang gitu. Selalunya kalo nak makan sambal bilis banyak bangat bawangnya confirm lea makan kat umah di Pilah. Sudah lama gitu tak makan sambal gitu nasib lea masa ke Perak awal bulan Jun hari tu Angah masak nasi lomak ermmm sodap dapat makan sambal gitu. Dan kebetulan ramai yang datang umah Sabtu lepas so masak nasi lemak dan masaklah dua sambal takut adik aku tengok sambal banyak bawang da tak laju makan...Makanya lunch kami pun bernasi lemak lagi...Tapi aku idak lea makan da waktu lunchnya sebab ada orang nak open table malamnya. Hehehe so kenalah perut kosongkan baru syok layan makan-makan...itu pun kalo la boleh makan sebab kebiasaannya bila malam menjelma menu aku memang bukan nasi da...


 Siakap Stim...
Memang layan...

 Kerapu Tiga Rasa...

 Sotong Tepung...
Kureng huhuhu :(

 Sayur Campur...
Tak makan pun...

 Kerang Bakar...
Layan juga yang ini ;))

Telur Dadar...
Always...

Malamnya kami ke Sri Gombak. Port biasa aku hehehe...Dan part meng order pun pastinya kakak sulung inilah kan...hehehe kejam kejam tapi semua licin...

Aku order jea bagi pihak mereka tapi yang aku layannya cuma Siakap Stim dan Kerang Bakar dua lauk tu sahaja yang aku berianya plus sedikit nasi...semua lauk pauk aku buat dua set...kerang saja yang tiga set...Now aku sudah tahu kalo nak makan siakap kena masak stim baru aku boleh makan kalo tiga rasa memang aku kureng sikit siakap nie...Lagipun sebab boleh layan Siakap Stim ini sebab dia masam-masam kan so kenalah dengan tekak aku yang tengah mengandung ini (^_^)...


Lepas makan semua kekenyangan (@_@)

Lepas habis makan aku bagitahu dengan emak dan semua boleh balik dulu sebab aku nak cuci pinggan tak cukup duit nak bayor hehehe order satu lagi fresh oren. Sodap pulak layan fresh oren memalam kan...hehehe
Malam tu hubby punya kekasih gelap sudah ambil so aku pergi sana naik kekasih gelapnya lah. So terpaksalah puteri2 aku tumpang pakcik makcik depa punya kereta. Hubby excited nak bawak aku naik kekasih gelapnya itu...terasa seperti baru berkahwin pulak hikhikhik...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails