Thursday 31 December 2009

Isnin aku cuti...

 
Aku tidak mengisi borang cuti pun untuk hari Isnin itu tapi memandangkan ada perkara aku perlu buat so aku cuti dululah hari Selasa masuk office baru aku mohon cuti. Pagi-pagi lagi sudah keluar sebab nak pergi settle kan perkara aku itu. Bila pergi ramai sungguh orang...last last En Muz cakap tak pelah kita datang semula petang nanti.
Sooo aku singgah pasaraya sekejap untuk beli sedikit barang bahan-bahan untuk dimasak untuk lunch nanti... Lunch itu aku masak Ikan Bawal Masam Manis dengan sayur sawi putih campur cendawan dan kemestian telur dadar...untuk lunch kami...ermm pertama kali masak ikan bawal begitu Alhamdulillah dapat pujian dari En Muz...sodap dan ranggup sekali...u like it...i like it too...hikhik........

Dinner pula kami ke Pizza Hut untuk rasa keluaran terbaru itu...masa keluar ke farmasi untuk cari ubat Nur Dini Sorfina terus En Muz membawa kami ke sini request by Nur Akalili...ermmm aku sudah tidak berapa nak lalu makan pizza itu maybe aku sudah layan sup dengan breakstik dan Hut Platter...lagi lagi letak Hut Platter itu depan aku dan Dini so nak semuanya kami berdua yang habiskan padahal En Muz yang sibuk order...hehehe...Tengok lea Nur Dini layan sup sampai begitu sekali...Nur Akalili pula tak habis-habis layan aiskrim dia...Alhamdulillah seronok dan kenyang...

 

Jalan-jalan....

 



Erm...petang Ahad lepas En Muz ajak keluar tetapi aku malas sungguh untuk keluar padahal mulanya aku yang ajak En Muz keluar untuk mencari barang yang aku nak...kalau sudah cuti-cuti payah sungguh aku nak keluar...mungkin menda yang aku nak pun tak urgent so aku tak berapa nak ambil kisah, cuba menda itu aku betul-betul aku nak apa cara pun aku akan keluar mencarinya...tetapi aku keluar juga...Kami ke JJ kebetulan memang En Muz nak pergi sana so oklah...Walaupun sudah sampai JJ hati aku masih tidak hendak mencari apa yang aku nak...betullah kot aku bukan nak guna dalam masa terdekat ini so aku just follow En Muz kemana sahaja...

Haaa lihatlah pictures itu, lain yang dicari lain pula yang dapat...erm asalkan mereka happy aku turut happy...mereka adalah permata hati aku yang sentiasa membuat hati aku and En Muz happy and always happy...yang kecik tu memang macam pandai jea nak buat itu dan ini...hehehe...memang lasak sungguh berlari kesana sini...jenuhlah sungguh nak mengejarnya...

Tuesday 29 December 2009

Jumaat lepas.....

Ermm sudah lama sungguh tidak memasak asam pedas ini. Dapat masak ermmm selera sungguh makannya.Kali ini aku masak dengan ikan merah tapi sebenarnya ikan merah ini aku nak buat sup ikan merah. Memandangkan bahan ada request untuk asam pedas ini so aku masak ini jelah pada cuti christmas baru ini.

Ahahkk...ini mesti kena ada juga bila masak asam pedas. Lihatlah ayam gorengku itu memang sudah tidak ada kulitnya. sekarang aku memang buang semua kulit ayam bila hendak memasak rasa selesa begitu pula...entahlah aku ini macam-macam saja...ikan goreng kesukaan aku...

Lepas makan petang itu semua tidur program sepatutnya hendak keluar tetapi hujan petang itu rasanya, aku pun sudah lupa yang pasti kami hanya berada dirumah sepanjang hari samalah juga hari sabtu melepak dan membuat aktiviti dirumah sahaja.

Sunday 27 December 2009

Cuti--cuti...part 2...

Ermmm malam nie sejuk jea...yelah petang tadi hujan lebat sungguh di kawasan rumah aku ini...nasib aku tidak membasuh hari ini sebab tidak banyak baju untuk dibasuh...

Hahhh kerja yang aku perlu 'settle'kan Selasa baru ini masih tergendala...erm entah bila la nak settle pun aku tak tahu. Bosan gak asyik nak fikirkan itu saja...so petang itu En Hubby ajak aku pergi CIDB untuk renew green card...aku ok jea sebab kad hijau aku itu pun nak expire date dah...on the way tu kami asyik bercerita itu dan ini...tiba-tiba sudah sampai Maju Junction...Aku bersuara "Abang nak buat apa kat sini" "lah nak buat kad lah, napa akma tak nak buat ke.." Aduyaii..."sayang bukan kat sinilah..." "biar betul mar jangan buat abang confuse" lea sapa lak yang nak confuse kan sapa nie...yang lawaknya siap tanya guard lagi..boleh guard tu cakap " eh ini kalau tak silap, ini kolej nie..." kahkahkah...aduh pakcik ni buat lawaklah pulak...aku pandang tempat lain  sambil gelak besar... Last last En Hubby tengok kad hijau tu ada address CIDB...huhh nak jea aku gigit-gigit En Muz nie...

Alhamdulillah sampai gak kat CIDB itu...orang pun tidak ramai...so senanglah urusan kami...tapi tak laratlah aku pergi tempat-tempat begini membawa Nur Dini sebabnya, ya Allah lasak sungguh tidak reti duduk diam langsung...penat aku nak kejar...tak larat kejar...abah die pulak kejar...memang aktif sungguh...nasib kakaknya sudah pandai duduk diam...cuma suka kutip pamplet selagi ada...tak kira pergi bank, hospital, klinik atau mana saja yang ada pamplet mesti nak diambilnya...dan aku tukang terangkan apa yang tercatat or apa yang tergambar di pamplet itu...

Masa nak balik itu, sempat kami singgah di gerai kecil di ruang legar CIDB untuk beli asam-asam dan keropok...tapi fokus aku kat asam-asam jea...En Muz sibuk pilihkan keropok itu dan ini...ahh aku entah kenapalah sudah mula belajar menyukai asam-asam...mungkin sebab Hubby dan Akalili... BETUL KEA ORANG KATA...ORANG LELAKI YANG SUKA MAKAN ASAM INI ADALAH LELAKI YANG PENYAYANG...Ermm dari pengamatan yang aku tengok lelaki yang aku jumpa suka makan asam-asam ni memang nampak penyayang tapi tak tahulah...kebetulan or betul-betul...

Bila sudah petang ini...laparlah pula...so En Hubby belanja Mc Donald sebab sudah ada daging ayam prosperity...Tetapi aku rasa ayam tak besttt seperti daging lembu itu...so aku hanya makan Prosperity Daging En Muz...Properity Ayam aku makan sikit jea lepas tu En Muz suruh makan saja daging ayam itu without rotinya itu pun aku share dengan En Muz...Tengok tak makanan banyak tapi air satu jeakan... Haa macam itulah selalunya kalau kami pergi fastfood... Satu yang besar untuk satu family...bertambah eratlah kasih sayang keluarga...itulah yang selalu En Hubby buatkan...

Habis makan kami ke KL Tower...sudah lama hendak ke sini tapi tidak berpeluang so bila sudah ada masa dan peluang ini kami pun pergi...tapi hari pun sudah agak petang dan ramai pula orangnya...so kami tidak fikir untuk naik ke atas mungkin lain kali...lagi pun Akalili sibuk hendak naik Kuda, padahal masa pergi Zoo hari tu die punyalah takut nak pegang Kuda...Kami juga pergi ke Mini Zoo lah kot boleh dikatakan sebab ada beberapa sahaja binatang didalam itu...Lain kali lah pulak citer pasal Mini Zoo itu...ngantuk sudah ini, mau tidur...wokeyy  Good Morning...



Saturday 26 December 2009

Bila....cuti, makan dan makan...

 Rendang Daging Maman

Ermmm petang-petang yang sejuk dituruni hujan ini memang seronok layan tidur...satu rumah tengah menidurkan diri...ermm aku jea yang sibuk berada di hadapan laptop sebab sudah tidak boleh nak tidur asyik tidur sahaja bila cuti-cuti ini...sambil mengunyah kentang goreng yang masih panas bersama milo kosong tanpa gula ataupun susu...laju aku menaip cerita-cerita yang lepas...

Ahakksss...pic atas itu adalah rendang daging maman...Errmm lazat hingga menjilat jari...hanya orang tertentu sahaja yang tau nak buat menda nie...sudah berapa kali aku tengok Ummi masak rendang maman ini sama ada daging atau ayam tapi aku tetap tau makan sahaja...but insyaAllah aku akan belajar dan cuba masak rendang ini...sudah jadi salah satu favarate aku juga, lebih-lebih lagi En Muz so nak tak nak aku kena belajar but not now la sayang ye..nie yang Ummi masak masa aku balik Pilah hari tu sebelum aku balik petang Isnin itu....

Ermm pic atas ini pula, petang itu juga Ummi masakkan jagung rebus dan buat begitu...kira ianya pertama kali aku makan...mulanya aku tak nak makan tapi asyik dipaksa rasa, itu yang aku malas nak rasa-rasa ni...da kena tapau bawa balik sebab sedap...hehehe...tak pernah pula aku jumpa cara makan begitu. Mungkin aku tak peka sangat bab-bab jaugng ini yang aku tau buat puding jagung, rebus jagung dan bubur jagung..hehehe.... Petang itu juga my SIL 'angah' buat karipap ubi keledek. Kalau aku prefer ubi kentang...tapi bila angah masak isi kentang itu untuk dijadikan inti karipap sedap pula baunya. Ermm...tekaan aku salah la kot...ubi keledek pun sodap rupanya but depends on cara memasaknya. Pedas-pedas sikit dan rasa karinya...ermm lazat...makan panas-panas ada 3 ketul aku habiskan dan terima kasih to my MIL tapaukan jagung dan karipap itu. Kalau balik kampung ni tak kiralah sebelah aku or En Muz memang seronok dapat makan macam-macam dan berselera sungguh. So petang Isnin itu aku sudah pulang, padahal kami masih bercuti tetapi ada perkara yang perlu kami bereskan dan perlu pulang kalau tidak pasti aku disana lagi...Rindu sungguh dengan suasana begitu........





Wednesday 23 December 2009

Cuti--cuti...part 1...

Hahhaahhh...penatnya hari ini...sudahlah baru naik semula ke office setelah lama bercuti dari Sabtu hingga semalam hari Selasa. Tiba-tiba dibebani dengan banyak sungguh kerja yang aku pun errhhhggg malasnya nak layan menda ini kalau boleh senang update tak pe lah ini jap jap sangkut...eeiii memang aku hanginlah juga...nak nak dengan makhluk makhluk tuhan yang bengong tu tension jea aku tengokkan...(asgtaufirullah) dapat dapat lah aku tengah bekerja kalau tidak tak maunya aku nak buat si HRMIS itu...
Ahahh...Kemana aku cuti-cuti hari itu...Cadang-cadang hari cuti itu hari just rehat di rumah sambil-sambil kemas rumah or jalan dekat-dekat jea tapi my SIL call En Muz ajak join mereka ke Segamat kenduri kahwin, cousin hubby, maklong yang adik beradik dengan my MIL aka my Ummi anaknya yang bongsu melangsungkan perkahwinan kiranya menyambut menantulah. So aku bagitau dengan En Hubby kalau nak pergi aku boleh 'cancel'kan program aku sebab program aku itu bila-bila pun boleh pergi tapi En Hubby senyap seribu bahasa. Dan aku ingat memang En Hubby malas nak pergi kot sebab akhir-akhir ini banyak sungguh kerja yang perlu dia buat so kesian pula nak paksa-paksakan. Jeng...jeng...jeng...
.
Esoknya...Hari Ahad itu selepas Subuh jea, En Hubby cakap.., Ok sayang siap-siap kita ke Segamat. Huhuhu patuutlah pagi-pagi lagi suara latar menatang GARMIN itu sudah berbunyi rupa-rupanya En Hubby sibuk men'survey' jalan yang paling dekat untuk ke Segamat kami. So aku macam confius tanya En Hubby berkali-kali betul ke nak pergi dan aku pun mulalah men'iron' baju untuk seisi keluarga. Sempat lagi En Hubby bersuara...Ermmm suka la tu nak berjalan...AKU ermmm senyum jea lah, yelah sudah lama benar aku tidak berjumpa dengan mereka semua semenjak tiada siapa lagi yang tinggal di Kuala Pilah dan sekali sekala cuti-cuti saja akan berkumpul di Kuala Pilah. So breakfast pagi itu tidaklah sempat aku siapkan dan En Hubby hanya menapau kuih-kuih kegemaran kami untuk dimakan semasa dalam perjalanan.


Kami janji akan berjumpa di Masjid Gemas dengan yang lain-lain. Kami sampai sedikit awal, setelah berjumpa bersalaman berpeluk cium, sungguh riuh rendah sekali di Masjid itu dan barulah kami meneruskan perjalan ke Segamat. Dalam hampir pukul2 petang baru sampai. Jumpa sedara mara disana dan En Hubby terus ajak aku makan, lapar katanya dan kataku jua...ahak...ahakkksss...












Inilah atuk den kata Akalili...hehehe...

my beloved kids and hubby
 
En Hubby cakap kalau yg takda mee tu, Rojak Kuih namanya...itupun aku suka...kalau di Kuala Pilah ada tapi bukan Melayu yang buat so En Hubby tau aku takmou makan...kiranya kalo ada jumpa Melayu buat nie menang syokk lah layannnn......
Setelah berjam juga la kami berehat dirumah MakLong baru pulang...dalam perjalanan kami behenti singgah di satu gerai kat perjalan Bahau-Kuala Pilah pekena Rojak dan Cendul yang bestnya orang Melayu yang buat...memang aku suka...dan cadangnya aku hanya pergi ke majlis itu sahaja tapi sebab seronok beramai-ramai aku ajak En Hubby untuk bermalam di Kuala Pilah saja. Mujurlah baju anak-anak riang itu memang aku selalu bawa banyak walau kemana saja kami pergi dan baju kami juga. Cuma aku perlukan baju basah untuk bermalam dan nasib Ummi ku ada...terima kasih Ummi...
Tidurlah kami di Kuala Pilah..................Dan malam itu Ummi masak Asam Pedas Ikan Kembung untuk dinner...memang syookkk layannnn....terima kasih Ummi...........

Thursday 17 December 2009

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM


Selamat tahun baru ISLAM buat semua...

hari ini KHAMIS....

Ermm...hari ini kiranya last bekerja untuk minggu ini. Tersangatlah seronoknya cuti lama lagi. Walaupun tidak kemana-mana, aku sangat seronok sebab dapat bercuti rehat dirumah atau dimana saja bersama anak-anak dan suami tersayang. Sukanyer...

Pagi-pagi lagi En Hubby tegur aku, hari ini hari Khamis kan kenapa pakai baju ini. Saja, malas nak gosok baju batik, kata aku...ermm sesungguhnya pagi tadi aku da fikir hari ni Khamis tapi aku memang malas. Aku cuma menggosok seluar, blaus dan tudung sahaja untuk ke office tak perlu mengambil masa yang lama untuk menggosokkan. Kalau baju batik huhh pasti berjam jam aku duk menggosok saja nanti.

Pagi ini habis semua menghantarkan aku ke office. Seronoknyer kalau tiap-tiap hari macam itu...Ermmm InsyaAllah suatu hari nanti kot...Aku hanya tapaukan breakfast mereka, aku tak dapat breakfast bersama sebab anak-anak masih berpakaian baju tidur...Dini pun masih mamai mamai lagi nak tidur. Kesian lak aku tengok. So aku tapaukan Nasi Lemak dan Sandwich Sardin untuk mereka. Aku pula sah-sah lambat lagi akan breakfast...entahlah sejak akhir-akhir ini kepenatan membuatkan aku tiada mood sangat untuk makan. Dalam 10lebih gitu baru ajak kawan-kawan untuk turun minum...itu pun sudah inform kat Boss. Kebetulan rezeki murah ada orang nak belanja aku dan kawan2...tq ya En Belanja. So sampai lunch nanti mesti aku tidak ambil da sebab lewat aku breakfast nie...

Wokep i'm going to doing work now...

Tuesday 15 December 2009

Penatnyer aku hari ini...

Uhhh semalam dan hari ini aku masih penat lagi...sebab apa ye...nak kata tidur ku tidak cukup? Alhamdulillah cukup...tapi mungkin main dengan anak-anak kecil nie kita akan penat pada waktu-waktu tertentu...lebih-lebih lagi tiba masa ragamnya...tapi weekend aku yang lepas memang agak padat jugak lah...kami sekeluarga asyik keluar dan keluar...tapi tak silap aku sabtu pun kami keluar sebelah malamnya...siangnya sibuk menghabiskan masa di rumah. Disebabkan aku derma darah hari khamis tu, En Muz sibuk suruh aku makan hati ayam. Aku da lah malas nak masak so hari sabtu tu En Muz kata beli lauk saja dan masak nasi saja dirumah. Apalagi aku pun kirim la gulai lemak nangka, mengidam sungguh nak makan. bila nasi sudah masak boleh pula Nur Akalili nak makan nasi bersama udang. Lastly aku masakan juga udang goreng kunyit dan aku goreng keropok kering dari nak masak kena masak juga macam inilah bila sudah ada anak yang pandai nak makan itu dan ini. 

Ermm lepas makan kami sudah penat gitu so rehat saja dirumah tidaklah jadi keluar. Sebelah malamnya baru keluar sesaja ambil angin malam. Lama juga kami jejalan, sampai En Muz tanya nak makan tak. Sebabnya dinner tadi aku tak sentuh nasi langsung just makan lauk hati saja. Tetiba En Muz stop di Mc D dan tapau aiskrim favarote nyer...dan prosperity untuk aku...ya Allah aku memang tak nak makan tapi di paksa juga dan aku makan juga sebab dikongsi bersama kalau tidak memang aku tak boleh habiskan...itupun En Muz banyak ngomelnya...sebab tangan tempat ambil darah tu lebam, tapi bukan lebam sebab jarumnya sebab orang tu ikatkan kuat sangat. Aku pun tak rasa sakit cuma En Muz saja yang risau sampai cakap aku manja sebab lebam2 itu...kalo aku manja pun siapa yang manjakan abang jugakan...

hadiri jemputan...

Kami ke jemputan perkahwinan bila ada peluang dan masa...sebolehnya aku dan family akan hadir setiap jemputan yang diterima...ini adalah jemputan office...di Selayang hari itu...aku dan beberapa officemate janji pergi sekali...dan buat my pren yang aku dapat lagi kad-kad jemputan dari korang di musim2 cuti sekolah ini ada yang aku boleh pergi dan tidak...so korang jangan kecik hati lak ek...maklumlah aku kena ikut masa En Muz sebab kerja yang tak menentu itu...
...masa nie da siap2 makan dan da nak balik pun...

...sebelum pulang kami singgah di Masjid Selayang ini dulu...

Monday 14 December 2009

memasak aku jumaat malam itu...

Haahaa...jumaat petang tu aku sms dengan En Muz...tanya pukul berapa akan sampai rumah dan aku cakap aku akan masak malam nie...reply 'pukul 10 mlm ye...siap2 nanti kita tengok wayang'... Lah dalam hati aku lambat lagi lah...pasal wayang tu aku abaikan jea sebab aku takde mood nak keluar malam nie...hehehe... Ermm ingatkan awal so aku tak lah prepare masakan malam awal2 sebab nanti sejuk pula...bila sampai rumah dari kerja aku just makan biskut2 gitu jea da kenyang...anak2 semua sudah makan...dan aku memang penat lagi hari jumaat tu...so lepas maghrib aku berbaringan sebentar...dalam pukul 9pm baru aku mula masak...tengok dalam freezer ada ikan patin yang pakcik aku bagi hari tu dan udang dan sayur campur...so aku fikir nak masak ikan patin kukus...bahagian ekor sahaja yang tinggal so aku kukus tu jelah yang bahagian lain aku masak tempoyak...ermm lazatttt...udang masak kunyit bersama sayur canpur sahaja...senang dan ringkas jea...




Thursday 10 December 2009

DERMA DARAH


Sudah lama aku dan Cik Pida hendak menderma darah tapi masa dan peluang untuk pergi ke tabung derma darah amatlah susah sekali...mana tidaknya jika aku free, Cik Pida kita pula yang busy... Apabila Cik Pida kita free aku pula yang membusy...ermm...bila tengok banner yang digantung di tepi lif...membuka bicara aku kepada Cik Pida untuk pergi ke program itu...bak kata pepatah ke bukan pepatah ke aku pun tak tau lah...bila kita rancang tak pula menjadi bila ada depan mata dengan izin Allah dapat kami pergi menderma...ini juga mengingatkan aku pada En Muz...apalah dia buat kat Melaka tu ek...tak sabau nak tunggu dia balik lindunyer...hari itu sebelum puasa En Muz ada menderma darah pun secara tak dirancang...bila ada program ada peluang terus En Muz menderma...

Dengan kehadiran pihak hospital itu memudahkan aku dan Cik Pida untuk pergi menderma darah...ianya memudahkan niat murni kami itu...dan bila kami bagitau pada rakan-rakan yang lain mereka ingin turut sama menderma...sangatlah bagusnya itu...
So...dalam pukul 12 macam tu kami ke dewan untuk program menderma darah...bila semua sudah check kesihatan...alih-alih aku dan Kak Sya saja yang lepas untuk menderma...huh...yang lain kecewa jea...sebab tidak boleh derma adalah kerana kurang berat dari 45kg...hehehe ini pernah terjadi pada aku suatu ketika dahulu...masa itu aku di Politeknik...ermm sedih jugak la sebab room mate dapatkan...dan Cik Pida tak lepas kerana baru lepas makan ubat...itu pun tak boleh ok...dan masa check darah itu...

Aku sempat lagi tanya En Lelaki jenis darah aku dan beberapa soalan...katanya aku darah Jenis DARAH ' O '...dan penderma yang paling bagus sekali sebab boleh derma kepada semua jenis darah yang lain...dan boleh pula En Lelaki itu kata Darah jenis AB paling kedekut...pulak...aku pun tak faham dan aku malas nak faham...dan katanya lagi darah jenis O ini hanya menerima darah jenis O sahaja...tetapi tak perlu takut sebab paling ramai orang di atas dunia punya darah jenis O...so aku tak perlu risau...
Last last aku berdua jelah yang menderma... alhamdulillah...ambil masa setengah jam gitu itu untuk cukupkan darah sebanyak 450ml...rehat sebentar dan dalam pukul 2 petang kami sudah masuk office semula...

Tuesday 8 December 2009

last game for the year 2009...

Sudah penghujung tahun inilah baru aku berkesempatan join game yang berlangsung di office ini... Kebetulan aku layan gak game nie so aku ajak my friend Miss H nie jadi couple aku untuk lawan 'BERGU'...so kami salah satu couple BLT dari 3 couple BLT yg lain...tapi memang penat sungguh main semalam, mana tak nyer...aku tak praktis pun for this game...just pergi dan main...warming up pun masa2 itu juga...no preparation so if kalah pun aku tak kisah dan terkilan sangat...just for fun...hujung-hujung tahun nie...

Picture bawah nie lah my friend yang sama-sama menentang pasukan BPKS...apa pun kita sudah buat yang terbaikkan my friend...and another 2 girls our supporter pom2 girl ...tq for the support...hikhik...

Monday 7 December 2009

lajukah aku...

 Hari nie aku berbeg beg ke office...for the game...

Assalammualaikum semua...huh lama sungguh aku tak carakan blog nie...dengan aktiviti di office, di rumah dan di luar membuatkan kurang masa lapang untuk mengarang citer2 aku yang lepas2...kalau boleh banyak menda yang aku nak simpan kat dalam nie...

Eerrmm...hari nie aku dapat hadiah lagi...aku nak ucapkan terima kasih atas pemberian hadiah belated birthday aku on November...dan ada satu hadiah nie aku dapat ada simboliknya kata si pemberi itew...ikan lumba2 itu bermaksud aku seorang yang laju...hikhikhik...kelakau jea aku dengar member aku bagitau...rupa2nya aku sama macam ikan lumba2...baru aku tau...hahaha....kata my pren "aku bagi ikan lumba2 tu sebab ko laju sangat...sorang ikan lumba2 dan sorang kura2"...lah siapa pula kura2 itu wey...tak pasal2 En Muz pun terkait sekali...huhuhu...takpe balik nanti aku check my hubby macam tu ke idak...la nie my hubby tengah outstation kat Melaka...sedih jea...baru nak balik kerja sama2...ingatkan dapat kat KL rupanya dapat kat Melaka lak...dugaan...

Wednesday 25 November 2009

terlepas sudah...

Alhamdulillah...sudah berakhirlah penyakit tidak boleh tidur malam aku yang berterusan selama 3 hari...nak kata aku study sebab lambat tidur tak jugak sebab otak banyak memikir yang negatif sahaja...so memang tak leh nak fokus pada subjek yang hendak study itu...sampai larut malam aku duk layan otak memikir itu dan ini...sampai satu tahap aku rasa hendak hentikan niat aku untuk meneruskan perjuangan aku itu...tapi kata2 semangat dari orang sangat memahami diri inilah yang membuatkan aku meneruskan jua perjuangan itu...lagi lagi ini adalah pertama kali aku memperjuangkan nasib...tapi malam nie nak tidur lewat gak sebab happy da abis...

Alhamdulillah sepanjang aku berPTK semua yang menjadi rakan seperjuangan aku adalah baik baik belaka...dan ianya berjalan dengan lancar sekali...terima kasih YA ALLAH dengan perjalanan serta kekuatan yang ENGKAU berikan pada hambaMU yang lemah ini... 

SATUNYA KELEBIHAN kita apabila menghadiri program wajib yang perlu diambil oleh semua penjawat2 awam mengikut disiplin masing2 ialah dapat berjumpa ramai orang dalam bidang yang sama...DAN yang paling kita tak akan dapat lari kita akan berjumpa dengan kawan2 kita semula...sangat seronok bila mengenang seketika zaman2 waktu belajar dah tanya kabar...ish...memang seronoklah...

DAN yang penting terima kasih pada kawan aku yg tumpangkan aku dan angah aku sekali ya...dan teramat terima kasih pada orang yang sangat memahami diri ini my dear hubby yang bangunkan diri pagi2 untuk teman aku breakfast sebab takutkan...dan menjemput aku walaupun terpaksa tunggu sampai 2jam selama aku berPTK...sampai ketiduran didalam kereta...kesian sayang ye...nanti akma belanja aiskrim ek...

Friday 20 November 2009

keluar malam...


Kelmarin En Muz ajak keluar...kalau ikut plan aku ajak En Muz keluar semalam untuk mencari barang sikit di GIANT...Anak kecil yang tak reti duk diam...bila barang dalam troli banyak kakak da tak leh duduk dalam so tinggallah Sorfina saja...tu yang tak duk diam nak turun macam kakaknya jugak...eheheh...la nie tengak tunggu dua beranak nie cari CD untuk PS2...yang si kakak nak main kartun2 yang si abahnya nak yang IQ game pulak...last last aku join hambik semua yang aku berkenan hehehe...
Tapi sayang....semalam bila da malam tak de cerita yang menarik di TV aku sesaja nak test power dengan game aku beli tu tapi rupanya game tu untuk main sensorang...uhh so disappointed...ermmm terus tak de mood...main yang lain lak ok la best layannnn...tapi game nie aku tak dapat cari lagi...memang giler main nie dulu2 tapi CD da rosak...BUBBLE GUN...

Wednesday 18 November 2009

menatap wajahmu...


Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Tuesday 17 November 2009

tak perlu ke Pizza...

Hari cuti2 yang lepas En Muz sibuk mencari barang kesana sini hingga ke malam baru kami perasan...dan bila perott sudah laporrr sesangat dan sampai berbunyi untuk diisi...dan En Muz teringin nak makan Nasi Air...tak kan nak ke Kuantan lak memalam buta nie semata-mata nak cari Nasi Air...so kami ke tempat makan biasalah dan harap adalah Nasi Air disana...tapi tak panggil Nasi Air...panggil Bubur Nasi so layannn jea lah...sambil belik-belik menu tu tetiba En Muz cakap...

"ha ada mushrom sup nie, nak tak.."
     "ha ada kea, erm...cantik gak tuh...bolehlah..."

dan berlakulah peng'order'an seperti yang berikut...Nasi Air dua, Nasi Goreng Kampung + TelorMata, Kentang Goreng, berserta Mushrom Sup gue...hehehe...tapi sapa nak habiskan yang lain...jawabnya TAPAU lea...dan memang tapau nasi air yang satu lagi sebab takde sapa nak makan...aku pun layan sup cendawan tu jea dan makan sikit je nasi goreng selebihnya En Muz kena habiskan...

...DAN aku tak perlulah ke PIZZA lagi kalo teringin nak makan sup cendawan ini sebab rasanya memang sama macam di PizzaHut...sememangnya I like it so much....dan tak perlu ke Kuantan JIKA aku nak makan NASI AIR...


 Tapi Nasi Air kat sini memang boley layan die punya AIRrrr sup di Kaya Kopitiam kat Restoran Jejantas Sg Buluh...
 



Monday 16 November 2009

Teluk Rubiah...

ohhh...malas sungguh aku nak carakan blog lately nie...sibuk dengan hal kursus2 yang akan diadakan...tetiba lak banyak kursus yang nak buat...di sibukkan dengan borang SKT baru2 nie yang nak isi...


Haahhaaa...rasanya terlepas sudah benda yang aku idamkan ...aku rasa lama sungguh tak makan Mee Kari...so at last Saturday aku da dapat makan...masa tu on the way ke Teluk Rubiah tempat kami berfamilyday di sana satu office...hanya Allah saja yang tahu betapa aku WAALAAnya menikmati makanan itu...dan on the way balik juga aku layan Mee Kari lagi di Hentian apa ek aku tak ingat lak...




Sebelum sampai ke Teluk Rubiah kami satu bas singgah di rumah Pak Ayub...kami menikmati buah durian yang diambil dari kebun Pak Ayub...mari kita makan dulooo...Ya Allah aku memang da hantu durian so memang tak lepas peluang lea...sungguh layan kami semua Pak Ayub hidangkan...terasa sudah kenyamanan berada dikampung...kat sini juga aku sempat tengok buah asam gelugur yang kita selalu guna tu...tapi setelah di jadikan asam keping...rupanya senang jer nak jadikan asam keping tu...just hiris halus2 ikut kesukaan dan jemur sehingga jadi asam keping tu lah...oh memang seronok tinggal di kampung macam2 boleh belajar dan buat secara neutral...ermmm...


Friday 6 November 2009

memang bodoh tahap hanjing...

sori la aku semalam memang emosinal gamaknya...maybe aku selalu gak la dengar menda2 nie dari mulut2 orang dan penah lihat sendiri...then semalam dah terbelaku depan mata aku...baru aku tau dorang memang hanjing sungguh...aku BENCIII sangat2 dengan orang yang tak tau hargai kepercayaan yg diberi...APA INGAT KAU PAKAI UNIFORM macam tu kau bagus sangat ker...aku kalau tak kerna perempuan semalam memang kena da hanjing bodoh tu...setakat uniform ko tu...erm unifrom aku kat umah lagi berfungsi kot...memang hangin satu badan aku tengok eiii...cuba kau buat kat bangsa lain ada bran...mesti kau buat bodo jea kan...bila bangsa sendiri kou buat macam orang tu buat salah kaw2 pulak...padahal perkara ntah apa ntah sampai orang tu leh tanya kou balik apa salah die...tapi takpe atas dunia nie kou boleh berlagak...kau tunggu la kat sana nanti tengoklah langit itu tinggi ke rendah...

"dalam kerendahan diri ada ketinggian budi, 
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, 
dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu, 
hidup ini INDAH kerana ALLAH"

Tuesday 3 November 2009

jeng...jeng....jeng...

dia datang lagi...hehehe...bila aku pulang lewat dari office...ada sorang akak nie akan cakap...

"dia datang lagi...hehehe"
"aku terkejut....hehehe...dia memang suka datang...."

kalau aku tanye En Muz...bukan tanya la SMS dengannya...
"sayang kat mana tu..."

En Muz reply..."dekat dihatimu"... lah, "dekat padamu"... lah, "dekat padamu ni"... lah, "didalam hati mu"...lah, aku malas nak fikir...tetiba da ada kat tepi...itulah En Muz aku...tapi aku ingat suatu ketika dulu...masa aku study kat Kuantan...aku nie kalau takde program memang aku akan follow kawan aku balik kampung...tetiba En Muz datang cari aku...kesian tak dapat jumpa aku...



aku try pakai tudung nie...susah gak nak kan menjadi...tapi aku suka gambar nie...

Thursday 29 October 2009

ISNIN cuti.....masak-masak.....jjcm......

 
Amboi-amboi da cuti sabtu ahad pun aku amik cuti lagi hari ISNIN bukan apa menghantar si kenik Nur Dini Sorfina ke klinik. Da delay dekat sebulan nie pun appointment yang baru dari tarikh sebenar kalau ikut aku malas nak pergi tapi ada satu lagi sesi untuk complete kan dos yang diperlukan oleh kanak-kanak sekecilnya. Sekarang ini punyalah lama nak menunggu mana tak nyer kita pergi check up sebab ada appointment tapi ada lak manusia-manusia yang suka-suka datang tanpa appointment sebab tak datang pada tarikh appointment yang sepatutnya...sepatutnya buat lah appointment baru...macam aku kan...tak susah orang lain...kalo sorang dua tak ape nie haaa amik kau...sampai ke petang pun tak habis-habis...Nasiblah aku ini jenisnya agaklah penyabar sikit jea sabarnya...oklah tu...Alhamdulillah...



HA ha...aku kebelakangan ini sangatlah suka nau makan Tahu dan Saderi...so dalam minggu lepas jea aku 2 kali tak silap aku masak Sambal Tahu dan Sup Sayur Saderi...ermmm memang puas jea rasa bila makan...memang layann sungguhlah...




Malam Isnin aku da malas nak masak nampaknya...balik dari Hotel Legend kami terus ke Melati makan terus pekena Satay Haji Samuri...Sebenarnya aku kenyang wey makan kat rumah masa lunch mana tak nya aku masak TomYam campur punyalah banyak...tapi Akalili lah yang teringin nak makan Satay so ikutkan jea...order pun tak banyak...


 anak kecil itu tengah merayu abahnya untuk belikan DVD Kartun...

Friday 23 October 2009

Dini 1tahun 5bulan 8hari...

Sekarang update pasal perkembangan Nur Dini Sorfina. Sekarang ni Dini memang amat suka berlari sana sini dalam rumah dan paling pantang kalo buka pintu rumah dia akan keluar kalau dibiarkan pintu terbuka saja begitu. Sebab itulah la nie pintu rumah tak leh nak buka-buka sesuka hati. Pastu mmg tak boleh dengar atau tengok dalam tv mesti dia siap nari2, goyang2 tangan, pusing2 sampai tersungkur...mmg tak boleh duk diam. Kakak dia lah yang suka tengok gelagat adiknya...mesti cepat2 panggil aku...
 "umi cepat nie tengok adik nie...pandainya dia buat macam nie"
 "aku senyum jea tengok"
Padahal tidak pernahnyer aku ngajar dia nari2 nie. Mesti dia tengok kanak-kanak bersama PakNil...selalunya aku akan tengok info dulu bila ada citer itu aku memang tak akan buka siaran tu...bukan apa kadang-kadang aku tak bape kenan gak program yang dia buat tu...ntahlah sebab aku da tua kot...hikhik... even En Muz sendiri pun macam tak suka sangat anak-anak dia tengok...

Pastu kesukaan dia masuk dalam bilik air pantang sungguh juga kalo pintu bilik air terbuka...tak kira kat mana pun kalau Dini tau itu adalah bilik air pastu dia akan ulang dan ulang ke situ...pantang aku lepa sikit 1 hari aku kena tukar baju 3 4 kali sebab basah dek air yang dia main...bab telefon pula pantang jumpa mesti konon2 tgh cakap lah. Pastu hulur tipon tu kat aku or En Muz. Pastu sebut ngah...ngah...konon makngah dia telefon la tu...

Gigi Dini sudah ada 4 diatas dan 4 dibawah, x de tumbuh gigi baru pun tak macam cousin dia Haziq yang sudah penuh giginya...hehehe, tapi lambat jalan pula...itulah orang kata kalo cepat jalan gigi lambat tumbuh...kalau gigi cepat tumbuh lambat pula jalannya...ntahlah mungkin lah kot gitu...

Dini masih belum pandai bercakap, dia cuma suka panggil Mak, Abah, kakak, Opah. Kekadang tu dia panggil aku 'Umi'. Klu dia nak apa2, dia akan cakap Nak...tak kira apa pun mesti NAK tak pun tunjuk. Kiranyer Dini sudah faham banyak benda, dan kalau aku cakap apa-apa or minta tolong ambilkan itu dan ini dia sudah faham cuma dia belum boleh cakap lagi.
Dulu masa Dini start kesana sini dan pegang itu ini, memang kami tak akan pasang kipas meja nie dan barang kaca juga habis semua diambil simpan sampai la nie barang kaca aku tak letak untuk hiasan cuma sekarang Dini da pandai da, dia tak de kisah pun kat kipas meja nie. Pasang lah, dia buat tak tahu jea...dan mungkin dia da tahu benda tu memang bahaya.

Satu yang aku suka ada pada Nur Dini Sorfina amatlah suka makan...cuma kalau tak bape sihat memang dia tak lalu makan, part tu memang aku sedih jea. Alhamdulillah badan yang susut sebab demam hari tu sudah kembali semula sihat. Aku masih teruskan bagi Dini susu ANMUM Step3 dan kadang-kadang Dumex MamilGold Step3 dan bila problem dengan susu aku akan bagi dia Similac LF. Di samping tu kekadang mmg bagi Dini makan Vitamin utk kanak2 dan juga ScottEmulsion perisa Oren tu.

Alhamdulillah Dini sama mcm kakak dia juga mudah makan ubat bila disuruh.Aku timbang baru nie Dini sekarang sudah 9.5kg mudah2an akan bertambah2 lah. 

Kegemaranlah kot sekarang ini suka nyer menjerit2...ntah apa yg dijeritkan aku pun tak tahu. Tapi itulah salah satu hobby dia..kekadang terkejut aku..ialah takut aper2 terjadi. Padahal x de aper2 pun..sajer2 suka dia jea. Tetapi kalau dengar benda-benda dari luar yang kuat contoh orang tengah sembur nyamuk tu punyalah takutnya...sampai nangis2 pegang aku kuat2.
 
Aku cuma tak sabar nak dengar Dini bercakap betul-betul. Ialah kakak dia masa umur 1 tahun 7 bulan...memang sudah pandai cakap...tp biasalah..belum fully penuh satu perkataan..tp boleh lah dikatakan pandai cakap da dan yang bestnya sudah boleh ajar baca doa sekali. Comel jea bila dengar...

Tuesday 20 October 2009

buah dan buah jeruk...

Alkisahnya malam tadi selepas aku masakkan nasi goreng untuk Akalili...dia nak makan buah pula mula-mula aku potongkan buah apel lepas tu boleh tak nak lak tak sedap katanya suruh aku potong buah lai pula baru la Akalili makan...tapi kejap jea makannya lepas itu dia boleh suruh Dini makan pula...Dini bukan main lagi sukanya...





haaa sekarang ini aku amatlah sukanya makan menda ini...mengidam!!! oh tidak!!! tetiba lah pulak aku syokkk jea layan menda ini...padahal masa mengandung pun aku tak pandang menda ini...macam-macam inilah namanya ragam anak tekak...hikhik...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails