Monday 29 March 2010

movie again

Masa sibuk En Muz surfing internet cari cerita menarik untuk ditonton, tiba-tiba DRAGON yang sedang fly bersama TUANnya dalam ruangan screen PC itu...tiba-tiba juga dua budak kecil itu bising...Ummi dragon...Ummi dragon...hah apa mereka kata aku dragon..aku kata 'kenapa nie'...yang kecil menunjuk kearah PC sambil berkata 'agon...agon..' oh baru aku tau....sambil tersenyum hubby cakap siap-siap kita bawa mereka tengok dragon...aku senyap jea lah sebab banyak kerja yang aku nak buat pada hari-hari cuti ini dirumah...nasiblah hari ini aku bangun awal siapkan breakfast, mengemas dan kerja-kerja sewaktu dengannya. So tak lah kalut sangat aku nak pergi menonton nanti.

How to train your DRAGON, erm jalan ceritanya sangat simple tetapi menarik. Tetapi ada juga part yang berat untuk kanak seperti Sorfina sebab dia agak takut bila part lawan-lawan ini. Tidak macam Akalili mungkin dia sudah tahu itu hanyalah kartun semata-mata...hehehe...setiap kali menonton movie kartun ini anak-anak mesti riuh rendah...nasiblah memang cerita budak-budak memang semua budak-budak yang datang menonton begitu...ada juga yang siap menangis bagai...Alhamdulillah puteri-puteri aku cool jea sambil gelak ketawa...hehehe..

Synopsis,
About ’How to Train Your Dragon’
‘How to Train Your Dragon’ tells the story of a young Viking called Hiccup who is owner of mythical creatures, and wants to follow his tribe's tradition of becoming a dragon slayer.

After capturing his first dragon, he does not feel like killing it, so he befriends it. The movie features voices of Jay Baruchel and Gerard Butler, and is currently being played in 4,055 theaters and 185 Imax venues, according to Box Office Mojo. 

“We are really anticipating some long-term playability based on these strong reviews and word of mouth. I think audiences obviously are very excited about the recent 3-D offerings. DreamWorks Animation is making all of our movies in 3-D going forwards,” said Anne Globe, head of worldwide marketing at DreamWorks Animation.


Pada malamnya pula kami menonton lagi yang ini aku tidak tahu pun cerita apa yang akan ditonton. En Muzlinor hanya bagitau yang malam itu ada book tiket lagi untuk ditonton tetapi hanya kami berdua, kebetulan bonda berada dirumah dan anak-anak sudah tidur so aku minta tolong bonda jagakan mereka...terima kasih mak...DAN ini juga pertama kali aku menonton mid-night yang sangat lewat...huhuhu 3 pagi lebih gitu baru sampai rumah DAN Alhamdulillah boleh bangun pagi...
The Lovely Bones cerita yang aku rasa sangat sedih...bergenang jugalah air mata ini...ingatkan aku sorang rupanya hubby pun sama...erm sudah manusia namanya mesti naluri belas kasihan itu ada kan...   

Synopsis,
The Lovely Bones is the story of a 14-year-old girl from suburban Pennsylvania who is murdered by her neighbor. She tells the story from Heaven, showing the lives of the people around her and how they have changed all while attempting to get someone to find her lost body.

Sunday 28 March 2010

sepetang bersama keluarga....

Alhamdulillah hari ini sungguh terik...petang-petang begini sebenarnya seronok tidur or baring-baring sambil menonton tv tetapi teterikan ini membuatkan aku hilang selera untuk semua itu...puteri-puteri aku yang baru sahaja bangun dari tidur terus inginkan AIR...sungguh-sungguh panas...tekak masing-masing ingin air untuk dibasahkan...ermmm lepas itu terus pergi menonton KARTUN dalam cartoon network yang bersiaran dari Astro...jadi aku pula masih meneruskan aktiviti mengadap PC laptop ini...

Hari ini aku hanya duduk dirumah...rasanya tak apa program untuk keluar pun...hari ini pagi-pagi lagi sudah memasak, simple sahaja masakkan aku hari ini...request by hubby lah, adalah gulai lemak telur tetapi bukan telur itik cuma telur ayam biasa sebab takde stok untuk telur itik ini dirumah kami...hehehe. dan ikan kembong goreng...too simple right...but we all like it...exspecially Akalili...JUGA aku masak bubur beraneka ubi keledek yang banyak dengan khasiatnya tersendiri...ianya untuk dihidang diwaktu santai petang-petang sikit nanti...hehehe...
DAN lain pula dengan En Muzlienor pagi-pagi lagi sudah sibuk mengemas nak cari racun rumput...sudah lupa simpan dimana...as a result dapur aku bertambah kemas lagi sebab tuan kita nie membelik sambil mengemas...hehehe thanks ya Tuan...sudah siap kemas-kemas baru jumpa botol racun itu...huhu jangan marah ya sayang...racun mesti disimpan di tempat yang sulit untuk pengetahuan anak-anak kita...BETUL takkkk...so misi En Muzlienor berjalan dengan lancar ---> pergi meracun di sekeliling rumah dan membela pokok-pokok rozelnya itu...

OH ok...sudah waktunya aku kembali bersama mereka...jom minum petang bersama keluarga tersayang anda...selamat petang semua......

Friday 26 March 2010

Alice in Wonderland

Last week kebetulan pergi area kepong, En Muzlienor ajak tonton movie ini...apa lagi ke Brem Mall lah kami...erm pada mulanya aku malas tapi Akalili macam beria-ria nak tengok cerita ini so layanlah...sorfina macam biasalah masuk kejap jea sudah ketiduran...Akalili jea seronok dan takut-takut gitu bila part yang beraksi sedikit...aku oklah seronok layan...tengah layan-layan tu Sorfina pun bangun terus dilayannya juga cerita itu...syokkk jea tengok acting Johnny Depp itu...kebanyak movie yang dia ada mesti aku akan tonton...hehehe...

*memang aku tak keje kot hari ini asyik ngadap blog jea...hehehe...kes bosan la nih...

Apa ya?

Aku macam sudah tiada kerja pula asyik mengadap blog menaip itu dan ini...tapi aku nak buat juga...Aku nak cerita pasal gambar diatas...ntahlah aku pun tak tahu nak panggil menda alah yang da macam pelangi warnanya ini apa...jelly lah kot kan...puas aku nak mencari ini...semua kedai aku cari sebab nak kan yang tak perlu rendam dalam air untuk kembang itu...tetapi result nya memang tak jumpa yang itu...lastly pergi giant juga untuk beli yang da siap direndam kot...bila picit ok lah tak terlalu lembut dan take time jugalah hendak hancur...erm nak buat apa dengan benda ini? erm aku pun tengah fikir lagi kenapalah cikgu di sekolah Akalili nak guna jelly ini untuk belajar mengira...bagi aku macam susah tapi mungkin idea baru cikgunya untuk galakkan anak-anak murid minat dalam mengira. MUNGKIN...siapa tahukan...tapi betul juga kot Akalili nampak seronok ke sekolah sebab macam-macam aktiviti cikgunya suruh buat dan suruh bawa...macam semalam aku sampai rumah saja...Akalili sudah bagitau yang dia nakkan water colour...erm cikgu pun nak guna minggu depan so cuti esok esok ini aku kenalah mencari water colour pula...apapun Ummi doakan anak Ummi ini rajin-rajin ke sekolah ya...dan jadi anak yang solehah juga anak yang bijak pandai...AMIN....

Masakanku.....

Erm belum sempat waktu cuti aku sudah masak tempoyak ikan tenggiri dengan telur ikannya...masuk sekali dengan timun ladang...erm memang bestlah...itulah yang membuatkan aku tidak boleh tunggu hingga cuti nanti. Lagakan pula tempoyak ikan itu dengan sambal udang...huh memang kenalah itu...


Bila tidak mahu makan nasi aku masak mee goreng udang sahaja...Ini adalah kesukaan Akalili...untuk anak Ummi yang seorang lagi itu memang nakkan nasi juga so buatkan Sorfina nasi goreng selamba, byk dia makan...


Tuesday 23 March 2010

  Muka takut jea nak kena check dengan doktor...

 Senyap jea masa check kat dalam mulut...
Khusyuknyer lea dia dengar doktor tu explain...tak tau la Akalili faham ke idak...tapi lepas da kuar jea...sibuk Akalili cakap... "doktor cakap gigi kakak cantik...lepas tukan doktor cakap...kakak kena gosok gigi tiap-tiap hari..."
Dan dan masa tu gak lah si Akaklili suruh aku belikan berus gigi yang baru...




so sleepy

Sleepily me do it all this...huh...ntahlah lately nie aku kuat rasa mengantuk padahal tidur aku cukup sahaja aku rasa. Nak kata ada anak kecil yang berjaga malam erm...macam kurang berjaga malam sudah sekarang ini. Nak kata penat menyebabkan aku mengantuk...penat ke aku?...apapun aku masih melawan untuk semua itu. Aku kuatkan kata hati jangan mengantuk sebab aku cukup rehat segala.

Ahaks...today me still coming to the office with En Muzlienor sebab En Muz ada tugas di Kajang pula...erm rasanya kalau dapat tiap-tiap hari macam nie syoknyalah...tapi apakan daya masing-masing punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...apapun thanks to hubby ya...

OK...semalam aku balik lambat sebab meeting En Muzlienor mula agak lewat...dengan rela hati aku menunggu di office sambil layan movie...so sudah 5 lebih gitu baru En Muzlienor sampai untuk jemput aku. Sampai rumah pun sudah lewat terus cuci-cuci tangan dan keluarkan semua bahan untuk makan malam. Tiba-tiba En Muzlienor nak makan burger dulu, kebetulan pula Akalili memang suka makan daging burger sekarang ini so aku masak lebih untuk dagingnya...so semalam before me cook for dinner me masak burger dulu...hehehe...dan dinner aku lepas simple sahajalah sebab nak cepat...

Monday 22 March 2010

baru sedar...

ohh... hari ini aku datang ke pejabat dengan dihantar oleh hubby...dan berkira-kira, kiranya aku tidak perlulah bawa beg doremon aku itu...why i call doremon bag? next time i will explain about it...ermm.masa aku turun nak solat tadi baru aku ingat yang Telekung aku sudah tinggal dirumah. Ini semua gara-gara aku tidak bawa itu beg lah...kalau aku bawa confirm Telekung aku bawa sekali sebab aku sudah prepare malam tadi.

Today my hubby ada Tugas Khas di Putrajaya pada belah pagi dan petangnya pula ada meeting apa ntah aku pun da lupa hubby cakap apa tadi. So i hope meeting nyer habis awallah boleh jemput aku balik pula...tidaklah aku perlu aku menunggu lama-lama di office. Me praying for that.....

--erm...ok lah now aku nak hantar email kat prokom pasal kursus yang tertunda this month pula choww....

Bawang...

Aku membeli bawang sekali banyak senang untuk sebulan masak. So bila sudah banyak ada sebiji bawang yang bercambah sedikit dan aku nekad nak besar cambahnya. Tiga kali shopping bawang, bawang yang aku biarkan bercampak sudah jadi begini. Ini  aku ambil masa 2 bulan lebih gitu...tetapi sayang aku lupa untuk menjaganya dan pindahkan ke atas tanah so now bawang ini sudah mati...

solar charger

Solar Charger ini banyak berjasa pada aku. Masa aku lupa bawa charger menda alah inilah penyelamat aku. Sentiasa berada di dalam Beg Doremon aku. Tak silap aku ada 2 beg doremon. hehehe...satu aku bawa pergi office dan satu lagi aku bawa pergi bercuti or perjalan jauh. Senangkan kalau ada solar charger nie. 

Manufacturer Specifications
* Main Function: Solar battery charger for portable electronics
* Designed for Charging: Mobile Phones, digital cameras, PDAs, MP3 players, MP4 players (with battery capacity under 1200mAh)
* Battery
- Type: Rechargeable Li-ion polymer battery
- Capacity: 1350mAh
- Output Voltage: 5V
- Output Current: 1000mAh
- Full Charge Time: 4 hours AC power, 8-12 hours solar
* Solar Panel: Polycrystalline silicon panel
* Indicator: LED light indicates solar panel is charging
* Input / Output:
- DC Out
- USB In
* Power Output Adapters: Mini USB, Nokia, Samsung, * Motorola, and Sony-Ericcson
* Dimensions (mm): 95 (L) x 44 (W) x 11 (H)
Package Contents
* DC Out Cable
* Adapters for mini USB, Nokia, Samsung, Motorola, and Sony-Ericcson
* USB Cable
* Wall Charger (100-250V, 50/60Hz)
* Wrist Strap
* User Manual - English

- Recommended to people who love outdoor activities such hiking, camping & mount climbing.

Wednesday 17 March 2010

Tahlil and farewell.

Alhamdulillah semalam aku diberi kesempatan untuk menghadiri Majlis Tahlil arwah en Sapari. Genap seminggu arwah pergi meninggalkan pejabat ini. Semoga Allah meletakkan arwah bersama orang yang beriman. Amin.

Alhamdulillah segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Selepas habis Tahlil yang diadakan di surau tingkat dua terus memprepare majlis perpisahan.


yesterday i look green

Sunday 14 March 2010

BGRC....cuti-cuti...

Ahad lepas kami sambung lagi episod mandi-manda kami di Bukit Gambang Resort City. Dari Kuantan bertolak dari kuantan pada pukul12.30 lebih kurang sambil menyingah sana sini membeli itu dan ini. Maka sampailah di Petronas Gambang dan kami berhenti dulu untuk  solat Zohor. Bila sudah settle semua baru kami meneruskan perjalanan yang mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai ke BGRC. Apa lagi teruslah ke kaunter membeli tiket. Akalili dan Dini sangat teruja lagi melihat permainan2 yang tersedia itu dari jauh.

Apabila sudah masuk bermulalah sesi menukar pakaian...hehehe...tak sabau rasanya sudah lama tak pergi ke tempat-tempat begini. Seingat aku last aku pergi masa mengandungkan Dini dalam 6 bulan gitu di Afamosa Melaka...dari jam 2.30petang sampai tutuplah kami bermain disana pada jam 6petang.


Hehehe bila diingatkan kembali nak tergelak pun ada tengah sibuk-sibuk aku melayan Dini bermain air tiba-tiba Dini minta kat aku nasi..."ummi naci" erm...kecian pula aku dengar Dini minta nasi sebab NurDiniSorfina memang pemakan orangnya. Kalau di rumah pun ada saja makanan yang akan diminta. So aku bagitau hubby dan hubby suruh stop main-main dulu walaupun Akalili macam nak menangis dah sebab abahnya ajak pergi makan dulu seronok sangat main hinggakan tak nak berhenti. Mula ajak Akalili makan sekali tak nak sebab tak sabar nak pergi sambung main lagi tapi bila tengok Dini makan baru dia tahu lapar. Yelah bermain dengan air lama-lama nie menang buat kita laparkan. Tapi lain pula dengan aku, hubby sibuk tanya aku tak lapar ke...Ntahlah bercuti itu asyik makan jea aku jadi sudah tidak lalu nak makan lagi. Masa lunch pun aku makan sikit je. Ermm mungkin sebab sekarang musin panaskan aku kurang ras nak makan tapi air memang lajulah..

Lihatlah anak kecil berdua ni baru tahu penat dan kelaparan selepas bermain air di BGRC...

Friday 12 March 2010

pantai oh pantai.....

Sabtu - 06/03/2010
Anak-anak kecil memang sungguh teruja sekali apabila dibawa ke pantai untuk mandi-manda. Pada mulanya aku cuma hanya melihat mereka bermandi-manda dan akhirnya aku terus terjebak. Hehehe...seronok sungguh sekali-sekala bercuti-cuti begini. Lama kami tidak ke pantai ini, sekali kesana uhh susah rasanya untuk berhenti bermain air laut. Anak-anak kecil lagilah. Ini adalah pertama kalinya NurDiniSorfina dibawa ke pantai. Memang Dini sangat seronok. Akalili lagilah memang itulah kesukaannya. Dan orang yang paling seronok adalah aku apabila melihat mereka gembira...Syukur atas rezeki yang Allah bagi dapat kami sekeluarga berseronok begini...Alhamdulillah....


Thursday 11 March 2010

tak aci betoi la......

Huuuuhuuu...menci...menci...masa aku study dulu sport ini tak pula aktif...aku pun sibuklah main hoki sebab tak syok rasanya tak beraktiviti waktu-waktu terluang itu...dan ahad lepas hubby lah sibuk nak tengok polisas...ialah tempat hubby duk sibuk hantar dan jemput aku masa study duloo dulooo...tengok-tengok ada budak-budak ni tengah syokk berlatih...ohh terasa sedikit kucewa akak...ehemm...ehemm...

Berbalik dengan sukan yang aku suka sangat ini...sofball adalah satu permainan kesukaan aku masa school dulu...uhh rindunya aku pada waktu-waktu dulu...aku sempat main 2 tahun sahaja. Form 3 dan form 4. Sempat wakil daerah ke sek Clifford Kuala Lipis...yang aku ingat budak melayu perempuan 4 or 5 orang jea termasuk aku yang lain semua chinese girl...kalau lelaki memang ramai melayulah...seronok juga bila teringat kisah-kisah lama ini...

terima kasih to my hubby sebab bawak aku jalan-jalan to flash back our memories....;)


Wednesday 10 March 2010

rubik's cube.......dough........



Erm minggu lepas sibuk mencari rubik's cube nie lah pula. Mulanya Akalili yang sibuk nak main benda nie. Akalili beli di kedai area rumah itu jea yang kecik kecik sahaja and last dia punya abah pula yang sibuk mencari dan berusaha gigih untuk belajar menyelesaikan masalah rubik's cube ini. Punyalah banyak tempat aku cari rubik's cube ini lastly hubby search dan ianya hanya ada di TOYS'R'US seperti yang hubby search...so semalam kami ke Midvalley untuk cari cube itu...Now hubby sibuk nak ajar Akalili buat menda ini sebab dia terujalah kot ada budak dalam usia 3 tahun sudah boleh settlekan problem rubik's cube ini. Dan semalam malam aku sibuk tengah iron baju sesambil itu hubby cakap..."nanti abang ajar mar buat nie ye..." siap tunjuk kat aku cara-cara dan sebutan-sebutan note untuk settlekan sampai anak aku Akalili pun sudah pandai sebut note yang digunakan...erm aku angguk jelah sebab niat murni hubby aku itu nak mengajar aku permainan IQ sebabnya aku paling tak suka permainan IQ nie...last permainan IQ yang aku selalu main ngan hubby adalah chess lepas itu aku da syok ngan game aku sendiri...hehehe....sekali-sekala aku layan gak IQ game ni tapi kalau nak focus bab-bab IQ nie aku kureng sikit...hehehe...

--- Akalili pula menambah koleksi dough pula ---

Setelah penat berjalan kami ke KFC untuk mengisi perut yang tengah berkeroncong...asyik sibuk mencari rubik's cube itu lupa nak isi perut...ok kita makan duluu....erm ini adalah salah satu aktiviti Akalili apabila masuk KFC atau Mc D....

Sunday 7 March 2010

Alhamdulillah......6 tahun sudah....

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNYA kami berkesempatan sekali lagi menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-Enam turut meraikan hari bahagia kami adalah NurCinta kami iaitu NurAkaliliHanis dan NurDiniSorfina...love them so muchhhhhh........


cinta kita.....
teringat waktu mula bertemu dulu...
aku anggap kau hanya TEMAN tapi MESRA...
apabila KITA tidak bertemu..
terasa rindu dikalbu...
akhirnya KITA menyedari...
yang KITA sudah jatuh CINTA...
kesungguhan kamu mula meminta..
ikatan yang pasti buatku tertanya...
semangat kuat aku pinta dalam doa...
hanya DIA memberi kekuatan...
seandainya in KEBAHAGIAAN daripadaNYA
syukur kepadaMU..redha ilahi kupinta...
perhubungan ini memaksa KITA mencari sesuatu...
jika itu yang di TAKDIR dariNYA...
aku hanya berserah...
dan dengan TAKDIR itulah...
KITA disatukan dengan SATU lafaz...
AKU telah sah menjadi MILIKMU...
dengan gelaran ISTERI...
semoga perkahwinan yang KITA bina...
akan terus MEKAR semekar CINTA KITA...
aku berdoa agar DIA...
sentiasa merahmati HUBUNGAN ini...
hingga ke SYURGA nanti...
AMIN........



Tuesday 2 March 2010

koleksi...

Terima kasih pada orang-orang yang masih mengingati diri aku ini. Hari ini sambil-sambil aku buat kerja-kerja kursus aku mengemas koleksi yang aku dapat...yang terbaru untuk tahun ini dari Sabah, Cameron Highland dan Bandung...


nie ole-ole wedding from my X-bos



i'm working today...

Alhamdulillah..

Walaupun perut, tekak, dan hidung aku tidak berapa selesa tapi aku sudah masuk kerja. Semalam aku cuti sakit dan hanya berehat dirumah tapi aku tidak rehat sangat pun nama pun perempuan, ibu dan isteri sakit atau tidak mesti ada sahaja kerja yang hendak dilakukan walaupun sudah dibantu oleh orang tersayang. Cuma tidaklah banyak kerja yang aku buat, buat mana yang mampu sahaja.

Masa kerja pada hari Khamis lepas keadaan aku pun sudah tidak berapa selesa. So masa cuti hari Jumaat tu aku duduk rumah sahaja. Sabtu memang aku terus down paginya ok lagilah tapi bila sudah petang-petang gitu aku sudah teruk dengan tetiba aku telah mendapat diarrhoea. Sudahlah badan aku lembik terus dan setiap tiga empat jam sekali aku akan ke toilet...Ya Allah memang aku sudah tidak larat sekali...makan pun aku sudah tidak boleh masuk...bila makan rasa tekak nie loya nak muntah saja so aku tak makan langsung hendak keluar ke Klinik pun aku sudah tidak larat memang tak boleh buat apapun just berulang ke toilet dan tidur sahaja kerja aku sampailah ke petang Ahad itu baru aku ada kekuatan sikit untuk ke Klinik...lepas aku sudah ambil ubat terus hubby tapaukan bubur untuk alas perut than boleh makan ubat. Dan selepas solat maghrib baru aku ambil ubat dan aku terus ketiduran hingga empat jam gitu itu pun hubby kejutkan suruh aku solat isyak dulu baru sambung tidur sebab tengok aku syok jea ketiduran nanti terbabas terus.

Maka aku pun bercuti sakitlah semalam. Dan hubby pula agak kurang sihat agaknya berjangkit dari aku tapi malam tadi sudah pergi klinik tapi tak nak ambil mc. Hubby memang orang yang payah sangatlah untuk mengambil cuti sakit ini. Tapi time aku kena pandai pula suruh aku berehat dirumah...abang...abang...Semoga cepat sembuh ya...doaku sentiasa bersamamu.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails