Showing posts with label AidilAdha. Show all posts
Showing posts with label AidilAdha. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Raya di Bentong & Temerloh

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


On the way ke Temerloh


Balik dari solat sunat aidiladha selepas makan-makan kami bergerak ke Temerloh. Tahun ini semua berkumpul di rumah Along, my sil. Selepas jumpa semua kami sambung makan lagi...hehehe

Along masak mee nyonya...ermm 1st time makan sodap ehh...bertambah makan...hilang diet saya di pagi raya...hehehe

Petangnya pula kami beramai-ramai keluar beraya di Desa Murni. Rumah jiran aka kawan lama my MIL masa menetap di Desa Murni dulu-dulu. Merangkap tempat En.Muz dibesarkan. 


Gambar kenangan bersama mereka di Desa Murni


Sudah jam7 baru kami gerak balik ke Bentong. Lepas isyak kami ada buat tahlil ringkas dan takbir raya jemput anak-anak tahfiz di Bentong. Alhamdulillah...

Jika Allah izinkan nak jadikan aktiviti bersama anak-anak tahfiz ini setiap tahun. Semoga Allah permudahkan. Pic mereka tak sempat nak ambil dengan my cousin.





Tuesday, 7 October 2014

Menjelang Hari Raya

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


Alhamdulillah hari ini selamat masuk kerja semula selepas balik dari kampung bercuti hari raya....Salam hari raya aidiladha buat semua...mesti masing-masing masih bercuti di kampung kan....

Saya balik ke Bentong pada Sabtu tengahari dengan confident jalan tidak akan sesak...nak nak masa ke tol Gombak tu jalan memang clear...tapi lepas saja tol tak sampai 1km...perghh kereta penuh atas jalanraya dan bergerak perlahan...alahai mulalah hati memikir kenapalah tak balik awal pagi tadi...ermm sabor jelah...Nak masuk jalan lama sudah terlepas so redha dengan trafik perlahan gitu...

Geram betul dengan pengguna jalanraya yang menggunakan lorong kecemasan.
Kali ni polis trafik jaga sapa yang gunakan lorong kecemasan akan disaman.
Tengok ramai juga yang kena saman...padan muka...ikut suka je.


Sampai pun da petang. Masing-masing lapar...kita makan dulu..lepas siap makan saya sudah mulakan operasi untuk memasak rendang...ok kali ni menu yang perlu saya masak rendang ayam berempah dan kuah kacang. Yang lain-lain emak dan makcik saya akan sediakan. Kuah kacang yang saya buat tak sempat nak snap. Siap-siap terus tido penat.

Rendang ayam berempah.




Monday, 14 October 2013

10 Zulhijah 1434



Hari ini sunyi di pejabat. Semua orang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Pasti seronok jumpa sanak saudara. Dan yang paling seronok dapat menunaikan ibadah korban. Saya memang disini. Masih bekerja dengan kesunyian....


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN 

KEPADA SEMUA...

Monday, 29 October 2012

Korban 1433

Alhamdulillah Isnin yang indah....

Hari ini juga akhir hari Tasyriq. Kepada yang masih menjalankan ibadah korban semoga Allah permudahkan. Alhamdulillah dengan izinNya rezeki yang lebih dapat dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan telah disempunakan pada 11 Zulhijjah 1433 (Sabtu) yang lepas. Semoga Allah terima ibadah kami aamiin aamiin aamiin....

Ini pertama kali kami menjalankan ibadah korban ini. Alhamdulillah semoga tahun-tahun akan datang Allah permudahkan juga hendaknya. Kami buat di Perak bersama my MIL dan my SIL. Alhamdulillah en.Suami cuma ambil sikit sahaja bahagian kami selebihnya disedekahkan dan diberikan kepada yang berhak.

So Sabtu en.Suami dan semua ke Masjid bagi melihat korban. Alhamdulillah dari 8 pagi hingga 12 tengahari baru en.Suami dan my BIL balik dari masjid. Tolong lapah kerbau dan lembu.

Tahun ni sambut Raya Aidiladha di Perak. Tak ramai cuma my family, my SIL family, my MIL dan SIL seorang. Alhamdulillah masih dapat makan lemang dan rendang. Sedap. Malam hari Sabtu tu pula layan sup tulang yang my MIL masak dapat tulang korban kan. Marvelous.

Alamak sambung nanti la cerita raya...nak balik lah sudah jam 5 lebih nih...wokey chowww ^___^


Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Korban

Salam buat semua umat islam yang meyambut hari raya korban hari ini.
Luar biasa kali ini kali kedua aku dan family tidak balik beraya ke kampung.
Pertama kali dulu tahun 2008 aku beraya dengan family dahulu dan esoknya baru pulang ke kampung En. Muz.
Kali ini terus tidak pulang ke kampung kerana En Muz memang direct kerja.
Tapi kalau nak diikutkan bila sudah duduk di Kuala Lumpur ini setakat nak berdezup ke Bentong pun tidak ada hal. Tapi kesian ngan En. Muz pula terkejar-kejar dengan kerjanya.

Tapi kami bukan sekeluarga sahaja di Kuala Lumpur. Kebetulan emak dan adik-adik aku pun tidak balik kampung so kami beraya bersama. ;))
Still meriah dengan keluarga disini. Cuma suasana kampungnya tidak ada.

Malam raya still sibuk memasak rendang, ketupat dan kuah lodeh.
This year try lemang segela nona. Not bad. Baunya wangi kata En. Muz.
So this year tidak beli lemang yang sudah siap dimasak denga nbuluh lemang itu.

Pagi raya lepas subuh sibuk berkemas-kemas. Emak ada dirumah semuanya emak yang buatkan. Aku just tolong-tolong sahaja.

Memandangkan Hari Raya Korban ini kita ke Masjid dahulu balik nati baru lah breakfast kan.
So aku takde lah sibuk sangat nak siapkan breakfast diawal pagi.

Jam 0815 barulah En. Muz sudah siap dengan baju melayunya untuk ke Masjid bersama adik lelaki aku.
Yang lain datang lepas solat dari rumah masing-masing.

Oklah selamat berhari raya buat semua dari kami sekeluarga...(^_^)


Wednesday, 17 November 2010

Hayati AidilAdha dengan penuh keinsafan


AidilAdha disebut juga Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ketika itu, sejak malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, ummat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini dengan takbir, tauhid dan tahmid.

Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepada fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.

Ibadah haji salah satu rukun Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
(Surah Al-Hajj:27-28)

Berbagai-bagai manfaat dapat kita perolehi apabila kita menunaikan ibadah haji secara baik menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, antaranya ialah:

Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.

Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.

Padang Arafah merupakan tempat mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah, Muhammadurrasulullah.”

Alangkah gembiranya hati jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil, tahmid, doa dan sebagainya.

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya AidilAdha merupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,
“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah sekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut AidilAdha dapatlah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.

p/s --->    Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam)

Tuesday, 16 November 2010

Salam AidilAdha buat semua.....

Salam AidilAdha buat semua yang mengenali diri ini...
Maaf Zahir & Batin dari nurcinta family...
Semoga di hari yang mulia kita bermaaf-maafan agar silaturahim berkekalan hendakNya...


p/s ---> balik awal untuk masak-masak...seronoknya...

Monday, 5 October 2009

berhari rayalah kita...

Sabtu lepas kami ke Jalan Klang Lama dan Paya Jaras Sg. Buluh...awal pagi nyer En Muz ajak ke surau dekat rumah sbb ada aktiviti majlis raya...tapi mengenangkan hujan turun agak lebat jugak so tak jadi pergi...sampai kain baju yang aku basuh diangkat semula la oleh En Muz...terima kasih ye abang tolong angkatkan padahal baru jea aku jemur...so aku siapkan sarapan pagi yang tak begitu heavy sebab nak makan makan lagi nanti...


Sarapan pagi yang ringan popia otak-otak bestttt dari Johor...dan aku goreng mini popia yang aku bt hari tu...En Muz memang layannn sangat la menda nie...minum bersama teh O panas sangatlah syokkkknyer...hujan lak masih turun sedaplah layannnnn......

Tengok nie syokkk sampai kat rumah pun tak habis-habis main belon sabun nie...sedaya upaya juga Akalili buat belon nie jadi besar...aku tengok kesabaran die buat sangatlah sabar...mudah-mudahan Akalili akan menjadi anak yang penyabar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails