Showing posts with label Bentong. Show all posts
Showing posts with label Bentong. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

Menjelang Hari Raya

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


Alhamdulillah hari ini selamat masuk kerja semula selepas balik dari kampung bercuti hari raya....Salam hari raya aidiladha buat semua...mesti masing-masing masih bercuti di kampung kan....

Saya balik ke Bentong pada Sabtu tengahari dengan confident jalan tidak akan sesak...nak nak masa ke tol Gombak tu jalan memang clear...tapi lepas saja tol tak sampai 1km...perghh kereta penuh atas jalanraya dan bergerak perlahan...alahai mulalah hati memikir kenapalah tak balik awal pagi tadi...ermm sabor jelah...Nak masuk jalan lama sudah terlepas so redha dengan trafik perlahan gitu...

Geram betul dengan pengguna jalanraya yang menggunakan lorong kecemasan.
Kali ni polis trafik jaga sapa yang gunakan lorong kecemasan akan disaman.
Tengok ramai juga yang kena saman...padan muka...ikut suka je.


Sampai pun da petang. Masing-masing lapar...kita makan dulu..lepas siap makan saya sudah mulakan operasi untuk memasak rendang...ok kali ni menu yang perlu saya masak rendang ayam berempah dan kuah kacang. Yang lain-lain emak dan makcik saya akan sediakan. Kuah kacang yang saya buat tak sempat nak snap. Siap-siap terus tido penat.

Rendang ayam berempah.




Wednesday, 10 September 2014

Urusan di Wisma Sri Bentong


Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia


Minggu lepas saya ke Wisma Sri Bentong. Settlekan urusan disana. Hari Rabu petang saya halfday. Kalau sempat nak settlekan petang itu juga.

Selepas ambil anak-anak di sekolah. Balik rumah siap-siap terus balik bentong. Sampai sana sempat makan lunch dulu sebelum ke Wisma.
Rupanya waktu operasi sampai jam 4 petang sahaja di kaunter. Alhamdulillah pakcik yang jaga kaunter tu masih nak layan. Bagi borang kat pakcik tu. Sekali borang tak isi habis ada part yang masih kosong. Adoiiii memang saya part isi mengisi borang ni fail dari dulu lagi....

Pakcik tu bagitahu ada satu pakcik yang akan duduk di luar dan akan taipkan setiap borang orang yang tidak tahu nak isi apa...hehehehe. Ermm macam tu pulak. Saya memang tak tau apa-apa pun. Bagus juga begitu...Tapi sudah pastilah pakcik itu sudah balik. Sudah habis office hour kan. Ok esok pagi-pagi kena datang dan settlekan disini. Petang ni walaupun tak settle apa-apa at least saya sudah tahu apa yang akan perlu di buat esok hari....mood lega dan happy. In shaa Allah dalam kepala esok mesti boleh settle. Ok beli borang baru sebab borang da salah.

Khamis pagi saya ke Wisma Sri Bentong. Tujuan pertama settlekan borang-borang yang perlu diisi oleh pakcik yang akan menaip semua borang saya. Malangnya jam 10 baru pakcik itu sampai. Siap saya call bagai. Sebab pakcik bekerja sendiri so terpulang nak datang jam berapa kot.

 Suatu pagi di Wisma Sri Bentong


Mesin taip lama. Terbaik.
Caj dikenakan sebanyak RM70.
Lupa nak tanya pakcik ni caj untuk sekali kerja atau mengikut helaian borang.


Disini setia menunggu ;)

Da settle isi borang. Jumpa pegawai di pejabat tanah dan tandatangan apa yang patut urusan settle. Borang terus di hantar ke LHDN di Bentong Point. So makan masa 2 minggu untuk tunggu panggilan dari LHDN. Harap semua borang ok.




Wednesday, 13 August 2014

WW #15

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 16 Syawal...

#trowback #AnugerahSyawal





Sunday, 29 June 2014

Sambut Ramadhan di Bentong

Assalammualaikum (w.b.t)

Salam Ramadhan...

Tahun ini saya sambut puasa di Bentong seronoknya. Habis kelas petang Ahad balik rumah tunggu en. muz balik dari kerja terus balik Bentong. Anak-anak sudah balik semalam lagi. Emak dan adik bawa mereka. Bukan main seronok lagi.

Anak-anak kalau kata nak balik kampung!!! ermm itulah perkara yang paling seronok sekali. Mana tidaknya duduk disini tiada siapa. Walaupun anak adik-adik ada yang sebaya mereka tapi kami jarang juga berjumpa. Hidup di Kuala Lumpur penuh dengan kesesakan makanya memang tidaklah kami nak keluar sesuka hati. Melainkan sudah janji atau ada hal.

Menu berbuka dihari pertama.
Alhamdulillah...sedap sungguh uwan saya masak ayam percik resepi sendiri...terbaiklah.
Sayur campur dan ikan goreng serta jemput-jemput pisang...

Lepas berbuka masing-masing sibuk bersiap untuk ke surau untuk menunaikan solat sunat terawih...Akalili tidak ketinggalan juga tapi saya tinggal dirumah kerana tidak berapa sihat. 
Ermm kebetulan Akalili dan Sorfina sekolah cuti kerana cuti peristiwa. Semalam sukan tahunan di sekolah mereka makanya Isnin cuti. So saya dan en. muz sepakat untuk mengambil cuti hari Isnin.


Friday, 22 November 2013

Masa Untuk Bercuti....

Assalamualaikum dan Selamat Petang.


Alhamdulillah sudah hari Jumaat pun...Tak sabar nak tunggu Jumaat ini kerana esok mulalah percutian Cuti-cuti Cinta Family saya...Malam ini kami akan pulang ke Bentong dahulu...Rindu juga dengan uwan saya itu..
Dari minggu lepas dan lepas lagi asyik call dan tanya bila nak balik...ikutkan hati taknak balik terus (hahaha sengal ayat nie) tiap minggu nak balik...syok duk kampung nie...

Hari patutnya i halfday...da siap bagitau my bos pun...tapi sebab nak cuti lama so kena siapkan semua kerja yang ada...no tinggal-tinggal kan...nak bercuti pun sonang hati...


Picture taken 9/11/2013 (Sabtu)
Bawa tiga beradik nie mandi manda...

Mula cuti hari tu Akalili asyik merengek nak balik Bentong. Makcik saya siap call suruh hantar Akalili ke Bentong duk dengan moyang...disebabkan kami terlalu sibuk so saya diamkan saja...lastly baru bagi tahu nak balik Jumaat ni dan akan bercuti...

Yesss seronok benor Akalili...

Tuesday, 5 March 2013

Alhamdulillah.....Selesai Sudah......

Salam pagi Selasa yang cerah gitu...

Huhhh berkurun lamanya tidak meng update blog...
Hari ini berkesempatan sudah untuk meng update...
Bukan kerja tidak ada tapi ada masa ynag boleh di curi gitukan..
Before ini masa itu memang terlalu berharga hingga tidak boleh dicuri...

Mana tidaknya sibuk nak settlekan hal kerja dan keluarga..
So hal yang begini disisih sementara...
Alhamdulillah semuanya sudah selesai..
Semalam walaupun penat Alhamdulillah pergi juga kerja.
Dalam hati memang nak ambil cuti tapi Allah bagi kekuatan gunakan ia sebaik mungkin.

Bulan lepas saya memang sibukkan diri selain hal kerja dan rumahtangga.
Membantu adik lelaki saya yang bakal mendirikan rumahtangga.
Ermmm sebagai anak sulung dalam keluarga haruslah mengambil tahu hal-hal kebajikan adik-adik kan.
Walaupun adik lelaki tapi bukan semua perkara yang mereka tahu dalam bab nikah kawin ini.
Part saya menyediakan hantaran dan goodies bag untuk saudara mara...
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan...

Hari Jumaat malam baru gerak balik ke Bentong.
Majlis berlangsung pada hari Sabtu & Ahad.
Sabtu petang acara akad nikah & malam acara persalinan/berinai.
Ahadnya pula acara bersanding.

::: Barang Hantaran ::: 
Warna Hitam ni yang saya buat. Adik request warna ni.

::: Alhamdulillah dengan sekali lafaz ::: 

::: Bersanding time ::: 

::: Adengan suap menyuap kek pula :::

Selamat Pengantin Baru buat 
Muhammad Yazin Yahya
&
Rozeyana Abdul Ghaffar

Semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga kamu berdua.
Aamiin aamiin aamiin.....





Thursday, 20 December 2012

Seronok pagi hari di kebun.

Salam pagi Khamis.

Alhamdulillah....kenyang.
Rezeki pagi ini breakfast mee goreng dan kepok lekor Kuala Terengganu.

Minggu lepas besan emak kahwinkan anak perempuannya.
So we all dapat jemputan. Emak dan adik-beradik lain memang sudah plan nak pergi.
Saya sahaja yang masih dalam 50% gitu, sebabnya en. suami sibuk dengan kerjanya.
Tapi en. suami sudah bagi green light if nak follow mereka without dia pun boleh.
Ermm ok tapi dalam hati harap en. suami dapat join...malas nak tumpang or drive sendiri nie.

Alhamdulillah petang Sabtu en. suami balik dari kerja ajak balik Bentong. Hoyehhh..
Tapi lepas isyak baru bergerak, sebab adik ada belikan makanan untuk tiga beradik tu. Padahal mereka semua sudah kenyang. So tapau bawa balik kampunglah. Anak-anak makcik pun ramai disana.

Jam 10 lebih gitu sudah sampai. Makan-makan tengok tv dan tidur. Seronok 1st time saya tidur anak-beranak beramai-ramai temankan moyang mereka. Tinggallah en. suami dalam bilik sorang-sorang. Sebab bila saya sedar sudah subuh, hihii.

Esoknya, Ahad pagi lepas subuh saya temankan uwan buat breakfast boleh??? bukan cucu dia ini yang sibuk  memasak tapi uwan pulak yang sibuk. Bukan apa rindu masakan uwan kan. Lepas semua orang sudah bangun dan breakfast kami gerak ke kebun.

Alhamdulillah ohhh nikmatnya dapat ke kebun di pagi hari..
Turun sahaja kereta rezeki sudah ada. Dua tiga biji durian dekat tepi kereta. Belum masuk dalam kebun lagi kan. Jom cuci mata layan gambar.

::: Aktiviti menjejak bermula ::: 

 ::: Pokok Rambai baru nak belajar masak :::

::: Pokok durian yang sangat tinggi ::: 

::: Jom masuk kebun ::: 

::: Tengok i sudah dapat sebiji lagi ::: 

 ::: Memang tak leh tahan da..ngap terus la kan :::
Alhamdulillah...lemak berkrim disukai ramai.

::: Pokok Pulasan yang rendah sudah membuahkan hasil, walaupun tidak banyak :::
Buah pertama. 

 ::: Pulasan :::

Manggis yang belum penuh di petik. 
Daun kunyit untuk memasak. 


Puas hati. Dua minggu lepas balik kampung tak sempat nak pergi kebun. Bawak balik durian jea.
Now dapat pergi seronoknya.
Lepas pergi kebun siap-siap nak pergi kenduri.
Then terus balik KL sebab en. suami sibuk dengan kerjanya.


On the way balik dari kebun singgah shell isi minyak. Rupanya ada makhluk ikut sekali. Patut la gatal jea.
Nak tau apa inilah dia si pacat. Elok jea dua ekor menyelit kat jari kaki tu.




Wednesday, 19 December 2012

Thursday, 9 February 2012

Kenangan Terakhir...

Kenangan terakhir kami.
Arwah sempat datang ke Bentong melihat cucu bongsu.
18 Dec 2011 (hari ke 26 berpantang)

Salam hari Khamis.....
Sudah lama aku menyepi...
Sesepi hati ini...

Ermm sudah tiga minggu arwah meninggalkan kami semua...
Aku seperti tidak percaya...
Tapi apakan daya itu sudah ketentuanNYA...

Aku redha...
DIA mengambil orang yang aku sayang buat kali kedua...
Setelah perkataan Abah lama ku tinggalkan...
Kini perkataan Ayah pula akan ku tinggalkan...

Terima kasih Ayah
kerana aku dapat menumpang kasih padamu selama lapan tahun...
kerana terima aku sebagai menantumu...
kerana sentiasa menasihati aku dalam apa jua keadaan...
kerana sering memberi tunjuk ajar yang berguna untuk menjadi hambaNYA yang beriman...
terima kasih Ayah....

Kini pastinya aku akan rindukan celotehmu...
Kini pasti aku rindukan gelak tawamu....

Tapi aku harus redha atas setiap ketentuanNYA...
Terima kasih ALLAH atas kenangan yang Kau berikan kepada aku dengannya....

Semoga Ayah aman disana...
Bersama orang yang dikasihi Allah..
dan bersama orang-orang beriman...
Amin amin amin
Al-Fatihah....



p/s terima kasih pada Along dan Angah bawakan ayah dan ummi datang melihat kami...
Itulah hari terakhir aku jumpa Ayah...

Wednesday, 14 December 2011

Bila Duduk di Kampung Lelama

My lappy lah jadi mangsa...huhuhu

Selepas aku keluar dari wad pada malam itu terus aku balik ke Bentong.
Puas sungguh aku duduk dalam wad.
 So hubby kemas apa yang patut dan tidak ketinggalan aku punya laptop ini.
Gunanya untuk aku buat kerja dari rumah.
Kerja??? yup kerja kerja sendiri aku itulah.
Tapi bukan aku yang sibuk guna laptop tu.
Akalili dan Sorfina lah yang busy sangat gunakannya.
Selalunya kalau dirumah kami mereka guna komputer meja yang hubby siapkan dalam bilik.
Itulah yang selalu dihadap oleh dua beradik ini.
Tapi bila balik kampung takkan nak angkut skali kan.
So aku punyalah jadi mangsa.
Sudah bertambah game dalam laptop aku.
Akalili lah yang download.
Dalam handset aku pun tidak kurang hebatnya.
Sudah bertambah-tambah game dalamnya.
Hubby siap bising tiap hari aku cas phone.
Habis nak buat macam mana kan.
Anak-anak zaman sekarang.
Anak-anak zaman IT, bukan macam kita dahulu kan ;)

Itulah sampai la ni aku tidak update lagi pasal aku dan baby Maritza.
Bila ada kesempatan di depan lappy nie sibuk buat kerja sendiri pula.
Borang SKT aku pun tidak terisi lagi.
Bos siap sms ingatkan aku untuk update dalam HRMIS.




p.s: semalam mc untuk kali ke berapa aku tidak ingatlah. 
Pagi-pagi lagi aku call hubby tanya sudah tahu atau tidak pasal mc itu.



Saturday, 24 September 2011

Suasana Hari Raya Dimana Pun Jua (^_*)

Sudah nak habis raya baru aku berkesempatan stori pasal raya. Mood oklah nih kalau tidak faham-faham sajalah.

Berhari raya di kampung en. suami seronok. Asal raya saja tidak kira di mana, bila bersama keluarga tersayang pasti seronok kan...Anak-anak pun seronok dapat jumpa sepupu-sepupu yang semuanya lebih kurang sebaya.
Yang pasti jika beraya di Kuala Pilah hari pertama memang selepas habis sesi bersalaman dan sesi bergambar kami semua akan berkunjung mengunjungi rumah sanak saudara yang jauh-jauh nun.
Bila malam barulah tiba dirumah dan semua orang dalam kepenatan. Nak nak mak buyung ini.
Apapun seronok...
Jom layan gambar. Gambar ini pun terjumpa dalam lappy aku, my BIL yang transfer dari kamera dia.
Dalam kamera aku sudah habis terdelete. Tidak pasti macam mana boleh jadi gitu.

Hari kedua petang aku sudah pulang ke Bentong...Tapi perut tidak sihat aku asyik ke toilet sahaja.
Bukan apa Raya sakan makan pun sakan lea...hihihi...
Malam itu juga aku ke emergency ambil ubat untuk aku dan Sorfina...
Sorfina pun perut meragam...


 Sesi bergambar bersama ummi dan ayah tercinta...

 Suasana kami bersama keluarga tercinta..

 Sudah di Bentong..
Bersiap untuk menziarahi kubur di pagi raya ke-3...
Before pergi mari kita bagi duit raya dulu...

 Malam pula sakan main bunga api dan mercun..
Berlawan-lawan bunyi mercun ini...
En. suamilah yang sibuk layan anak-anak kecil...



Friday, 5 August 2011

Terawih malam pertama di kampung...

Last week aku balik kampung lagi. Kiranya dua minggu berturut aku balik kampung. Syok gitu kan. Bukan apa sebelum puasa nak rasa masakan kampung dulu. Nanti bila balik KL susah nak makan masakan kampung sebab hubby tidak layan sangat makanan kampung-kampung aku itu. Ye lah aku punya makanan kampung memang pelik-pelik sikit. Lelaki ni susah sikit nak tengok dia boleh makan betul-betul masakan kampung. Nak nak hubby aku yang sememangnya dari kecil jugalah tidak duduk dengan parents dia. Sudah besar panjang baru nak manja-manja semula dengan parents.

So hari ahad tu wan aku nak masak lebihlah untuk kami bawa pulang untuk dihidangkan waktu bersahur pula. Dan dan itulah hubby request nak makan rendang ayam dengan lemang..huhuhu rendang bolehlah masak tapi lomang mano den nak cari...Memang rezeki hubby nak makan lemang dengan rendang. Lemang To'ki yang famous kat bentong sudah mula membakar lemang hari ahad itu. Huhuhu hubby beli dua batang dapat le kami semua makan. Alhamdulillah.

Konon nak balik awal KL sebab malam itukan malam pertama terawih boleh pergi. Lastly terawih kat bentong juga sebab jalan jem mungkin sampai KL orang sudah abis terawih. Malam permulaan ni ambil berkat berjemaah esok-esok jemaah kat rumah sama anak beranak pula.

1st time kakngah ni ikut ke terawih ;))

Kisah malam pertama berterawih Dini pertama kali ikut aku ke surau untuk solat terawih...erm macam pelik kan ramai orang gitu. Selalu kalau singgah solat kat surau or masjid tak ramai orang pun atau pun kami anak beranak sahaja. Malam itu betul-betul ramai penuh surau meriah sungguh.

Selesai terawih ada moreh. Siap ada ais krim kon tu. Ada pakcik tu siap bawa box ais krim jualan untuk menjamu orang ramai. Wan aku sibuk nak ambilkan untuk cicit dia. Aku just ambil satu bekas polistren makcik tu bagi. Balik tengok pulut kuning dengan rendang hati dan limpa kot. Aku tak makan pun. Bubur lambuk pun ada makcik itu bagi pun aku tak ambil. Da settle semua balik KL. Sampai rumah baru kami moreh. Lemang dan rendang yang wan bekalkan.

Tapi terawih aku untuk malam itu sahaja..
Sampai hari ini aku cuma mengerjakan yang wajib sahaja...
:((

Sunday, 24 July 2011

Ketenangan Terserlah

Pagi pagi Ahad ini mata aku sudah kuyu saja, itulah yang aku layan internet kalau tidak confirm memang jauh la sudah melayang-layang di awangan dengan cuaca yang agak mendung masih boleh terasa kesejukan suasana di kampung ini.

Pagi sudah ke pasar. Balik masak pula nasi lemak pagi pagi ini erm confirm lah lepas makan mata kejap pejam kejap celik kan. Yang pasti en. suami sudah lama ke awangan padahal ajak aku keluar tapi awal awal lagi sudah dibuai mimpi mungkin mimpi yang indah sebab aku kejut pun tidak sedar. Ermm itulah nikmat duduk di kampung ini. Kalaulah ada rezeki aku dapat bekerja di kampung alangkah indahnya dunia.

Ermmm sebab sudah breakfast yang heavy kan pastilah lunch kami dilambatkan. Tapi masak sudah pasti seperti biasa cuma makannya sahaja lambat. 

Erm bila balik kampung juga pastinya makanan untuk lunch aku sudah berubah bila saja wan aku tanya nak makan apa pastinya jawapan aku masakan kampung lah pilihan nombor satu... semalam masak gulai lemak pisang emas muda bersama udang besar + ikan bawal sweet sour + sambal udang, ulam pula kacang botol dan timun sampai dinner lah makan lauk itu.

Malam tadi aku layan cerekarama dan surprised nya cerekarama itu ceritanya sambungan dari cerita Mentera Anjasmoro...Hari itu kan Mentera bila sambungan sudah sampai ke Sumpahan Anjasmoro. Hampir satu jam layan cerita itu PakTeh aku beli satay yang dekat simpang nak masuk ke kampung aku itu. Ermmm satay kat situ memang famous la kat Bentong ini siap ada buka facebook lagi Satay Pak Cu Bentong.


Now sambil sambil aku mengadap blog ini aku layan air batu campur pula. Lauk untuk lunch sudah siap terhidang. Pajeri terung + asam pedas ikan pari + kari ikan merah dan sotong masak kunyit. Gambar pun tak upload lagi aku nak letak. 

Erm dari semalam nak ke Chamang Dam tapi cuaca tidak mengizinkan kalau tidak sudah pasti akan picnik ke sana.


nota kaki : semalam baru dapat pi hantar baju tempah, 
beli kain sudah berzaman nak hantar tak hantar2,
lelama semua kedai di KL xde sapa nak ambil,
kalo tidak kena beli yang sudah siap sajalah...

 

Wednesday, 30 March 2011

Raja Buah bukan raja lawak ;))

Erm hari ini barulah ada masa sikit dan boleh dikatakan kudrat mata dan tangan Pn. Maidatul ini nak menaip dan mengadap pc untuk berblog. Kalau tidak adoi kepenatan membuatkan Pn. Maidatul malas dan malas. 
Hujung minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk bagi Pn. Maidatul kulu kilir dengan kelas litar itu...huhuhu boleh masuk litar ke tak lea ini kan. Tapi boleh kot hehehe ke berangan je lobih. Sabtu lepas selepas habis kelas terus balik Kuala Pilah then sambung ke Bentong pula. Sebabnya surat nikah umi n ayah tertinggal tapi oklah kan. Seronok puteri-puteri Pn. Maidatul dapat balik Pilah ye lah sudah berapa lama tidak balik sebab sibuk bekerja. Bila cuti pula sudah tiada siapa di sana. Sedih saja, tapi dapat juga balik walaupun sekejap seronok bila tengok anak-anak gembira gitu.

Ke Bentong untuk hantar ummi dan ayah ke rumah ateh pula sebelum balik Kelantan, dan sebelum baru balik rumah wan, ateh bagi 4 biji durian dari Raub...huhuhu dapat juga durian itu. memang belah-belah sana sahaja rasanya sedang berbuah sebab di kebun wan ada manggis sahaja. Alhamdulillah selepas sampai rumah terus makan durian itu. Erm memang sudah hantu durian kan so memang da tidak tunggu esoklah. Ya Allah, nikmatnya memang tidak terkata hingga menjilat jari gitu kan.


Alhamdulillah semua isi sedap...







Wednesday, 9 February 2011

bila........balik kampung

erm cuti-cuti baru ini ada orang yang cuti direct sampai satu minggu tapi aku tak ambil pun...just cuti time cny itu ajelah...itu pun hari khamis en muz kerja lagi sekejap...tapi ok lah sementara tunggu en muz kerja aku settlekan semua kerja rumah sebelum balik kampung...bila kembali dengan lapang hati lah sebab semua sudah settle hehehe...

petang khamis tu baru gerak balik Bentong...seronok ramai yang sudah ada kebetulan makcik kesayangan aku dari kuantan pun balik...ooohhh so heaven aku rasa meriah gitu rumah nenda kesayangan aku itu...sampai malam pun asyik berborak saja kerjanyer...nak nak makcik aku sorang ini memang banyak stori mori nyer...sampai tak pernah malam-malam buta aku makan nasi nak nak lauk pulak adoiii menyelerakan sungguh...dan siap makan rendang dengan pulut lagi tu makcik aku buat...

sambil-sambil berborak pakcik aku suarakan niat dia nak buat kenduri sikit...apalagi aku tolong plan kan untuk pakcik aku lah...memandangkan esoknya tu hari Jumaat so aku suggest buat hari Jumaat malam itu lepas Isyak...dan sebulat suara semuanya setuju...erm bagus...so kira-kiranya aku dan makcik aku pun bincang pasal nak masak or catering saja...tapi buat apa nak catering makcik-makcik aku masing-masing kalau bab memasak ini kan sudah marvelous gitu...so decide nak masak apa jea...nasi berlauk sudah selalu sangat buat so we all decide masak nasi minyak + ayam masak merah + dalca + acar mentah + papadom + pencuci mulut --> agar-agar santan + agar-agar koktel...kejap jea decide sebab makcik-makcik sudah expert masak memasak nie...aku lewat gak tidur sesambil tunggu cousin aka anak makcik aku tu sampai dari kuantan...dorang gerak lambat sikit..




4/2/11

Pagi-pagi lagi lepas breakfast aku hantar uwan ke pasaraya nak beli barang katanya nak ke pasar tutup lea sebab cny kan...so en muz drop aku dan uwan beli barang sementara en muz dan my little girls tu ke hospital tempat emergency sebab dua beradik nie selsema pula nak pergi klinik memang semua tutup  juga...siap beli barang-barang balik lorr...makcik aku pun sudah siap beli barang-barang untuk kenduri malamnya nanti...so aku ambil part menyiang-nyiang...sebab lepas Solat Jumaat aku dan en muz nak pergi Lurah Bilut pulak nak ambil makcik aku lagi sorang tue...before ambil tu makcik aku siap call bagitau jangan makan lunch lagi sebab makcik aku sudah masak masakan favorite kami ---> Ayam goreng cili api + kurma daging + pecal...


So petang tu dalam jam 1900 tu semua sudah get ready...just kemas-kemas pinggan mangkuk jea...lepas isyak baru acara berlangsung kenduri doa selamat dan tahlil...jam 2200 baru semua orang surau dan jiran tetangga balik...tinggal jiran sebelah yang dekat-dekat sorang dua jea lagi lepak beborak ngan pakcik aku...dalam jam 2300 ada surprise birthday cake untuk pakcik aku kat kuantan tu yang ke 50 tahun...semoga Allah permudahkan semuanya untuk pakcik amin...



5/2/11
hari yang indah...hari nie lepak-lepak kat rumah sambil kemas-kemas rumah basuh periuk belanga bila sudah siap sambung kerja en muz...tolong settle kan minit mesyuarat nyer...tapi lastly en muz settle kan sendiri sebab aku sibuk mencuci pakaian yea lah malam-malam sikit nanti sudah mau pulang kan...tapi bila sudah petang-petang gitu en muz kata balik ahad sambil senyum senyum...erm aku ikut saja aku pun malas nak layan jem kat atas highway tu nanti ye lah tadi keluar gi bandar kejap tengok sudah jem siap ada polis jaga bagai...so bagus juga cadangan hubby untuk balik ahad pagi...tapi pagi tu aku rasa dalam jam 1100 kot nak awal-awal lagi kompom tak dapat...hehehe...so tinggal aku saja lagi kat rumah uwan yang lain sudah balik rumah masing-masing...




6/2/11
Memang seperti yang di jangka jam 1100 baru gerak dari Bentong jalan ok lah tak jem pun...tapi adik aku yang balik dari Temerloh hari tu petang memang sangkut 2 jam gitu kat highway...
Sampai rumah tidur...petang keluar pergi pasar malam erm lama sungguh sudah aku tidak ke pasar malam...tapau nasi ayam + laksa penang + meehoon sup utara + yong tau foo + air soya panas + cendol opss lagi satu kueh tiew goreng untuk Akalili...perghhh memang banyak gilo borong makan macam tak makan berbulan-bulan lak tapi alhamdulilah semua selamat di habiskan...





 

Monday, 27 December 2010

balik kampung...

Assalamualaikum semua....

Semua sudah makan malam ker...aku baru siap semua masak kueh tiew goreng sahaja...sekarang nie memang itulah kegemaran seisi keluarga...specially anak2 kecil sangat suka makan...

Hari nie aku kerja walaupun aku buat rancangan untuk cuti2 dirumah...lastly changed the plan...kerja pun tak banyak mana ialah sudah hujung2 tahun nie kursus da settle...skt pun da siap walaupun aku benci sangat bila guna hrmis...cumanya sijil2 jea aku tak keluarkan lagi...esok lusa settle ler sume tu insyaAllah...

Erm last week aku balik bentong...semua ada berkumpul...eh ada gak adik aku tak balik...boy dan nene yang lain ado jea...seronok bangat...agenda berkumpul adalah untuk menyambut hari kelahiran wan aku yang ke 68 tahun...semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup wan...amin...yang seronoknya nak surprised kat wan esok harinya tapi ramai yang excited untuk celebrate 24.12.2010 tu jugak so da lewat malam gak we all celebrate...dan hasilnya semua tidur lewat...
 

 Kek kukus buah...Wan fav. ever...

 Semoga wan gembira bersama kami... :))

Rendang tok daging by me...
Makan dengan nasi impit...yummyyy...

Dan lain agenda juga adalah program merisik khabar untuk jiji...

Mula2 tengok jea pastu tangan nie rajin nak mengubah lak...

 Tada sudah siap digubah...

 peace no war...


25.12.2010 pula kami merisik khabar untuk jiji semoga apa yang di bincangkan akan di permudahkan semua olehNYA...amin.

Thursday, 2 December 2010

small celebration...

Minggu lepas aku balik Bentong...semasa raya haji hari itu aku memang tak dapat nak balik sebab hubby kerja...so last week hubby ajak balik Bentong seronoknya...aku pun memang nak sangat balik sebab nak mengurut...rasanya sudah lama benar badan-badan aku ini tidak dimanjakan...alhamdulillah balik aku bagitahu wan aku yang aku nak mengurut...wan aku ok jea...cadang nak balik petang Sabtu selepas pergi wedding my besttt buddy itu tetapi ada pulak hal lain yang nak buat so malam jugaklah balik ke Bentong...kebetulan adik aku yang duk Semenyih nak balik juga so kami berkonvoi lea...

Bila hari Ahadnya...hey that day is my birthday...lepas balik dari wedding saudara aku hubby sibuk ke kedai kek untuk beli kek...cadang hubby nak beli kek di KL masa on the way nak balik Bentong tapi bila sudah balik malam terkejar-kejar nak ke Secret Recepi...1st SR pergi sudah tutup tapi still ada orang di dalam kedai beria hubby minta nak beli satu kek tapi tak dilayan...sebab dorang sudah tutup akaun...hehehe...so pergi pulak cari tempat lain adalah satu SR nie bukak lagi tapi kek yang hubby nak cari takde pulak...erm aku cakap tak perlu nak beria sangat...dengan sedih hubby minta maaf kat aku sebab tak dapat nak belikan aku kek...kalau tidak tepat jam 12am hubby nk suruh aku potong kek...hehehe...takpe aku nak tidur jea bila sampai Bentong nanti dalam kepala otak aku nie...aku kan suka tidur dari makan-makan nie...


Tak sangka lak aku ada small celebration untuk aku dan my brother...seronok sebab masa tu ramai kat umah wan aku...

Menu yang disediakan...yang best sekali ada laksa...nie idea hubby siap ada dua kuah lagi...asam dan lemak...yang masak my auntie...

Birthday girl yang ke-29...muda lagi nie...hehehe...
Blueberry kek...sodappp sekejap jea habis...

My brother yang baru balik dari kenduri rumah kawan dia pun kena paksa potong kek...
hehehe siap baju melayu dan bersongkok lagi...


p/s ---> tq to my dear hubby dengan sambutan ini...sayang kamu...i'm happy...

Monday, 18 October 2010

Chamang Dam Again...

Sabtu lepas pagi-pagi lepas subuh aku ajak En Muz pergi pasar sebab nak cari semua barang fresh kan... Daging mestilah yang batang pinang, ayam, udang, dan sotong...balik terus bersihkan untuk perapkan dengan bahan-bahan yang aku sudah bland itu...

Kali ini pergi aku bawa kawan-kawan office itu pun semua tak pergi...padahal program nie aku da rancang last year lagi tapi Allah yang tentukan semua dan Sabtu lepas pergi, dan pergi mana yang ada saja sebab kawan yang lain ada hal pulak...lima jam jugalah kami disana...happy sangat...

 My friends...

 Pakcik n makcik aku...

 My happy family...
Ini pun tak ramai selalunya kalau aku pergi memang ramai sungguh... Anak-anak pakcik aku pun dua takde sebab sekolah...wan aku pula ada jemputan progam baca yassin...adik-adik aku sibuk kerja...so ini sahajalah yang ada...sebab itulah makanan banyak betul berlebih...so malam tu sambung bakar semula untuk dinner...tapi yang besttt bagi aku dapat makan keladi masak tempoyak again...memang layannn sungguh...pedasss jangan cakap memang berapi ooo...semua orang layan lauk tu...

 
Tempoyak keladi...yummmyyy...

Sayur campur...


Wednesday, 22 September 2010

sambungan malam raya aku...


Malam raya aku sungguh seronok...bila da settle semuanya...jam 2230 aku mula memasak kuah kacang...rebus nasi impit nona tu...dan rendam pulut untuk buat pulut kuning...sambil-sambil aku memasak dan merebus sesambil itu juga aku layan mereka bermain bunya api sebab awal lagi so oklah layan bunga api diluar dulu sebab semua seronok esok nak raya kan...sudah tentu tentunya semua orang akan tidur lewat...


Kacang tanah yang telah dibersihkan di goreng tanpa minyak...

Kacang yang telah siap di goreng dan siap di tampi...
Akalili dan Dini sangat pelik time aku menampi....

Tada...Kuah Kacang yang telah siap 
untuk dimakan bersama nasi impit...

Tengok lea itu anak beranak beemain bunga api...
berkepul-kepul asap...

Dini yang tak selesa bila asap sudah banyak...
tu lah nak main sangat...


Malam raya aku dan wan lewat tidur...terima kasih pada suami tersayang lepas tidurkan anak-anak, temankan aku pula mengemas sambil tolong apa yang patut dan tunggu masakkan aku masak...siap mop lantai...cuci pinggan mangkuk untuk pakai masa pagi raya dan last sekali aku iron semua baju untuk dipakai dipagi raya...barulah aku berkesempatan mandi sebelum masuk tidur...jam 0200 baru aku mandi dan siap-siap untuk tidur...seronok sekali malam raya aku...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails