Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, 9 July 2015

Ramadhan 1436

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah sedar tidak sedar sudah 22 Ramadhan hari ini.

Hari ini baru dengar lagu raya di pejabat...hehehe.  Sedih pula mengenangkan cepat sungguh masa berlalu pergi hendak meninggalkan Ramadhan yang cuma datang setahun sekali ini. 


Kelas semesta ini sudah mula diawal Ramdhan lagi. Makanya disepanjang Ramadhan ini saya tidak dapat balik kampung untuk berpuasa bersama uwan...awal-awal Ramadhan hari itu ada uwan call tanya bila nak berbuka bersama...sedih pula bila dikenang...tapi apakan daya semesta ini bukan macam semesta lepas yang boleh saya fikir dua tiga kali untuk pergi atau tidak. Subjek untuk sem ini Ya Allah takut pula bila tengok. Semuanya lima subjek dan tiga akan masuk final...


Tahun ini raya semuanya prepare last minute. Mungkin minggu depan baru sibuk nak mencari itu dan ini. Ermm nak kata tak excited? sudah tentulah excited kan...tahun ini en.suami dapat cuti beraya...yeahhh. Alhamdulillah syukur. 

Thursday, 24 July 2014

MOod Raya Sudah MAri.....

Assalammualaikum (w.b.t)


Salam 26 Ramadhan......


Hari ini saya masih berkerja. Perjalanan ke pejabat pagi ini tidak sesak....ohhh dalam hati mesti semua orang sudah pulang ke kampung.....hukhukhuk sodeh pulak hati den....

Sekarang sudah mood raya....datang office pun semua duk pasang lagu raya....lagilah hati berbunga-bunga nak balik ke kampung....

Tahun ni saya beraya di Bentong....InshaAllah Sabtu pagi akan bergerak balik ke Bentong...Kalau lambat nanti takut jam di highway...


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA
SEMOGA SELAMAT PULANG DAN SAMPAI KE 
KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING

Sunday, 29 June 2014

Sambut Ramadhan di Bentong

Assalammualaikum (w.b.t)

Salam Ramadhan...

Tahun ini saya sambut puasa di Bentong seronoknya. Habis kelas petang Ahad balik rumah tunggu en. muz balik dari kerja terus balik Bentong. Anak-anak sudah balik semalam lagi. Emak dan adik bawa mereka. Bukan main seronok lagi.

Anak-anak kalau kata nak balik kampung!!! ermm itulah perkara yang paling seronok sekali. Mana tidaknya duduk disini tiada siapa. Walaupun anak adik-adik ada yang sebaya mereka tapi kami jarang juga berjumpa. Hidup di Kuala Lumpur penuh dengan kesesakan makanya memang tidaklah kami nak keluar sesuka hati. Melainkan sudah janji atau ada hal.

Menu berbuka dihari pertama.
Alhamdulillah...sedap sungguh uwan saya masak ayam percik resepi sendiri...terbaiklah.
Sayur campur dan ikan goreng serta jemput-jemput pisang...

Lepas berbuka masing-masing sibuk bersiap untuk ke surau untuk menunaikan solat sunat terawih...Akalili tidak ketinggalan juga tapi saya tinggal dirumah kerana tidak berapa sihat. 
Ermm kebetulan Akalili dan Sorfina sekolah cuti kerana cuti peristiwa. Semalam sukan tahunan di sekolah mereka makanya Isnin cuti. So saya dan en. muz sepakat untuk mengambil cuti hari Isnin.


Monday, 5 August 2013

Salam 27 Ramadhan 1434

Assalam...
Alhamdulillah sudah hari ke 27 kita semua berpuasa.
Peh baru ada semangat nak menulis. Kalau tidak ermm mood ke laut sokmo.
Nak nak now busy dengan persiapan raya di bahagian pejabat saya ini.

Huhuu hari ini semua orang sudah balik ke kampung masing-masing. Jalan lengang sungguh.
Tapi saya masih sini bekerja dan akan bekerja juga esok.
Tapi yang pasti esok saya separuh hari sahaja. Dan sudah inform my bos awal-awal.
Nak ambil cuti en.suami kerja lagi so baik saya kerja.
Cuti pun tidak banyak.

Semangat nak balik kampung. Hari Ahad malam tu saya sudah siapkan beg pakaian untuk dibawa pulang ke kampung. Yang dalam beg dalam beg lah. Yang bergantung pun sudah siap bergantung.
InshaAllah esok petang pulang ke kampung...

Alhamdulillah walau banyak dugaan di bulan mulia ini saya patut bersyukur Allah permudahkan segalanya. Terima kasih ALLAH....

Ramadhan kali ini banyak kenangan buat saya dan keluarga.
Semoga apa yang kami lalui ini dapat mendekatkan diri kami dan keluarga kepadaNya.
Aamiin aamiin aamiin...



Tuesday, 23 July 2013

Nur Akalili Hanis di Bulan Ramadhan.

Assalammualaikum....
Alhamdulillah syukur sudah 14 ramadhan pun. Semoga Allah bagi kita peluang untuk meneruskan ramadhan kali ini...aamiin.
Sudah lama saya tidak berbicara disini. Kesempatan ini saya terus ambil peluang untuk menulis.
Rindu banyak perkara yang ingin di bicarakan disini. Ermm hari ini ramai yang sudah balik awal. Seawal jam 2 petang kerana disebelah paginya kami ramai-ramai bergotong-royong menjayakan 5S. Maka big bos sudah bagi kelonggaran untuk pulang awal ke rumah. Tapi saya tidak kerana ada perkara yang perlu di habiskan dahulu dan selebihnya saya menulis disini. Saya akan pulang seperti biasa pada jam 4.30 petang.

Berbalik pada tajuk saya tu. Ermm nak cerita al kisah anak saya ini. 

Alhamdulillah Allah permudahkan Akalili berpuasa walaupun banyak dugaan dan godaan kan. Termasuklah dugaan buat saya. Tetapi demi anak yang disayangi dan untuk bagi semangat pada Akalili di bulan mulia ini ummi layan jer la karenah comel dia tu.
Part berbuka macam biasa Akalili memang akan cari air dahulu dan kuih. Selepas itu barulah cari nasi pula. Itu pun jika Akalili terasa nak makan tapi saya paksa juga. Atleast makan sedikit dari tidak makan. Sudah la kurus nanti lagi kurus nampak pula tulang-tulang tu.
Part bersahur seminggu pertama memang oklah. Akalili akan makan nasi dan air glukos atau air kosong yang lain memang tak mau. Masuk minggu kedua terus Akalili tukar menu.

Nasi goreng selamba.

Memang selamba jer nasi ini digoreng tidak perlu bersusah payah. Tapi oklah jika ada nasi malam, bolehlah saya goreng di waktu sahur. Tapi kejadian semalam kami sampai dirumah dari Bentong sudah masuk 12.10 pagi. En.suami hendak tapau KFC untuk dibuat bersahur. Ermm saya ok saja. Selepas hantar kami anak-beranak en.suami terus keluar membeli saya malas nak ikut sebab anak-anak semuanya sudah tidur. 

Makanya bersahur pagi itu adalah nasi ayam KFC 3 set. Macam biasa saya akan bangun 4.30 pagi. Masak atau tidak memang seawal itu saya akan bangun. Siapkan semua diatas meja saya kejutkan Akalili. Bila sampai di meja makan terus Akalili menangis. Sambil tu cakap 'akak nak nasi goreng telur kicap, akak tak nak nasi ni.' Adeh naik darah den kejap. Tapi sempat disejukkan dengan sedikit kesabaran. Terus ke dapur untuk masa nasi. Tunggu sampai masak dan goreng pula. Ya Allah memang menguji kesabaran betul. Saya siapkan air kosong. Akalili makan sampai habis minum dan kemas buku untuk ke sekolah pula. Selalunya akan kemas sebelum tidur tapi sudah sampai lewat so kemas selepas bersahur. Dan sempat Akalili tidur dalam setengah jam untuk ke sekolah pula.

Sebagai ibubapa memang macam-macam ragam dan karenah yang pasti seronok dilalui. Bila duduk sorang-sorang dan fikir semula tergelak juga saya. Anak anak itulah permata hati.

Okies saya nak balik sudah nak memasak untuk berbuka. :)




Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434H dan Selamat Berpuasa.


Salam Ramadhan buat semua umat Islam. 
Semoga Allah permudahkan urusan kita hingga selesai. 
Moga-moga di hari pertama Ramadhan ini membawa berita gembira buat saya dan keluarga.
Aamiin aamiin aamiin..

Wednesday, 8 August 2012

Iftar di Seri Pacific

::: me with my pren :::

 ::: my NurAkaliliHanis :::

 ::: my NurHijrahMaritza :::

::: lepas makan kurma Mai layan ini pula :::

::: faveret kambing panggang :::

07/08/2012
Selasa

::: see my NurDiniSorfina nak masuk gua tu :::




Friday, 20 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam Jumaat...
Alhamdulillah esok bermulah umat Islam memulakan ibadah berpuasa...
Kesempatan ini Mai ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua...
Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat semua...



Hari ini last day in Kuching..
Tak sabar nak balik jumpa my all love.
Seronok juga nak balik kampung menyambut puasa...





Friday, 26 August 2011

Salam Aidilfitri 2011


::: SeLaMaT Hari RaYa AiDiLFiTri :::
::: SeMoGa SeLaMaT PuLaNG & KeMBaLi Ke KeDiaMaN MaSiNG2 :::


Monday, 22 August 2011

Otak-otak...

Salam 22 ramadhan 1432h.

Sedar tak sedar hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk semua umat islam akan menyambut Hari Raya...uhhh tak sabar kan. Nak balik kampung jumpa orang-orang tersayang..

Ermm berbalik pada tajuk aku kat atas itu kan. Tak sangka aku, anak dara sorang ini mengidamkan otak-otak. Alhamdulillah walaupun Akalili ada juga puasa yang tertinggal tapi semangat hendak berpuasa itu buatkan aku bangga. Dalam dua minggu sudah berpuasa tetiba Akalili nak makan otak-otak. Puncanya aku beli pulut panggang, oleh Akalili ingat itu otak-otak. Sian pulak aku tengok. Kebetulan ada satu petang itu tetiba rajin lak aku nak gi jalan-jalan ke pasar ramadhan. Terjumpa pula ada orang jual otak-otak ermm aku apa lagi terus teringatkan Akalili dan tanya makcik itu dari mana semua otak-otak itu, yelah aku ni cerewet sikit. Bila aku rasa ok terus aku beli. Time berbuka tu seronok Akalili dapat makan makanan yang diidamkan...

Hehehe...terasa kelakar pun ada anak dara aku ini. Boleh mengidamkan mengalahkan Ummi pula iya...

tq to en. google...



Wednesday, 17 August 2011

24 weeks @ 17 ramadhan

Salam 17 ramadhan 1432

Diam tak diam usia kandungan aku sudah 24 weeks dan hari ini juga sudah masuk hari ke 17 kita semua umat islam menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah bagi yang terbaik buat kita semua.

Alhamdulillah dengan izin Allah aku masih menunaikan ibadah ini walaupun ujian demi ujian Dia menduga. Alhamdulillah syukur juga aku sudah semakin baik. Lepas ini buat dressing sendiri tidak perlu ke klinik lagi. Dalam dua tiga hari ini juga Allah menduga aku dengan demam dan selsema yang agak teruk tapi semangat nak berpuasa itu buatkan aku kuat untuk teruskannya. Isnin baru ini demam selsema aku memang teruk betul. Aku keje separuh hari saja balik keje melepet nasib la makanan berbuka sudah siap terhidang. Best berbuka singgang ikan tenggiri + sambal bilis kering, pedas gitu kan. Lepas berbuka makan ubat dan lepas solat terus melepet semula. Sudah malam gitu baru aku bangun semula iron baju untuk hubby kerja esoknya dan baru tidur semula.

Dua minggu lepas aku ada check up usia kandungan aku 22 weeks tapi aku tak pergi, dua hari lepas itu baru aku pergi buat check up. Bukan apa masa itu bisul aku teruk so aku malas nak layan check up. Yang pasti aku tahu baby aku sihat dan ok. Pergerakan baby dalam perut pun sudah aktif. 

Cumanya masa check up itu paras darah hb aku sudah turun semula dari 11.3 turun ke 10.3 makanya aku kenalah makan iron tablets itu da biji semula kalau tidak cuma ambil satu biji saja...huhuhu...
Mana tak aku punya paras darah hb turun semula, aku banyak makan berpantang disebabkan bisul, lagi pula memang selera aku betul-betul down. Berbuka dan bersahur memang aku tak makan sangat.
Tapi sekarang alhamdulillah aku sudah mula berselera semula dan aku pun sudah kurangkan pantang sebab bisul aku semakin baik.

Lepas raya nanti next check up harap masa itu semua ok. Mudah-mudahan masa raya nanti aku sudah boleh makan apa saja.


::: Nota sedih :::
Ntah dapat ke tidak aku balik kampung tahun ini untuk beraya huhuhu...
Sedihnya bila semua orang sibuk duk citer pasal nak balik kampung...



Thursday, 11 August 2011

Nasi Briyani

Alhamdulillah semalam 9 ramadhan aku masak nasi briyani dengan ayam kari saja.
Semalam memang simple saja. Sebab teringin nak makan pula.

::: Nasi Briyani :::

 ::: Kari Ayam :::

::: Nasi ini aku punya sambil suapkan Akalili :::
::: Nak manja-manja anak dara aku sorang tu :::




::: 6 ramadhan 1432 / Sabtu :::
Seronok berbuka puasa pada hari Sabtu lepas. Ramai datang berbuka di rumah. Adik-adik aku, wan dan pakcik aku pun ada. Menu aku pada hari itu gulai lemak masak ketam + ikan merah masak sambal (untuk orang berpantang ini) + kacang buncis goreng. Ada juga yang sponsor lauk ayam berempah, kepak ayam madu dan kuih muih.

::: 7 ramadhan 1432 / Ahad :::
::: Menu :::
Sup ikan merah
Sotong masak kicap
Bayam merah masak air
Tauhu cina sos tiram
Salad


::: Nota Kaki :::
pagi-pagi buat dressing,
petang-petang aku memasak.
Alhamdulillah semakin sembuh.



Wednesday, 10 August 2011

BiSuL...

Kisah aku dan bisul.

Tanpa aku sedar seminggu sebelum nak menjalani ibadah puasa aku dapat bisul. Ya Allah tempat yang sama lagi. Aku still buat buat cool malas nak fikir sangat lelama semakin teruk. Erm confirm aku rasa akan terjadi seperti yang lalu. Huhuhu pening kepala fikirkannya.

27hb & 28hb Julai 2011 aku dapat mc aku pergi Klinik Idzham.
29hb Julai 2011 aku masuk office sekejap nak settelkan apa yang patut. Then pergi follow up semula ke Klinik Idzham. Still tak boleh buat apa lagi dengan bisul aku.

Petang itu aku balik kampung. Malas nak fikir nanti lagi sakit kan. Aku just makan ubat yang doktor bagi. Sakit makin teruk. Search punya search ada satu ubat ini ramai juga yang guna. Koyok katak namanya. Hubby pun sibuk pergi cari kat kedai seng seh. Aku pun dalam takut takut cubalah. Ermmm still gitu gak.

Lastly apa yang aku buat hanya solat hajat. Aku betul-betul mohon semoga ALLAH permudahkan sakit aku ini. Memang dua kali yang lepas aku kena memang hazab sangat aku rasa. Rasanya kali ini aku tak naklah di operate bagai.

31hb Julai 2011 malam pertama terawih, aku masih mengerjakannya walaupun agak sukar dalam pergerakkan. Lepas terawih balik KL.

1hb Ogos 2011 Hari pertama puasa aku bersahur macam biasa semua sudah siap tersedia. Alhamdulillah. Kerja pun halfday nak ke klinik semula. Buka puasa pun beli yang siap sahaja sebab aku memang tak larat nak masak.

2hb & 3hb Ogos 2011 aku dapat mc lagi.
Sahur untuk hari kedua. Tetiba kain aku basah. Cepat-cepat panggil hubby tengok apa sudah jadi. Nasib hubby tak pengsan. Bisul aku sudah pecah. Terus aku tak lalu makan. Sahur pagi itu aku just minum air semata dan makan ubat sahaja. Huhuhu sian kat baby dalam perut ini. Sebab aku mc so duk rumah saja dan buat dressing sendiri.

Sahur hari ketiga still tak makan apa just minum air dan ubat. Berbuka dua hari itupun sama aku tak makan apa pun just kurma dan air. Bila sudah memalan sikit aku buat air vico cicah biskut kering saja. Itu yang aku mampu. Bila nak tidur hubby buatkan susu dan makan roti gardenia coklat kismis tu. Baru aku tidur.

Sahur hari keempat aku makan roti coklat kismis itu juga dengan vico. Pagi itu aku pergi klinik. Bila Dr. Anita tengok ermmm aku sudah boleh start dressing kat klinik. Dr. Anita nak aku datang setiap hari untuk dressing. Lega aku bila doktor cakap aku tak perlu nak operate lagi sebab sudah pecah sendiri.

Alhamdulillah. Syukur sangat kali ini aku kena memang Allah permudahkan segalanya. Hingga semalan aku buat dressing takde lah aku rasa teruk, seteruk yang aku kena dulu. Mungkin Allah perkenankan doa aku dan dalam bulan mulia ini Allah bagi keringan. Syukur.

Bila aku sudah mula buat dressing kat klinik semuanya teratur. Pergerakan aku agak mudah dan kurang sudah sakitnya. Dan alhamdulillah juga aku sudah mula hendak makan semula dan sudah mula untuk masak-masak. Walaupun aku berpantang dalam pemakanan tapi aku still masak untuk keluarga. Bila dapat masak untuk keluarga di bulan mulia ini rasa macam aku tidak sakit pula.


Sudah seminggu aku buat dressing di Klinik Idzham, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali. Nurse yang buat dressing aku pun semuanya baik-baik. Hilang rasa takut aku tu. Yelah aku agak penakut sikit. Aku berdoa agar bisul ini cepat sembuh.

Bila satu sahaja nikmat itu ALLAH ambil memang terasa sangat. Mudah-mudahan aku sentiasa menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi.






Salam 10 ramadhan

Sudah 10 ramadhan bersamaan minggu ke dua kita semua berpuasa. Hari ini jugalah aku sudah mula masuk office. Alhamdulillah keadaan aku semakin baik. Sekarang aku cuma buat dressing luka tu.

Masuk office banyak juga kerja yang aku perlu settlekan.
Ermm sudah hampir dua minggu lebih juga aku berehat di rumah.
Manalah tidaknya banyak kerja hendak dibuat.
Untung juga bos aku cuti seminggu.
Dapatlah aku settlekan kerja yang sedia ada ini sebelum bos masuk office semula.

Harapnya aku dapat buat kerja macam biasa. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku. Masih berpuasa penuh setakat ini. Kandungan aku juga sudah masuk 23 minggu.



Friday, 5 August 2011

Terawih malam pertama di kampung...

Last week aku balik kampung lagi. Kiranya dua minggu berturut aku balik kampung. Syok gitu kan. Bukan apa sebelum puasa nak rasa masakan kampung dulu. Nanti bila balik KL susah nak makan masakan kampung sebab hubby tidak layan sangat makanan kampung-kampung aku itu. Ye lah aku punya makanan kampung memang pelik-pelik sikit. Lelaki ni susah sikit nak tengok dia boleh makan betul-betul masakan kampung. Nak nak hubby aku yang sememangnya dari kecil jugalah tidak duduk dengan parents dia. Sudah besar panjang baru nak manja-manja semula dengan parents.

So hari ahad tu wan aku nak masak lebihlah untuk kami bawa pulang untuk dihidangkan waktu bersahur pula. Dan dan itulah hubby request nak makan rendang ayam dengan lemang..huhuhu rendang bolehlah masak tapi lomang mano den nak cari...Memang rezeki hubby nak makan lemang dengan rendang. Lemang To'ki yang famous kat bentong sudah mula membakar lemang hari ahad itu. Huhuhu hubby beli dua batang dapat le kami semua makan. Alhamdulillah.

Konon nak balik awal KL sebab malam itukan malam pertama terawih boleh pergi. Lastly terawih kat bentong juga sebab jalan jem mungkin sampai KL orang sudah abis terawih. Malam permulaan ni ambil berkat berjemaah esok-esok jemaah kat rumah sama anak beranak pula.

1st time kakngah ni ikut ke terawih ;))

Kisah malam pertama berterawih Dini pertama kali ikut aku ke surau untuk solat terawih...erm macam pelik kan ramai orang gitu. Selalu kalau singgah solat kat surau or masjid tak ramai orang pun atau pun kami anak beranak sahaja. Malam itu betul-betul ramai penuh surau meriah sungguh.

Selesai terawih ada moreh. Siap ada ais krim kon tu. Ada pakcik tu siap bawa box ais krim jualan untuk menjamu orang ramai. Wan aku sibuk nak ambilkan untuk cicit dia. Aku just ambil satu bekas polistren makcik tu bagi. Balik tengok pulut kuning dengan rendang hati dan limpa kot. Aku tak makan pun. Bubur lambuk pun ada makcik itu bagi pun aku tak ambil. Da settle semua balik KL. Sampai rumah baru kami moreh. Lemang dan rendang yang wan bekalkan.

Tapi terawih aku untuk malam itu sahaja..
Sampai hari ini aku cuma mengerjakan yang wajib sahaja...
:((

Salam 5 Ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa semua.

Sudah masuk hari kelima kita semua berpuasa. Alhamdulillah aku masih mampu berpuasa walaupun pagi tadi masa aku buat dressing doktor suruh aku tidak berpuasa buat sementara waktu untuk ambil ubat mengikut jam yang telah ditetapkan. Tapi aku hanya tawakal pada Allah agar Dia permudahkan semuanya untuk aku dan aku masih meneruskan perjuangan. Amin.

Sekarang ini aku cuma duduk dirumah. Mc aku bersambung-sambung. Walaupun aku mc tapi kepala ni duk fikir pasal kerja yang melambak di office. Tadi aku ikut hubby hantar Akalili ke sekolah dan aku singgah sekejap di office nak cari dokumen penting. Tup  tup tengok banyak kerja da. Bos bagitau minggu depan sudah ada audit pulak. Aku pun tak pasti lagi dapat masuk office ke tidak minggu depan. Huhuhu...

Sunday, 31 July 2011

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua....
 
 
 
p.s.   Salam Ramadhan buat semua yang mengenali diri ini, mohon ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...semoga Ramadhan kali ini kita mendapat keberkatan dan rahmat ALLAH...insyaAllah...AMIN.


Monday, 23 August 2010

bersama mereka sungguh bermakna

Salam 13 Ramadhan...

Alhamdulillah sudah 13 hari kita semua berpuasa...alhamdulillah hari ini akalili sampai dua kali tambah makan mee bandung...esok hari lahir Akalili...tapi tiada program lagi untuk esok...yang pasti esok NurAkaliliHanis sudah 5 tahun...


Kisah Sabtu lepas...
Terima kasih to my SIL ajak kami sama-sama meraikan anak-anak yatim di Subang tu semoga rezeki my SIL dimurahkan ALLAH dan insyaALLAH jika diizinkan ALLAH kami sedia berkongsi bersama detik-detik sebegini lagi...
alhamdulillah dan seronok sangat dapat bersama-sama mereka berbuka dan menunaikan ibadah solat bersama...tapi aku agak penat nak explain satu-satu pada Akalili yang asyik tanya itu dan ini pasal mereka...bila aku cerita yang mereka tiada ibu dan bapa muka dia nampak sedih...aku juga cerita macam mana kita nak tolong mereka walaupun kita tidak kaya dengan wang ringgit tapi banyak cara yang boleh kita kongsi untuk bantu mereka...alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH bagi kami kongsi bersama walaupun tak banyak...terima kasih YA ALLAH bagi kami peluang ini...

Alhamdulillah berbuka dengan kurma dan kuih muih dulu then solat mahgrib baru makan berat pula...

Alhamdulillah mereka yg sama-sama meraikan majlis...

Anak dara aku...orang sibuk berbuka dgn kuih muih Akalili sibuk dgn tembikainya...

Tgk tu habis sudah basah...

Makanan yang disediakan...alhamdulillah rezeki ALLAH bagi utk mereka...

Anak-anak kecil tengah beratur utk ambil duit raya...

Aktiviti lepas solat terawih...

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar... turut meraikan Hari lahir Amni anak kedua my SIL yang ke tujuh tahun...Selamat Hari lahir buat Amni semoga jadi anak yang solehah dan sentiasa mendapat Rahmat ALLAH...aminnn...

 

Monday, 16 August 2010

6 Ramadhan 1431H

Alhamdulillah...

Sudah masuk 6 Ramadhan 1431H...sekejap sahaja rasa sudah 6 Ramadhan kan...semoga ALLAH bagi kekuatan untuk kita semua dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna, InsyaAllah.

Alhamdulillah puasa setakat ini aku rajin pula ke dapur..memang targetlah kononnya nak memasak sendiri tapi tapi kalau ada keinginan barulah berbuka di luar...ramai juga yang ajak berbuka diluar tapi setakat ini masih seronok berbuka dirumah...tapi kalau waktu bekerja menu adalah kena buat semudah mudahnya selagi boleh...hehehe kerana ada dalam 1jam 30 minit sahaja untuk siapkan semuanya...dan mudah kerja aku sebab semua lauk pauk aku siap dibersihkan di dalam peti sejuk...so balik balik je keluarkan dan buat rencahnya sahaja...ini adalah menu Ramadhan aku kali ini...

1 Ramadhan
Sup ayam
Sayur campur
Sambal Petai (adik bagi)

2 Ramadhan
Sambal ikan merah
Kobis goreng telur

3 Ramadhan
Ayam kicap
Kobis goreng

4 Ramadhan
Gulai lemak daging + kentang
Sambal udang
Sawi putih goreng
Kuih ketayap (kuih gulung)

5 Ramadhan
Asam pedas ikan merah + bendi
Telur dadar
Masak lemak sayur labu

Gulai lemak daging

Sambal udang

Sawi putih goreng

Kuih ketayap (kuih gulung)

Erm yang aku sempat snap pic pada 4 Ramadhan saja yang lain tak sabau nak berbuka...semalam pun nak snap pic tetiba bateri habis erm selamatlah aku berbuka dulu... tapi memang aku seronok sebab semua aku masak walaupun simple...alhamdulillah...


Wednesday, 16 September 2009

makan...makan...makanlah kau...

Bile da suka sangat aku sanggup buat menda nie...fevarot all my family...last month aku order serunding ikan nie dari officemate aku yang balik Kelantan...bile free malam aku pun memulakan kerja...memotong dan menggulung mini popiah ini...sangat suka makan...



...tada bila sudah siap di gulung dan di goreng...



Minggu nie adalah minggu yg agak sibuk dengan itu dan ini yelahkan...Ahad nie kita semua umat Islam sudah menyambut 1 Syawal...so nie lah minggu terakhir kita nak buat persiapan yg terakhir...so aku rasa aku tidak akan berpeluang berbuka diluar lagi seperti ini bersama En Muz dan kawan2 lagi...hehehe...inie adalah antara juadah berbuka puasa diluar...ok lah semua memuaskan...layan gambar jea lah....












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails