Friday 21 December 2012

Happy Time...

Salam pagi Jumaat...

Alhamdulillah pagi tagi dapat jugak breakfast bihun goreng diluar pagar. Berlaukkan sambal tauhu dan paru goreng. Nikmatnya terima kasih Allah.

Sepatutnya hari ini saya cuti. Tetapi sebab plan yang sudah dibuat lari sedikit so saya datanglah ke pejabat pagi ini. So en. suami yang sudah bercuti dari semalamlah yang menjaga anak-anak dirumah. Pasti anak-anak seronokkan bersama abah kesayangan mereka. Ialah kalau abahnya dapat kerja memang sudah nak cuti so bila sudah ada peluang cuti ini biarlah mereka anak-beranak sahaja.

Macam semalan bukan main seronok anak-beranak pergi Time Square sudah jam 7 lebih baru sampai rumah. Semua muka kepenatan seronok bermain game disana. Si kecil Maritza kecian tengok muka dia tapi still boleh senyum bila nampak saya. Ambil dia terus mandikan dan bagi Maritza rehat sambil menikmati susu. Kakak-kakaknya juga bersihkan diri sambil mulut masing mengomel itu dan ini. Masing-masing juga tidak puas hati sebab saya tak ikut mereka. Ermm bukan tak nak ikut tapi nak bagi masa si abah dan anak-anak bersama-sama so tak mau kacau. Tapi sebenarnya masa lunch sesama before mereka ke TimeSquare saya alahai seronoknya kalau dapat ikut kan...ermmm maybe next time.

Seronok lunch ramai-ramai di Sasana Kijang then bawak kids masuk terowong kecil kat sana. Ermm seronok tengok duit lama dan baru semua berjumlah RM1juta, lagi ada game berkaitan dengan kebijasanaan menggunakan wang. Tengah sibuk kami pusing dalam tu tetiba nampak kru tv3 dan Syam pengacara Sarapan tv3. Dorang buat rancangan apa pun saya tak tau. Bila dorang da sibuk-sibuk dalam tu kami semua gerak keluarlah. hihihiii....


Buah hati pengarang jantung. 

Seronok layan fries. 

See Sorfina menikmati makanan.
Tak tinggal nasi dia tu.

 Chicken Soup walaa.
Akalili diet seimbang.


Chicken Chop Hainanese.
Akalili share with me.



Thursday 20 December 2012

Seronok pagi hari di kebun.

Salam pagi Khamis.

Alhamdulillah....kenyang.
Rezeki pagi ini breakfast mee goreng dan kepok lekor Kuala Terengganu.

Minggu lepas besan emak kahwinkan anak perempuannya.
So we all dapat jemputan. Emak dan adik-beradik lain memang sudah plan nak pergi.
Saya sahaja yang masih dalam 50% gitu, sebabnya en. suami sibuk dengan kerjanya.
Tapi en. suami sudah bagi green light if nak follow mereka without dia pun boleh.
Ermm ok tapi dalam hati harap en. suami dapat join...malas nak tumpang or drive sendiri nie.

Alhamdulillah petang Sabtu en. suami balik dari kerja ajak balik Bentong. Hoyehhh..
Tapi lepas isyak baru bergerak, sebab adik ada belikan makanan untuk tiga beradik tu. Padahal mereka semua sudah kenyang. So tapau bawa balik kampunglah. Anak-anak makcik pun ramai disana.

Jam 10 lebih gitu sudah sampai. Makan-makan tengok tv dan tidur. Seronok 1st time saya tidur anak-beranak beramai-ramai temankan moyang mereka. Tinggallah en. suami dalam bilik sorang-sorang. Sebab bila saya sedar sudah subuh, hihii.

Esoknya, Ahad pagi lepas subuh saya temankan uwan buat breakfast boleh??? bukan cucu dia ini yang sibuk  memasak tapi uwan pulak yang sibuk. Bukan apa rindu masakan uwan kan. Lepas semua orang sudah bangun dan breakfast kami gerak ke kebun.

Alhamdulillah ohhh nikmatnya dapat ke kebun di pagi hari..
Turun sahaja kereta rezeki sudah ada. Dua tiga biji durian dekat tepi kereta. Belum masuk dalam kebun lagi kan. Jom cuci mata layan gambar.

::: Aktiviti menjejak bermula ::: 

 ::: Pokok Rambai baru nak belajar masak :::

::: Pokok durian yang sangat tinggi ::: 

::: Jom masuk kebun ::: 

::: Tengok i sudah dapat sebiji lagi ::: 

 ::: Memang tak leh tahan da..ngap terus la kan :::
Alhamdulillah...lemak berkrim disukai ramai.

::: Pokok Pulasan yang rendah sudah membuahkan hasil, walaupun tidak banyak :::
Buah pertama. 

 ::: Pulasan :::

Manggis yang belum penuh di petik. 
Daun kunyit untuk memasak. 


Puas hati. Dua minggu lepas balik kampung tak sempat nak pergi kebun. Bawak balik durian jea.
Now dapat pergi seronoknya.
Lepas pergi kebun siap-siap nak pergi kenduri.
Then terus balik KL sebab en. suami sibuk dengan kerjanya.


On the way balik dari kebun singgah shell isi minyak. Rupanya ada makhluk ikut sekali. Patut la gatal jea.
Nak tau apa inilah dia si pacat. Elok jea dua ekor menyelit kat jari kaki tu.




Wednesday 19 December 2012

Wednesday 12 December 2012

Rabu Yang Indah

Alhamdulillah...
Salam hari Rabu....12.12.12

Permulaan hari yang baik dalam segala perkara in shaa Allah.
Semua orang sibuk cerita pasal 12.12.12
Ermmm rasanya tarikh itu biasa sahaja, tidak pun istimewa bagi saya. Jika di bandingkan dengan Rahmat, Hidayah dan Nikmat yang ALLAH berikan. Allahuakbar....
Hari ini adalah hari terdetik sejenak saya berfikir...ermmm alhamdulillah semoga Allah pelihara iman saya, jadikanlah saya seorang yang istiqomah dalam perjuangan ke arah Mu Ya Allah dan sentiasa tunjuki saya di jalan yang lurus....aamiin aamiin aamiin....

Minggu ini sibuk nak siapkan semua kerja di office. Ialah sudah hujung tahun gitu kan banyak benda yang perlu di siapkan untuk tahun ini. Saya apa lagi kan sibuk nak tutup rekod kursus bagi tahun 2012 lea. In shaa Allah minggu ini mesti siap. Harap dapat 100%. Minggu lepas sudah sibuk siapkan Sasaran Kerja Tahunan dan Penilaian Prestasi. Semoga Allah bagi yang terbaik kan.



::: SABAR ITU INDAH :::


Thursday 6 December 2012

Bila Tiada Kerja or Take Five...

::: Cengkerang :::

Bila penat mengadap PC ini lelama saya pastilah akan penat kan. So bila take five tu pastinya saya akan ambil cengkerang ini dan letak di telinga sambil dengar desiran ombak. Sambil tutup mata dengar desiran dari dalam cengkerang ini dan membayang yang diri ini tengah merebahkan diri di persisiran pantai...ohww best nye kan kalaulah betul-betul sedang berada di pantai.

Sudah lama gitu tidak pergi mencuci mata di pantai. Seingat saya last pergi masa bulan Oktober masa raya haji di Teluk Batik, Perak. Ermm tak lah lama juga tapi rasa macam lama je kan tak ke pantai....huhuuhu
Orang yang memang tinggal di area pantai mesti best. Boleh selalu ambil angin di situ. Ohh nikmatnya.

Tapi bulan Disember ni macam tidak sesuai kalau saya nak pergi ambil angin di tepi pantai. Sebab sudah macam musim hujan saja sekarang ini kan so duduk rumah sajalah. Atau pun balik kampung, ambil angin kampung syokk juga tu. Nak nak sekarang kan musim buah-buahan. Last week balik tak sempat nak ke kebun...ohww rindu gitu ke kebun.

Esok sudah Jumaat yeahh syokkk nyerr.....




Wednesday 5 December 2012

Forum Perdana

Alhamdulillah hari ini masuk pejabat lega sudah kepala dan hidung. Semalam balik dari office lewat bagi hujan reda dulu so lepas solat Maghrib ajak en.suami ke Klinik Kita. Orang memanglah ramai tapinya pesakitnya semua adalah kanak-kanak yang nampak semuanya bawah 7 tahun hinggalah ke bayi pun ada. Ermm musim menyerang kanak-kanaklah tu. Ialah kanak-kanak antibodi tidak kuat gitu. So semalam lepas balik dari klinik semua yang perlu makan ubat pun makanlah. Saya lepas ambil ubat terus tidur. Terima kasih en.suami jagakan anak-anak. Alhamdulillah saya memang sudah tak dapat nak kawal ubat yang doc bagi tu memang betul-betul merehatkan badan, dengan izin ALLAH pagi ini bangun rasa segar semula. Pergi kerja pun selesa. Terima kasih Allah...


Mulanya en.suami demam. Lepas tu baby Maritza pula terus saya dan Akalili. Alhamdulillah Sorfina masih boleh bertahan. Alhamdulillah Allah permudahkan Sorfina sihat, ialah kalau Sorfina demam sayalah yang pening nak fikir sebab sepanjang Sorfina demam memang tidak pernah makan ubat. Dari kecil memang liat nak makan ubat kan. Bila sudah besar lagilah bila disuruh makan ada saja jawabnya. Ayat biasa pakai "ermm xpelah kakngah tak payah makan ubat nanti eloklah ni" sampai kesudah tak makan ubat. Kalau Akalili alhamdulillah dari kecil memang mudah bila diberi ubat.Maritza pula nampak macam ok juga bila disuruh makan ubat. Apapun Alhamdulillah semoga Allah permudahkan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga. Aamiin aamiin aamiin....





21 Muharram 1434H

Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk mengikuti majlis ilmu pagi ini di office.
Semoga setiap penghijrahan yang kita lakukan Allah pandang dan terima.
InShaa Alllah...



Friday 30 November 2012

Alhamdulillah Happy 31

Salam pagi Jumaat yang indah.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH Mai masih menyedut udara yang segar. Sepanjang tempoh 31 tahun 2 hari ini macam-macam yang telah Mai lalui. Kenangan pahit manis yang dilalui tempoh itu sangat-sangat berharga buat Mai. Syukur walau macam mana pun sepanjang perjalanan hidup ini Allah lah yang permudahkan. Terima kasih ALLAH atas segala nikmat, ujian dan dugaan yang Engkau berikan.

Diusia ini juga alhamdulillah Allah bagi suami dan anak-anak, terima kasih atas doa kalian. Semoga saya akan menjadi isteri dan ummi yang baik buat mereka dan  semoga mereka juga boleh terima saya seadanya aamiin aamiin aamiin...Kepada emak, kakak dan adik-adik terima kasih atas doa kalian. Kepada sahabat dan kawan-kawan terima kasih dengan doa kalian.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah Rahmat ALLAH aamiin aamiin aamiin.




:::SABAR ITU INDAH:::

Friday 23 November 2012

Selamat Hari Lahir Sayangku

Kenangan bersama arwah atok den (al-Fatihah) dan wan.

SeLaMaT HaRi LaHiR anakandaku
Nur Hijrah Maritza Muzlienor.

23 November 2011 / Rabu

Semoga menjadi anak yang solehah...
Berjaya didunia & diakhirat...
Sentiasa berada dibawah Rahmat ALLAH...
aamiin aamiin aamiin...
Ummi sayang kamu sangat sangat...


p/s esok kita pergi holiday, ummi sayang Maritza muaahhhh....



Wednesday 21 November 2012

Kek Batik by en.suami

Pasa malam Sabtu minggu lepas lepas lepas kami ke Giant beli barang dapur. Sambil cari barang-barang dapur tetiba en.suami tanya kat mana nak cari serbuk koko dan coklat masak tu. Katanya nak guna. Ermm tanpa banyak soal saya pun pergi bahagian masakan untuk kek-kek ini. Semua ada disana. So ambil serbuk koko dan coklat brand van houten.

Lepas balik dari shopping barang dapur terus en.suami bersemangat gitu nak memasak. So malam tu sambil saya dinner sambil teman en.suami jadi chef. Jom layan gambar masakan en.suami.


Masak coklat dulu. 

Pecah-pecahkan biskut marie dan tuang coklat yang sudah dimasak. 

 Setelah disejukkan semalaman.

Siap di potong dan makan...nyum nyum...

Ahad paginya bangun sambil siapkan breakfast sambil layan kek batik ini. Sedap tidak manis sangat sebab en.suami guna dark chocolate so ada pahit sikit kan. Alhamdulillah tq sayang.




Tuesday 20 November 2012

Check Up Maritza

::: Bila depan kamera terus posing itulah Maritza today :::

Hari ini Maritza ada check up. Masa last check up hari tu kira sebelum puasa tak silap terus book date untuk cucuk setahun. Actually hari ini belum genap setahun Maritza. Lagi tiga hari gitu. So masa book date saya sudah cakap yang date ini Maritza belum cukup setahun tapi nurse tu kata ok. So ok lah kan.

But now sudah lain lak ceritanya. Pagi tadi bangun macam biasa waktu nak ke tempat kerja gitu. Padahal klinik tu dekat sahaja dari rumah 10 minit gitukan. Tapi nak ambil no awal so keluarlah awal. Sorfina nak ikut juga so mandi awallah dia. Akalili masih seronok tidur oklah opah ada so malas nak kejutkan dia. 

Sampai klinik en.suami ambil no dulu. Saya tunggu dalam kereta lagi. Bila sudah ambil no baru masuk. Dapat no 10. Kalau ikutkan sistem baru ni pasti siap cepat kalau no 10. Dalam hati sempatlah saya nak join kursus skala di office. Kalau tidak jap hari ni pasti Maritza akan pergi dengan en.suami sahaja tapi sebab mengenangkan nak kena ccucuk haruslah ummi kena ikutkan...sian busyukkk ummi ni...

Masa tunggu turn, ada nurse tegur. Nurse "puan nak tanya sikit boleh". Saya "ermm pasal apa ye". Nurse "berkenaan dengan cirit birit. puan pernah ada pengalaman tak anak-anak kena cirit birit ni". Dalam hati mestilah ada kan. Saya "ermm ada juga anak-anak kena". Nurse "ok macam tu saya ambil nama anak puan dulu ye".

Ok terus nama Maritza diambil untuk cepatkan check up dia sebab saya nak bagi talk sikit pengalaman mengenai cirit birit. Bila masuk bilik nak check...ting ting ting....eehh puan baby tak boleh cucuk lagilah hari ni sebab dia tak cukup setahun. Memanglah Jumaat ni baru cukup setahun. Adoiii lastly kena book new appointment next month pulak...sebab baby pun tak jadi cucuk so saya pun cakap tak dapatlah nak bagi talk tu sebab saya nak kejar ke office  nak join kursus.

So next month la Maritza cucuk setahun, semoga ALLAH bagi kesihatan yang baik untuk kamu.



Friday 16 November 2012

The Sungai Buluh - Kajang MRT Line



How is the MRT Project going to Affect the Overall Property Market?

Running up to 2012 before the MRT-SBK Line is completed, more property developers will be planning high density residential developments along the MRT route. Projects which are strategically located near MRT stations will likely to enjoy good sell-outs as buyers are confident of future demand for their property once the MRT is in operation. Proximity of any proposed condominium development in relation to a MRT station has been a major winning factor these days. New launches which are strategically located near to a MRT station will be expected to be priced at least 10% higher than others which are located further away.

Residential developments within walking distance to MRT stations will undoubtedly benefit the mmost as the demand for rental units at these areas will be guaranteed. Most working class commuters would like to have their rental housing within walking distance to MRT stations as first priority.

Comes 2017 when the MRT-SBK Line is finally completed, the commercial property in the vicinity of MRT stations will be in great demand. The huge number of passengers using MRT will give rise to plenty of new business opportunities of all kinds in the vicinnity of MRT stations. This has proven true in Singapore, HOng Kong and Taiwan. Commercial and retail premises which are located near MRT stations at these countries enjoy good occupancy rates and high rental. The same scenario will likely to repeat here in KL.


Jumaat Bertandang Lagi

Alhamdulillah....
Masih bertemu Jumaat ini...

Minggu ini saya memang kuat gitu kan bekerja.
Orang lain sibuk ambil cuti Isnin, Rabu dan Jumaat.
Tapi saya sibuk bekerja...sebab apa???? seronoklah.
Orang tidak ramai di office huhuhu i like...
Last weekend pun sudah sibuk bercuti...
Sekarang masa untuk bekerja hihihi.....

Sudah petang-petang gini sudah kurang mood untuk bekerja.
Ermm take five bersama blog dulu.

Masuk kerja hari Rabu kelmarin, uohh dapat surat kena attend meeting.
Uikss inilah yang i malas nak involve sudahnya i jugak yang kena pergi.
Huhuhu tapi apakan daya turutkan juga kerna apa kerna itu sudah jadi tanggungjawab.
Next week...tiga hari pulak tu....layankan je lah...
Paperwork pun baru start pagi tadi. Balik rumah sambunglah jawabnya.
Nak bentang depan orang ramai haruslah buat paperwork yang bagus.
Kalau tak malulah BLT kan.
Hopefully dua hari di rumah dapatlah curi-curi masa...
Dan sudah pasti waktu yang selalu di curi adalah apabila orang semua sudah lena di ulit mimpi...

Semoga Allah permudahkan urusan hambaMu ini aamiin...


: : : SABAR ITU INDAH : : :


Wednesday 14 November 2012

Selamat Tinggal HIJRAH 1433H


Selamat Tahun Baru 1434 HIJRAH..

Sahabat, ayuh..aminkan doa ini pada akhir tahun HIJRAH 1433H.


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirobbilalamin. Wa shallallahu ‘ala Muhammadin wa’ala alihi wa shahbihi wa sallam. Allahumma ma’limtu fi hadzihis sanati mimma nahaytani ‘anhu falam atub subhanallahi ‘adadasy syaf-‘il wal watri wa’adada kalimatit tammati kulliha. Nas-alukas salamata birahmatika ya arhamar rahimina. Walahawla wala quwwata illa billahi ‘aliyyi ‘azhimi. Wa huwa hasbuna wa ni’mal wakilu ni’mal mawla wa ni’man nashiru wa shallallahu ‘ala sayyidina Muhammadina wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallama.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Segala Pujian Bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami,perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunanMu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Sahabatku, "SELAMAT TAHUN BARU hIJRAH 1434H" Ayuhh ..aminkan doa awal tahun baru hijrah.


"Bismillahirrahmanirrahim. AlhamdulillahirobbilalaminWa shallallahu 'ala Muhammadin wa'ala alihi wa shahbihi wa sallam. Allahumma Antal abaduyyul qadimul awwalu wa 'ala fadhlikal 'azhimi wa judukal mu'awwali, wa hadza 'amun jadidun qad aqbala nas-alukal 'ishmata fihi minasy syaithani wa awliya-ihi wajunudihi wal 'auna 'ala hadzihil ammarati bis su-i wal istighali bima yuqarribuni ilayka zulfa ya dzal jalali wal ikrami, wa shallallahu 'ala sayyidina Muhammadin wa'ala alihi wa shahbihi wa sallama.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang, Segala Pujian itu bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan keatas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami memohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kmai memohon juga kepadaMu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan Rahmat. aamiin aamiin aaminn.....



::: Semoga tahun baru ini ISLAM terus berkembang mekar keseluruh alam, aamiin aamiin aamiin :::


ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

Friday 9 November 2012

Happy For You Sayang

Salam pagi Jumaat...

Selamat sudah menjawab exam pada hari Selasa dan Rabu
Masuk office hari Isnin dan Khamis je.
Alhamdulillah hari ini saya sudah mula bercuti...
Anak dara saya turut mula bercuti sekolah lah hari ini.
Suka-suka kan saya bagi cuti pada Akalili...
Last day je kot kan.

Hari nie semua orang bangun awal.
Sebab aktiviti hari ini saya akan bergerak pagi ini ke Johor.
Awal gitu kan cuti-cuti cinta family saya buat.
Release tension untuk saya dan Akalili yang baru habis Exam..
Tension ker???? Akalili ok je...Saya lagi ok...
Insya-Allah tahun depan ambil exam paper lain pula.
Alhamdulillah dan syukur pada Allah permudahkan urusan Akalili.
Result exam Akalili sangat-sangat saya puas hati.
Sambil peluk Akalili dan cakap "Akalili memang ikut ummi nie" dan dan la ikut saya kan.
Sambil senyum bergenang air mata ni happy sangat untuk dia.
Semoga Allah permudahkannya untuk tahun-tahun akan datang...aamiin...

Program hari ini.
Malas nak sesak dengan orang ramai di cuti sekolah nanti.
Kebetulan pula on the way ke Johor nak attend invitation..
So kebetulan yang sangat ok lah kan.

Semoga Allah permudahkan percutian kami sekeluarga.
Selamat berhujung minggu kepada semua.


Saturday 3 November 2012

Sup Tulang Best Ever

Salam pagi Sabtu yang cerah gitu.

Alhamdulillah hari ini duduk di rumah besama anak-anak. Masak-memasak, basuh-membasuh dan kemas-mengemas gitu kan. Ermm hari ini menu sepatutnya dalam kepala saya pada minggu ini ialah sup tulang...

Alhamdulillah rezeki dari opis Pak Haji bagi sedikit daging dan tulang. Masa hari Sabtu petang minggu lepas Pak Haji siap call saya nak ajak datang rumah dia sebab ada sesi makan-makan tapi saya still di Perak hari ahad baru pulang. Makanya hari Isnin minggu ni Pak Haji bawakan yang mentah untuk saya dari hasil korbannya. Terima kasih Haji. Saya memang bahasakan dirinya Haji saja.

Tetiba hari Rabu en.Suami call suruh bawa balik pemberian Haji tu sebab saya asyik terlupa nak bawa balik...hihihi Dan en.Suami suruh masak sup tulang malam tu. Oppsss nampaknya supper sup tulang la malamnya kan ermm...layan kan je la.

Lepas siap solat Magrhib terus ke dapur untuk masak sup tulang. Tapinya ye lah anak sudah tiga kan kejap-kejap ada sahaja order...yang sorang nak ini yang sorang nak itu yang sorang mengegek..orang kata sambil menyelam minum air kan...macam tulah saya sambil memasak sambil layan anak-anak. Lainlah kalau en.Suami ada. Memang en.Suami yang akan layan mereka.

Makanya adegan masak-memasak bermula jam 8 malam dan jam 10 malam baru siap sebab saya tidak guna pressure cooker so lamalah nak empukkan daging. Saya memang suka daging tu betul-betul empuk jika masak sup...erm sodap..kena tunggu en.Suami pulang jam 11 malam baru sampai rumah...memang tongah malam la layan sup tulang...huhuhu
Saya cuma sup dan sedikit daging tu saja nak makan dengan nasi memang tak sanggup pasti bertambah-tambah nanti...en.Suami sampai bertambah makannya...huhuhu penangan sup tulang la nih...

 ::: siap masak without daun sup :::

 ::: with taburan daun sup :::
Lihat kelembutan daging, memang superb.

::: wajib ada sambal gesek waalaa :::


Lunch today Rendang Daging Daun Limau Purut pulak request by my sister aka mak buyung. Daging dari Perak pula. Errmm musim daging...Layan 2 kali seminggu masakan daging hehehe...






Wednesday 31 October 2012

Nur Hijrah Maritza




::: Maritza diusia 11 bulan seminggu :::

Tuesday 30 October 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran

Kamu Bukan Ideal, Jauh Sekali Sempurna.....
Namun Kamu Istimewa Dengan Caramu Sendiri.... 
 ♪♫•*¨*•.¸¸¸  selamat hari lahir sayang   ¸.•*¨*•♫♪
::: Semoga Allah permudahkan segala urusanmu
 dan 
sentiasa berada dibawah Rahmat ALLAH, amin :::


      

Monday 29 October 2012

Korban 1433

Alhamdulillah Isnin yang indah....

Hari ini juga akhir hari Tasyriq. Kepada yang masih menjalankan ibadah korban semoga Allah permudahkan. Alhamdulillah dengan izinNya rezeki yang lebih dapat dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan telah disempunakan pada 11 Zulhijjah 1433 (Sabtu) yang lepas. Semoga Allah terima ibadah kami aamiin aamiin aamiin....

Ini pertama kali kami menjalankan ibadah korban ini. Alhamdulillah semoga tahun-tahun akan datang Allah permudahkan juga hendaknya. Kami buat di Perak bersama my MIL dan my SIL. Alhamdulillah en.Suami cuma ambil sikit sahaja bahagian kami selebihnya disedekahkan dan diberikan kepada yang berhak.

So Sabtu en.Suami dan semua ke Masjid bagi melihat korban. Alhamdulillah dari 8 pagi hingga 12 tengahari baru en.Suami dan my BIL balik dari masjid. Tolong lapah kerbau dan lembu.

Tahun ni sambut Raya Aidiladha di Perak. Tak ramai cuma my family, my SIL family, my MIL dan SIL seorang. Alhamdulillah masih dapat makan lemang dan rendang. Sedap. Malam hari Sabtu tu pula layan sup tulang yang my MIL masak dapat tulang korban kan. Marvelous.

Alamak sambung nanti la cerita raya...nak balik lah sudah jam 5 lebih nih...wokey chowww ^___^


Thursday 18 October 2012

Story Sabtu lepas...

Salam petang Khamis.

Tik tok tik tok sudah hari Khamis rupanya...
Ermm kerja sudah beransur-ansur settle...
Mood pastinya happy kan...

Esok sudah Jumaat lagilah happy kan...
Lusa dan tulat nak buat apa yea...
Sapa-sapa ada nak menjemput tak ni..
Sekarang ni gilo nak attend jemputan jea...
Hihihihi...
Dari tengah bulan September sampai awal minggu Oktober...
Ermm menang busy dengan jemputan kahwin sahaja...
Mula Rawang pastu Jelebu dan akhir di Sungai Buloh...
Ada kawan saya dan juga kawan en.Suami..

So last week paksa diri pergi riadah pula...
Lama gitu tak ke Taman Tasik Titiwangsa..
Lepas Subuh tu siap-siap untuk pergi...
Macam biasa Maritza awal pagi sudah mandi...
Akalili dan Sorfina walaupun hari cuti-cuti pasti bangun awal...
Jarang nak bangun lewat...
So tiada masalah untuk keluar awal...
Jam 7 pagi sudah keluar...
Dalam hati ermm tak ramai lagi kot ni...
Kejap jea sudah sampai dalam 15 minit gitu...
Opppsss ramai sudah orang yang berjogging, berkawat dan macam2 aktivitilah...

Kami ke kawasan taman permainan kanak2...
Bawa anak-anak ke sana sahajalah...

: : : malu-malu Maritza kalau orang nak ambil gambo dia tu : : :

: : : Maritza mata sepet : : :
 : : : Seronok dapat main buai : : :

: : : Happy gegirl day hihihi : : :



Monday 15 October 2012

Pandanglah Kami YA ALLAH...

Assalamualaikum...salam pagi Isnin yang indah...

Alhamdulillah hari ini Akalili mula exam akhir tahun...
Harap ALLAH permudahkan segala urusan Akalili...

Setiap doaku sentiasa menyebut namamu NurAkaliliHanis
Agar ALLAH pandangmu wahai anakku...
Dengan belas kasihan...
Dengan penuh kasih sayang...
Dengan Zat Yang Maha Pemurah-NYA..
Dapat memberikan yang terbaik buat mu wahai anakku...

Dari rumah en.Suami berkali-kali berpesan..
Agar sentiasa berdoa sebelum ujian bermula...
Minta pada Allah agar Dia permudahkan...
Umminya pula memang sentiasa berpesan...
Tiap-tiap kali sebelum kaki Akalili melangkah masuk ke sekolah...
Saya selalu berpesan baca doa dulu sebelum setiap kelas bermula...
Alhamdulillah pesan itu memang tidak penah putus dari bibir ini...
Untuk mengingatkan anak kecil ini...

Insya-Allah....


: : :  SABAR  ITU  INDAH  : : : 

Sunday 14 October 2012

Berhujung Minggu di Rumah....

Salam pagi Ahad....
Alhamdulillah hari ini sang suria telah kembali bertugas...
:))

Awal-awal pagi lagi saya sudah berada di ampaian...
Bersama en.Suami menyidai kain-kain yang menimbun tu...
Malam hari Jumaat iaitu kelmarin...
Dengan senang hati saya settle kan semua kain baju..
Dengan harapan Sabtu akan settle semua kain baju yang menimbun tu...
Kita hanya merancang...Dia jualah menentukan segalanya..
Padahal masa en.Suami nak jemur tu...
Saya sudah jerit dari dapur...
"Abanggg....abanggg....jangan jemur dulu baju tu hari golap ni...
Sebab nampak langit semacam je kan...
Tapi apakan daya...suami den memang efficient dalam menguruskan rumahtangga :))
Dalam setengah jam lepas tu...
Berguguran air hujan yang membawa rahmat keseluruh alam..
Berlarian en.Suami membawa bakul, mengangkat kain baju.
Alhamdulillah hari ni sang suria muncul dengan penuh senyuman...
Memberi senyuman kepada seluruh penduduk bumi...
Insya-Allah...


Hari ini juga buat pertamanya...
Saya dengan gembira memcuci my kekasih gelap...
Walaupun tak golap kan....
Lepas en.Suami hadiahkannya pada awal tahun lepas, ermm nak masuk 2 tahun pun da...
Jangan harap nak ambil tahu...semua en.Suami yang settle kan....
Tetapi  pagi tadi lepas sidai baju...
Pandang-pandang kat my kekasih golap...
Sian lak dia asyik orang lain saja yang bersihkan dia..
Kebetulan baru ni memang saya ada belikan produk kecantikan from cosway.
Senang bukak je buku cosway tu macam-macam ada...
Tinggal bersih atau tidak jea...huhuhu
Sekali en.Suami pun bersihkan kekasih golapnya jugak da...
Kami layan sesama memcuci...
Seronok gak kan...salah satu aktiviti sihat...hihihih
Lepas tu senyap-senyap dua beradik tu keluar nak join skali...
Bab main-main air ni memang suka sangatlah deme...
Settle....


Pagi ini pula bersarapan pagi dengan keropok lekor..
Kepok lekor TokBeng fresh dari Kuala Terengganu..
Memang semalam dan hari ini layan sungguh kepok lekor tu...
Tq to my pren belikan itu keropok :)


** ermm my manja Maritza sudah bangun dari tidur....ok lah beransur dulu....








Friday 12 October 2012

Susu kambing segar.

Assalammualaikum....
Salam petang Jumaat yang penuh Rahmat...
Insya-Allah.

Hari ini kerja separuh hari sahaja...
Ada kerja yang perlu di selesaikan.
Ambil Akalili di sekolah terus pulang ke rumah.

Sebelum tadi singgah kedai ustaz...
Nak beli susu kambing segar tu kan...
Ermmm sedih still xde lagi lah...
Rasanya sudah hampir 3 minggu order...
Kata ustaz tu semalam ada..
Tapi 40 botol jea..kambing kurang susu sekarang...
Ramai pulak yang order...
Ustaz itu sendiri pun cuma dapat satu botol sahaja...
Ermm takde rezeki den kan nak buat ghuano...

: : : Susu Kambing Segar : : :
: : : tQ en. Google for this pic: : :

Last two week, ada pergi seromban...
Pergi ladang Ostrich tak perasan ada jual susu kambing juga..
Sudah keluar jauh baru nampak iklan susu kambing kat ladang tu...
Harapan memang takde lah sudah jauh kedepan kan...

Tapi kalau balik Bentong...
Insya-Allah pasti dapat susu kambing nie..
Memang mula minum susu kambing nie pun kat Bentong lah...
Dan puncanya daripada anak manja kecil Maritza..
Alhamdulillah Allah permudahkan disana..
Mula dari situ semua jadi suka minum susu kambing..
Ermmm Akma tidaklah kuat sangat minumnya..
Yang pasti anak-anak dan abahnya memang suka benar...

Jika tak dapat nak cari kat sini susu tu...
Kena balik Bentong or kirim orang disanalah untuk belikan...





Wednesday 10 October 2012

T.A.R.B.I.A.H. - Update

Assalammualaikum...
Salam Rabu yang penuh dengan keberkatan..
Insya-Allah...

Alhamdulillah pagi ini bangun tidur.
Syukur masih hidup..
Allah masih kurniakan suami dan anak-anak lagi..
Boleh kata Allah masih kurniakan nikmat hidup ini bersama-sama orang-orang tersayang...
Alhamdulillah...

Hari ini sampai di pejabat seperti biasa...
Dan seperti biasa juga ambil mug untuk ke pantry ambil air...
Di pantry memang ada sebuah tv...
Tup tup kisah ibu dan anak...
Di MHI TV3...
Pagi-pagi lagi air mata ini menitis...
Tatkala melihat pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya...
Dengan penuh kasih sayang ibu itu menjaga anaknya...
Ohh makin lama menonton...
Makin banyak air yang ditakungkan di dalam kelopak mata ini...
Akhirnya tewas untuk membendung air mata itu dari keluar dari kelopak mata...
Terus lari ke meja sambil menangis teresak-esak...

Dalam hati terdetik..
Ya Allah sungguh kuat pengorbanan dan ketabahan hati ibu itu kepada anaknya...
Air mata semakin deras berjujuran keluar...
Ku doa kehadrat ilahi agar Allah memberikan yang terbaik buat anak dan ibu ini...

Ahmad Adam Syukri.
Berusia 7 bulan.
Sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga adik Ahmad Adam Syukri di:

Noraisah Mohamad Malena.
02040007292201 (CIMB)
161136331818 (MAYBANK)


* Adik Adam selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 7 Mac 2013 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Adik Adam akan dikebumikan pada 8 Mac 2013 di tanah perkuburan Islam Kabong,


Tuesday 2 October 2012

Halo


MATAHARI dikelilingi bulatan atau 'Halo' 
dirakam jam 1 tengah hari tadi
di kawasan Taman Perindustrian Bersepadu, Rawang. 
Matahari halo ialah fenomena optikal 
yang dihasilkan daripada kristal ais 
menghasilkan satu bentuk bulatan atau gerbang di awan.
- Foto NSTP/Salhani Ibrahim -

Chocolate Drink



: : : Pure Van Houten : : :

Semenjak terminum air ini...
Akma terjatuh cinta dengannya...
Ermm tapi yang sedihnya...
Cari di kedai-kedai atau di pasaraya...
Tak jumpalah pulak...Huhuhu
Sesiapa tahu tak kat mana boleh dapat ni...

Alkisahnya, minuman coklat ni..
Masa hari raya lepas dapat hamper di opis..
Tup tup ada minuman ni...
Sedap coklat ni agak pahit tak manis.
Before ni try cadbury manis..
Rasa cepat muak...
Try Van Houten ni..
I jatuh cinta sudah gitu kan...


Friday 28 September 2012

Jumaat rehat yang panjang. . . .

Salam petang Jumaat. . .

Alhamdulillah Allah masih bagi kekuatan untuk bekerja hari ini...
Nak ikutkan kepala masih wenggg lagi...
Banyak pula kerja perlu diselesaikan segera...
Ermmm kalau bawa pulang ke rumah pun belum tentu dapat siapkan...
Almaklumlah kerja rumah pula menanti...
Kerja dirumah ni sampai bila-bila pun tak akan selesai...
Ada sahaja yang perlu dibuat...kerja rumahtangga gitu kan...hikhikhik

Selalunya hari Jumaat ini kompom Akma akan keluar or balik rumah..
Rehat kan panjang...tapi hari nie adoiii tidak larat sungguh...
Sakit ceri beri hari Rabu kelmarin sudah ok...
Kepala pula masih wenggg gitu...
Rasanya 1st time kena macam nie...
Ermm kuatkan juga kepala nie...
Buat kerja di office pun gitu gitu jea...
Jangan bagi melambak sangat...
Alhamdulillah yang urgent sudah settle...

Ermm sunyi gitu office kan...yang lelaki semua pergi solat Jumaat...
My pren pula sudah keluar ber shopping...
Akma memang tidak larat nak keluar...
So duduk lea sorang-sorang kat office...
Jap lagi nak turun cari makan...
Perut masih tidak boleh terima yang heavy heavy...
Melainkan yang tidak pedas, tidak keras, tidak berlemak dan tidak berminyak...
Ermm itu je kot yang Dr Anita pesan...
Sudah dua hari ambil biskut or roti sahaja untuk layan perut...
Kalau ambil nasi pun makan putih panas-panas dengan telur rebus kicap...
Alhamdulillah....harap perut boleh pulih sepenuhnya...
Esok boleh enjoy layan makan semula kan...
Huhuhuhu...
Wokey lea nak cari makan dulu....chow...


: : :  SABAR ITU INDAH : : :





Sunday 23 September 2012

Ahad yang sibuk...

Salam pagi Ahad yang indah.
Pagi-pagi lagi sudah sibuk.
Cik Maritza awal pagi pula bangunnya.
Walaupun malamnya tidak lena.
Bangun pagi sudah pasti gitu kan.
Kakak-kakaknya masih enak dibuai mimpi.
Leka Akma buat kerja terhidu sesuatu yang tidak enak.
Ermm Maritza sudah membuanglah tu.
Memang pagi waktu kesukaannya membuang.
Good gitu kan.
So awallah Maritza mandi.
Bagi Maritza main sekejap lepas tu pasti dia tidur semula.
Lagi sedap badan sudah mandi kan.

Semua masih tidur.
Akma sibuk ke jemuran menjemur baju.
Ermm selalunya En. Suami tolong jemurkan.
Tapi hari ini awal lagi En. Suami sudah keluar dengan urusannya.
Sudah settle semua.
Sudah mau buat breakfast pula.
Akalili dan Sorfina sudah bangun.
Masing-masing sudah bising lapar.
Pagi ni masakkan nasi goreng + lemon tea panas..

Akalili : Ummi letak lemon ke...rasa lemon..
Ummi : Tidak memang dalam teh tu ada lemon.
(Sambil tunjuk paket lemon tea tu).

Bila sudah breakfast heavy gini.
Lunch sudah memang masak lewat sikitlah.
Kalau masak awal nanti sejuk tidak sedap pula.
En. Suami pulang petang.
Masih sempat masak sebelum pulangnya.
Menu hari ini cadangnya gulai lemak ketam + sambal ikan bilis + sayur campur.
Yang best sambal ikan bilis tu...berkobar nak masak ni...
Tapi lambat lagi...yang penting semua sudah ready...
;)

::: SaBaR Itu InDaH :::




Thursday 20 September 2012

Labuan.....done...

Assalammualaikum dan salam sayang dari Labuan....

I'm happy now... Tak sabar nak balik esok.
Rindu sangat kat all my love.
Kerja sudah habis. Lepas meeting tadi terus pergi site.
Opss before that Akma singgah Bazar Labuan jap. Beli barang sikit.

Di tapak semua ok.
I like this project...
Like Mejar K said...hihihi
Harap projek ini dapat cemerlang la...
aamiin...

Friday 14 September 2012

9 Bulan 2 Minggu 5 Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat ^___^


Erm hari ini sudah hari Jumaat.
Seronok kan esok lusa cuti Sabtu dan Ahad bawa pula ke Isnin.
Memang selonok loo....
Minggu akhir syawal pula..
Banyaklah pula jemputannya.
InsyaAllah dengan izin Allah pasti akan ku sampai jua..
Yang paling ponting keluarga dulu.
Huhuhu udah lea minggu depan akan ku tinggalkan...
Demi tugas yang diamanahkan..
Semoga Allah permudahkan segalanya...

::: Picture beraya di Hospital Bentong :::

Hari ini my Nur Hijrah Maritza sudah 9 bulan 2 minggu 5 hari.
Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Maritza...aamiin
Dalam 2 3 hari ini Maritza batuk dan selsema sedikit..
Hari rabu baru ini pergi check up yang asyik tertangguh tu.
Tak silap kali yg ke 4 inilah dapat hantar Maritza.
Ialah dari appointment sebelum puasa sudah lepas raya pun.
Baru dapat check up.
Appointment pagi jam 8.00..
Jadinya Akma masuk opis lewat lah sedikit.
Lagipun Akalili diberi cuti untuk peperiksaan UPRS selama 2 hari.
Jadi Akma takde la sibuk nak berkejar-kejar.

Ermm sebab sudah lama tidak ke Klinik Kesihatan tu..
Ohh!!! My English Semua sudah baru.
Kemas dan teratur proses temujanji yang buat.
Akma suka sangat.
Sampai disana sudah jam 7.30 pagi..
Ambil nombor dapatlah nombor 10..
Oklah tu kan..
Dalam jam 8.55 pagi nama Maritza dipanggil.
Check up ni pun biasa biasa saja.
Alhamdulillah berat naik 8.4kg syukur..
Nak lobih lobih tak dapek nak nolong...
Maritza pun baru sahaja baik dari demam itu pun syukur sangat.
Tidaklah mengambil masa yang lama.
Dalam jam 9.30 pagi sudah settle all.

Selonok balik dan nak ke kerja pula.
Tup tup pancit lak my CFourTeen...
Hubby kena lah settle kan dulu...
Jam 10 lebih en. suami sudah pulang dari bengkel.
Baru leh gi kerja....


Selamat bekerja semua dan selamat berhujung minggu dan bercuti panjang ^__^




Tuesday 4 September 2012

Hari Membakar Kalori

Salam 17 Ramadhan 1433H

Mula masuk kerja sudah sibuk dengan berbagai kerja.
Alhamdulillah..
Orang lain ada??????????
Akma tengok orang lain takde lah sibuk sangat....
Untung mereka kan kan kan....

Now sudah jaga projek baru.
Projek Kuantan bagi orang baru  now Akma jaga projek di Labuan.
Tapi kalau perlu di Kuching dan Kuantan pun kena jaga.
Lepas ni berjalan ke Labuan pula kita yek..
Ermmm.....

Bulan ni memang sibuk dengan kursus dan bengkel.
Semua terkejar-kejar rasanya.
Syukur sudah ada staff baru masuk.
Ringan sikit beban kerja tu.

Hari ini kerja membakar kalori sungguh.
Turun naik kementerian berapa kali.
Khamis ini ada bengkel.
So banyaklah kerja yang perlu diselesaikan.
Budget ciput so buat kat kementerian sajalah.
Kalau tidak haruslah keluar dari kota KL ini.
Kerja...kerja...kerja....


Oklah nanti sambung cerita lagi. 
 

Saturday 1 September 2012

Rehatkan diri dirumah.

Assalammualaikum......salam petang sabtu...

Ermm petang petang begini kalau tidur memang sedaplah.
Tapi jangan haraplah kalau si intan payung kecik ni tak tidur kita nak tidur.
KakLong sudah lama layan mimpi.
Ntah sudah sampai ke mana pun tidak tahulah tu.
KakNgah pula memang kalau tidak mata betul betul mengantuk pun jangan paksalah.
Memang tidak akan tidurnya. 
Tapi kalau orang tak suruh tidur tu kalau dia nak tidur selamba jea tidur.
Adoiii itulah kan karenah anak-anak macam-macam sungguh.
Kadang kadang tu rasa adoiii macam nak gila da hihihi.
Alhamdulillah Allah masih bagi kekuatan.
Ermm tapi bila dok sorang sorang begini.
Sambil fikirkan mereka.
Adoiii itulah yang Akma paling sayang.
Harta Akma paling berharga tidak ternilai.
Sayang sayang sayang sangatttttt mereka.

Ermmm hari ni duduk di rumah jea kot.
Ialah En. Suami sudah keluar bekerja.
Malam malam nanti baru baliklah tu.
Kalau En. Suami tidak sibuk ni jauh sudah langkah kami.
Orang lain mesti sibuk dengan open housenya kan.
Dan ada juga yang sibuk ke open house sana sini.
Akma semalam dari petang ke malam baru balik ke rumah.
Pergi mana lagi ke rumah terbuka lah.
So today merehat diri di rumah sudah.

Ermm sunyi lak rasa rumah ni..
Anak anak sudah tidur..
Oooo KakNgah jea tidak tidur lagi.
Sibuk main bedak.
Ermm ntah kat mana dia jumpa tu.
Bedak kat rumah ni memang tak boleh la letak sebarangan.
Boleh habis dalam sekelip mana.

Opppsssss panjang lak cerita.
Padahal nak warming up jea.
Yelah sudah lama tidak menulis.

Ok nanti sanbung cerita lagi.

Thursday 16 August 2012

Salam AidilFitri




Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon ampun dan maaf diatas segalanya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Semoga silaturahim diberkati ALLAH...


** Berhati-hati kepada yang pulang ke kampung tu yea ^___^




Wednesday 8 August 2012

Iftar di Seri Pacific

::: me with my pren :::

 ::: my NurAkaliliHanis :::

 ::: my NurHijrahMaritza :::

::: lepas makan kurma Mai layan ini pula :::

::: faveret kambing panggang :::

07/08/2012
Selasa

::: see my NurDiniSorfina nak masuk gua tu :::




Friday 20 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam Jumaat...
Alhamdulillah esok bermulah umat Islam memulakan ibadah berpuasa...
Kesempatan ini Mai ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua...
Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat semua...



Hari ini last day in Kuching..
Tak sabar nak balik jumpa my all love.
Seronok juga nak balik kampung menyambut puasa...





Tuesday 17 July 2012

Bila...bergelumang dengan kertas...

 Salam Selasa buat semua...
Lama sungguh Mai tinggalkan rumah maya ini...
Sibuk betul kebelakangan ini...
Rasa tak terkejar nak siapkan itu dan ini...
Apapun yang pasti Mai seronok berkerja...
I'm happy ^___^

::: Inilah hasilnya bila bermain dengan kertas :::

 ::: Atas bawah kertas menimbun :::

 ::: Kiri kanan juga kertas :::

So bila nak kemas tempat ini tak pastilah...
Tempat orang lain takde lah macam gini sangat...
Malu weh tempat perempuan gini...huhuhuu
What to do...


::: Tada my new coat AGENDA :::

Agak sudah tiga empat bulan juga cari kot.
Alkisahnya kot saya telah diambil/dicuri dihadapan rumah.
Suspek tidak dapat dikesan. 
Kot yang sudah buruk pun berkenan. Aduyai...
Basah pulak tu sebab kena hujan...
Nak cari kot yang sesuai dan sedap mata memandang punyalah payah.
Finally jumpa di Jusco. Itu pun boleh la.
Kalau boleh nak sama macam yang hilang.
Elegent...pergi Elegent pun semua design baru.
Ermm memang tak dapatlah. Kot lima tahun dahulu punya.
Masa nak pergi induksi beli kot tu.
Kenangan tinggal kenangan...ermmm

But now I feel ok wit my new coat..
Di office Mai suka pakai kot..
Jaket yang ada bawah kot itu ada dua helai.
Guna waktu pergi tapak sahaja...hehehe





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails