Friday 15 August 2014

Jejak Kasih di 17 Syawal

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 19 Syawal 1435H


Salam pagi Jumaat kepada semua warga blogger. Hari Penghulu segala hari. Sebelum memulakan perkerjaan mari kita berselawat seketika kepada baginda Rasulullah saw. dan hadiahkan al-Fatihah kepada baginda, keluarga baginda, sahabat baginda, kedua ibubapa kita, guru-guru kita, seluruh keluarga kita dan diri kita sendiri.

Nak ceritanya w.app ni dapat menghubungkan hubungan yang baik sesama keluarga bila digunakan dengan cara yang betul. Baru-baru ini tetiba dapat group baru w.app...dari family sebelah Kelantan. Masing-masing perkenalkan diri. Ya Allah ramai rupanya sepupu sepapat yang saya tidak kenal sebelah sana. 

Bila wujudnya group ni kami semakin rapat walaupun belum bersua muka. Yelah tali persaudaraan itu masih kuat. Tak sangka juga ramai yang tinggal di area KL dan Selangor. 

So kelmarin saya dapat jemputan untuk makan malam dirumah sepupu yang masa kecil sahaja kami jumpa. Agaknya bila selisih memang tak kenallah. Nak ikutkan family sebelah Kelantan memang besar. Tapi bila saya balik dengan hari yang ciput ke sana manalah sempat nak ziarah semua sanak saudara. Balik-balik saya akan pergi rumah moklong di Palekbang. Itu je port kalau ke sana. Nak jumpa yang lain memang tak sempat. Memang kena ambil cuti panjang balik ke sana untuk kenal sanak saudara.

So kelmarin selepas kerja saya balik siapkan anak-anak. Sebelum itu sudah call En. Muz bagitau pasal jemputan ni. Then bagitau mak, angah and kakde. So kami pergi selepas isyak. Semua berkumpul di rumah kakde di Semenyih. Kami je pun yang tinggal di KL. Adik-adik yang lain jauh.

Sesat barat jugalah kami cari rumah. 1st time pergi Dengkil. Jauh tak jauh la boleh tahan kalau saya yang datang dari Gombak ni. Angah n Kakde memang dekat la juga. So bertolak dari rumah kakde memang dekat saja.

Seronok malam tu Che Long jumpa dengan emak dan kami.

Malam tu kami dihidangkan dengan masakan Kelantan iaitu Nasi Kerabu.







2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah...dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga..

maidatul said...

Alhamdulillah memang seronok kan dapat eratkan hubungan kekeluargaan ni...

happy sgt dpt jumpa mereka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails